Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-MADRASAH AL-AWIYAH

AD-DINIAH

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI 2019


TINGKATAN 2

TAJUK:
JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN
DI KAWASAN BESERI,PERLIS

Nama Murid: NAZHAN HAFIY BIN ZULKAFLI

Tingkatan : 2 ADAM

Nama Guru : FATIN NORAISYAH BINTI MOHD ZAINI FAIZ

Tandatangan Murid Tandatangan Guru

…………………… …………………
Senarai Kandungan

Tajuk Muka Surat

Penghargaan 3

Pendahuluan 3

Objektif Kajian 3

Kawasan Kajian 4

Kaedah Kajian 6

Dapatan Kajian 7

Rumusan 14

Rujukan 14

Lampiran 15

1
Bil. Tarikh Perkara
1 10.9.2019
 Taklimat tentang tugasan
 Mendapatkan maklumat awal tentang jaringan sistem pengangkutan
 Membuat perancangan awal
 Menyediakan jadual kerja
2 13.9.2019  Merangka objektif kajian dan kaedah kajian
 Mendapatkan peta kawasan kajian
 Menyediakan borang soal selidik
 Mencari maklumat tambahan
3 14.9.2019  Menjalankan soal selidik dan temu bual di kawasan kajian
 Menjalankan pemerhatian tentang bilangan kenderaan di kawasan
kajian selama 1 jam
 Menganalisis maklumat dalam borang soal selidik
 Menyusun maklumat dan menentukan graf yang sesuai
4 15.9.2019  Penulisan laporan akhir
 Melengkapkan bahagian yang perlu diperbetulkan
Jadual Kerja

2
Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru geografi saya kerana telah memberi
tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan projek Kajian Geografi Tempatan ini.
Saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya memberi
sokongan dan dorongan dalam kajian ini. Kepada rakan yang membantu, saya melahirkan rasa
besar hati atas pertolongan anda semasa melaksanakan kajian ini.

Pendahuluan

Saya telah menjalankan kajian tentang jaringan pengangkutan di kawasan Beseri . Saya memilih
jaringan sistem pengangkutan darat di kawasan Beseri dalam lingkungan 5km. Masa yang
diberikan adalah selama 2 minggu. Sebab-sebab pemilihan saya ialah kerana kawasan Beseri
banyak menggunakan kenderaan darat seperti kereta , bas, motosikal dan lori.

Objektif Kajian

- Mengenalpasti masalah pengangkutan dan penambahbaikan yang perlu dijalankan


- Mengkaji punca masalah yang dihadapi
- Menyisat kenapa punca masalah boleh berlaku
- Mencadangkan penambahbaikan yang perlu dipertanggungjawabkan

3
Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya ialah kawasan Beseri dalam lingkungan 5 km persegi iaitu bermula dari
Taman Beseri Jaya hingga ke Balai Baru . Kawasan ini dibawah pentadbiran MPK
Perlis.Kawasan ini terletak di tengah perantaraan jalan utama Kangar ke Padang Besar
Utara.Kawasan ini juga terdapat kemudahan jalan raya utama dua hala ke pusat Bandar. Selain
itu terdapat juga kemudahan sistem penghubungan yang lain seperti jalan mini tar untuk
menghubungkan kawasan kampong dan taman perumahan. Pandang darat dari ciri budaya ialah
terdapat kedai-kedai, taman perumahan , sekolah dan lain- lain .Majoriti kaum di kawasan ini
ialah kaum Melayu, sedikit kaum Cina, India dan Siam Kawasan ini berada di kawasan tanah
pamah dan beralun . Kawasan ini mempunyai kepadatan penduduk yang ramai sebanyak 12,100
orang kerana terdapat banyak taman perumahan dan lengkap dengan kemudahan infrastruktur.
Kawasan ini terbahagi kepada beberapa taman perumahan iaitu:

 Taman Beseri Permai


 Taman Beseri Murni
 Taman Beseri Jaya
 Taman Beseri Indah
 Taman Beseri Paya

4
5
Kaedah Kajian

1. Pemerhatian
Saya telah memerhatikan jaringan pengangkutan yang terdapat Kawasan Taman
Beseri Permai. Saya telah menjalankan pemerhatian bersama rakan-rakan saya
tentang jenis pengangkutan kenderaan darat..Maklumat yang diperolehi ini dapat
membantu saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini

2. Temu bual
Saya telah menebual dan bersertakan borang soal selidik yang diedarkan kepada
penduduk setempat. Melaui kaedah ini saya dapat mengumpul maklumat
berhubung dengan beberapa perkara berikut :
i. Masalah pengangkutan
ii. Cadangan penambaikan

3. Rujukan
Saya telah melayari internet untuk mencari isi-isi penting bagi menyiapkan kerja
kursus ini.

6
Dapatan Kajian

Pengenalan

Menurut Jabatan Penerangan Malaysia,Pengangkutan merupakan sistem pengangkutan


yang mana penumpang tidak tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.Pengangkutan
awam darat pula meliputi pengangkutan seperti bas,teksi,kereta api,KTM komuter. Contoh
pengangkutan yang banyak digunakan di kawasan ini ialah seperti kereta, motosikal, lori, MyBas,
dan teksi.

Jenis Kenderaan

Daripada pemerhatian yang saya jalankan, terdapat beberapa jenis pengangkutan yang
digunakan di kawasan kajian tersebut seperti:

 Kereta
 Motosikal
 Lori
 MyBas
 Teksi

Bilangan kenderaan

Dalam kajian ini saya telah membuat pemerhatian dan merekod jenis dan bilangan
kenderaan yang lalu lintas di kawasan kajian selama 1 jam. Jenis dan bilangan kenderaan yang
lalu lintas di kawasan kajian adalah seperti berikut:

7
Bilangan Kenderaan Pengangkutan di Beseri, Perlis

Bil Jenis Kenderaan Bilangan Kenderaan yang lalulintas (1jam)


1 Motosikal 63
2 Kereta 45
3 My bas 2
4 Teksi 15
5 Lori 11

70
60
50
Motosikal
40
Kereta
30
My bas
20 Teksi
10 Lori
0
Bilangan Kenderaan yang lalulintas
(1jam)

8
Masalah Pengangkutan

Melalui soal-selidik yang saya jalankan ke atas 10 orang responden . Terdapat beberapa masalah
pengangkutan telah dikenal pasti , Antaranya ialah :
 
Masalah Bilangan

Keselamatan  3
Jangka Masa Lama  1
Pencemaran Udara 2
Kos Bahan Api Meningkat  3
Kenderaan Lama  1

JUMLAH 10

 
SUMBER DATA : 10 ORANG PENDUDUK DI KAWASAN BESERI
Melalaui soal selidik yang saya lakukan, masalah-masalah pengangkutan yang terdapat di
kawasan kajian antaranya ,

1 .Keselamatan
Pemandu bas atau teksi sering memandu secara merbahaya.. Bukan itu sahaja ,
kadangkala , pemandu bas berhenti di tempat kurang selamat dan brek secara mengejut.
Nilai bertanggungjawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi
untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu perlu diterapkan .

2.Jangka Masa Lama

9
Kekerapan masa pergerakan My Bas yang melalui kawasan kajian agak jarang iaitu 1 jam
sekali. Selain itu, Bas My Bas juga kurang menepati masa kerana sering lewat untuk
sampai pada perhentian bas seterusnya . Hal ini berlaku akibat pemandunya yang tidak
menitik beratkan tentang masalah ini.

3.Pencemaran Udara
Pencemaran udara ini berpunca daripada penggunaan diesel oleh bas dan lori. Ia
menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos.

4.Kos Bahan Api Meningkat


Hal ini berlaku berpunca daripada peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan
bahan api iaitu minyak diesel

5.Kenderaan Lama
Pemandu menggunakan kenderaan yang lama ialah pemandu yang tidak mengservis
kenderaan yang digunakan. Hal yang demikian menyebabkan penumpang kurang selesa
untuk menaiki kenderaan terebut dan menyebabkan kemalangan di tengah-tengah jalan
raya
 

Cadangan Penambahbaikan

10
Penambahbaikan Bilangan

Menguatkuasakan Undang-Undang 3
Melaporkan Kepada Pihak 1
Bertanggungjawab
Menggunakan Penapis Asap 2
Menggunakan Pengangkutan Awam 3
Memastikan Kenderaan Sentiasa Selamat 1

JUMLAH 10

SUMBER DATA : 10 ORANG PENDUDUK DI KAWASAN BESERI

Melalaui soal selidik yang saya lakukan , cadangan penambahbaikan pengangkutan yang perlu
dijalankan.

1.Tanggungjawab Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan


Pihak JabatanPengangkutan Jalan sepatutnya mendenda pemandu teksi atau bas yang
memandu secaraberbahaya. Mengikut wikipidea "satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1)
Akta PengangkutanJalan (APJ) 1987 iaitu “memandu secara melulu dan berbahaya
hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain” dan boleh dihukum penjara
hingga lima tahun ataudenda minimum RM5,000 atau kedua-duanya" .

2. Melaporkan Kepada Pihak Bertanggungjawab

11
Penumpang perlu kepada melporkan Pihak Syarikat Bas jika bas tersebut tidak menepati
masa. Pihak Syarikat Bas tersebut juga perlu memastikan pemandu bas tersebut sentiasa
menepati masa bagi mengelakkan laporan sentiasa berulang .

3.Menggunakan Penapis Asap


Pemandu bas atau lori yang mengunakan minyak diesel digalakkan supaya mengunakan
penapis asap atau lebih dikenali sebagai “ Catalytic converter “ . Dengan penggunaanya ,
kita dapat mengurangkan pengeluaran asap merbahaya

4. Menggunakan Pengangkutan Awam


Kita haruslah menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan peningkatan kos
bahan api. Dengan ini juga, kita dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di jalan raya

5. Memastikan Kenderaan Sentiasa Selamat


Sebagai pemandu, kita mestilah memastikan kenderaan sentiasa selamat bagi menangani
masalah kerosakan kenderaan di atas jalan raya serta menjamin keselesaan penumpang.

Rumusan

12
Kajian yang telah saya jalankan di kawasan beseri ini telah memberi pengalaman dan
pengetahuan yang sangat berguna kepada saya. Melalui kajian ini,saya berpeluang mengenal
pasti sistem pengankutan dan masalah yang dihadapi di kawasan ini.Jenis pengangkutan yang
lebih diguanakan oleh penduduk di sini ialah pengangkutan sendiri.Masalah pengangkutan yang
dihadapi di kawasan ini ialah antaranya pencemaran udara,keselamatan tidak terjamin,harga
minyak mahal dan lain lain lagi.Kajian ini membolehkan saya mengkaji masalah masalah
pengangkutan yang dihadapi dengan lebih mendalam.Melalui kajian ini saya juga berpeluang
berkomunikasi dengan responden untuk mempelajari cadangan cadangan penambahbaikan yang
boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan kajian.Cadangan cadangan
penambahbaikan berkenaan ialah antaranya memasang penapis asap kenderaan,menggunakan
kenderaan awam, dan lain lain lagi.
Saya berharap agar cadangan cadangan penambahbaikan berkenaan akan dapat saya
kemukakan kepada pihak berkuasa.Semoga sistem pengangkutan di kawasan kajian dapat
ditambahbaik dan memberi faedah kepada semua penduduk.

13
Rujukan

1. https://railtravelstation.com/mybas-kangar-perlis/

2. http://www.jpj.gov.my/

3. http://www.apad.gov.my/ms/hubungi-kami/pejabat-wilayah-apad

4. Abdul Aziz bin Abdul Rahman, 2017, Geografi Tingkatan 2 KBSM,Percetakan Rina Sdn
Bhd

5. Shafiee bin Zakaria, 2016, Tutor Geografi Tingkatan 3 KBSM, PelangiSdn Bhd.

6. Khaw Ah Seng, 2017, Geografi Tingkatan 3 KBSM, PTS PublicationSdn Bhd.

14
Lampiran

15

You might also like