Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 39

KEBERKESANAN GOOGLE CLASSROOM DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN GURU SEKOLAH


RENDAH

NOR ZILA ABD HAMID


(M2019XXXX)

RENUGAH MAGESWARAN
(M 20192001064)
KALAIVANEE GANESON
(M20192001395)
SHALINI SURIA NARAYANAN
(M20192001157)

PROJEK BERASASKAN SEKOLAH


SME6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1
2020

2
ABSTRAK

Dalam kajian ini meninjau keberkesanan penggunaan google classroom dalam


pengajaran dan pembelajaran matematik di kalangan guru sekolah rendah. Tiga aspek
dikaji bagi menjawab persoalan kajian ini iaitu tahap pelaksanaan guru menggunakan
google classroom ,tahap kesediaan guru dalam melaksanakan google classroom dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik dan masalah –masalah yang dihadapi oleh
guru semasa pelaksanaan google classroom dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik. Sampel kajian terdiri daripada tiga puluh orang responden guru-guru
Matematik sekolah rendah di Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan soal selidik
terhadap guru-guru. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif.
Dapatan kajian mendapati tahap guru –guru menggunakan google classroom dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik berada pada tahap sederhana.walaupun
menghadapi masalah. Mereka kemahiran tinggi dalam penggunaan google classroom
dan bersikap positif dalam mengaplikasikan google classroom dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Dapatan ini memberi implikasi iaitu usaha yang berterusan
diperlukan untuk menggalakkan amalan pengintegrasian google classroom
dalamkalangan guru-guru matematik agar mereka mengamalkan strategi pengajaran
yang lebih efektif.

ABSTRACT

In this study… 300 words only, single spacing, justify.

3
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK.................................................................................................................2
ABSTRACT..............................................................................................................2
ISI KANDUNGAN....................................................................................................3
BAB 1............................................................................................................................5
PENGENALAN.............................................................................................................5
1.1 PENDAHULUAN..........................................................................................5
1.2 PENYATAAN MASALAH...........................................................................6
1.3 OBJEKTIF KAJIAN......................................................................................7
1.4 PERSOALAN KAJIAN.................................................................................7
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN............................................................................8
1.6 BATASAN KAJIAN......................................................................................8
1.7 KERANGKA PENULISAN PROJEK BERASASKAN SEKOLAH.............8
1.8 RUMUSAN....................................................................................................8
BAB 2..........................................................................................................................10
KAJIAN LITERATUR................................................................................................10
2.1 PENDAHULUAN........................................................................................10
2.2 DASAR KPM DALAM STANDRAD KURIKULUM SEKOLAH
RENDAH.....................................................................................................10
2.3 PENGGUNAAN ICT UNTUK PDP DI MALAYSIA.................................11
2.4 APLIKASI GOOGLE CLASSROOM.........................................................13
2.5 PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM DALAM PDP........................19
2.6 RUMUSAN..................................................................................................21
BAB 3..........................................................................................................................22
KAEDAH KAJIAN.....................................................................................................22
3.1 PENDAHULUAN........................................................................................22
3.2 SAMPEL DAN LOKASI KAJIAN..............................................................22
3.3 SOAL SELIDIK...........................................................................................23
3.4 KAEDAH ANALISIS KEPUTUSAN KAJIAN..........................................24
3.5 RUMUSAN........................................................................................................24

4
BAB 4..........................................................................................................................25
KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN.....................................................25
4.1 PENDAHULUAN........................................................................................25
4.2 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN......................................26
4.3 RUMUSAN..................................................................................................31
BAB 5..........................................................................................................................32
KESIMPULAN............................................................................................................32
5.1 PENDAHULUAN........................................................................................32
5.2 RUMUSAN JAWAPAN KEPADA PERSOALAN KAJIAN......................32
5.3 KESIMPULAN KESELURUHAN KAJIAN...............................................32
5.4 KAJIAN LANJUTAN..................................................................................33
RUJUKAN...................................................................................................................34

5
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Dalam era ini, teknologi maklumat menjadi begitu penting dalam bidang
pendidikan. Google classroom menjadi pelantar pembelajaran menggantikan FROG
VLE. Google classroom adalah salah satu aplikasi yang mesra pengguna dan ringan.
Google classroom menjadi sarana untuk guru - guru dalam menyediakan pengagihan
tugas, pemberian latihan, menilai tugas yang dikumpulkan dan juga sebagai
penghantaran tugas (Herman dan Hammi, 2017). Kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang menggunakan ‘chalk and talk’ bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu
penggunaan komputer, bahan elektronik, ‘liquid crystal display’ (LCD), camera video
digital dan lain - lain dalam bilik darjah (Zanzali et. al, 2010). Oleh itu, penggunaan
google classroom memudahkan guru dalam mengelola pembelajaran dan
menyampaikan informasi dengan lebih tepat kepada murid. Peranan guru dalam era
teknologi ini mengalami transformasi yang pesat memandangkan mereka merupakan
penggerak utama dalam membawa perubahan di sekolah. Menurut Khadijah et al.,
2014 pengajaran dan pembelajaran menggunakan google classroom membolehkan sesi
pembelajaran menjadi lancar, menjimatkan masa, tenaga serta sumber kewangan.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif untuk
mengukuhkan penggunaan google classroom di sekolah dengan menyediakan
kemudahan - kemudahan tertentu. Tahap kesediaan guru dalam penggunaan google

6
classroom berasaskan komputer merupakan salah satu aspek penting bagi menangani
perubahan ke arah pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan. Menurut
Van Lengen dalam Morton (1996) menyatakan kebanyakkan guru sudah bersedia
untuk mengimplementasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka
tetapi apa yang menjadi masalah utamanya ialah mereka tidak tahu bagaimana untuk
menggunakan computer. Dari sudut pandangan guru, google classroom menawarkan
pelantar VLE yang lebih mudah untuk dipelajari dan diakses (Rajaendran, 2019).
Tambahan pula, google classroom adalah lebih efektif dari segi kos dimana ianya
percuma digunakannya.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Kajian ini ingin mengetahui sejauh manakah penggunaan google classroom


dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik yang dilaksanakan oleh guru - guru
matematik dan juga tahap kesediaan guru matematik dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Pengkaji telah mengkaji tahap kesediaan guru terhadap
penggunaan google classroom dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Masih
lagi terdapat guru yang mengamalkan pembelajaran berpusatkan pada guru dan juga
pemikiran tradisional yang menghalang kreativiti (Saracho, 2012). Ini selari dengan
dapatan kajian Mohd Arif dan Mohd Jasmy (2006) yang menyatakan sikap guru masih
tidak mahir menggunakan google classroom. Menurut Md Noor & Rahita 2011 guru -
guru matematik didapati jarang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Ini merupakan cabaran yang besar dalam memastikan semua guru
mengaplikasikan google classroom secara berkesan dalam pengajaran mereka (Lee &
Winzenreid, 2009). Oleh yang demikian, kajian mengenalpasti masalah - masalah yang
dihadapi oleh guru dalam pengajaran harus diselidik agar masalah dapat diselesaikan.
Menurut Badrul Hisham (1998) ke atas kesediaan guru - guru matematik di sekolah
menengah dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam komputer mendapati
guru - guru kurang didedahkan dengan penggunaan komputer. Walaubagaimanapun,
kebanyakkan mereka mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer

7
dalam membantu tugas harian mereka. Kajian yang lepas telah mendedahkan bahawa
kebanyakkan negara membangun berhadapan dengan masalah yang sama dalam
melaksanakan ICT di sekolah. Masih terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki
dari segi fasiliti asas di sekolah.ini membuktikan bahawa kekurangan infrastruktur dan
juga sistem sokongan yang lemah masih lagi menjadi halangan utama kepada guru
untuk mengaplikasikan sebarang inisiatif ICT termasuk google classroom dalam rutin
pengajaran mereka.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN


Terdapat tiga objektif kajian iaitu:
i. mengetahui tahap pelaksanaan guru google classroom dalam pengajaran
dan
pembelajaran matematik
ii. mengenalpasti tahap kesediaan guru terhadap penggunaan google classroom
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
iii. mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru SJKT di Pulau Pinang
dalam penggunaan google classroom dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Terdapat tiga persoalan kajian iaitu:


i. Apakah tahap pelaksanaan guru google classroom dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik
ii. Apakah tahap kesediaan guru terhadap penggunaan google classroom dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik
iii. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru SJKT di Pulau Pinang dalam
penggunaan google classroom dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

8
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini adalah mendedahkan keperluan sebenar guru bagi


menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran matematik seterusnya meningkatkan
pencapaian akademik disamping memperolehi pembelajaran yang bermakna. Selain
itu, kajian ini dibuat untuk membolehkan guru - guru dapat mengatasi masalah yang
dihadapi dalam penggunaan google classroom dan juga KPM dapat meneliti masalah
ini dan memberikan kursus dalam menggunakan dan meneroka google classroom
secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

1.6 BATASAN KAJIAN

Kajian ini bakal dilakukan terhadap para guru yang menggunakan google
classroom dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Tiga puluh orang guru akan
dipilih sebagai responden untuk mengetahui penggunaan google classroom dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik. Kajian ini juga terbatas kepada faktor - faktor
dalaman seperti kesediaan responden untuk memberi kerjasama dan temubual.
Kekangan lain seperti Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan sedikit sebanyak
membataskan kajian yang dijalankan.

1.7 KERANGKA PENULISAN PROJEK BERASASKAN SEKOLAH

Penulisan projek berasaskan sekolah mempunyai lima bab. Bab 1 adalah


pengenalan tentang projek berasakan sekolah dan bab 2 adalah kajian literature yang
dijalankan tentang tajuk projek berasakan sekolah. Manakala , bab 3 pula mengenai
kaedah yang digunakan dalam kajian ini dan bab 4 mengenai keputusan dan
perbincangan kajian. Bab 5 ialah bab terakhir iaitu tentang kesimpulan projek
berasakan sekolah ini.

1.8 RUMUSAN

9
Kesimpulannya, Bab 1 ini adalah mengenai keberkesanan penggunaan google
classroom dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di kalangan guru sekolah
rendah. Sejauhmanakah tahap kesediaan guru terhadap penggunaan google classroom
dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh guru - guru dalam menggunakan
google classroom dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

10
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Dalam bab kajian literatur ini, tumpuan akan diberikan kepada penggunaan
google classroom yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan. Kajian
literatur ini adalah berpandukan daripada rujukan yang khusus dan dapatan kajian -
kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang akan dibincangkan terutama yang
berkaitan penggunaan google classroom dalam P&P di kalangan guru matematik
sekolah rendah.

2.2 DASAR KPM DALAM STANDART KURIKULUM SEKOLAH


RENDAH

Berdasarkan Dasar Kurikulum (2011), ICT dalam kurikulum digubal


berdasarkan kepada dasar berikut. Contohnya menjelang tahun 2020 untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju, bersatu, demokratik, saintifik, progresif dan
makmur. Cabaran untuk mencapai hasrat ini, telah digariskan dalam cabaran ke - 6
dalam Dasar Kurikulum, iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,
mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja
menjadi penguna teknologi tetapi menyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan.

11
Dasar utama KPM yang menyatakan dalam (PIPP 2006-2010): Teras 2 iaitu
membangunkan Modal Insan. Ia memastikan semua pelajar celik dalam ICT atau
Teknologi Maklumat & Komunikasi, TMK. ICT atau TMK merupakan suatu
kombinasi alat dan sumber teknologi yang digunakan untuk mengurus data, mengurus,
menyimpan, memanipulasi serta menghubung kait antara maklumat (Kaware, 2015).
Seterusnya, mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam bidang pendidikan dari
peringkat awal persekolahan kerana menyediakan persekitaran pembelajaran dan
pengajaran yang proatif (Gabera, et al., 2014). Sebarang mata pelajaran atau berupaya
dalam PdP ini dapat memupukan pelajar membentuk dan keterampilan dengan
melengkapkan diri untuk pelajaran dengan pelbagai jenis kemahiran isaniah.
Berdasarkan Dasar Kurikulum KPM (2011), pengkaji ini menerapkan penggunaan ICT
dalam mata pelajaran matematik. Bukan sahaja guru - guru harus menggunakannya
tetapi murid - murid juga diberi galakan, dorongan dan pengalaman tentang
penggunaan ICT dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Menurut Mohd Hasril
(2009), konsep penggunaan ICT masih di tahap permulaan dalam pendidikan kerana
ICT mampu menggantikan pendekatan pembelajaran tradisioanal kepada kaedah baru
yang lebih praktikal mengikut zaman moden ini. Di antara pendekatan baru yang boleh
dimanfaatkan adalah struktur pendidikan yang tunjal yang boleh melibatkan
penggunaan ICT di kalangan guru - guru dan murid - murid dalam proses
pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.

2.3 PENGGUNAAN ICT UNTUK PDP DI MALAYSIA

Menurut Gunalan (2015) penggunaan ICT bergantung kepada semau aspek


kehidupan seharian dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yang besar
terhadap kemajuan moden yang akan datang. Berdasarkan statistic yang diperolehi
terdapat 900,000 pengguna Internet di Malaysia, namun jumlahnya hanya dalam
lingkungan 8% daripada keseluruhan penduduk negara ini (Daily Express, 2007). Data

12
ini disokong daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
dimana pada awal tahun 2007 hanya 689,800 bilangan pengguna yang melanggan
Internet telah bertambah luas (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, 2007).
Tambahan pula, dapatan lain menyatakan bahawa hanya 30% daripada kira - kira
300,000 guru di negara ini memiliki komputer peribadi dan hanya 20% sahaja yang
mempunyai akses Internet (The Star, 2007). Maka statistik ini merupakan salah satu
jumlah yang rendah. Hal ini kerana guru memainkan peranan yang penting sebagai
agen perubahan kepada inovasi di dalam pendidikan negara ini.
Penggunaan ICT dalam pendidikan dapat menjadikan pengajaran lebih mudah
bagi guru – guru matematik dan pembelajaran menyenangkan bagi pelajar. Bukan itu
sahaja, kementerian pendidikan percaya bahawa ICT dapat merevolusikan pendidikan
dan memberikan pengajaran yang lebih kondusif persekitaran (Raman,A 2010). Selain
itu, sesetengah perubahan ini adalah kesan daripada perubahan polisi kerajaan yang
berkaitan dengan teknologi maklumat di sekolah manakala selebihnya disebabkan oleh
perkembangan teknik pedagogi dan perkembangan teknologi maklumat di kalangan
guru-guru sekolah. Masyarakat yang saintifik, progresif, dan inovatif bukan sahaja
menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains
dan teknologi pada masa depan (Siti Norhazlina. S, 2009). Hal ini demikian kerana
terdapat pelbagai kebaikan yang dapat diperoleh daripada penngunaan ICT seperti
menjimatkan masa, menjadikan pengajaran lebih menarik, memudahkan pencarian
maklumat, melahirkan generasi celik IT, sekata meningkatkan kemahiran guru dalam
bidang teknologi (Karim, A et al., 2007). Tambahan pula, teknologi dalam pendidikan
bukan lagi isu yang baru untuk diperkatakan. Pengajaran berasakan teknologi seperti
komputer, kalkulator, LCD, atau perisian – perisian terbaru (Google classroom, Google
meet, Facebook, dan Microsoft) (Tengku Norhayati 2015), merangkumi telefon mudah
alih, radio dan televisyen (Irfan Naufal dan Nurullizam 2011) dan juga satelit
(Zainudin et al.2011).
Selain itu, kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu murid -murid
untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta
potensi murid sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan.  Menurut

13
Noor Azean dan Beatrice Andrew (2010) mengatakan pada zaman kini ICT banyak
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara ini.
Penggunaan ICT ini juga sering dikaitkan dengan keberkesanannya dalam kalangan
guru - guru matematik.

2.4 APLIKASI GOOGLE CLASSROOM

Menurut Abdul Barir Hakim (2016), Google Classroom adalah layanan asas di
Internet yang telah disediakan oleh Google sebagai sebuah sistem pembelajaran dan
pengajaran secara talian. Sistem ini direka bentuk untuk membantu pengajar membuat
dan membahagikan tugas kepada pelajar tanpa menggunakan kertas, nilai serta
memberkan input secara langsung. Pengguna sistem ini haruslah mempunyai akaun di
Google. Seterusnya, Google Classroom hanya akan digunakan oleh pihak sekolah yang
mempunyai ases “Google Apps for Education”. Bukan itu sahaja, Google Classroom
direka untuk empat pengguna adalah guru, pelajar, penjaga dan pentadbir.
Oleh itu, Google Classroom merupakan suatu aplikasi yang disediakan oleh
“Google for Education” untuk menciptakan ruang kelas dalam siber. Aplikasi ini dapat
membantu memudahkan guru dan pelajar dalam melaksanakan proses belajar dengan
lebih sistematik dan mendalam. Pembelajaran dengan menggunakan rancangan kelas
yang mengaplikasikan Google Classroom sesungguhnya mesra alam, cepat dan tepat
kepada pelajar. Hal ini kerana pelajar tidak lagi menggunakan kertas dalam
mengumpulkan tugas hariannya. Pelajar dapat memantau atau berkongsi bahan dan
tugasan kelas serta berinteraksi di dalam kelas atau melalui emel. Penghantaran
tugasan kelas dan mendapat markah untuk sesuatu hasil kerja secara langsung di
Google Classroom (Hardiyana, 2015).
Aplikasi Google Classroom boleh digunakan dengan pelbagai cara iaitu
melalui komputer, tablet, I-pad, komputer riba dan telefon bimbit. Guru dan pelajar
akan mengakses laman web ini https://classroom.google.com atau muat turun aplikasi
melalui “playstore” di android atau “app store” di iOS dengan kata kunci Google
Classroom (Izenstark dan Leahy, 2015).

14
2.4.1 FUNGSI GOOGLE CLASSROOM

Sistem pembelajaran yang dimaksudkan Sistem Pengurusan Pembelajaran


(LMS). Menurut Ellis (2009) LMS adalah suatu aplikasi perisian untuk pentadbiran,
dokumentasi, pelaporan, dan penyampaian kursus pendidikan atau latihan untuk
pelajar. Selain itu, LMS ini boleh dikatakan sebagai pengurusan pembelajaran yang
disediakan untuk guru dan pelajar dalam pembelajaran secara talian. Perisian LMS
yang boleh digunakan oleh guru adalah ACS, Blackboard, Moodle, Canvas, Google
Classroom dan sebagainya. Hasil kajian jenis LMS mendapati bahawa Google
Classroom merupakan aplikasi dari Google For Education yang sangat khas. Hal in
kerana apikasi ini memiliki pelbagai kemudahan seperti memberi pengumuman atau
tugasan, bahan pembelajaran, membantu proses belajar, dan lain-lain.
Laman Google Classroom juga dihubung dengan semua perkhidmatan Google
For Education untuk semua guru sekolah atau pensyarah. Maka guru boleh
memanfaatkannya Google Mail, Google Drive, Google Calender, Google Docs,
Google Sheets, Google Slides dan Google Sites dalam proses pembelajaran dengan
pelajar. Sebagai contohnya, Google Calender untuk mengingatkan pelajar dan guru
tentang jadual dan tugas yang disertakan manakala Google Drive pula merupakan
tapak penyimpanan segala tugasan atau keperluan pembelajaran seperti Power Point
dan file yang perlu digunakan dalam pembelajaran (Vicky & Putir, 2017).
Menurut Diemas & Rina (2017) Google Classroom dapat memudahkan guru
mahupun pelajar dalam melaksanakan segala kegiatan pembelajaran dengan lebih
teratur dan efisien tanpa terikat dengan waktu pembelajaran. Oleh itu, proses
pembelajaran menjadi lebih menarik dan sistematik dalam kalangan pelajar kerana soal
pengurusan masa dan tidak lagi mempunyai alasan pelajar melupakan tugasan yang
diberikan oleh guru mata pelajaran tersebut. Selain daripada itu, penjaga juga boleh
membuat pemantauan terhadap prestasi anak-anak dengan mengakses ke dalam akaun
Google Classroom anak tersendiri.

15
2.4.2 PANDUAN MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM

Google Classroom menjadi semakin mudah untuk dioperasikan dalam


pembelajaran setiap mata pelajaran dengan mempunyai beberapa ciri khas. Pengenalan
Google Classroom juga merupakan medium komunikasi yang tidak dapat dilupakan
antara guru dan pelajar kerana mereka mengutamakan pembelajaran dan pengajaran
secara berbeza dan meningkatkan aksesibiliti (Hammi, 2017). Apakah kemudahan
yang terdapat dalam Google Classroom?
a. Daftar kelas

b. Ubahsuai kelas

16
c. Daftar murid

d. Memberi tugasan

e. Memberi tugasan dengan satu template yang seragam

f. Penandaan

17
g. Rekod murid

h. Bahan rujukan

i. Pentaksiran bilik darjah

j. Pengajaran bersama (Co-Learning)

18
k. Guna semula hantaran

l. Pembelajaran terbeza

m. Diari guru

n. Diari murid

19
2.5 PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM DALAM PDP

Google Classroom adalah amat berkesan digunakan dalam PdPc antara guru
dan pelajar (Alim et al., 2019). Menurut Sewang (2017) Google Classroom merupakan
suatu kaedah alternatif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dalam kalangan
pelajar mahupun dapat mempraktiskan pelajar berdikari semasa belajar secara talian.
Google Classroom ini juga sebagai media untuk meningkatkan pencapaian pelajar
dengan hanya memperolehi bimbingan guru mata pelajaran (Madhavi, Mohan & Nalla,
2018).
Pada peringkat awal 2014-2016, perkembangan Google Classroom tidak
ditujukan untuk semua orang hanya sekolah yang bekerjasama dengan Google apps.
Namun begitu pada bulan Mac 2017 Google Classroom dapat diakses oleh semua
orang yang ingin menggunakan Google secara peribadi. Maka guru, pelajar, penjaga
dan pentadbir memanfaatkan dalam sistem pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini
memberi tumpuan kepada kelebihan Google Classroom yang dapat digunakan dengan
berkesan sebagai media pembelajaran dalam kalangan pelajar (Hardjana 2003).
Penyelidikan yang dilakukan oleh Shampa Iftakhar (2016) dengan tajuk
Google Classroom: What Works and How? mengandungi bahawa Google Classroom
membantu memantau pelajar untuk belajar secara kreatif dan efektif. Di aplikasi ini
guru dapat melihat semua aktiviti pelajar dan merekodkan prestasi semasa belajar di

20
Google Classroom. Interaksi antara guru dan pelajar juga dapat dirakamkan dan
disemak semula oleh pelajar apabila mengulangkaji pelajarannya.Ciri-ciri yang
dimiliki oleh Google Classroom menurut Wikipedia (2017):
a. Tugasan
Tugasan yang disimpan pada rangkaian aplikasi Google yang membolehkan
kerjasama dua hala iaitu antara guru dan pelajar atau pelajar kepada pelajar.
Tugasan yang ada di Google Drive pelajar dengan guru, fail tersebut dihoskan
kepada pelajar dan kemudian akan dihantar untuk penilaian tugasannya.

b. Penggredan
Google Classroom menyokong skema penggredan yang berbeza mengikut
peringkat atau tugasan tertentu. Guru mempunyai pilihan untuk melampirkan fail
untuk tugasan yang dapat dilihat oleh pelajar, edit atau dapatkan suatu salinan
individu. Selain itu, pelajar akan membuat fail dan kemudian masukkan ke tugasan
sekiranya tugasan yang diarahkan oleh guru mata pelajaran. Bukan itu sahaja, guru
mempunyai pilihan untuk memantau kemajuan setiap pelajar pada tugasan di mana
dapat memberi komen dan editnya. Maka pelajar dapat menyemak semula
tugasannya and dimasukkan di tapak yang disediakan oleh guru. Setelah dinilai,
tugasan hanya dapat diedit oleh guru mata pelajaran.

c. Komunikasi
Pengumuman boleh dibuat oleh guru ke komen kelas yang diulas oleh pelajar
terhadap tugasan yang disediakannya. Kaedah ini mempunyai komunikasi dua hala
antara guru dan pelajar. Pelajar juga dapat menghantar ke aliran kelas tetapi
keutamaannya kepada guru untuk membuat pengumuman. Bbebrapa jenis fail
boleh dimuat naik di Google Classroom seperti You Tube, Video, atau Google
Drive dilampirkan ke pengumuman dan catatan untuk dikongsi kandungan kepada
pelajar. Selain daripada itu, gmail menyediakan pilihan emel untuk guru
menghantar emel kepada satu atau ramai pelajar di antara muka Google
Classroom.

21
d. Kos masa
Guru boleh menambahkan bilangan pelajar dengan berikan pelajar kod untuk
mengikuti kelas yang akan dijalankan pada masa ditetapkan. Guru yang
menguruskan beberapa kelas boleh menggunakan semula pengumuman, tugasan
atau pertanyaan dari kelas lain untuk menjalankan kelas seterusnya. Di samping
itu, kerja pelajar, tigasan, gred, soalan, dan komen boleh disusun mengikut apa
yang perlu dikaji.

2.6 RUMUSAN

Kesimpulannya, Google Classroom telah diperluas untuk merangkumi


pembelajaran dan pengajaran kepada guru dan pelajar pada zaman moden ini. Google
menawarkan beberapa ciri kemaskini untuk aplikasi Google Classroom. Untuk
makluman, Google Classroom merupakan suatu aplikasi pengurusan pembelajaran
yang sangat popular. Hal ini kerana aplikasi ini amat pantas dan mudah dikendalikan
dalam kalangan guru dan pelajar untuk menjalankan proses pembelajaran. Bukan itu
sahaja, Google Classroom ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna yang
mempunyai akaun Google.

22
BAB 3

KAEDAH KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Bab 3 ini akan menerangkan tentang kaedah pelaksanaan kajian bagi mengaji
keberkesanan Google classroom dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di
kalangan guru sekolah rendah iaitu sampel dan lokasi kajian, soal selidik dan juga
penganalisaan kajian.

3.2 SAMPEL DAN LOKASI KAJIAN

Sampel kajian terdiri daripada tiga puluh guru sekolah rendah daripada lima
buah sekolah dari Pulau Pinang. Sampel dipilih melalui penggunaan penggunaan
keadah persampelan rawak mudah. Sampel dipilih berdasarkan guru matematik
berpengalaman, tanpa mengira jantina dan kaum.
Lokasi kajian adalah sekolah rendah dari Pulau Pinang. Sekolah ini terletak di
kawasan bandar dengan jumlah guru melebihi 100 orang guru. Sekolah rendah ini
menawarkan daripada tahun satu hingga tahun enam. Sekolah rendah yang berkawasan
bandar dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pembelajaran terutama di dalam subjek
matematik. Guru sekolah rendah ini juga menitikberatkan untuk menyampaikan
pengajaran subjek matematik melalui penggunaan Google classroom.

23
3.3 SOAL SELIDIK

Dalam menjalankan kajian ini penyelidik menggunakan instrumen seperti soal


selidik berkaitan penggunaan Google classroom dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Kegunaaan borang soal selidik dapat meningkatkan kejituan dan ketulenan
reaksi yang diberikan oleh responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh tingkah laku
pengkaji (Majid, 2000).
Soalan soal selidik yang digunakan dalam kajian ini dibina oleh penyelidik
sendiri. Soalan soal selidik dibina menggunakan jadual tahap afektif Krathwohl dengan
membincangkan kategori penerimaan, reaksi, penghargaan, organisasi dan nilai. Soal
selidik mengandungi dua bahagian.
Bahagian A adalah mengandungi item yang berkaitan tentang demografi guru
seperti jantina, kaum dan tahun berpengalaman. Maklumat tahun berpengalaman akan
digunakan untuk mengetahui pengalaman guru mengajar subjek Matematik di sekolah.
Bahagian B pula merangkumi soalan yang berkaitan dengan faktor – faktor
yang mempengaruhi perlaksanaan secara berkesan kaedah penggunaan Google
classroom. Soal selidik akan diberikan kepada responden melalui penggunaan Google
form. Terdapat dua puluh satu soalan yang perlu dijawab oleh guru dalam bahagian B
ini. Bahagian ini menggunakan skala likert untuk menjawab soalan yang disediakan
dalam borang soal selidik. Skala Likert mengandungi empat pilihan untuk membantu
guru menyatakan tahap setiap item yang dikemukan. Skala Likert adalah difikirkan
sesuai kerana ia merupakan pengukuran utama yang mempunyai kebolehpercayaan
dan kesahan yang tinggi.

24
Skor Nilai Skor
Sangat Tidak Bersetuju (STS) 1
Tidak Setuju (TS) 2
Setuju(S) 3
Sangat Bersetuju(SB) 4

Jadual 1: Format Skala Likert (diadaptasi dari Losby dan Wetmore,2012)

Data – data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisa dengan


menggunakan taburan frekuansi dan peratusan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan kaedah pembelajaran Google classroom.

3.4 KAEDAH ANALISIS KEPUTUSAN KAJIAN

Soal selidik dianalisa secara kuantitatif. Data diperolehi daripada soal selidik
dengan menjumlahkan skor untuk setiap item daripada soalan dengan menggunakan
program Statiscal Package for Social Science (SPSS 12.0). Penggunaan program SPSS
ini telah dapat menentukan min dan peratusan. Statistik inferens juga digunakan untuk
mengira nilai-t dalam menetukan hipotesis kajian.
Bagi menunjukkan persepsi guru terhadap kaedah pembelajaran yang
digunakan, data dapat ditafsirkan dalam bentuk min skor dan peratusan bagi setiap
item. Purata min skor yang tinggi menunjukkan penerimaan manakala min skor yang
rendah akan menunjukkan sebaliknya bagi setiap item.

3.5 RUMUSAN

Pelaksanaan kajian dijalankan sebaik mungkin dan sistematik bagi memastikan


perjalanan kajian berjalan dengan lancer. Ini adalah penting bagi mendapatkan nilai
data yang sahih dan tepat.

25
BAB 4

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah statistic deskriptif dimana semua data
yang diperolehi telah dianalisis menggunakan mikrosoft excel dan data juga dianalisis
dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package For The Social Science ‘(SPSS).
Data-data soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A mengenai
demographi guru manakala bahagian B yang berkaitan dengan faktor-faktor yang
mempengaruhi pelaksanaan google classroom, tahap kesediaan guru terhadap
penggunaan google classroom dan persepsi guru terhadap penggunaan google
classroom telah dianalisis menggunakan perisian excel.

26
4.2 Data-Data Demografi
Seramai 30 orang guru dari lima buah sekolah rendah telah dipilh sebagai sampel
untuk kajian ini. Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan mengikut jantina dan
pengalaman mengajar subjek matematik.
Pengalaman mengajar Subjek Matematik ≤ 10 tahun ≥ 11 tahun Jumlah
Lelaki 6 3 9
Perempuan 6 15 21
Jumlah 12 18 30

Jadual 4.2 Taburan Responden mengikut Jantina dan Pengalaman Mengajar Subjek
Matematik

Berdasarkan Rajah 4.2 bilangan responden wanita adalah seramai 21 orang yang telah
menyumbang kepada 70% sampel manakala responden lelaki pula seramai 5 orang
iaitu 30% sampel yang menyumbang untuk kajian ini. Didapati juga guru-guru yang
mempunyai pengalaman lebih dari 11tahun mengajar subjek matematik adalah seramai
18 orang dan guru-guru yang mempunyai pengalaman kurang dari sepuluh tahun
adalah seramai 12 orang.

4.2 Dapatan Kajian

Bahagian ini membincangkan hasil kajian deskriptif berkaitan dengan tahap


pelaksanaan google classroom, tahap kesediaan guru serta masalah yang dihadapi oleh
guru dalam penggunaan google classroom.
Sebanyak 21 item soal selidik telah digunakan untuk mengukur tahap
pelaksanaan, tahap kesediaan dan masalah yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan
google classroom. Bagi menentukan tahap pelaksanaan google classroom, analisis
menggunakan min, kekerapan dan peratusan telah digunakan. Nilai min,kekerapan dan
peratus yang tinggi yang ditunjukkan pada skala setuju dan sangat setuju setiap item
soalan ini akan menunjukkan bahawa guru menunjukkan persepsi yang baik atau
positif terhadap pelaksanaan google classroom dalam pengajaran dan pembelajaran

27
Matematik. Skala yang digunakan didalam soal selidik ini adalah skala likert di mana
sampel dikehendaki menjawab mengikut skala yang diberi iaitu:

Skala Likert Bernombor Genab


SKOR NILAI SKOR
SANGAT TIDAK SETUJU 1

TIDAK SETUJU 2
SETUJU 3
SANGAT SETUJU 4

Jadual 4.2(a) Diadaptasi dari Losby dan Wetmore,2012

Jumlah min dikira bagi setiap item. Penilaian hasil soal selidik dinilai melaui purata
nilai min kesemua item melalui julat yang ditunjukkan dalam jadual 4.3.

Analisis Pengelasan Skor Min dan Tahap Penilaian


Pengelasan Skor Min Tahap Penilaian
1.0 – 1.99 Rendah
2.0 – 2.99 Sederhana
3.0 – 4.0 Tinggi
Jadual 4.2(b) Diadaptasi dari Saifuddin dan Mohd Sahandri, 2011

Skor min dari 1.0 hingga 1.99 dikelaskan sebagai tahap rendah, skor min dari 2.0
hingga 2.99 adalah sederhana manakala skor min dari 3.0 hingga 4.0 dikelaskan
sebagai tinggi.

4.2.1 Analisis Tahap Pelaksanaan Google Classroom Dalam Pengajaran Dalam


Pembelajaran Matematik.

1 2 3 4
Bil Kriteria STS TS S SS Min
% % % %

28
Saya sangat berminat melaksanakan pdp dalam 13.3 3.3 50.0 33.4
1 3.03
talian (4) (1) (15) (10)
Saya melaksanakan pdp dalam aplikasi Google 3.3 20.0 40 36.7
2 3.01
Classroom (1) (6) (12) (11)
Saya mahir menggunakan aplikasi Google 10.0 6.7 50.0 33.3
3 3.07
Classroom (3) (2) (15) (10)
Rakan sebaya saya semuanya guna aplikasi 6.7 3.3 46.7 43.3
4 3.27
Google Classroom untuk pdpc Matematik (2) (1) (14) (13)
Saya lebih yakin menggunakan Google 10.0 0 33.3 56.7
5 2.73
Classroom (3) (0) (10) (17)
Saya dapat menguasai konsep yang diajar 10.0 26.7 43.3 20.0
6 2.73
melaui aplikasi Google Classroom (3) (8) (13) (6)
Saya suka menggunakan aplikasi Google 3.3 16.7 33.3 46.7
7 3.23
Classroom (1) (5) (10) (14)
8.08 10.96 42.37 38.53
8 Purata 3.01
(17) (29) (85) (79)
Sebanyak tujuh pernyataan telah ditujukan kepada responden berkenaan tahap
pelaksanaan Google Classroom. Hasil kajian dapat dirumuskan seperti dalam Jadual
4.3

Jadual 4.3 Analisis Tahap Pelaksanaan Google Classroom Dalam Pembelajaran


Matematik
Bagi item pertama dalam jadual 4.3 seramai 15 responden menjawab setuju dan sangat
setuju bagi kriteria minat melaksanakan pdp secara online, manakala sebanyak 16.6%
responden pula menyatakan sangat tidak setuju dan tidak setuju. Hal ini mungkin
disebabkan responden tersebut lebih cenderung untuk menjalankan pdpc matematik
secara langsung.
Penyataan kedua tentang pelaksanaan aplikasi google classroom pula
mempunyai min 3.01. Majoriti responden setuju dalam menjalankan pdpc
menggunakan aplikasi google classroom. Bagi item ketiga dan keempat masing-

29
masing menunjukkan min skor yang tinggi iaitu melebihi 3.0. Ini bermaksud guru-guru
lebih berminat menjalankan aktiviti pdpc matematik secara online.
Bagi item lima dan enam mengenai keyakinan guru dan menguasai konsep
yang diajar didapati min skor dibawah 3.0 iaitu 2.73. Ini menunjukkan min skor yang
sederhana dan boleh dikatakan guru-guru masih kurang keyakinan dalam menjalankan
pdpc secara atas talian. Di samping itu guru-guru juga merasakan bahawa mereka tidak
dapat menguasai semua konsep pengajaran hanya melalui atas talian sahaja.
Secara keseluruhanya, bagi analisis tahap pelaksanaan Google Classroom
dalam pembelajaran matematik didapati min skor purata adalah sebanyak 3.01 dimana
nilai ini menunjukkan skor purata yang tinggi. Ini menunjukkan majoriti guru
melaksanakan pdpc secara atas talian dengan menggunakan google classroom.

4.2.2 Analisis Tahap Kesediaan Guru Terhadap Penggunaan Google


Classroom Dalam PdPc Matematik.

Sebanyak tujuh pernyataan telah ditujukan kepada responden berkenaan tahap


persediaan guru terhadap penggunaan Google Classroom. Hasil kajian dapat
dirumuskan seperti dalam Jadual 4.4

30
1 2 3 4
Bil Kriteria STS TS S SS Min
% % % %
Saya bersedia untuk melaksanakan pdp dalam 10.0 0.0 56.6 33.4
1 3.13
talian (3) (0) (17) (10)
Saya mampu untuk memuatnaik fail dalam 3.3 16.7 33.3 46.7
2 3.23
Google Classroom (1) (5) (10) (14)
Saya mempunyai pendedahan awal 10.0 26.7 43.3 20.0
3 2.73
menggunakan aplikasi Google Classroom (3) (8) (13) (6)
6.7 3.3 46.7 43.3
4 Saya mampu untuk menyemak hasil kerja murid 3.27
(2) (1) (14) (13)
Saya lebih seronok menggunakan Google 10.0 0 33.3 56.7
5 3.36
Classroom (3) (0) (10) (17)
Saya dapat memberi maklum balas melalui 3.3 16.7 33.3 46.7
6 3.23
aplikasi Google Classroom (1) (5) (10) (14)
Saya akan membuat rujukkan buku sekiranya 33.4 23.2 33.4 10.0
7 2.20
menghadapi masalah. (10) (7) (10) (3)
8.08 10.96 42.37 38.53
8 Purata 3.02
(23) (26) (84) (77)

Jadual 4.4 Analisis Tahap Kesediaan Guru Terhadap Penggunaan Google Classroom
Dalam Pembelajaran Matematik

Bagi item pertama seramai 17 responden menjawab setuju dan 10 orang responden
jawab sangat setuju bagi kriteria kesediaan guru menggunakan aplikasi
googleclassroom untuk pdpc matematik. Namun begitu terdapat 3 orang respondent
iaitu sebanyak 10% yang menyatakan mereka tidak setuju untuk penyataan tersebut.
Ini mungkin disebabkan pengaksesan mereka untuk talian online terbatas atau diluar
bandar.
Bagi item kedua mengenai soalan ‘saya mampu untuk memuatnaik fail dalam
Google Classroom’ min skor yang didapati adalah sebanyak 3.23. Ini menunjukkan
guru-guru bersedia untuk memuatnaik fail atau dokumen untuk kegunaan murid-murid.
Bagi item ketiga pula, sebanyak 63% guru memberi respon bahawa mereka
mempunyai pendedahan awal mengenai google classroom manakala 47%pula
menyatakan mereka tidak mempunyai pendedahan awal. Ini mungkin disebabkan
mereka tidak mengikuti program -program ICT di sekolah masing-masing.
Bagi kriteria yang keempat, kelima dan keenam yang masing -masing
mendapat skor min yang tinggi iaitu 3.27,3.36 dan 3.23 menunjukkan bahawa guru-

31
guru mampu untuk menyemak hasil kerja murid, merasakan seronok menggunakan
aplikasi google classroom dan juga dapat berkomunikasi secara dalam talian.
Namu begitu, bagi kriteria yang ketujuh iaitu mengenai item ‘saya akan
merujuk buku sekiranya menghadapi masalah’ mendapat skor min sebanyak 2.20. Hal
ini menunjukkan bahawa guru mempunyai akses yang lain selain merujuk pada buku
iaitu kemungkinan guru akan meminta bantuan guru pembimbing ict di sekolah
masing-masing atau guru membuat ‘google search’ atau bantuan dalam talian
sekiranya mengahadapi masalah dalam google classroom.
Secara keseluruhanya, purata min skor bagi analisis tahap kesediaan guru
terhadap penggunaan google classroom dalam pembelajaran matematik adalah
sebanyak 3.02. Ini menunjukkan guru-guru sedia menggunakan aplikasi google
classroom dalam pdpc matematik.

4.2.3 Analisis Mengenai Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru-guru Semasa


Menggunakan Aplikasi Google Classroom.

Sebanyak tujuh pernyataan telah ditujukan kepada responden berkenaan masalah yang
dihadapi oleh guru-guru dalam menggunakan aplikasi Google Classroom. Hasil kajian
dapat dirumuskan seperti dalam Jadual 4.5

1 2 3 4
Bil Kriteria STS TS S SS Min
% % % %
Saya sentiasa dapat mengakses google 33.3 16.7 33.3 16.7
1 2.33
classroom (10) (5) (10) (5)
Saya sedia mengikuti kursus-kursus ict yang 3.3 16.7 33.3 46.7
2 3.33
dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan. (1) (5) (10) (14)
Saya mendapat respond dari semua murid kelas 40.0 26.7 26.7 6.6
3 2.00
saya (12) (8) (8) (2)
33.3 30.0 20.0 16.7
4 Semua murid menyiapkan kerja rumah saya 2.2
(10) (9) (6) (5)

32
Saya dapat membuat penyelengaraan sekiranya 33.3 26.7 26.7 13.3
5 1.93
menghadapi masalah dalam aplikasi (10) (8) (8) (4)
Saya pernah mengikuti kursus-kursus mengenai 13.3 16.7 33.3 46.7
6 2.93
penggunaan dan penyelengaraan ict (4) (5) (10) (11)
Saya sentiasa dibantu oleh guru-guru lain 33.4 23.2 33.4 10.0
7 2.2
sekiranya menghadapi masalah dalam ict. (10) (7) (10) (3)
27.0 22.3 29.5 22.3
8 Purata 2.41
(57) (47) (62) (44)
Jadual 4.5 Analisis Mengenai Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru-guru Menggunakan
Aplikasi Google Classroom Dalam Pembelajaran Matematik

Bagi kriteria yang pertama didapati 33.3% memberi respon sangat tidak setuju
manakala sebanyak 16.7% memberi respons tidak setuju. Ini menunjukkan sebanyak
50% memberi respond yang negative dan 50% pula memberi respond yang positif
mengenai kriteria ‘saya sentiasa dapat mengakses google classroom’. Ini menunjukkan
bahawa guru-guru masih menghadapi masalah pengaksesan intenet bagi tujuan
menggunakan google classroom.
Bagi item yang kedua pula, sebanyak 80% guru memberi respon bahawa
mereka sedia untuk mengikuti kursus-kursus ict yang dianjurkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia secara atas talian. Bagi item ketiga dan keempat skor min yang
didapati adalah sebanyak 2.0 dan 2.2. Ini menunjukkan bukan semua murid dapat
menggunakan google classroom untuk menhantar tugasan atau kerja rumah yang
diberikan oleh guru. Ini mungkin disebabkan murid-murid tidak mempunyai alat
telekomunikasi yang canggih untuk mengakses google classroom.
Bagi kriteria yang keenam min skor yang diperolehi adalah sebanyak 1.93 iaitu
pada tahap rendah. Hal ini sedemikan mungkin kerana guru-guru masih tidak
mempunyai kepakaran dalam menyelenggara aplikasi.
Bagi item keenam didapati 80% guru menjawab setuju dan sangat setuju bagi
kriteria ‘Saya pernah mengikuti kursus-kursus mengenai penggunaan dan
penyelengaraan ict’. Ini menunjukkan bahawa pihak sekolah,ppd dan bahagian

33
kementerian sentiasa membuat kursus bagi guru-guru supaya dapat meningkatkan
pengetahuan dalam bidang ICT.
Bagi kriteria yang ketujuh min skor yang diperolehi adalah sebanyak 2.2 iaitu
sederhana. Ini menunjukkan guru-guru lebih suka untuk mencari secara online
sekiranya menghadapi masalah dalam aplikasi kerana pada masa kini aplikasi
‘youtube’ banyak membantu guru dalam menyelesaikan masalah melibatkan ict.
Pada keselurannya didapati purata skor min yang diperolehi adalah sebanyak
2.41 dimana ia berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan guru-guru masih
mengahadapi masalah dengan aplikasi google classroom.

4.3 RUMUSAN

Kajian ini dilihat mempunyai keputusan yang menyerupai hasil kajian oleh Saridah bt
Hussein (2006) dalam tajuk Keberkesanan Penggunaan Perisian Multimedia. Setelah
membuat kajian dan membuat analisis, penyelidik telah berjaya membuktikan bahawa
penggunaan googleclassroom dapat membantu guru meningkatkan kemahiran
menggunakan ict lebih-lebih lagi dalam keadaan Perintah kawalan Pergerakan
dikuatkuasakan. Dari min soal selidik dapat dibuktikan bahawa guru-guru berjaya
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran matematik secara atas talian walaupun
mengahadapi beberapa masalah seperti pengaksesan internet dan respon murid.

34
BAB 5

KESIMPULAN

5.1 PENDAHULUAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pelaksanaan, tahap kesediaan serta
masalah yang dihapadi oleh guru terhadap penggunaan googleclassroom dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik. Jadual 5.1 menunjukkan hasil dapatan kajian
mengikut objektif.
Jadual 5.1: Keputusan Dapatan Kajian Mengikut Objektif

Bil Objektif Kajian STS TS S SS Min


% % % %
1 Tahap Pelaksanaan Google Classroom 8.08 10.96 42.37 38.53 3.01
Dalam Pengajaran Dalam
Pembelajaran Matematik.
2 Analisis Tahap Kesediaan Guru 8.08 10.96 42.37 38.53 3.02
Terhadap Penggunaan Google
Classroom Dalam PdPc Matematik.
3 Analisis Mengenai Masalah Yang 27.0 22.3 29.5 22.3 2.41
Dihadapi Oleh Guru-guru
Menggunakan Aplikasi Google
Classroom Dalam Pembelajaran
Matematik

35
Daripada hasil kajian ini dapat dilihat bahawa tahap persediaan guru terhadap
penggunaan googleclassroom menujukkan min yang paling tinggi iaitu 3.02, diikuti
dengan tahap pelaksanaan google classroom dalam PdPc matematik iaitu min sebanyak
3.01. Akhir sekali ialah masalah yang dihadapi oleh guru-guru menggunakan aplikasi
googleclassroom dengan min purata sebanyak 2.41. Secara amnya kajian ini dijalankan
untuk mengetahui setakat mana guru-guru mampu untuk menggunakan aplikasi google
classroom dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik.

5.2 RUMUSAN JAWAPAN KEPADA PERSOALAN KAJIAN

Tahap persediaan guru dalam menggunakan aplikasi google classroom telah mendapat
respon yang positif dengan min purata sebanyak 3.02. Majoriti guru dapat menguasai
sistem pembelajaran melalui talian dengan lebih berkesan dengan adanya pelbagai
program dan kursus-kursus ICT yang dianjurkan oleh pihak sekolah, ppd dan juga
bahagian perkembangan guru Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tahap pelaksanaan pula mendapat skor min purata yang tinggi iaitu sebanyak
3.01. Ini menunjukkan guru-guru mahir dan mampu untuk memberikan tugasan atas
talian dan menyediakan bahan pdpc yang menarik dengan menggunakan perisian
multimedia ini.
Walau bagaimanapun, bagi analisis mengenai masalah yang dihadi oleh guru
menunjukkan min purata yang sederhana iaitu sebanyak 2.41. Hal ini menujukkan
guru-guru masih tidak berpuas hati dengan respon murid dalam menyiapkan tugasan
yang diberikan dalam googleclassroom.

5.3 KESIMPULAN KESELURUHAN KAJIAN

Secara keseluruhan, kajian yang dijalankan merupakan satu kajian bertujuan melihat
persepsi dan tahap kecekapan guru dalam menggunakan aplikasi google classroom
bagi subjek matematik.

36
5.4 KAJIAN LANJUTAN

Penggunaan Googleclassroom sebagai paltfom untuk pdpc matematik harus


dipertingkatkan dimana guru dan murid seharusnya dapat berkomunikasi secara talian
khusunya bila berlaku situasi ‘Perintah Kawalan Pergerakan’. Melalui aplikasi ini,
murid-murid tidak adak ketinggalan dalam meneruskan pdpc mereka.

37
RUJUKAN

38
LETAK SOAL SELIDIK/INSTRUMEN/APA-APA LAMPIRAN DI SINI

39

You might also like