Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Tema 3 : Sejarah Politik

Tajuk : Peranan dan Sumbangan Yang Berhormat Puan Hjh. Rosey binti Hj. Yunus di

Daerah Bekenu N.71 dari tahun 2006 hingga 2015

Pengenalan

Pengkaji telah menjalankan suatu kajian tentang seorang tokoh yang telah lama

terlibat dengan dunia politik di Malaysia amnya, dan di negeri Sarawak khususnya. Beliau

ialah Yang Berhormat Puan Hjh. Rosey binti Hj. Yunus iaitu seorang bekas guru sekolah

yang telah banyak menyumbang jasa dan ilmu di dalam dunia pendidikan.

Beliau bukanlah seorang muka baru dalam dunia politik di negeri Sarawak.  Kajian ini telah

difokuskan kepada peranan dan sumbangan Puan Rosey dalam bidang politik khususnya di

daerah Bekenu, Sarawak dari tahun 2006 hingga tahun 2015. Penglibatan awal dan peranan

beliau sebagai ahli politik juga turut dikaji. Sumbangan dan pencapaian beliau yang baik

sepanjang tempoh masa tersebut telah menjadikan beliau begitu dikenali dan disegani ramai

pihak. Kajian juga berkisar tentang keupayaan beliau sebagai ahli politik yang

menggunakan  peluang untuk terlibat dalam pembangunan negeri.

Objektif Kajian

Penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk merintis latar belakang ahli politik iaitu

Yang Berhormat Puan Hjh. Rosey binti Hj. Yunus. Dengan adanya kajian ini, masyarakat

dapat mengetahui latar belakang beliau dengan terperinci.

Malah tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti peranan Yang
Berhormat Puan Hjh. Rosey dalam bidang politik di daerah Bekenu N.71 dari tahun 2006

hingga 2015. Ini kerana dalam tempoh kajian, banyak pembaharuan yang dialami oleh

masyarakat di daerah Bekenu.

Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mengkaji sumbangan Yang Berhormat Puan

Rosey dalam bidang politik juga sumbangannya kepada masyarakat di daerah Bekenu N.71

dari tahun 2006 hingga tahun 2015. Penulisan ini membolehkan pengkaji dapat mengenal

pasti perkembangan dan kemajuan yang dialami oleh penduduk di daerah Bekenu sepanjang

tempoh kajian.

Permasalahan Kajian

Permasalahan kajian ini dilakukan untuk mengetahui apakah latar belakang Yang

Berhormat Puan Hjh. Rosey binti Hj. Yunus. Ini kerana penglibatan awal beliau dalam bidang

politik di daerah Bekenu telah membawa suatu impak yang besar terhadap masyarakat di

daerah tersebut.

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti apakah peranan Yang Berhormat

Puan Hjh. Rosey dalam bidang politik di daerah Bekenu dan juga jawatan beliau di dalam

Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak.

Di samping itu, kajian ini dijalankan juga untuk mengenal pasti sumbangan Yang

Berhormat Puan Hjh. Rosey dalam bidang politik juga sumbangan beliau kepada masyarakat

di daerah Bekenu dari tahun 2006 hingga tahun 2015. Justeru, kajian ini dapat melihat

perubahan dan kemajuan yang dialami oleh masyarakat di daerah Bekenu hasil daripada

kepimpinan Yang Berhormat Puan Rosey dalam jangka masa tersebut.

Skop Kajian
Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tokoh politik yang dikaji,

tempoh kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi tokoh politik yang dikaji, ia difokuskan

kepada tokoh politik di daerah Bekenu iaitu Yang Berhormat Puan Hjh. Rosey binti Hj.

Yunus. Ini kerana beliau merupakan ahli politik wanita yang amat disegani di Sarawak.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 2006 sehingga

tahun 2015. Tempoh kajian selama sembilan tahun ini dipilih kerana sepanjang masa tersebut

berlaku perkembangan yang pesat dalam bidang politik dan kemajuan pembangunan di

kawasan tersebut.

Manakala dari aspek yang dikaji pula terdapat tiga aspek yang difokuskan. Ia tertumpu

kepada latar belakang dan penglibatan awal beliau di dalam bidang politik di daerah Bekenu.

Dengan kajian ini dapat mengetahui bagaimana permulaan awal beliau dalam bidang politik.

Malah kajian ini juga berfokus kepada peranan beliau di dalam bidang politik di Bekenu dan

juga di Sarawak. Dengan ini, pengkaji dapat mengenal pasti peranan beliau di dalam bidang

politik sejak tahun 2006 hingga tahun 2015. Di samping itu, kajian ini memberi tumpuan

kepada sumbangan beliau dalam bidang politik dan juga sumbangannya kepada masayrakat di

daerah tersebut sepanjang dalam tempoh kajian.

Sorotan Kajian Lepas

Secara umumnya, terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan

tokoh politik ini. Tulisan mereka sering menyentuh kepada peranan mereka dalam politik.

Contohnya buku yang ditulis oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak, Menjuarai Transformasi, di

mana buku ini menyentuh tentang prinsip kekuatan yang menjadi titik tolak terhadap kejayaan

besar negara kita sebagai sebuah negara majmuk berlandaskan perpaduan nasional,
kemakmuran dan keadilan sosial. Ini dapat ditunjukkan oleh peranan Yang Berhormat Puan

Hjh. Rosey dalam memimpin daerah taklukannya dengan mengutamakan kepentingan sosial

rakyat bagi menjamin pembangunan setempat.

Selain itu, penulisan politik yang telah dihasilkan oleh Puan Noor Azilawati binti

Mohd Sabda bertajuk ‘Wanita dalam Politik’, beliau menyatakan bahawa wanita Malaysia

semakin hari semakin mengorak langkah dalam pelbagai bidang. Baik dalam bidang

perundangan, pendidikan mahupun politik. Tidak hanya di Malaysia, wanita seantero dunia

pada hari ini turut diberi peluang untuk memimpin dan berbakti kepada negara. Beliau telah

membuktikan bahawa golongan wanita juga boleh menjadi pemimpin dan berbakti kepada

bangsa dan negara.

Di dalam laman web Perkhidmatan Bekenu Sibuti juga telah menggariskan latar

belakang dan jawatan yang disandang oleh Yang Berhormat Puan Hjh. Rosey binti Hj. Yunus

di daerah Bekenu dan sumbangannya terhadap kemajuan dan pembangunan penduduk dan

infrastruktur di daerah Bekenu.

Kaedah Kajian

Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan empat kaedah untuk

mendapatkan maklumat. Diawalnya, pengkaji menjalankan penyelidikan pemeriksaan bagi

memperoleh maklumat dari sumber primer dan sekunder. Antaranya siaran akhbar-akhbar,

buku, majalah, jurnal dan sebagainya. Penyelidikan perpustakaan dijalankan di Pustaka Miri,

Sarawak.

Selain itu, kaedah temubual dirancang bersama tokoh yang dikaji iaitu Yang

Berhormat Puan Rosey binti Hj. Yunus di pejabat beliau yang terletak di Miri untuk

mendapatkan maklumat terperinci berkaitan kajian yang dijalankan. Segala maklumat dari

temubual akan dicatatkan.


Pengkaji juga akan menggunakan kaedah melayari internet dengan melayari laman

sesawang untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi tajuk yang dikaji.

Selain itu, pengkaji akan menggunakan kaedah lawatan ke tempat kajian iaitu

Pekan Bekenu untuk meninjau keadaan daerah tersebut.

Pembahagian Struktur Esei

Secara keseluruhannya, kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan menjelaskan

berkaitan dengan dunia politik. Seterusnya, pengkaji akan mengaitkannya dengan tujuan

kajian dijalankan.

Pada bahagian isi pula, pengkaji akan membincangkan isu kajian yang berfokuskan

kepada tiga aspek. Aspek yang pertama pengkaji akan menjelaskan berkaitan latar belakang

tokoh politik. Seterusnya, pengkaji akan menjelaskan peranan tokoh politik dan

perkembangan beliau dalam bidang politik di daerah Bekenu. Malah pengkaji juga akan

menunjukkan sumbangan tokoh politik terhadap masyarakat di daerah tersebut.

Akhir sekali, iaitu bahagian kesimpulan dimana penulis akan merumus hasil kajian

berkenaan.

Penutup

Diharapkan dengan adanya kajian ini akan menambahkan lagi kajian yang sedia ada

berkaitan tokoh politik di daerah Bekenu. Kajian ini boleh dijadikan bahan rujukan ilmiah

untuk generasi akan datang. Ahli politik sentiasa peka untuk memberikan bantuan kepada

rakyatnya yang memerlukan.


Bibliografi

Sumber Primer

Rekod pengurusan kawasan di daerah Bekenu

Pencapaian Yang Berhormat Puan Rosey binti Hj. Yunus

Sumber Sekunder

Dato’ Sri Najib Tun Razak, Menjuarai Transformasi, Penerbitan Mihas Grafik Sdn. Bhd.

Puan Noor Azilawati Mohd Sabda, Wanita dalam Politik, Penerbitan PCT Sdn. Bhd.

Sumber Lisan

Temubual dengan Yang Berhormat Puan Rosey binti Hj. Yunus

Temubual dengan Pembantu Peribadi Puan Rosey binti Hj. Yunus

Temubual dengan penduduk tempatan

Sumber Internet
http://bekenusibuti2.gbs2u.com

http://www.dun.sarawak.gov.my
YB Rosey Binti Haji Yunus is the Elected Representative of the Bekenu Constituency N.71 and

member of the State Legislature. Appointed as An Assistant Minister in the State Cabinet entrusted

with the Portfolio of Early Childhood Education and Family Development.

The honourable is 56 years old, Received her higher education in Malay University, graduated in the
year 1980 with the degree in Malay Studies – majoring in Linguistic Art and Diploma in Education.
After her graduation, she started her carrier as an ordinary School Teacher, Senior Assistant for
students’ affair, Senior Assistant 1, and Principal, and had once served for 8 years in The Divisional
Education Department, Miri. YB’s last attachment is at SM Sains Miri until April, 2006. After which YB
Puan Rosey contested in the 9th State Election as a BN candidate and won the seat for DUN N.71 –
BEKENU.
Since the year 2008 until 2011, YB Rosey Binti Hj Yunus was appointed as the Chair person for Miri
Port Authority. With effect from September, 2011 until now YB Rosey has been appointed as the
Assistant Minister of Early Childhood Education & Family Development in the State Cabinet.

Nama :            YB PUAN ROSEY BINTI HJ YUNUS


 
Assistant Minister of Early Childhood Education & Family Development, In the Ministry of
Women Welfare and Family Development of the State of Sarawak.
 
Tarikh Lahir :   16hb Januari 1956
Kelulusan :      Universiti Malaya BA (Hons) 2nd Class
                        Upper & Diploma Pendidikan
Mula mengajar :
1981-               SMK Dato Permaisuri Miri
1982-1988       Pegawai di pejabat Pelajaran Bahagian
                        Miri.
1989-1991       Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
                        SMK Lutong, Miri.
1992-1994       Pengetua SMK Dato Permaisuri
1995-1996       Pemangu Pengetua SMK Agama
1997-April, 2006          Pengetua SM Sanis
May, 2006       Ahli Dewan Udangan Negeri – Kawasan
                        N.61 – Bekenu
30.09.2011      Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-
                        Kanak Dan Pembangunan Keluarga
2008-2011       Pengerusi Lembaga Pelabuhan Miri
 
Graduan Wanita Kedayan Pertama
 
Wanita Kedayan Pertama yang dilantik sebagai Ahil Dewan Undangan Negeri (ADUN)
 
 Wanita Kedayan Pertama yang dilantik sebagai Menteri Muda Kabinet Sarawak.
 
Anugerah        PPS, PPB, JBK
 
Address: 
Ministry of Women Welfare and Family Development, Jalan Bakit, Off Jalan Sultan Tengah,
Semariang, 93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
 
Telephone Contact: +6 082-446980
 
Fax: +6 082-447937
 
E-mail Address: rbyn61@yahoo.com

You might also like