Bab 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

BAB 1

LATAR BELAKANG SEKOLAH

1.1 Sejarah Sekolah


1.1.1. Latar belakang sekolah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok (SMKTD) telah ditubuhkan pada tahun
1959 di Pekan Banting dengan nama awalnya Darjah Melayu Banting.Bangunan
sekolah ini terletak di Jalan Raba atau dikenali sekarang dengan nama Jalan Jugra.
Pada tahun 1963 sekolah ini telah berpindah ke lokasi yang terletak di Jalan Sultan
Abdul Samad ,Telok Datok .Kemudian sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah
Kebangsaan Telok Datok (SMKTD) dan dirasmikan pada 6 Disember 1963 oleh
Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu, Yang Berhormat Kapten Haji Abdul
Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan.
Pengetua pertama pada tahun 1959 ialah En Nordin bin Ibrahim yang
dipanggil sebagai Guru Ketua. Sekolah ini ditubuhkan bertujuan untuk menampung
keperluan murid-murid beraliran Melayu mendapatkan pendidikan menengah
dimana kebanyakan penduduk Daerah Kuala Langat terdiri daripada kaum
bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar. Oleh kerana kebanyakan
penduduk bekerja sebagai petani mereka tidak mampu menghantar anak-anak
mereka bersekolah di sekolah aliran Inggeris disebabkan kos yang tinggi.Pada masa
itu hanya ada sebuah sahaja sekolah beraliran Inggeris iaitu Methodish Enslish
School(MES) yang kini dikenali sebagai SMK Methodist.
Pada asalnya, sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Umum Banting
(Pejabat Pendidikan Kuala Langat sekarang). Kemudian berpindah dan menumpang
di bangunan Sekolah Rendah Chung Hwa Banting. Pada tahun 1963 , sekolah ini
berpindah ke bangunan sekarang iaitu di Jalan Sultan Abdul Samad di kawasan
Telok Datok. Lokasi ini mudah dihubungi kerana sekolah terletak di jalan raya utama
dan menjadi laluan kenderaan awam seperti bas dan teksi dimana dengan tidak
secara langsung memudahkan pelajar untuk hadir kesekolah.Selain itu kemudahan
jejantas juga telah disediakan untuk keselamatan para murid melintas jalan pada
waktu pergi dan balik dari sekolah setiap hari.
Pada tahun 1999 SMK Telok Datok telah terpilih sebagai “Primier School” di
Daerah Kuala Langat sebagai perintis Sekolah Bestari bersama-sama 90 buah
sekolah lain yang terdiri daripada 38 buah SBP, 38 buah sekolah menengah harian,
5 buah SMKA, 3 buah sekolah di Putrajaya dan 6 buah sekolah baru di bawah
Program Penswastaan. SMK Telok Datok adalah sekolah tunggal bertaraf Sekolah
Bestari di Daerah Kuala Langat sehingga sekarang.Pelajar-pelajar yang menuntut di
SMK telok Datok terdiri dari pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 Atas.Mulai tahun
2015 SMK Telok Datok sudah tidak membuat pendaftaran pelajar tingkatan 1
kerana sekolah ini dalam proses untuk dijadikan Pusat Tingkatan Enam Daerah
Kuala Langat sepenuhnya menjelang tahun 2019.

Gambar 1: Darjah Melayu Banting 1959

Senarai Guru Ketua/Guru Besar/Pengetua SMK Telok Datok sejak 1959:


1. Nordin bin Ibrahim (Guru Ketua 1958-1959)
2. Mohamad bin Mohd Ali (Guru Besar 1959-Mac 1964)
3. Abdul Manan bin Abdul Ghafar (Guru Besar April 1964-Februari 1965)
4. Azmi bin Joned (Guru Besar Mac 1965- Dis 1965)
5. Atan bin Long (Guru Besar ,Januari 1966-April 1966)
6. Abd Aziz bin Asbullah (Guru Besar Mei 1966-Januari 1967)
7. Abdullah bin Bakri (pengetua Feb 1967-Dis 1971)
8. Miswan bin Mat Jais (Pengetua Disember 1971-Oktober 1974)
9. Ajidan bin Hashim ( Pengetua November 1974-Disember 1979)
10. Abdul Manaf bin Mohamad (Pengetua Januari 1980-November 1986)
11. Mokhtar bin Mohd Taib (Disember 1986-Januari 1988)
12. Mohd Noh bin Munawar (Pengetua Februari 1988- April 1992)
13. Tokiah binti Remot (Pengetua April 1992-Oktober 2003)
14. Abdul Wahid bin Takat (Oktober 2003 –Mac 2012)
15. Soaidah binti Duriat (April 2012-Sekarang)
Sehingga hari ini SMK Telok Datok telah diterajui oleh 15 orang pengetua dan
pengetua yang ada sekarang ialah Puan Soaidah binti Duriat iaitu pengetua
cemerlang DG54. Beliau dilahirkan pada 7 Mei 1959 di Kg. Sijangkang, Kuala
Langat, Selangor dan merupakan anak ke 2 daripada 3 orang adik-beradik. Beliau
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains ( Kepujian ) dalam bidang matematik dari
UKM Bangi.Beliau sentiasa berazam untuk meningkatan kecemerlangan sekolah
dari semua aspek seperti prasarana fizikal sekolah yang kondusif dan pencapaian
prestasi dalam semua bidang seperti bidang akademik,kokurikulum dan lain-lain.

Gambar 3: Puan Soaidah binti Duriat,Pengetua SMK Telok Datok.


1.1.2. Visi dan Misi
Visi Sekolah:
“Pendidikan Berkualiti,Insan Terdidik,Negara Sejahtera”

Misi Sekolah:
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti,Untuk membangunkan
Potensi Individu,Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

1.1.3. Objektif Sekolah


Terdapat 4 objektif sekolah iaitu:
1. Menyediakan peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia dan berketerampilan.
3. Menyediakan sumber manusia yang berkemahiran tinggi untuk
membangunkan negara.
4. Membentuk bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
Pendidikan Bestari yang diamalkan disekolah ini pula bertujuan untuk
melahirkan murid yang akan menjadi anggota masyarakat yang mempunyai ciri-ciri
berikut;
1. Berjiwa bebas, tenteram, harmoni dan maju serta yakin kepada diri sendiri
untuk mencapai kecemerlangan.
2. Bermoral dan beretika serta mengamalkan nilai-nilai agama. Cekal, tabah dan
mempunyai sifat waja diri.
3. Mengamalkan sifat liberal dan bertolak ansur.
4. Saintifik dan progresif.
5. Penyayang.
6. Menerima agihan hak ekonomi dengan adil.
7. Cinta akan negara,
8. Boleh dan mampu menyumbang kepada pembangunan bangsa, agama dan
negara.
1.1.4. Falsafah dan Nilai

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan negara yang seimbang dan harmonis, daripada segi intelek, rohani
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencari
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH SMK Telok Datok

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok berpegang pada prinsip


kecemerlangan, berakhlak mulia berilmu dan berbakti. Pendidikan yang
terancang kondusif, memberangsangkan dan berkesan, boleh mengembangkan
potensi individu menjadi insan yang seimbang dan berketerampilan, juga mampu
menyumbang kepada kemajuan negara, bangsa dan agama.

1.1.5. Piagam Pelanggan

PIAGAM SEKOLAH
Kami staf Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok bersedia berkhidmat
untuk bersama-sama ke arah:
1. Kecemerlangan prestasi kurikulum dan kokurikulum.
2. Berdisiplin melalui penerapan nilai-nilai murni.
3. Mewujudkan suasana sekolah yang bersih, menarik dan selesa.
4. Penggabungan padu tenaga pengajar dan tenaga bukan guru, ibu bapa
dan masyarakat yang berbilang kaum hingga wujudlah budaya kekitaan
dan penyayang.
5. Memperkasakan pengurusan perkhidmatan dan pentadbiran sekolah ke
arah yang terbaik dan berkualiti.
6. Mencemerlangkan akademik secara bersepadu dan menyeluruh
berteraskan sains dan teknologi.
7. Memperkukuhkan iman , sahsiah, akhlak dan budaya murni murid untuk
mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.
8. Mengembangkan potensi murid secara menyeluruh melalui aktiviti
kokurikulum.
9. Melaksanakan sistem pengurusan kewangan dan akaun yang sistematik,
serta amanah.
10. Mewujudkan permuafakatan dengan agensi luar demi kebaikan warga
sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

1.1.6. Lencana Sekolah

Lencana sekolah ini telah dicipta oleh salah seorang murid sekolah ini iaitu
Encik Mohammad bin Mohd Yusuf dalam satu pertandingan mencipta lencana
sekolah pada tahun 1963. Setelah tamat persekolahannya beliau berkhidmat
sebagai kerani di sekolah ini.

WARNA UNGU
Melambangkan pelajar WARNA BIRU
yang berbilang kaum dan Melambangkan
merupakan warna rasmi kesucian dalam
sekolah menuntut ilmu

2. MAYANG LAMBANG
KELAPA PERISAI
3. Menunjukkan hubungan
Menunjukkan
erat dan kesepakatan ketabahan

Rajah 1: Lencana SMK Telok Datok


1.1.7 Moto Sekolah

“Pelajaran Suluh Penghidupan”.

1.1.8 Lagu Sekolah


Senikata Lagu sekolah:
Ilmu pelajaran dituntut,
Tugas pelajar dan penuntut,
Di laut, di darat, di udara,
Sinar ilmu bercahaya,

Taat setia rajin dan usaha,


Waspada sabar asas jaya,
Sikap jujur ikhlas dan berjasa,

Alat pembangunan negara,


Putera puteri nan jaya sakti,
Semat ilmu isi di dada,
Bela ibu pertiwi,

Bakal perwira berjasa,


Dengan lambang warna pilihan,
Megah berdiri berkibaran,
Gambaran suci kemenangan,
Pelajaran suluh penghidupan.
1.1.9 Struktur Organisasi Sekolah.

Rajah 2: Struktur Organisasi Sekolah


1.1.10 Lokasi beserta lakaran
SMK Telok Datok terletak di pinggir Jalan Sultan Abdul Samad iaitu laluan
utama jalan raya Banting – Klang dan Banting – Dengkil. Oleh kerana ia merupakan
laluan yang sibuk maka JKR telah membina kemudahan jejantas untuk keselamatan
para murid melintas jalan pada waktu pergi dan balik dari sekolah.Berikut adalah
lakaran peta untuk ke SMK Telok Datok:

Rajah 3: Peta Lakaran ke SMK Telok Datok


1.1.11 Kemudahan Sekolah

SMK Telok Datok adalah sebuah sekolah yang mempunyai bangunan lama
kerana ia telah dibina pada tahun 1959.Namun begitu kemudahan asas dan
prasarana masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan.Kerosakan bangunan
sentiasa dibaik pulih supaya tidak membahayakan pelajar dan guru.Pada tahun
2006 bangunan setingkat di blok C telah dirobohkan kerana didapati sudah tidak
selamat digunakan.Bangunan baru empat tingkat siap dibina dan boleh digunakan
sepenuhnya pada tahun 2010.
Kemudahan fizikal di sekolah ini secara umumnya adalah mencukupi namun
usaha-usaha penambahbaikan sentiasa dijalankan dari masa ke semasa
bergantung kepada sumber kewangan yang ada.. Senarai kemudahan fizikal yang
terdapat di sekolah ini disenaraikan Jadual 1.
Jadual 1: Senarai Kemudahan Fizikal SMK Telok Datok
Bil Kemudahan Jumla Bil kemudahan Jumlah
h
BANGUNAN
1. 6 19 BILIK SEMINAR 1
SEKOLAH
2. BILIK DARJAH 33 20. DEWAN SEMINAR 1
3. PEJABAT AM 1 21. BILIK KESIHATAN 1
4. BILIK PENGETUA 1 22. BILIK CETAK 1
BILIK PEJABAT
5. 5 23. STOR SEKOLAH 1
P.KANAN
6. KANTIN 1 24. BILIK MESYUARAT 1
7. ASRAMA 2 25. DEWAN SEKOLAH 1
8. MAKMAL SAINS 11 26. PONDOK PENGAWAL 1
BILIK PERALATAN
9. BENGKEL KH 6 27. 1
SUKAN
10. PUSAT SUMBER 1 28. BILIK GURU 1
BILIK OPERASI
11. BILIK SENI VISUAL 1 29. AKADEMIK/BILIK 1
GKMP
12. BENGKEL MPV 1 30. MAKMAL KOMPUTER 2
13. PUSAT AKSES 1 31. BILIK PANTRI 1
14. SURAU 1 32. PADANG SEKOLAH 1
GELANGGANG SEPAK
15. KOPERASI SEKOLAH 1 33. 1
TAKRAW
BILIK BIMBINGAN & GELANGGANG BOLA
16. 1 34. 1
KAUNSELING TAMPAR
BILIK OPERASI GELANGGANG
17. 1 35. 1
BUKU TEKS PETANQUE
18. BILIK PENGAWAS 1
1.1.12 PIBG
Persatuan Ibu bapa Guru SMK Telok Datok telah memberi sokongan padu
dan komitmen yang tinggi dalam membantu Pengurusan dan Pentadbiran sekolah
dengan semangat perkongsian tanggungjawab anatara pihak komuniti dan sekolah
khususnya dalam memperuntukkan belanjawan yang besar untuk program
kurikulum dan kecemerlangan peperiksaan. Peruntukan ini telah diagihkan kepada
semua unit untuk menjalankan program-program motivasi dan aktiviti-aktiviti
kokurikulum untuk pembangunan sahsiah murid. Diantara sumbangan PIBG pada
tahun 2015 ialah;
i. Pembinaan Dewan Terbuaka sekolah yang boleh menampung 400 orang .
ii. Mengecat Sebahagian bangunan sekolah.
iii. Sumbangan 10 unit kompang unyuk kumpulan kompang sekolah
iv. Sumbangan keceriaan kantin sekolah.
v. Menanggung kos pengangkutan Kursus pengawas di Kem Wira Jaya Forest .
vi. Memberi sumbangan Kejohanan Ragbi TD10
vii. majlis Citra Gemilang.
viii. Sumbangan lawatan penanda aras pengawas ke USJ
ix. Sumbangan langsir semua makmal
x. Menaja Program LADAP I-think
xi. Membiayai Kem Kembara Ilmu Asrama
xii. Membiayai Pembelian Meja peperiksaan
xiii. Menaik taraf bilik guru blok A.
Secara amnya banyak sumbangan –sumbangan yang telah dibuat oleh PIBG
kepada pihak sekolah.Banyak projek sekolah dapat direalisasikan dasil dari
sumbangan dana PIBG. Pencapaian terbesar pihak PIBG adalah apabila pihak
PIBG dan sekolah telah mengadakan aktiviti Jogathon untuk mengutip dana bagi
membina sebuah dewan yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mengadakan
perhimpunan harian.Dewan tersebut menelan kos melebihi RM100000 dan telah
siap sepenuhnya pada bulan March 2016. Pada masa kini dewan tersebut telah
digunakan oleh pelajar setiap hari untuk menghadiri perhimpunan harian.Pelajar sesi
petang sudah selesa dan tidak perlu beratur di tengah panas terik matahari semasa
berhimpun,
1.2 Data dan Statistik
1.2.1 Enrolmen Murid
SMK Telok Datok adalah dalam kategori sekolah gred A luar bandar.SEkolah
ini mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi yang terdiri dari pelajar tingkatan3,5 dan 6
manakali sesi petang terdiri dari pelajar tingkatan 2 dan 3.Mulai tahun 2016 tiada lagi
pelajar tingkatan 1 dan peralihan kerana sekolah dalam proses untuk menjadi Pusat
Tingkatan Enam Daerah Kuala Langat .Buat masa kini bilangan kelas yang
beroperasi ialah sebangak 52 buah dimana seperti yang ditunjukkan dalam jadual
dibawah;
Jadual 2: Enrolmen pelajar
Tingkatan Bilangan kelas Enrolmen
Tingkatan1 Tiada 0
Tingkatan 2 6 175
Tingkatan 3 6 206
Tingkatan 4 8 207
Tingkatan 5 8 206
Tingkatan 6 Atas 12 264
Tingkatan 6 Bawah 12 200
Jumlah 52 buah 1258 orang
Sumber:Unit HEM
1.2.2 Bilangan Staf
Bilangan guru di SMK Telok Datok untuk tahun 2016 ialah seramai 127 orang
dimana 100 orang guru berada di sesi pagi untuk mengajar tingkatan 4 ,5, 6 Bawah
dan 6 Atas manakala 27 orang guru bertugas disesi petang untuk mengajar
tingkatan 2,dan 3.
Jadual 3: Bilangan guru dan staf sekolah
Bil Perkara Bilangan
1 Guru sesi pagi 100 orang
2 Guru sesi petang 27 orang
3 Staf pejabat dan PAR 8 orang
4 Juru teknik 1 orang
5 Pembantu Makmal 6 orang
Jumlah 142 orang
Sumber :e-operasi sekolah
1.2.3 Pencapaian Akademik dan kokurikulum
Akademik:
Diantara pencapaian SMK Telok Datok dalam akademik ialah,
1. Kedudukan ke 4 dari 16 buah sekolah dalam SPM 2015 Daerah Kuala
Langat (jika BASIS-taraf SBP dan SAMTAR-taraf SABKdan SAMUS-taraf
SABK)
2. Kedudukan Pertama dari 13 buah sekolah harian biasa Daerah Kuala Langat
dalam SPM 2015 dengan GPS 4.24
3. Kelulusan 100% dalam 13 matapelajaran dalam SPM2015 iaitu Bahasa
Cina,Biologi,Kesusateraan Melayu,Pendidikan Quran dan Sunnah,Pendidikan
Syariah Islamiah,Kesusasteraan Tamil,Fizik,Kimia,Pendidikan Seni
Visual,Bahasa Tamil,Bahasa Arab dan ICT.
4. Peningkatan peratus pelajar cemerlang tertinggi dalam Daerah Kuala Langat
SPM2014.
Kokurikulum:
Dalam kokurikulum pula SMk telok Datok telah mencapai beberapa kejayaan
diperingkat kebangsaan ,negeri dan daerah.Diantara kejayaan tersebut adalah,
1. Peringkat kebangsaan
i. Johan perseorangan Kejohanan tempin Bowling MSSM lelaki bawah
15 tahun
ii. Naib johan All Event lelaki bawah 15 tahun.
2. Peringkat negeri-
i. Johan Tempin Bowling MSSS berpasukan dan perseorangan.
ii. Naib Johan Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Kellys-MPAJ kali-3
iii. Kedudukan ke 4 kejohanan Catur MSSS
3. Peringkat Daerah
i. Johan Bola Tampar MSSD
ii. Johan Boling MSSD
iii. Johan Ping Pong Daerah
iv. 9 Pngat Emas Balapan Padang MSSD
v. Naib Johan Ragbi MSSD
vi. Ke –tiga Hoki Mssd

1.2.4 Kejayaan-kejayaan lain sekolah sehingga hari ini.


1. Pengauditan Kewangan Tahap Baik
2. Amalan Pengurusan Disiplin Terbaik Daerah Kuala Langat
3. Anugerah Khas Kecemerlangan dan Sumbangan Terbaik Kepada PPD
4. Anugerah Terbaik Kelab dan Persatuan oleh Kelab Pelancongan SMK Telok
Datok,
5. Johan Pertandingan Mengibarkan Jalur Gemilang Kategori Sekolah
Menengah Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-56
Peringkat Daerah Kuala Langat.

You might also like