Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan

sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang
pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang
betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan.

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua
Negeri adalah seperti berikut:

 Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda


 Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
 Raja Perlis - DYMM Tuanku
 Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
 Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
 Sultan Selangor - DYMM Sultan
 Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
 Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
 Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
 Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
 Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
 Sultan Terengganu - DYMM Sultan
 Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
 Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
 Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
 Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
 Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
 Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka SeriSultan
 Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
 Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang
Terutama
 Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat
Berbahagia
*DYMM = Duli Yang Maha Mulia

Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:

 Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat


 Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
 Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
 Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
 Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
 Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia
 Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat
 Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia
 Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia
 Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia
 Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia
 Dato’ dari negeri Johor - Yang Berhormat
 Raja/Tengku - Yang Mulia
 Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia
 Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia
 Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
 Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
 Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia
 Hakim Besar - Yang Arif
 Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia
 Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif
 Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia
 Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia
 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia
 Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketu- Ketua Jabatan Peringkat
Persekutuan/ isteri - Yang Berbahagia
 Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia
Bil Kata Panggilan Hormat Pihak Terbabit
1 Saudara/saudari Digunakan untuk orang lelaki / perempuan
yang dihormati
2 Tuan Haji / Puan Hajah Digunakan untuk orang lelaki / perempuan
yang telah menunaikan fardhu Haji
3 Yang dikasihi Rakan-rakan
4 Yang dihormati Ibu bapa , pengerusi majlis
5 Yang Berbahagia Golongan kehormat.
Ch:Pengetua , ustaz , Guru Besar , guru
6 Yang Berusaha Pengarah / Ketua jabatan
7 Yang Arif Digunakan untuk hakim
8 Yang Amat Arif Tuan Hakim Negara. Digunakan dalam
situasi formal di mahkamah
9 Tuan , Encik Digunakan untuk orang lelaki yang
dihormati
10 Yang Berhormat Panggilan untuk ahli politik

You might also like