Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

3 SUKAN DAN INTEGRASI KAUM

1. SUKAN DOMINAN BERDASARKAN KAUM


- Sukan yang dimonopoli atau dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja.

2. PUNCA DOMINASI SUKAN OLEH SESUATU KAUM


 Sosial
- Masalah komunikasi dan interaksi.
- Perbezaan agama dan kepercayaan.
- Latar belakang kehidupan dan pendidikan.
- Perbezaan tradisi

 Ekonomi
- Taraf ekonomi berbeza, orang kaya tidak mahu berkawan dengan orang yang miskin
- Status pekerjaan, orang yang berpangkat besar tidak mahu berkawan dengan orang
yang bekerja sebagai buruh

 Politik
- Perbezaan ideologi politik.
- Semangat perkauman.

3. KESAN DOMINASI SUKAN OLEH SESUATU KAUM


- Menyebabkan PERGADUHAN
- PERKEMBANGAN sukan tidak dapat berlaku
- Menambah jurang PERBEZAAN antara kaum
- menguatkan lagi sifat PERKAUMAN
- PEMAIN berkebolehan dari kaum lain tidak berpeluang mewakili pasukan.
- Semangat PATRIOTIK tidak dapat disemai
- INTEGRASI kaum tidak dapat diwujudkan
- Kemunduran institusi sukan
- Menghalang proses sosialisasi
- Ekonomi sukan tidak berkembang
- Atlet Malaysia dipandang rendah oleh Negara lain
- Kaum lain tidak berpeluang mengambil bahagian.
- Menghalang kemajuan sukan tersebut ke peringkat yang lebih tinggi

4. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI DOMINASI SUKAN OLEH SESUATU KAUM


 Membuka peluang kepada kaum lain untuk menceburi sukan tersebut.
 Memperkenalkan sukan tersebut kepada kaum lain demi kemajuan sukan.
 Mengadakan kempen secara berterusan bagi menarik minat kaum lain menyertainya.
 Bekerjasama dengan persatuan sukan berkenaan bagi perkembangkannya kepada semua
kaum.
 Mendedahkan sukan tersebut kepada semua kaum bermula seawal peringkat sekolah rendah
lagi.
 Memperbanyakkan kemudahan sukan tersebut untuk menarik minat penglibatan seluruh
masyarakat.
 Menganjurkan sukan yang mewajibkan penglibatan pelbagai kaum dalam pasukan secara
berkala.
5. Jelaskan tiga aktiviti yang boleh dilakukan untuk menjayakan program sukan komuniti yang dapat
menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum.

 Beri pengenalan sukan yang didominasi oleh sesuatu kaum kepada kaum yang lain.
- Contohnya sukan bola keranjang di Malaysia didominasi oleh kaum cina, oleh itu,
buat program pengenalan permainan bola keranjang kepada pelajar bangsa lain di
sekolah-sekolah kebangsaan.
 Mengurus pertandingan dengan penglibatan pelbagai kaum
- Contohnya, anjurkan pertandingan sukan dengan meletakkan syarat, setiap pasukan
mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 kaum yang berbeza.
 Perkenalkan sukan traditional setiap kaum kepada kaum-kaum lain.
- Contohnya, sukan silat adalah budaya orang melayu, oleh itu, perkenalkan sukan
silat ini di sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil
 Bentuk jawatankuasa pelbagai kaum
- Pastikan jawatankuasa yang diwujudkan adalah terdiri daripada pelbagai kaum.
 Pemilihan pemain daripada pelbagai kaum
- Pastikan tiada sifat pilih kasih sesame bangsa semasa proses pemilihan pemain
dijalankan. Proses pemilihan mestilah berdasarkan bakat atlet itu sendiri tanpa
mengira kaum.
 Mengadakan lawatan ke pertubuhan sukan pelbagai kaum
- Anjurkan lawatan ke pertubuhan sukan yang sinonim dengan sesuatu bangsa,
contohya, anjurkan lawatan ke pertubuhan kabadi. Sukan kabadi adalah sukan
traditional orang India.
 Mencungkil bakat TID (talent identification) pelbagai kaum
- Contohnya, untuk mencari bakat pemain bola sepak, pihak berwajib digalakkan juga
pergi ke sekolah jenis kebangsaan tamil dan cina. Ini dapat memastikan, bakat
terpendam kanak-kanak dapat diketengahkan tanpa mengira bangsa.
 Menubuhkan pasukan sorak pelbagai kaum

6. Nyatakan empat cara sukan mengeratkan perpaduan Negara.


Faedah sukan yang dapat membantu integrasi kaum di Malaysia.
Beri empat faedah sukan yang dapat membantu integrasi kaum di Malaysia

 Meningkatkan PERSEFAHAMAN antara kaum yang berbilang bangsa


 Meningkatkan lagi PERPADUAN antara kaum di Malaysia
 Meningkatkan semangat PATRIOTISMA dikalangan masyarakat
 Memupuk semangat TOLERANSI antara kaum
 Memupuk sikap berTOLAK ANSUR antara kaum
 Meningkatkan KESEFAHAMAN antara kaum
 Meningkatkan peluang berKOMUNIKASI antara kaum
 Berlaku ASIMILASI BUDAYA antara kaum
 Memupuk semangat SETIAKAWAN
 INTERAKSI SOSIAL yang baik antara kaum dapat dipupuk dalam pasukan
 Mewujudkan suasana HARMONI dalam masyarakat
 Meningkatkan nilai HORMAT-MENGHORMATI antara kaum
 Menghakis semangat PERKAUMAN dikalangan masyarakat
 Mewujudkan HUBUNGAN AKRAB antara kaum
7. Berdasarkan gambar pada halaman 2, nyatakan tiga faktor yang menentukan kejayaan sesebuah
pasukan itu hasil daripada integrasi kaum.
 PERSEFAHAMAN antara pasukan pelbagai kaum
 PERPADUAN antara ahli pasukan pebagai kaum
 Semangat PATRIOTISMA sesama ahli pasukan
 TOLAK ANSUR yang wujud dalam pasukan
 INTERAKSI SOSIAL yang baik wujud dalam pasukan
 HORMAT-MENGHORMATI antara ahli pasukan

8. Jelaskan empat cara pembentukan semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan pemain
pelbagai kaum.
 Pengaplikasian disiplin
- Membentuk pemain yang patuh kepada undang-undang dalam negara
 Kesejatian dalam sukan (kerjasama berpasukan)
- Melaksanakan tugas secara berpasukan
- Meningkatkan kerjasama antara pemain
 Menyanyikan lagu kebangsaan / patriotik
- Akan menyemarakkan lagi perasaan cintakan negara
 Penggunaan slogan contoh “agi idup agi ngelaban”
- Meningkatkan jati diri dan semangat untuk bermain demi pasukan dan negara

You might also like