Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Maksud pendidikan oleh beberapa orang

Sarjana Islam & Barat


Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah
Negara.  Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi
peni ngkatan ekonomi, budaya, politik, sosial, dan sebagainya.  Dengan pendidikan
kehidupan manusia boleh berubah dalam sekelip mata.  Pendidikan juga merupakan asas
penting kepada setiap individu.  Pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak
kerajaan dalam sesebuah Negara  bagi memastikan semua rakyatnya menerima
pendidikan.  
Justeru itu, apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan?  Perkataan pendidikan
mempunyai tafsiran yang pelbagai dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan
dan tugasnya.  Di sini akan dihuraikan beberapa maksud pendidikan yang telah
dikemukakan oleh beberapa ahli falsafah dan tokoh ilmuan dari Barat  pandangan Barat dan
Islam
Swift D.F di dalam bukunya “ Sociology of Education” menghuraikan pendapat-
pendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang sarjana  dan Ilmuan dari Barat berkenaan
dengan pendidikan.  Antaranya ialah, Plato berpendapat, pendidikan ialah suatu proses
untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.  Beliau menyokong pendapat Socrates
bahawa tujuan pendidikan ialah member latihan moral kewarganaegaraan yang
baik.  Menurut Aristotle pula, pendidikan ialah ilmu yang bersifat etikal dan
politikal.  Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara
peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup.
John McDonald menghuraikan perbezaan pendidikan diantara masyarakat primitif
dengan masyarakat moden.  Pengertian pendidikan dalam masyarakat primitif ialah latihan
vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang, dismapaikan
melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan
orang dewasa.  Manakala pengertian pendidikan bagi masyarakat moden pula merupakan
latihan khusus  menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting
untuk kehidupan disampaikan melalui pengajaran secara langsung daripada guru yang
berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.
John Dewey pula mengatakan bahawa pendidikan adalah satu proses perkembangan
individu.  Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk
menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan
lebih berguna dan lebih selamat lagi.
Atan Long pula di dalam bukunya bertajuk “Psikologi Pendidikan” memuatkan di
dalamnya beberapa pandangan mengenai pendidikan yang telah dikemukakan oleh
beberapa sarjana dan ilmuan Islam. Antaranya ialah; Syed Muhammad Qutb menyatakan
bahawa pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan
seimbang.  Menurut beliau, tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan
potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia kea rah tahao kesempurnaan.
Amar al-Shaibani berpendapat pendidikan adalah digunakan untuk melatih manusia
membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat.  Menurut al-Ghazali pula, proses
pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak
yang mulia, berani dan hormat -  menghormati.
Firman Allah di dalam Surah Al-Alaq ayat 1 yang bermaksud : “Bacalah!!! Dengan
Nama Tuhanmu yang menjadikan”, jelas menunjukkan betapa peri pentingnya
pendidikan kepada setiap umat manusia dengan tidak mengira jantina, agama,
budaya, umur, keturunan dan sebagainya  Begitu juga dengan sabda Nabi
Muhammad SAW yang bermaksud : “Menuntut ilmu itu wajib bagi bagi setiap lelaki dan
perempuan”, jelas memberitahu kepada kita bahawa setiap orang tidak kira
lelaki atau perempuan dikehendaki menuntut ilmu atau dalam erti kata lainnya
mempunyai pendidikan.
Sharifah Alwiyah Alsagoff menghuraikan di dalam bukunya “Falsafah
Pendidikan”  pengertian pendidikan sebagai satu proses atau aktiviti yang berikut:-
         Pendidikan sebagai proses persekolahan formal.
         Pendidikan sebagai proses latihan.
         Pendidikan sebagai proses perkembangan fizikal, intelek, social dan emosi seseorang
individu.
         Pendidikan sebagai proses indoktrinasi dengan tujuan agar pelajar akan mempercayai apa
yang disampaikan.
         Pendidikan sebagai proses yang berterusan  untuk kemajuan individu seumur hidup.
         Pendidikan sebagai aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat seperti memperolehi
kemahiran pengetahuan dan sikap dengan secara integrasi.
         Pendidikan sebagai satu disiplin, seni dan sains.
Mok Soon Sang di dalam bukunya “Pendidikan di Malaysia” merumuskan bahawa
pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk  memperkembangkan
fizikal, intelek, social dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran,
kebolehan, pengetahuan dan pengalaman supaya dapat member kegembiraan, faedah dan
kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang
lebih sihat bagi faedah diri sendiri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.
Menurut Anuar Ahmad (UKM), sesetengah orang  tidak dapat membezakan antara
pendidikan asas dan pendidikan menengah.   Pendidikan asas adalah satu konsep yang besar
dan luas.  Tanpa mengira usia atau ruang, pendidikan asas boleh sahaja bermula sama ada di
peringkat sekolah rendah, menengah, universiti atau usia tua.  Pendidikan asas yang
dimaksudkan ialah satu komponen ilmu yang diberikan kepada individu meliputi asas-asas
kehidupan sama ada sebagai seorang individu manusia atau sebagai ahli dalam sesebuah
Negara.  Seringkali pendidikan asas dikaitkan dengan akronim 3M (membaca, menulis dan
mengira).  Sebenarnya pendidikan asas juga meliputi soal pendidikan kesihatan dan
penjagaan diri, kemahiran komunikasi dan berinteraksi serta berkaitan dengan
pembangunan moral dan agama.
Kesimpulannya, pendidikan berupaya mengubah corak kehidupan seseorang ahli
dalam sesebuah Negara.  Melalui pendidikan juga dapat membentuk masyarakat yang
berakhlak tinggi, berpengetahuan luas, bijaksana dalam membuat keputusan, dan tegas
dalam mengendalikan emosi seterusnya dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan
sesebuah Negara.

Rujukan

Atan Long (1976-1978), Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Mok Soon Sang (1991), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur

Sharifah Al-sagoff (1985), Sosiologi Pendidikan, Heinmann(Malaysia) Sdn.Bhd. Petaling


Jaya

Swift, D.F (1969-1973), The Sociology of Education, Routledge & Keagan Paul, London
Portal Pendidikan Utusan, www.tutor.com.my

You might also like