Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Soalan 1:

En. Hafiz membeli sebuah kereta bernilai RM110 000 secara kredit. Bayaran pendahuluan
adalah sebanyak 10% dan bakinya dibayar secara ansuran selama 9 tahun. Bank
mengenakan 3% setahun dengan kadar faedah sama rata. Hitung jumlah bayaran balik dan
ansuran bulanan yang perlu dibayar En. Hafiz?
Soalan 2:

Cik Lily telah membuat pinjaman peribadi berjumlah RM25000 dari sebuah bank. Tempoh
pinjaman ialah 3 tahun dan dikenakan faedah sama rata 5% setahun. Berapakah jumlah
bayaran balik pinjaman dan ansuran bulanan yang perlu dibayar Cik Lily.
Soalan 3:

Pinjaman perumahan En. Zaid berjumlah RM400 000 dan tempoh bayaran balik adalah
selama 30 tahun. Kadar faedah 4% setahun atas baki dikenakan dan ansuran bulanan
adalah sebanyak RM1910. Hitung jumlah faedah yang perlu dibayar oleh En. Zaid bagi 2
bulan pertama dan baki hutang selepas 2 bulan membayar?
Soalan 4:

Alice membuat pinjaman peribadi berjumlah RM40 000 dari sebuah bank. Tempoh pinjaman
ialah 5 tahun dan kadar faedah sama rata ialah 7% setahun. Hitung bayaran balik pinjaman
dan ansuran bulanan.
Soalan 5:

En. Ravi membeli sebuah rumah dengan membuat pinjaman sebanyak RM400 000. Bank
mengenakan 3% setahun dengan kadar faedah atas baki. Tempoh bayaran ialah 15 tahun
dan ansuran bulanan adalah sebanyak RM1355. Hitung jumlah faedah yang perlu dibayar
oleh En. Ravi bagi 2 bulan pertama dan baki hutang selepas 2 bulan membayar?
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Mengira jumlah bayaran balik pinjaman
dan bayaran ansuran dengan pelbagai
kadar faedah dan tempoh pinjaman yang
berbeza dengan tepat.
KRITERIA KEJAYAAN:
Murid dapat:
1. Menyelesaikan sekurang-kurangnya 4/5
soalan yang melibatkan pengiraan jumlah
bayaran balik pinjaman dan bayaran ansuran
dengan pelbagai kadar faedah dan tempoh
pinjaman yang berbeza dengan tepat.

You might also like