Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Nama :_____________________________________________________ Kelas: 5______

UNIT : 24 Pengurusan Kewangan


- Kad Debit
5.1.7 Memahami dan menggunakan kata nafi, kata pembenar, kata arah, kata bilangan
mengikut konteks dengan betul
Objektif Pembelajaran:
Menggunakan kata nafi dan kata pembenar dalam perbualan dengan betul

Buku teks : m/s 172

Nota :
1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan. Ada
dua kata nafi iaitu bukan dan tidak.
2. Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan.Contoh kata
pembenar ialah ya, benar, betul.
Latihan
Nyatakan sama ada ayat di bawah ialah ayat yang mengandungi kata nafi atau kata
pembenar.
Contoh : Ya, saya menggunakan kad debit. Kata pembenar
1. Benar, Husin yang melukis lukisan itu. ______________
2. Harun bukan guru di Sekolah Kebangsaan Ayer Dalam. ______________
3. Beliau bukan hendak ke Johor, tetapi ke Melaka. ______________
4. Betul, benda hidup memerlukan oksigen. ______________
5. Samad tidak dipilih untuk mewakili sekolah dalam acara itu. ______________
6. Ya, Asma murid 5 Bestari. ______________
7. Tok Man tidak suka makan makanan yang pedas. ______________
8. Munirah sering dihina kerana dia bukan menantu pilihan
Haji Dolah dan isterinya. ______________
9. Betul kata Ahmad, mereka akan berpindah ke rumah baru minggu
hadapan. ______________
10. Ya, dialah yang mencuri duit saya. ______________

You might also like