Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

BACHELOR OF OCCUPATIONAL HEALTH AND SAFETY MANAGEMENT WITH

HONOURS (BOSHM)

SEMESTER MEI 2020

OUMH1603

KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

NO. MATRIKULASI : 910420105443001


NO. KAD PENGENALAN : 910420105443
NO. TELEFON : 017-3479477
E-MEL : luqman202122@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PULAU PINANG LEARNING


CENTRE
Isi Kandungan Halaman
1.0 Pengenalan 2
2.0 Bahagian A: Penghapusan Paya Bakau di Malaysia 3
3.0 Bahagian B: Ulasan Infografik 5
3.1 Infografik 1 - 3 Dimensi Konsep Utama GCED 5
3.2 Infografik 2 - Hutan Paya Bakau di Malaysia 8
4.0 Bahagian C: Faedah Dan Cadangan 11
4.1 Faedah GCED Kepada Masyarakat 11
4.2 Cadangan Penyelesaian Isu Penghapusan Paya Bakau 12
5.0 Kesimpulan 14
Refleksi Kendiri 15
Rujukan 16
OUMH1603
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

1.0 Pengenalan

“Dewasa ini kita saling merayakan,


Kejayaan yang akhirnya membinasakan,
Apalah gunanya kematangan fikiran,
Bila di jiwa kita masih lagi muda dan mentah,
Ku lihat hijau”

Lirik lagu “Hijau” di atas telah didendangkan oleh Zainal Abidin Mohamad mengenai alam
sekitar (Zainal Abidin Mohamad, 1991, Runut 10). Menerusi sebahagian daripada lirik lagu itu
dapat kita simpulkan, bahawa manusia kini mengecapi pelbagai kemajuan teknologi, kejayaan
pembangunan infrastruktur dan mempunyai kehebatan peradaban. Namun tanpa kita sedari,
kita telah menyebabkan pelbagai kerosakan ke atas Bumi yang kita duduki. Umum mengetahui
Bumi semakin tenat. Pelbagai pencemaran telah berlaku dan perkara ini perlu dipandang serius
untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.

Isu alam sekitar adalah isu sejagat justeru Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global
Citizenship Education [CGED]) [GCED]) yang diilhamkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) telah mengambil langkah proaktif dalam mendidik masyarakat dalam
menyelesaikan isu alam sekitar. Apa itu GCED? GCED adalah sebuah program transformatif,
yang memberikan pelajar peluang dan kecekapan untuk menyedari hak dan kewajipan mereka
untuk membangunkan dunia yang lebih baik pada masa hadapan.

Oleh yang demikian, artikel ini mampu menjadi medan untuk pelajar menggunakan kemahiran
abad ke-21 yang dipelajari untuk mengupas dan menghuraikan segala jawapan untuk persoalan
yang diberi. Selain itu, artikel ini bertujuan untuk pelajar, belajar meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan yang relevan untuk menghadapi cabaran abad ini. Justeru, di bahagian yang
seterusnya, kita akan membincangkan satu permasalahan alam sekitar dan merungkai
bagaimana GCED melalui 3 dimensi konsep utama, kemahiran kognitif, sosio-emosi dan
tingkah laku dapat memberi manfaat kepada semua dalam menyelesaikan permasalahan alam
sekitar.

2
OUMH1603
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

2.0 Bahagian A – Penghapusan Paya Bakau di Malaysia

Dalam marcapada, isu alam sekitar adalah satu isu paling penting dan perlu dititk beratkan oleh
semua pihak. Apa itu alam sekitar? Alam sekitar daripada segi istilah bermaksud sesuatu yang
berada di sekeliling manusia atau suatu keadaan dalam lingkungan aktiviti manusia. Justeru
alam sekitar semulajadi merujuk kepada segala benda hidup atau bukan hidup yang wujud di
muka bumi secara semulajadi seperti flora dan fauna, air dan lautan, tanah dan gunung serta
bahan mineral yang berada di sekeliling manusia.

Pelbagai isu berkaitan alam sekitar yang berlaku di sekeliling kita dapat disenaraikan.
Antaranya kemusnahan biokepelbagaian, pencemaran air, pembasmian hutan, perubahan iklim
dan penghapusan paya bakau.

Artikel ini akan membincangkan mengenai penghapusan paya bakau yang berlaku sekarang,
kesan ia pada alam sekitar, dan mengapa isu ini patut diberi tumpuan oleh semua masyarakat.

Penghapusan paya bakau adalah satu aktiviti penebangan pokok bakau bagi menjadikannya
sebagai sumber balak, sumber untuk bahan pembinaan seperti tiang dan cerucuk, dan
menjadikannya sebuah kawasan penempatan dengan menambak pesisir pantai.

Mengapa aktiviti ini semakin berleluasa di Malaysia? Hal ini berlaku kerana negara kita,
Malaysia sedang pesat membangun. Permintaan kayu bakau sebagai cerucuk, tinggi ekoran
pelbagai jenis pembangunan yang naik ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Bukan itu
sahaja tumpuan pemaju pembangunan untuk membangunkan kawasan pesisir pantai sebagai
sebuah kawasan perindustrian, penempatan dan pelancongan meningkat ekoran kawasannya
yang landai dan mempunyai pemandangan yang cantik serta akses ke pelabuhan atau bandar
yang lebih dekat berbanding kawasan pedalaman.

Apa yang kita boleh dapati dan lihat adalah lebih banyak kesan negatif berbanding yang positif
mengenai aktiviti penghapusan paya bakau ini. Aktiviti ini merupakan suatu ancaman alam
sekitar yang serius dan perlu diambil perhatian oleh semua orang. Ia bukan sahaja
membahayakan nyawa kehidupan marin malah akan membahayakan juga nyawa manusia.
Ketiadaan hutan paya bakau boleh menyebabkan hakisan pantai dan ekosistem kehidupan
marin terjejas.

Mari kita lihat daripada sudut ekosistem kehidupan marin. Paya bakau merupakan tempat
pembiakan bagi pelbagai jenis hidupan laut seperti ketam, ikan, udang dan lain-lain di samping

3
OUMH1603
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

habitat hidupan liar seperti monyet, ular, biawak dan burung-burung hutan. Ia adalah satu
ekosistem yang sempurna untuk semua hidupan mencari makanan dan membiak. Selain itu, ia
menjadi tempat teduhan bagi ikan-ikan dewasa bertelur dan anak-anak ikan sebelum mereka
membesar dan mampu mengharungi badai lautan. Jika habitat ini musnah maka hilanglah satu
ekosistem yang sempurna yang akan beri kesan negatif kepada kehidupan marin seperti
kepupusan haiwan dan tumbuhan.

Bagaimana pula dengan manusia? Apa kesan yang kita terima? Paya bakau adalah benteng
semulajadi yang terbaik untuk kita. Jika aktiviti penghapusan paya bakau ini terus berlaku, kita
akan terdedah dengan bahaya seperti angin taufan yang mampu merosakkan infrastruktur
kampung-kampung dan kediaman yang berada berdekatan dengan pesisir pantai. Selain itu,
hakisan pantai akan terjadi dan ini akan menyebabkan keluasan daratan akan berkurangan.
Bukan itu sahaja, seperti tumbuhan yang lain, pokok bakau juga menyumbang dalam
membekalkan kandungan oksigen kepada kita dan menampung kandungan karbon di Bumi.

Justeru isu ini perlu dipandang serius seperti mana isu alam sekitar yang lain. Banyak
kehidupan yang bergantung pada hutan paya bakau termasuk manusia. Jika pokok bakau
berkurang, maka kandungan oksigen di Bumi juga akan berkurang. Populasi manusia semakin
bertambah tetapi kandungan oksigen semakin berkurang. Oleh yang demikian, penghapusan
paya bakau ini harus ditangani dengan sebaiknya.

4
OUMH1603
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

3.0 Bahagian B – Ulasan Infografik


3.1 Infografik 1 - 3 Dimensi Konsep Utama GCED

Rajah 1 : 3 Dimensi Konsep Utama GCED

Sumber:
https://www.gcedclearinghouse.org/sites/default/files/resources/Global%
20Citizenship%20Education%20%28GCED%29%20infographic.pdf

5
OUMH1603
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

GCED adalah sebuah program transformatif, yang memberikan pelajar peluang dan
kecekapan untuk menyedari hak dan kewajipan mereka untuk membangunkan dunia yang
lebih baik pada masa hadapan. Oleh yang demikian, GCED harus berpandukan pada dasar-
dasar sejagat seperti hak asasi manusia untuk mencapai matlamat pembangunan lestari.

Sesebuah masyarakat dan individu itu sendiri perlu mengambil tindakan di peringkat setempat
dan harus mengikut konteks hak asasi manusia seperti kesamarataan jantina, tiada diskriminasi
kaum dan warna kulit, penyertaan terbuka daripada semua pihak, tiada sebarang kekerasan atau
paksaan yang digunakan, dan hormat-menghormati antara sesama insan untuk mencapai
transformatif yang dapat membantu untuk membina sesebuah masyarakat yang aman dan
lestari mengikut apa yang dikehendaki oleh GCED. Harapan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan
Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) agar setiap negara dapat
memastikan bahawa setiap pelajar diberi pengetahuan dan kemahiran untuk mempromosikan
pembangunan lestari.

Terdapat 3 kemahiran yang GCED cuba untuk kembangkan iaitu kemahiran kognitif, sosio-
emosi dan tingkah laku di dalam diri setiap individu terutama sekali generasi muda dan pelajar.
Kemahiran-kemahiran ini saling berkaitan dan disatukan di dalam proses pembelajaran.
Mengapa generasi muda dan pelajar yang menjadi keutamaan? Hal ini kerana mereka ini adalah
penggerak bak kata pepatah ‘meluntur buluh biarlah dari rebungnya’. Sesuai dengan pepatah
tersebut, mereka masih muda dan senang dibentuk. Oleh yang demikian, apabila mereka telah
di didik dengan kemahiran-kemahiran ini sejak kecil lagi, maka apabila mereka meningkat
dewasa, kemahiran tersebut dapat berkembang dan mereka boleh mengajar generasi yang akan
datang.

Kemahiran yang ingin dikembangkan oleh GCED ini seiring dengan pembelajaran untuk
menjadi pelajar abad ke-21. Yang pertama, kemahiran kognitif. Kemahiran kognitif adalah
kemahiran untuk memperoleh pengetahuan, pemahaman dan pemikiran kritis mengenai isu-isu
global yang saling berkaitan dan bergantungan antara pelbagai negara dan penduduk yang
berbeza.

Kemahiran ini boleh dihubungkan dengan kemahiran celik digital,iaitu melalui maklumat dan
media. Kemahiran celik digital ini membolehkan pelajar beroleh ilmu pengetahuan yang luas
tanpa sebarang batasan. Kesemua maklumat dan media ini berada di hujung jari, mereka boleh
mencari di dalam internet selain melalui buku-buku atau akhbar. Bukan itu sahaja, kemahiran
kognitif ini juga boleh dihubungkan dengan kemahiran berfikir secara kritis di bawah kategori

6
OUMH1603
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

kemahiran pembelajaran dan inovasi. Para pelajar berkebolehan untuk menganalisis dan
berinovasi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kedua, kemahiran sosio-emosi. Kemahiran ini adalah kemahiran untuk mempunyai rasa
kekitaan sesama manusia, berkongsi nilai dan tanggungjawab, menunjukkan empati, solidariti,
dan menghormati perbezaan dan kepelbagaian.

Jenis kemahiran ini boleh dikaitkan dengan kesedaran global di bawah kategori kemahiran
kerjaya dan kehidupan. Para pelajar boleh mendapat pemahaman konseptual berdasarkan
pengaplikasian ilmu global dan pandangan budaya. Justeru melalui kemahiran ini pelajar boleh
menghormati budaya, perbezaan dan kepelbagaian sesame manusia. Selain itu, kemahiran
sosial dan kemahiran berkomunikasi juga dapat di amalkan. Kemahiran ini amat penting kerana
ia membolehkan kita berinteraksi dan berkomunikasi sesama kita tanpa sebarang halangan
walau berbeza bangsa dan bahasa. Apabila komunikasi dapat disampaikan dengan baik, maka
apa yang cuba disampaikan itu boleh difahami dan diterima oleh semua.

Akhir sekali, kemahiran tingkah laku adalah kemahiran untuk bertindak secara
bertanggungjawab di peringkat tempatan, nasional dan global untuk mengecapi dunia yang
lebih aman dan lestari.

Kemahiran ini amat penting kerana ia merangkumi semua yang dipelajari di dalam kemahiran
abad ke-21. Kemahiran ini mampu mendidik setiap orang untuk menjadi seorang manusia yang
lebih bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri sendiri bahkan berusaha untuk
memastikan semua orang mengecapi kehidupan yang terbaik. Kemahiran pembelajaran dan
inovasi mampu menjadikan seseorang lebih kreatif dan kritis dalam menganalisis masalah,
berusaha mencari jalan penyelesaian dan bekerja bersama di dalam kumpulan untuk mencipta
dunia yang lebih aman. Kemahiran celik digital pula mampu mendidik seseorang untuk
menjadi lebih berpengetahuan luas. Manakala kemahiran kerjaya dan kehidupan boleh
membimbing seseorang untuk menjadi lebih berdaya saing dan kemahiran metakognitif
mampu menjadikan seseorang lebih terbuka dan bertanggungjawab dengan mempunyai
kemahiran reflektif dan kemahiran pembelajaran kendiri.

7
OUMH1603
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

3.2 Infografik 2 - Hutan Paya Bakau di Malaysia

Rajah 2 :

Sumber:
https://bernama.com/bm/infografik/index.php?v=2724

Paya bakau adalah benteng semulajadi bagi manusia di daratan daripada sebarang ribut taufan
dan tsunami di lautan. Hutan paya bakau adalah sangat unik kerana ia tumbuh dengan banyak
di antara lautan dan daratan, di dalam tanah masin dan air payau. Selain keistimewaannya itu,
terdapat lagi satu ciri yang unik mengenai paya bakau ini. Walaupun tumbuhan ini hidup separa
di dalam air, ia mampu menyerap oksigen melalui akar ceracak yang dimilikinya.

8
OUMH1603
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

Hutan paya bakau tumbuh subur di kawasan tropika dan sub-tropika dan hutan ini merupakan
sebahagian daripada hutan tropika. Ekosistem yang unik ini boleh ditemui di pesisir pantai
yang terlindung di benua Asia, Australia dan New Zealand tetapi yang berada di Asia Tenggara
adalah hutan bakau yang paling subur. (Fifi Harteeny Marzuki,2019)

Di Asia Tenggara, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai hutan paya bakau yang
besar. Antara tempat konservatif untuk hutan paya bakau ini adalah di Pusat Eko Pelajaran
Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang di Perak, Taman Alam, Kuala Selangor di Selangor,
Muara Sungai Labuk-Sugut di Sabah dan Pantai Samarahan-Sadong di Sarawak.

Mengapa hutan paya bakau ini sangat penting pada alam sekitar? Hal ini kerana, ekosistem ini
membantu melindungi garisan pantai daripada sebarang hakisan. Apabila hakisan ini berlaku
keadaan tanah tidak lagi stabil, ini menyebabkan kawasan yang terjejas akan mudah dinaiki air
apabila air pasang ataupun apabila banjir besar berlaku seperti di pesisiran Pantai Timur
Malaysia Ketika musim tengkujuh.

Gambar 1 : Tinjauan dari udara Kampung Tanjung Gelam mengalami hakisan


walau benteng pemecah ombak siap dibina
Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/617
591/hakisan-pantai-makin-meruncing-di-semenanjung

9
OUMH1603
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

Ia juga bertindak sebagai halangan semulajadi untuk menghalang angin taufan dan ombak
tsunami. Bentuk muka bumi semenanjung Malaysia sangat istimewa. Justeru, ia terdedah
kepada lautan luas dan tiupan angin monsoon. Apabila ombak besar berlaku terutama ketika
musim tengkujuh, sudah pasti hakisan pantai akan terjadi. Ini amat membahayakan penduduk
di kawasan persisiran pantai.

Selain itu, hutan paya bakau dikenali dengan kebolehannya menapis air laut daripada
memasuki ke dalam sungai. Hal ini terbukti kerana bakau mempunyai sifat adaptasi istimewa
dengan akarnya yang mampu menapis garam air laut dan mengeluarkan garam melalui daun.
(Nur Haziqah Jasmani,2019)

Akhir sekali, ia adalah sebuah habitat penting untuk kehidupan marin dan hidupan liar yang
lain. Ia adalah satu ekosistem yang sempurna untuk semua hidupan mencari makanan dan
membiak. Pelbagai jenis hidupan laut seperti ketam, ikan, udang dan lain-lain di samping
habitat hidupan liar seperti monyet, ular, biawak dan burung-burung hutan yang menjadikan
hutan paya bakau sebagai habitat mereka.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia Bersama
dengan Tabung Hidupan Liar Sedunia-Malaysia ((World Wildlife Fund) WWF-Malaysia),
Malaysia mempunyai sebanyak 629,577 hektar keluasan hutan paya bakau yang merangkumi
Semenanjung Malaysia 17%, Sarawak 22% dan Sabah 61% sekitar tahun 2017. Kajian yang
dilakukan juga mendapati terdapat pengurangan secara purata sebanyak 737 hektar sejak tahun
1990. Jika mengikut kecenderungan ini, Malaysia kehilangan hampir 15,000 hektar sepanjang
20 tahun ini.

Setiap yang berlaku mesti mempunyai punca dan sebab ia terjadi. Terdapat beberapa perkara
yang membuatkan kehilangan hutan paya bakau di Malaysia antaranya tanaman kekal yang
diusahakan oleh petani. Mereka menebang pokok bakau, kemudian menambak dengan tanah
dan mengusahakan pelbagai jenis tanaman seperti sayuran untuk perniagaan. Bukan itu sahaja,
aktiviti kegiatan akuakultur yang diusahakan oleh nelayan juga menyumbang kepada
penghapusan paya bakau. Antara akuakultur yang mereka usahakan adalah penternakan ikan
air masin di dalam sangkar dan udang harimau. Akhir sekali, pembangungan infrastruktur,
penempatan dan industri oleh pemaju pembinaan. Mereka ini begitu rakus sekali menebang
dan menambak kawasan paya bakau dan memajukan untuk tujuan komersial.

10
OUMH1603
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

4.0 Bahagian C: Faedah Dan Cadangan


4.1 Faedah GCED Kepada Masyarakat

Kita telah membincangkan mengenai 3 Dimensi Konsep Utama dan Hutan Paya Bakau di
Malaysia dalam sub-topik yang sebelum ini. 3 konsep tersebut adalah kemahiran kognitif,
sosio-emosi dan tingkah laku. Justeru di dalam sub-topik kali ini, kita akan mengulas
bagaimana 3 Dimensi Konsep Utama yang dibawa oleh GCED ini dapat memberikan faedah
kepada masyarakat dalam mengatasi isu berkenaan penghapusan hutan paya bakau.

Mari kita selusuri konsep yang pertama iaitu kemahiran kognitif. Di dalam konsep kemahiran
kognitif terdapat kemahiran untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Melalui kemahiran ini,
masyarakat perlu berusaha dengan gigih untuk mencari ilmu berkenaan hutan paya bakau dan
ekosistem di dalam hutan paya bakau tersebut. Masyarakat boleh menggunakan pelbagai jenis
medium seperti internet, media massa, ataupun orang yang pakar mengenai biokepelbagaian
hutan paya bakau.

Selain itu, kemahiran pemahaman dan pemikiran kritis mengenai isu alam sekitar juga amat
penting. Hal ini kerana masyarakat mengambil mudah berkenaan hutan paya bakau hingga
menyebabkan isu penghapusan paya bakau semakin hari semakin berleluasa. Oleh yang
demikian kemahiran ini dapat membantu agar situasi seperti penghapusan paya bakau dapat
dicegah dan diatasi. Bukan itu sahaja, kemahiran ini juga dapat membantu masyarakat untuk
supaya berfikir tentang kepentingan hutan paya bakau dan keseluruhan ekosistemnya. Justeru
konsep ini mampu memberi faedah kepada masyarakat dengan menjadikan masyarakat lebih
peka akan isu alam sekitar.

Konsep seterusnya ialah konsep sosio-emosi iaitu kemahiran untuk mempunyai rasa
kebersamaan bukan sahaja pada manusia malah pada alam sekitar, berkongsi nilai dan
tanggungjawab dalam menjaga alam sekitar, menunjukkan empati, solidariti, dan menghormati
alam sekitar. Faedah yang boleh diperolehi melalui konsep sosio-emosi adalah masyarakat
akan mempunyai perasaan kasih dan sayang serta menghormati alam sekitar. Penghapusan
hutan paya bakau, pencemaran alam dan isu-isu alam sekitar yang lain dapat dikurangkan
apabila masyarakat mula menghormati, menghargai dan menyayangi alam sekitar. Mereka
akan berusaha untuk melindungi hutan paya bakau daripada kemusnahan angkara kegiatan
manusia. Mereka sedar apabila hutan paya bakau ini musnah, ia akan hilang buat selama-
lamanya. Walaupun mereka berusaha untuk mewujudkan kembali, ia akan mengambil jangka
masa yang panjang untuk pulih seperti sediakala.

11
OUMH1603
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

Konsep yang terakhir adalah konsep tingkah laku. Masyarakat akan menjadi lebih
bertanggungjawab. Ini adalah faedah yang boleh didapati melalui konsep ini. Mereka yang
bertanggungjawab akan memastikan alam sekitar terjaga dengan baik. Mereka juga akan
bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kelestarian alam dan berusaha mengekalkannya agar
generasi akan datang dapat menikmati kebaikannya. Hal ini kerana di dalam konsep tingkah
laku ini masyarakat akan belajar untuk bertindak secara berkesan dalam menangani isu
penghapusan paya bakau dan isu alam sekitar yang lain, dan mereka juga akan mempunyai
perasaan bertanggungjawab pada peringkat tempatan, kebangsaan, dan global demi mencapai
dunia yang lestari.

Dan hasilnya dapat kita lihat apabila mereka berjaya mewujudkan sebuah pusat khas untuk
melindungi hutan paya bakau daripada musnah diragut arus kemodenan. Mereka berusaha
untuk mengekalkan hutan paya bakau dengan aktiviti penanaman semula dan memberi nasihat
serta tunjuk ajar kepada masyarakat yang lain.

4.2 Cadangan Penyelesaian Isu Penghapusan Paya Bakau

Kusut di hujung, kembali ke pangkal. Inilah peribahasa yang bersesuaian dengan situasi yang
berlaku sekarang ini. Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiaan. Masyarakat perlu
berganding bahu untuk mencari punca kepada permasalahan penghapusan paya bakau ini dan
bersama-sama menyelesaikan isu ini daripada terus berleluasa. Cegah ia sebelum terlambat,
supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Antara cadangan yang boleh kita usahakan adalah dengan mewartakan lebih banyak hutan
simpan paya bakau ini. Seperti yang berlaku di Johor, kerajaan Negeri Johor berusaha untuk
mengekalkan Pulau Kukup sebagai Taman Negara Johor. (Zanariah Abd Mutalib,2018).
Mempunyai keluasan 647 hektar, Pulau Kukup yang terletak dalam daerah Pontian mempunyai
ekosistem pulau bakau yang jarang ditemui dan diancam kepupusan. Selain itu, kawasan ini
juga terkenal kerana mempunyai khazanah biodiversiti yang tidak ternilai kepada negara dan
Johor khususnya.

Usaha seperti ini mesti diperbanyakkan kerana ia bukan sahaja akan melindungi negara
daripada sebarang bencana alam, malah dapat menjadikannya salah satu kawasan
berkepentingan antarabangsa. Ia dapat membantu seluruh dunia untuk datang ke kawasan ini
untuk melakukan kajian demi faedah generasi masa kini dan masa hadapan secara tidak

12
OUMH1603
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

langsung ekonomi pelancongan di negara kita akan meningkat. Tanpa kita sedar, kita juga telah
melindungi hidupan liar terancam seperti Burung Botak, Bangau Cina dan Pacat Bakau. Hal
ini kerana, kawasan hutan paya bakau adalah kawasan persinggahan burung migrasi, tempat
pembiakan dan perlindungan hidupan liar serta sumber perikanan dan akuakultur negara.

Usaha ini membuktikan masyarakat menjadi lebih peka pada alam sekitar, mempunyai rasa
kasih sayang dan menghormati alam sekitar serta menjadi masyarakat yang lebih
bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Cadangan seterusnya yang boleh dilakukan adalah dengan memperbanyakkan aktiviti


penanaman semula pokok bakau di kawasan yang telah terjejas akibat aktiviti penghapusan
hutan paya bakau. Usaha ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa agar hutan paya bakau
terus bertahan. Usaha yang dilakukan oleh Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan
Nelayan Pantai Malaysia (Jaring) dengan kerjasama beberapa pihak lain di Alor Setar, Kedah
menanam 20,000 pokok bakau untuk mengelak hakisan pantai sepanjang tahun 2018. (Wan
Mohd Noor Hafiz, 2019).

Usaha yang dilakukan secara gotong-royong ini melibatkan pelajar universiti, pekerja kilang
dan komuniti setempat walaupun mereka berdepan kekurangan anak pokok bakau. Aktiviti
seperti ini perlu dicontohi oleh semua pihak. Ini membuktikan bahawa rakyat mula peka
terhadap isu alam sekitar yang melanda di kawasan mereka. Selain itu, usaha seperti ini dapat
mendidik generasi muda betapa pentingnya masyarakat perlu mengekalkan ekosistem hutan
pokok bakau. Ini membuktikan mereka mempunyai perasaan kasih dan sayang terhadap alam
sekitar.

Mereka juga telah mendapat hasil daripada usaha yang mereka lakukan apabila pokok bakau
yang telah ditanam 14 tahun lalu di Kuala Tunjang, berjaya menjadi benteng semula jadi dari
hakisan ombak mahupun menahan angin yang kencang yang melanda kawasan tersebut. Terbit
perasaan tanggungjawab dalam diri masyarakat apabila usaha penanaman ini dilakukan secara
bergotong-royong bukan sahaja di Kedah, malah di Selangor, Perak, dan Pulau Pinang bagi
mengekalkan ekosistem pokok bakau di kawasan tersebut.

13
OUMH1603
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

5.0 Kesimpulan

Aktiviti penghapusan paya bakau di Malaysia sememangnya sangat merisaukan. Jika isu ini
dipandang enteng, maka buruk padahnya. Terdapat segelintir masyarakat yang tidak
mengambil serius akan perkara ini dan mementingkan diri sendiri dengan menghapuskan hutan
paya bakau untuk kepentingan mereka. Oleh yang demikian 3 dimensi konsep utama yang
diperkenalkan oleh GCED dapat membantu seluruh masyarakat menghadapi isu ini dan
menguruskan alam sekitar dengan lebih baik.

Konsep kemahiran kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku memberikan banyak faedah kepada
masyarakat seperti peka pada alam sekitar, mempunyai rasa kasih sayang dan menghormati
alam sekitar dan menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Faedah-faedah ini akan membantu masyarakat untuk membentuk dunia yang lebih aman dan
lestari.

Cadangan-cadangan seperti mewartakan lebih banyak hutan simpan paya bakau dan aktiviti
gotong-royong menanam pokok bakau dapat memastikan kelangsungan hutan paya bakau dari
diancam kemusnahan. Usaha ini bukan sahaja dapat dinikmati oleh manusia, malah kehidupan
marin dan hidupan liar yang lain juga akan turut merasai kebaikannya.

Secara ringkasnya, semua lapisan masyarakat perlulah berusaha bersama-sama menangani isu
penghapusan paya bakau ini dengan serius. Ini kerana hutan paya bakau yang sihat dan luas
mampu menyelamatkan kita daripada bencana alam dan membantu kehidupan marin dan
hidupan liar terus membiak dengan selamat daripada diancam kepupusan.

Jumlah perkataan : 3089 patah perkataan

14
OUMH1603
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

Refleksi Kendiri

Objektif tugasan ini memerlukan saya menggunakan kemahiran abad ke-21 yang dipelajari
untuk mengupas dan menghuraikan segala jawapan untuk persoalan yang diberi. Pada awal
semester ketika menerima tugasan ini, saya merasa sedikit keliru bagaimana untuk
menyampaikan tugasan ini dengan menggunakan kemahiran abad ke-21. Apabila sudah
menghadiri kelas dan berbincang bersama pensyarah, baru saya Nampak arah tuju tugasan ini.

Tugasan ini mengajar saya untuk menjadi pelajar yang mempunyai kemahiran pembelajaran
dan inovasi serta lebih celik digital dalam mencari maklumat yang bermanfaat. Banyak ilmu
berkenaan alam sekitar dan isu-isu pencemaran alam yang saya pelajari. Jika sebelum ini saya
tidak tahu mengenai isu penghapusan paya bakau, kini saya lebih mengerti dan berusaha untuk
melindungi ekosistem ini. Saya juga berniat ingin melibatkan diri di dalam aktiviti sukarelawan
untuk menjaga alam sekitar pada masa akan datang.

Selain itu, artikel ini bertujuan untuk pelajar, belajar meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
yang relevan untuk menghadapi cabaran abad ini. Oleh itu kemahiran kerjaya dan kehidupan
banyak membantu saya dalam menyedari tentang kesedaran global dan celik alam sekitar. Saya
berharap kesedaran ini dapat membantu diri saya dan orang di sekeliling saya untuk terus
menyanyangi alam sekitar.

Akhir sekali, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT, tugasan ini dapat diselesaikan
pada waktu yang ditetapkan dan berharap tugasan ini berjaya disampaikan dengan baik dan
boleh dijadikan rujukan untuk mereka yang memerlukan.

15
OUMH1603
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

Rujukan

Open University Malaysia (OUM) (Ed.).(2020) Kemahiran Belajar Untuk Abad Ke-21 (Edisi
Pertama). Malaysia.

Zainal Abidin Mohamad (1991). Hijau. Zainal Abidin 1 (CD). Malaysia: Roslan Aziz
Productions.

Fifi Harteeny Marzuki (2019, Ogos 14). Tanggungjawab memelihara 'hutan di antara laut dan
darat'. Infiniti, KOSMO!, ms.26.

https://bernama.com/bm/infografik/index.php?v=2724

https://www.gcedclearinghouse.org/sites/default/files/resources/Global%20Citizenship%20E
ducation%20%28GCED%29%20infographic.pdf

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hutan_paya_bakau

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/617591/hakisan-pantai-makin-
meruncing-di-semenanjung

Nur Haziqah Jasmani (2019, Mei 24). RENCANA INDIVIDU: HUTAN PAYA BAKAU MAKIN
TERANCAM DAN PUPUS. Retrieve from https://medium.com/@irywp311/rencana-individu-
hutan-paya-bakau-makin-terancam-dan-pupus-bc45bd31383b

Zanariah Abd Mutalib (2018, Disember 8). Kerajaan mahu status Pulau Kukup kekal sebagai
Taman Negara Johor. BH Online.

Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansoor (2019, Januari 2). Tanam 20,000 pokok bakau elak
hakisan. Retrieve from https://www.sinarharian.com.my/article/5155/EDISI/Utara/Tanam-
20000-pokok-bakau-elak-hakisan

16

You might also like