Professional Documents
Culture Documents
Kertas Kerja Majlis Permuafakatan
Kertas Kerja Majlis Permuafakatan
Kertas Kerja Majlis Permuafakatan
KERTAS KERJA
ANJURAN :
UNIT PRASEKOLAH
SK. ISKANDAR PERDANA
1.0 PENDAHULUAN
Majlis permuafakatan pihak prasekolah dengan ibu bapa / penjaga murid prasekolah
tahun 2014 merupakan salah satu daripada inisiatif pihak prasekolah untuk meningkatkan
prestasi akademik dan kesediaan murid pada tahun 2014 khususnya peningkatan kualiti dan
kuantiti. Program ini menggarapkan pendekatan perjumpaan bersama ibu bapa agar wujud
semangat kolaborasi untuk sama-sama bertanggungjawab memastikan kejayaan para pelajar.
Hal ini akan menambahkan keyakinan pelajar untuk terus berjuang demi kejayaan yang
cemerlang.
Pihak prasekolah berharap dengan usaha yang murni ini akan melahirkan pelajar yang
sedar potensi diri dan lebih terarah untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Hasilnya nanti
diharap mampu meningkatkan prestasi dan sifar linus dan numerasi dari segi kualiti dan
kuantiti.
2.0 RASIONAL
2.1 Yakin bahawa pelajar-pelajar mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya jika
diberi dorongan dan bimbingan secara berterusan.
2.2 Percaya bahawa pelajar-pelajar mampu mencapai prestasi akademik yang baik jika
dibimbing dan dipantau khususnya oleh ibu bapa.
3.0 OBJEKTIF
5.0 TEMPAT
6.0 SASARAN
Melibatkan ibu bapa / pelajar seramai 50 orang murid prasekolah tahun 2014.
Anggaran Perbelanjaan :
- Kurikulum
- Kokurikulum
- Hal-hal lain
- Jamuan
10.0 PENUTUP
Pihak prasekolah berharap agar ibu bapa dapat menggunakan peluang yang ada ini
untuk berinteraksi dengan pihak prasekolah mengenai program-program yang telah disusun
atur untuk kemajuan anak masing-masing. Hasilnya diharap dapat membuahkan kemenjadian
murid prasekolah yang lebih cemerlang pada tahun ini.
(SARINAH BT MADJIT)
Penolong Setiausaha Majlis permuafakatan
SK Iskandar Perdana
32610 Seri Iskandar
Perak
ANJURAN :
UNIT PRASEKOLAH
SK. ISKANDAR PERDANA
LAPORAN BERGAMBAR
Nama Program : Majlis Permuafakatan Unit Prasekolah dengan Ibu bapa Murid
Prasekolah
Tarikh : 15 Mac 2014
Hari : Sabtu
Masa :8.00 pagi
Tempat : Dewan Makan Prasekolah
Kehadiran : 85 orang
PENUTUP
Pihak prasekolah berharap agar ibu bapa dapat menggunakan peluang yang ada
ini untuk berinteraksi dengan pihak prasekolah mengenai program-program yang telah
disusun atur untuk kemajuan anak masing-masing. Hasilnya diharap dapat
membuahkan kemenjadian murid prasekolah yang lebih cemerlang pada tahun ini.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(SARINAH BT MADJIT)
Setiausaha Majlis permuafakatan
Prasekolah
SK Iskandar Perdana
32610 Seri Iskandar
Perak