Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Ulasan Tesis: Nilai Murni Dalam Buku Teks Bahasa Melayu KBSM Tingkatan 4

Oleh:

WONG POH TIEN (M20131000275)


CHUO KWONG UNG (M20131000527)

1.0 Pengenalan

Tugasan ini adalah berkenaan dengan memperihalkan dan mengulas tesis yang dipilih
berdasarkan kepada tugasan kumpulan bagi kursus BMP6014 Falsafah Dalam Kurikulum
Pendidikan Bahasa Melayu. Tesis ini telah dipetik oleh pengulas dari Koleksi Tesis
Perpustakaan Tuanku Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak, yang bertajuk : Nilai
Murni Dalam Buku Teks Bahasa Melayu KBSM Tingkatan 4. Penyelidikan ini disediakan
oleh Fazilah Bt Mohd Jilani , beliau adalah pelajar Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu) dari
Falkuti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak yang diterbitkan
dan diserahkan pada tahun 2005.

2.0 Abstrak
Kajian ini menganalisis Nilai Murni dalam Buku Teks Kurikukulum Bersepadu Sekolah
Menengah Bahasa Melayu Tingkatan 4. Tujuan utama kajian ini untuk mengetahui jumlah
nilai murni yang terdapat dalam Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa
Melayu Tingkatan 4, sama ada kesemua 17 kompenan nilai murni diterapkan atau sebaliknya
dan mengenal pasti kompenan nilai murni yang paling banyak diperlihatkan. Kajian
berbentuk deskriptif ini menggunakan tema daripada 11 unit pembelajaran dalam Buku Teks
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Malayu Tingkatan 4 sebagai sampel.
Kajian yang menggunakan kaedah perpustakaan dan analisis teks ini mengemuka dapatan
dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Dapatan signifikan kajian ini menunjukkan nilai
murni bermasyarakat mempunyai kekerapan tertinggi, diikuti nilai murni daya usaha, rasional
dan kewarganegaraan. Rencana yang bertemakan semangat kerajinan (unit 1) mengandungi
paling banyak nilai murni, iaitu sebanyak 6 (35.29%). Nilai murni yang dikenal pasti dalam
Unit 1 merupakan nilai murni baik hati, berhemah tinggi, hormat-menghormati, kerajinan,
kerjasama dan semangat bermasyarakat. Secara keseluruhannya, Buku Teks Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu Tingkatan 4 tidak dapat menerapkan kesemua
nilai murni secara seimbang. Hal ini berlaku kerana pemilihan bahan semua rencana tema

1
yang kurang tepat. Kekerapan dan peratusan nilai yang diterapkan dalam buku teks
mempunyai kaitan dengan keseuaian rencana tema yang dipilih oleh sidang pengarang.

3.0 Hipotesis dan Tujuan Kajian

Kajian ini mengemukakan 3 hipotesis seperti berikut:

i. Buku teks yang baik mesti mempunyai 17 nilai murni seperti ditetapka oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
ii. Banyak nilai murni tersirat dalam rencana buku tek yang dikaji.
iii. Tidak terdapat perbezaan penampilan nilai murni dalam tema rencana teks yang
dikaji.

Kajian ini bertujuan menentukan jumlah komponen nilai murni yang terdapat dalam
rencana tema Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu
Tingkatan 4.

Tujuan utama kajian, untuk menjawab soalan:

i. Berapa banyakkah nilai murni yang terdapat dalam buku teks yang dikaji?
ii. Adakah kesemua 17 komponen nilai diterapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia diterapkan dalam buku teks yang dikaji?
iii. Komponen nilai murni yang manakah paling banyak diperlihatkan dalam buku
teks yang dikaji?
iv. Sejauh manakah terdapat kecenderungan sidang penulis buku teks yang dikaji itu
menyerapkan mana-mana item nilai murni?

4.0 Kaedah Penyelidikan dan Kepentingan Kajian

Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk melaksanakan kajian ini
merupakan kaedah perpustkaan dan analisis teks. Kajian perpustkaan dilakukan di beberapa
tempat, iaitu Universiti pendidikan Sultan Idris, UPM, UM, Perpustakaan Negara Malaysia,
Perpustakaan Awam Teluk Intan dan Perpustkaan Tun Abdul Rajak, Ipoh. Kaedah ini
digunakan dengan tujuan mengumpul maklumat sokongan dalam bidang berkaitan. Sumber
yang dirujuk termasuklah buku, jurnal, penerbitan berkala, kertas kerja dan penulisan
akademik. Kaedah analisis teks merupakan kaedah yang paling utama dalam kajian ini.

2
Analisis itu dilakukan terhadap teks rencana tema dengan mengenal pasti nilai murninya yang
tersirat.

Kajian ini adalah penting pihak Kementerian Pendidikan Melaysia menyusun semula strategi
pengubalan buku teks untuk mencapai objektif penerapan nilai murni merentas kurikulum
dengan lebih berkesan. Ia juga menjadi panduan kepada para pendidik dalam menentukan
tujuan dan matlamat sebenar pengajaran nilai dalam semua mata pelajaran. Ia juga membantu
pihak yang terlibat dengan pemilihan dan penilaian buku teks untuk memilih dan mengenal
pasti buku yang sesuai dan sekaligus dapat memenuhi objektif Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM).

5.0 Ulasan Kajian

Dapatan kajian ini dilaporkan dalam bentuk jadual berkaitan senarai tajuk, senarai rencana
tema, senarai bidang nilai yang dikemukakanm analisis nilai murni (utama) dan nilai murni
(sampingan). Dapatan juga dikemukakan dalam analisis dan perbincangan berkaitan nilai
murni yang terdapat dalam ayat rencana tema. Sungguhpun buku ini mengandungi 11 unit
dengan 11 tajuk yang disenaraikan, tetapi tidak kesemua unit tersebut mengandungi rencana
tema iaitu unit 1,3,4,7,9,10,11 dan bagi unit 2,5,6, dan 8 tidak dikemukakan rencana tema
kerana digantikan dengan bahan lain seperti puisi, cerpen dan iklan.Dari segi nilai murni
pula, nilai murni utama yang tidak ditonjolkan iaitu berdikari, kasih sayang, menunjukkan
sebanyak enam kebebasan, keberanian, kejujuran dan kesyukuran. Nilai murni yang
ditonjolkan pula merupakan nilai murni baik hati, berhemah tinggi, hormat-menghormati,
keadilan, kebersihan fizikal dan mental. Kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, rasional,
semangat bermasyarakat dan semangat kewarganegaraan. Pengkaji menerima hipotesis
‘banyak nilai murni tersirat dalam rencana tema buku teks yang dikaji’ kerana recana buku
teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu Tingkatan 4 memperlihatkan
secara tersirat lebih separuh (64.7) daripada jnilai murni yang ditetapkan. Namun pengkaji
menolak hipotesis ‘buku teks yang baik mesti mempunyai 17 nilai murni yang diketengahkan
oleh KPM’ kerana rencana tema dalam buku ini hanya memperlihatkan 11 nilai murni sahaja.

3
6.0 Analisis Pengulas Tentang Tesis: Nilai-nilai Murni Dalam buku Teks Bahasa
Melayu KBSM Tingkatan 4.

Pengulas telah menyelidiki penyelidikan ini dengan menganalisis tiga isu daripada tesis yang
bertajuk Nilai-nilai murni Dalam Buku Teks Bahasa Melayu KBSM Tingkatan 4 iaitu Nilai
Merentasi Kurikulum, Kepentingan nilai-nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Peranan guru dalam pendidikan nilai yang berkait rapat dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

6.1 Nilai Merentasi Kurikulum.

Nilai murni sewajarnya menjadi asas kepada pembinaan dan pembangunan manusia.
Masyrakat perlu mempertahankan nilai-nilai yang baik atau nilai-nilai bagi mengatasi segala
bentuk kejahilan, kemungkaran, kejahatan dan kemusnahan. Masalah sosial dan krisis moral
tidak akan dapat dipertahankan oleh masyarakat. Nilai-nilai ini perlu mendasari segala dasar
pembangunan, dasar sosial, urusan perniagaan, hubungan, peraturan dan undang-undang. Ia
perlu mendasari prinsip, pemikiran, tindak tanduk, amalan, pertimbangan, persepsi,
keputusan idealisme dan perjuangan dalam semua bidang sama ada pendidikan, politik,
ekonomi, hubungan laum, agama dan falsafah hidup.

Nilai-nilai murni perlu dijadikan prinsip utama dalam segala bentuk keputusan yang dibuat.
Sebarang tindak tanduk, pandangan, amalan dan perjuangan yang bercanggah dengannya jika
diterima dan dibiarkan sudah tentu akan merosakkan masyarakat. Individu dan masyarakat
perlu berusaha membanteras nilai-nilai buruk yang boleh membawa kesan buruk dan
kemusnahan kepada kehidupan manusia. Nilai-nilai murni perlu dijadikan nilai teras yang
diterapkan dalam kurikulum dan dalam segala bentuk pendidikan di sekolah. Sekolah sebagai
satu institusi pendidikan perlu menyemai dan mengukuhkan pemupukan nilai-nilai murni
bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan dapat mengamalkan perkara-
perkara yang baik dalam kehidupan mereka. Nilai murni ialah nilai yang mempunyai
standard moral yang tinggi serta penting kepada sosialisasi perkembangan manusia. Nilai
murni menjadi tunggak kepada nilai kemanusiaan yang membentuk dimensi pembinaan
sahsiah, kekuatan personal, kekuatan moral, sosial dan kerohanian.

Nilai murni merupakan teras bagi mengukuhkan idealisme pendidikan, sosial dan moral.
Masyarakat dan individu perlu mempertahankan idealisme kerana merupakan suatu sumber

4
kekuatan nilai hidup yang amat penting dari segi moral, akhlak dan pembinaan hidup yang
baik. Penerapan nilai-nilai murni dilakukan dengan menyeluruh dalam semua mata pelajaran
di sekolah. Pendekatan ini dikenali sebagai nilai merentasi kurikulum. Di samping itu,
pengajaran nilai-nilai murni secara khusus tekandung dalam mata pelajaran pendidikan Islam
dan Moral. Nilai-nilai murni merupakan unsur yang amat penting dan diserapkan ke dalam
setiap mata pelajaran. Nilai murni bersifat sarwajagat serta tidak bercanggah dengan agama,
budaya dan norma masyarakat Malaysia. Nilai-nilai ini juga berteraskan kerohanian,
kemanusiaan dan kewarganegaraan.

6.2 Kepentingan Nilai-nilai Murni Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Memandangkan kepada masalah sosial yang semakin ketara dan berleluasa dewasa ini
khususnya dalam kalangan remaja ataupun kanak-kanak sekolah, tajuk ini amat sesuai dipilih
untuk diperbincangkan. “Masalah sosial yang disajikan kepada kita baik melalui media
elektronik ataupun media cetak setiap hari amat membimbangkan contohnya kes
penyalahgunaan dadah, penderaan, pembunuhan, rasuah, politik wang dan sebagainya. Kes
juvana juga semakin hari semakin meningkat.” Berdasarkan pernyataan yang dikemukakan
oleh pengkaji, pengulas amat bersetuju bahawa nilai-nilai murni amat penting bagi
merealisasikan hasrat dasar sisitem pendidikan Negara yang bertunjangkan Falsafah
Pendidkan Kebangsaan. Menurut Greer dan Ryan (1989), kegagalan pendidikan nilai ini akan
menyebabkan pelajar gagal membentuk perlakuan yang seimbang dari segi kognitif dan nilai
dalam kehidupannya. Ini kerana pendidikan nilai sangat rapat hubungannya dengan
perkembangan kognitif. Fungsi utama proses pendidikan pula ialah sebagai agen
pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut. Yang penting
sekali adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan
Intelektual) yang akan menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang
berakhlak.

Sebagaimana yang kita tahu matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk melahirkan
masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan
berwawasan dan terlatih. Untuk melihat output yang positif yang dijelmakan oleh pelajar
ialah melalui penanaman nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha
mendidik mereka agar selaras dengan penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini.

5
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara
yang abuk dengan mengemukakan ciri-ciri seperti berikut seperti; percaya dan patuh kepada
Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri sendiri,
masyarakat, agama dan Negara serta memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan
dapat dicapai jika nilai-nilai murni ini dapat direalisasikan melalui kurikulum supaya ilmu
pengetahuan akan dapat diperkembangkan oleh manusia untuk menyedarkan sesama manusia
yang lain. Usaha dan kesedaran daripada insan itu sendiri amat penting dalam mentafsir,
membentuk dan melaksanakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi untuk
melahirkan insan yang berilmu, beriman, berakal, berketerampilan dan berkhlak mulia.
Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni dan dibajai mulai zaman-zaman kanak-kanak
lagi. Ibubapa, guru dan masyarakat masing-masing beperanan dalam memberi teladan kepada
anak-anak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka berdasarkan
kepada nilai murni yang ditonjolkan kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan
dengan warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah, Melentur buluh biarlah dari
rebungnya”.

6.3 Peranan Guru Dalam Pendidikan Nilai

Menurut Musa Mantrak,(1991) dan Gudmundsdottir, (1990), Kurikulum pendidikan nilai


yang baik hanya akan berjaya jika terdapat guru yang terdidik dengan pendidikan nilai dari
segi teori dan amali. Guru juga harus dapat memainkan peranan dalam bentuk mengaitkan
nilai yang diajar dengan amalan dan keperluan dalam masyarakat. Bagi mencapai hasrat
tersebut, pihak penganjur program harus bertanggungjawab melengkapkan bakal guru dengan
ilmu dan kemahiran menerapkan nilai agar mereka sedar bahawa mereka bukan sahaja
menjadi pengajar tetapi sebagai egen pendidikan nilai. Ini bermakna tugas utama guru bukan
sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, memperkembangkan kemahiran kepada pelajar
tetapi guru juga harus membentuk budi pekerti dan akhlak mereka. Tugas tersebut dapat
dilaksanakan melalui peranan guru sebagai perancang, pengurus, pemudah cara, pembimbing
dan model yang boleh diteladani oleh pelajar.

Dengan kata lain, guru merupakan agen perubahan, pengganti ibu bapa, penyebar nilai dan
kaunselor untk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang seperti yang dihasrat dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semua itu wajib dilaksanakan oleh guru dengan cukup
sempurna. Oleh itu, semua guru harus memahami sepenuhnya matlamat Falsafah Pendidikan

6
Kebangsaan dan matlamat Dasar Pendidikan Negara yang hendak dicapai, menghayati
konsep kesepaduan antara ilmu dengan amalan dalam satu kesatuan yang kukuh. Kesepaduan
yang menggabungjalinan antara rohani, akal dengan jasmani. Guru juga mesti mempunyai
kemahiran dan kepakaran menghubungkan pengetahuan, kemahiran dengan unsur nilai yang
ditemui dalam pengajaran mereka (Wan Zahid, 1989). Guru juga mesti mempunyai komiten
kerja yang tinggi terhadap penerapan nilai kepada pelajar, agar mereka benar-benar dapat
memainkan peranan sebagai penerap nilai, pembentuk alhlak positif dan penunjuk teladan
kepada pelajar dan masyarakat.

7
Bibliografi

Abd Rahim Abd Rashid, 2001. Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan Menghadapi Perubahan

dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abd Rahim Abd Rashid,2003.Falsafah Budaya dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:Penerbit

Universiti Malaya

Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa


Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan Tahun Dua. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Mohd Rashid Md Idris, 2012. Teori Falsafah Bahasa (Teori Rahid). Tanjung Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Rashid Md Idris & Abu Hassan Abdul, 2010. Falsafah Pendidikan Bahasa.Tanjong
Malim: Emeritus Publications

Robiah K. Hamzah, 2011. Nilai Murni Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like