Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERGINYA SEORANG MURABBI- USTAZ ISMAIL KAMUS

Ustaz Ismail Kamus, bukanlah nama yang asing dalam Negara kita. Beliau yang dikenali dalam arena
politik, perubatan Islam serta pendakwah bebas itu telah dilahirkan pada 2 Disember 1948 di
Kampung Batang Rening, Ulu Selangor.

Beliau mendapat pendidikan menengah agama di Ma’ahad


Hisyamuddin, Klang. Di Antara gurunya ialah seorang ulama tersohor, Asy-Syeikh
Mahmood al-Arif al-Bukhori.

Ustaz Ismail Kamus seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang, sebuah
institusi pendidikan yang telah melahirkan ramai tokoh pelbagai bidang di negara ini.

Bahkan telah mendapat pendidikan tinggi di UKM Bangi di Fakulti Pengajian Islam.

Beliau menamatkan pengajian dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah


dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1976.

Kecintaannya terhadap ilmu juga pernah membawa beliau ke Beaver College


Pennsylvenia, Amerika Syarikat.

Dato’ Ismail Kamus pernah menimba pengalaman sebagai guru, pegawai penyelidik dan
pegawai dakwah selain bertugas selama 15 tahun di Jabatan Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Islam. Jawatan terakhir beliau ialah
sebagai pakar rujuk Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara
pilihan.

Selain daripada itu, Ustaz Ismail Kamus juga merupakan seorang pengasas dan
penasihat Pusat perubatan Darussalam yang berpusat di Gombak, dengan melatih
ratusan pengamal perubatan Islam serta menghulurkan kepakarannya kepada
masyarakat.

Ustaz Ismail menjadi ADUN PAS di Gombak Setia apabila memenangi dalam Pilihan
Raya di kawasan tersebut pada tahun 1999. PAS memenangi empat kerusi di Selangor
iaitu Kajang, Sungai Burung, Gombak setia dan Sungai Besar dalam lantunan
gelombang reformasi.

Beliau juga pernah bertanding untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam Pilihanraya
Umum 2004 namun tewas kepada calon BN. Beliau pernah menjadi AJK Dewan Ulama
PAS Pusat, AJK PAS Pusat, TPJ PAS Negeri Selangor, AJK PAS Selangor dan
pelbagai jawatan dalam parti.

Ustaz Ismail Kamus juga sering kali keluar di stesen TV di rancangan Forum Perdana Hal Ehwal
Islam. Selain itu beliau juga tampil di rancangan-rancangan TV terpilih seperti di TV3 dan Astro
Oasis.
Antara karya tulisannya yang popular ialah buku bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat selain turut
menulis beberapa judul lain seperti Indahnya Amalan Doa, Jin-Hakikat dan Pengubatan, Wahai
Tuhan Engkaulah Penyembuh dan Al-Quran Penyembuh Penyakit dan Penangkal Musibah.

Namun akhirnya, setelah menyumbang terlalu banyak ilmu dan syiar Islam kepada ummah,
beliau telah dijemput ALLAH ke alam akhirat pada hari Jumaat, 8 Mei 2020 bersamaan dengan
15 Ramadhan 1441 Hijrah.

Betapa mulianya pemergiannya, di mana beliau telah meninggalkan kita semua pada hari
Jumaat, dan dalam bulan Ramadan pula.

Seumur hidupnya telah diperjuangkan untuk Islam.

Dan Allah telah memberi rehat yang panjang kepadanya.

Semoga Allah menempatkan beliau di tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t.

You might also like