Professional Documents
Culture Documents
Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan 1986
Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan 1986
Oleh
1- Tujuan:
i) Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini
yang sekaligus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak
seragam dalam penggunaan (sebelum tahun 1986).
Selepas itu, usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak
berlaku sehingga akhir tahun 1970-an, kecuali oleh pihak swasta seperti
Penerbit Majalah Dian. Dalam dekad 1980-an, antara usaha yang
diambil untuk menyempurnakan sistem ejaan Jawi diperturunkan di
bawah.
vi) Dengan berdasarkan PEJYD (1987) itu, Dewan Bahasa dan Pustaka
telah menyusun Daftar Ejaan Rumi-Jawi (10) yang pertama kali
diterbitkan pada tahun 1988. Senarai kata masukan adalah berdasarkan
senarai kata masukan dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia (11) (1998).
vii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988) ini telah diterima dengan pelbagai
reaksi oleh pengguna kerana terdapat beberapa banyak kesalahan
pengejaan kata. Berdasarkan pandangan beberapa orang pakar, daftar
ini telah disemak semula dan diterbitkan cetakan kedua pada tahun
1989 (12) . Dalam cetakan kedua ini, terdapat pembetulan terhadap
beberapa perkataan yang dicetak salah atau kurang tepat pengejaannya
dalam cetakan pertama, terutama perkataan pinjaman dan serapan
daripada bahasa Arab. Buku cetakan kedua tahun 1989 ini
memansuhkan penggunaan buku cetakan pertama tahun 1988.
Beberapa kesalahan pengejaan kata yang masih terdapat di dalamnya
akan dibetulkan supaya sesuai dengan PEJYD .
viii) Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka sedang menyusun edisi kedua
Daftar Ejaan Rumi-Jawi . Daftar ini akan mengandungi semua kata
dasar dan kata terbitan yang terdapat dalam perbendaharaan kata
bahasa Melayu umum dewasa ini. Dengan terbitnya daftar ini kelak,
maka cara pengejaan kata dalam tulisan Jawi bagi semua bentuk kata
dasar dan kata terbitan umum dapat diselesaikan dan disebarkan.
3. Ciri-ciri Utama Dalam Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986).
3.4- Dalam kertas kerja ini, kami akan menampilkan kaedah atau aturan yang
berupa "pembaikan" dan "tambahan" yang menjadikan Jawi Za'ba itu
lebih sempurna sebagaimana yang termaktub dalam PEJYD . Perkara ini
dilihat dari sudut sistem huruf sebagai sistem bagi lambang bunyi atau
lambang fonem, dan bukan huruf sebagai ejaan atau tulisan semata-mata.
Contoh-contoh ejaan lama yang disenaraikan di sini boleh berupa ejaan
Jawi Za'ba atau ejaan yang tidak disenaraikan dalam Daftar Ejaan
Melayu (Jawi-Rumi) Za'ba tahun 1949 tetapi digunakan sebagai ejaan
Jawi Lama.
4. Pelambangan Bunyi atau Fonem.
Dalam PEJYD , huruf Jawi lebih lengkap untuk melambangkan semua fonem
atau bunyi Melayu jati dan bunyi atau fonem pinjaman yang ada dalam
bahasa Melayu moden kini. Kesemuanya terdapat 37 huruf; iaitu, semua 30
huruf daripada tulisan Arab klasik dan tujuh yang disesuaikan bentuknya
daripada huruf Arab. Ini lebih lengkap daripada Jawi Za'ba; malah, lebih kaya
daripada huruf Arab sendiri.
Kesemua fonem konsonan jati dan fonem pinjaman yang terdapat dalam
bahasa Melayu moden kini dapat dilambangkan oleh huruf-huruf Jawi
dalam PEJYD , iaitu hampir kesemuanya dengan pelambangan satu
lawan satu antara huruf dengan fonem atau bunyi.
Perinciannya:
ii) Lima bunyi konsonan jati dilambangkan dengan huruf Arab yang
diubahsuai tanda titiknya, iaitu [p] pa, [g] ga, [c] ca, [ny] nya dan [ng]
nga. Ini sama dengan Jawi Za'ba.
iii) Bunyi konsonan jati Melayu hentian glotis [?] dilambangkan dengan
huruf hamzah (di awal) atau huruf qaf (di akhir). Ini pembaikan kepada
Jawi Za'ba / Lama.
Perinciannya:
Contohnya:
Rumi Za'ba PEJYD
Dengan aturan baru dalam PEJYD ini, dapat dikenal dengan mudah
asal sesuatu kata (etimologi) dalam bahasa Melayu dengan cuma
melihat kepada huruf akhir kata tersebut sama ada kaf atau qaf atau
hamzah. Ini suatu kebaikan bagi kaedah mengajar dan belajar Jawi
baru.
iv) Empat belas fonem atau bunyi konsonan Arab yang diterima menjadi
bunyi pinjaman dalam bahasa Melayu ialah yang dilambangkan
dengan huruf tha, ha, kha, zal, zai, syin, sod, dod, to, zo, ain, ghain, fa,
dan qaf. Huruf zai, syin dan fa digunakan juga untuk melambangkan
bunyi daripada bahasa Inggeris dan Eropah [z], [sy] dan [f] satu per
satu. Semua kata daripada bahasa Arab yang mengandungi huruf-huruf
ini diterima dan dikekalkan huruf dan bentuk ejaan katanya dalam
bahasa Melayu, kecuali beberapa kata yang disesuaikan ejaannya
(hurufnya) dan bentuknya dengan kaedah sebutan Melayu jati. Ini
sama dengan Jawi Za'ba/Lama.
vi) Semua huruf Jawi yang berasal daripada tulisan bahasa Arab
digunakan dalam PEJYD . Ini menjadikan tulisan Jawi memiliki sistem
abjad dan sistem huruf yang lebih lengkap daripada abjad dan sistem
huruf Rumi. Sehinggakan, apabila semua huruf Jawi tersebut
diperlukan padanannya dalam ejaan Rumi, maka terpaksalah
disediakan huruf-huruf Rumi yang sesuai yang dapat melambangkan
kesemua bunyi Arab yang disusun menurut kaedah transliterasi yang
berbeza daripada huruf Rumi biasa, seperti [s] bagi sod, bagi
menuliskan atau mengeja istilah agama Islam. Kaedah huruf Rumi
transliterasi ini dapat juga dilihat dalam buku Pedoman Transliterasi
Huruf Arab Ke Huruf Rumi (14) tahun 1984.
b) Alif yang melambangkan vokal pepet (iaitu sama ada sebagai satu
suku kata atau sebagai permulaan suku kata) hanya hadir di
kedudukan awal kata dasar.
c) Vokal [i] dan [e] dilambangkan dengan huruf ya pada semua suku
kata terbuka atau suku kata tertutup, tetapi dilambangkan dengan
alif-ya apabila di awal kata dasar.
d) Vokal [u] dan [o] dilambangkan dengan huruf wau pada semua
suku kata terbuka atau suku kata tertutup, tetapi dilambangkan
dengan alif-wau apabila di awal kata dasar.
e) Vokal [a] dan pepet tidak dilambangkan dengan alif jika terletak
dalam suku kata tertutup (pola KVK).
ii) Huruf ya tanpa titik (alif maqsurah), iaitu ى, diterima dalam PEJYD
menjadi huruf yang berbeza fungsinya daripada huruf ya biasa ( يya
bertitik). Ya tanpa titik ini diberi satu fungsi tambahan, iaitu sebagai
padanan bagi huruf [e] yang melambangkan bunyi pepet pada akhir
perkataan, khususnya yang terdapat pada akhiran -isme dan -ase dalam
kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Ini tambahan kepada Jawi
Za'ba/Lama.
Contoh:
Rumi Za'ba/Lama PEJYD
Fungsi tambahan ya tanpa titik dalam PEJYD ini sama sekali tidak
menjejaskan fungsinya yang sedia sebagai alif maqsurah yang diterima
dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab seperti ( هللا تعالىAllah
Taala) dan ( موسىMusa).
Perincian:
i) Semua kata ekasuku tertutup dengan vokal [a] dieja dengan huruf alif,
iaitu bagi semua kata Melayu Jati dan kata pinjaman daripada bahasa
Inggeris atau bahasa-bahasa lain, kecuali daripada bahasa Arab. Ini
menyelaraskan aturan Jawi Za'ba/Lama. Dalam Ejaan Jawi Lama, ada
kata yang menggunakan alif, ada kata yang tanpa alif. Contoh: Wang
واک, dan دان, jam جام, dam ( دامsejenis permainan), kad كاد, plat ڤالت.
ii) Semua kata ekasuku yang berasal daripada bahasa Arab dikekalkan
bentuknya yang asal: Sama ada dengan huruf vokal atau tanpa huruf
vokal. Contoh: Sah صح, dam دم, mad مد, khas خاص, hal حال, bab باب
.
Perkara pokok yang menarik perhatian kita dalam sistem ejaan Jawi ialah
tentang penggunaan huruf vokal alif, wau dan ya dalam kata dasar dua
suku kata, tertutup atau terbuka, yang pelbagai ragamnya dalam ejaan
Za'ba/Lama. Yang menjadi masalah pokok yang memperlihatkan
ketidakseragaman itu ialah kata yang mengandungi vokal [a]; ada yang
menggunakan huruf alif, ada yang tidak. Walaupun, jika diteliti dengan
saksama, Jawi Za'ba/Lama itu bersistem atau berperaturan, tetapi sistem
atau peraturan itu terlalu banyak ragamnya dan banyak pula
mengandungi kekecualian yang berbagai-bagai. Ini semua menjadi beban
bagi ingatan dalam proses pembelajaran Jawi dan, akibatnya, pengguna
yang tidak peka kerap membuat kesalahan mengeja huruf vokal tersebut.
ii) Apabila KV-KV itu [Ka-Ka] juga, huruf alif digunakan di suku
kata pertama sahaja sekiranya suku kata kedua tidak bermula
dengan huruf konsonan dal, ra, lam, wau atau nga. Ini sama
dengan Jawi Za'ba, iaitu lanjutan daripada kaedah dal-ra-lam-
wau-nga.
iv) Apabila KV-KV itu [KV-ka] atau [KV-ga], iaitu suku kata
kedua berupa konsonan kaf atau ga, maka huruf vokal (alif, wau
atau ya) digunakan di suku kata yang pertama sahaja. Ini sama
dengan ejaan Jawi Za'ba/Lama, iaitu ejaan menurut kaedah ka-
ga.
ii) Apabila KVK-KV itu [KaK-ka] atau [KaK-ga] (iaitu suku kata
kedua mengandungi huruf konsonan kaf atau ga), maka huruf
vokal tidak digunakan di kedua-dua suku kata. Ini
menyeragamkan ejaan Jawi Lama.
5.2.3- Ejaan Kata Dasar Berpola V-VK, V-KVK, KV-VK dan KV-KVK:
iii) Apabila vokal [a] atau pepet terdapat di suku kata pertama
sahaja, huruf vokal (wau atau ya) hanya digunakan di suku kata
kedua (iaitu pola [a-i], [a-e], [a-u], [a-o], [pepet-i] dan [pepet-u]).
= گوليguli
= گواليgulai
= النتيقlantik
= لنتيقlentik
ii) Vokal pepet tidak dilambangkan dengan huruf di semua posisi tengah
terbuka atau di suku kata tertutup. Vokal pepet hanya dilambangkan
dengan alif apabila membuka kata, dan dilambangkan dengan ya
tanpa titik apabila mengakhiri kata.
iii) Vokal [i], [e], [u] dan [o] perlu dilambangkan dengan huruf vokal di
semua suku kata terbuka atau tertutup. Huruf yang digunakan ialah
wau, ya, alif-wau, alif-ya atau alif-hamzah menurut kedudukan dan
fungsi masing-masing.
iv) Kaedah-kaedah yang disebut pada (i) hingga (iii) di atas merupakan
rumusan perkaedahan dalam PEJYD yang menggantikan
kepelbagaian aturan dan kaedah yang terdapat dalam ejaan Jawi
Za'ba. Rumusan ini dengan sendirinya melupuskan aturan-aturan yang
pelbagai dalam kaedah ejaan Jawi Lama itu. Dengan ini, tidaklah
terpakai lagi aturan-aturan yang terbukti telah begitu banyak
menjadikan sistem ejaan Jawi Lama lebih rumit dan membebankan
ingatan. Antara kaedah lama yang dikekalkan dalam PEJYD ialah
kaedah dal-lam-ra-wau-nga bagi pola [Ka-Ka] dan kaedah ka-ga bagi
semua pola suku kata. Antara kaedah yang lupus itu termasuklah
aturan-aturan (i) dal-ra-lam-wau-nga dengan ba, ta; (ii) dal-ra-lam-
wau-nga dengan ra, sim, ya; (iii) pola KVr-KV dengan ta, ga, nun;
dan KVm-KV dengan ba; (iv) pola Kur-KV dengan ba, jim; (v) pola
Ker-KV dengan ta, jim, ba, ca; dan (vi) pola KuK-KuK menjadi [KK-
KuK].
ii) Yang perlu diperkemas ialah pengejaan semula beberapa kata tertentu
supaya sesuai dengan keseluruhan sistem penggunaan huruf vokal bagi
kata dasar dua suku kata. Bagi kasus tiga suku kata, buka semua mesti
ditulis tanpa huruf vokal di suku kata pertama; pola [Ki-Ka-Ka] atau
[Ku-Ka-Ka], sekadar contoh, lebih baik dieja semula dengan huruf ya
atau wau di suku kata pertama (kecuali, semestinya, kata pinjaman
daripada bahasa Arab).
Pada umumnya, rumusan yang dibuat dalam PEJYD tentang penulisan kata
berimbuhan atau kata terbitan adalah sama dengan yang terdapat dalam ejaan
Jawi Za'ba. Pembaikan atau pengemasan yang ketara dalam PEJYD ialah
tentang penulisan awalan di-, ke- dan se- dan kata depan di dan ke, serta
akhiran -an dan -i yang sering menimbulkan masalah dalam ejaan Jawi Lama.
i) Awalan di- (huruf dal), ke- (huruf kaf) dan se- (huruf sin) serta kata depan
di (huruf dal) dan ke (huruf kaf) perlu dirangkaikan dengan kata dasar
seperti merangkaikan awalan dengan kata dasar dalam ejaan Rumi. Dalam
hal ini, bagi kata dasar yang bermula dengan vokal, penyebatian atau
perangkaian antara awalan dengan kata dasar diperlihatkan dalam bentuk
sisipan huruf hamzah selepas huruf alif. Tujuannya untuk mengelakkan
kekeliruan pembacaan. Ini memperkemas aturan ejaan Jawi Za'ba. Contoh:
Kata Dasar Kata Berawalan
Dalam PEJYD terdapat beberapa aturan mengeja yang lain lagi yang
bertujuan membaiki dan mengemaskan sistem ejaan Jawi Lama.
i) Dalam penulisan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, aturan pengejaan
gugus konsonan diadakan yang bertujuan memudahkan pembacaan dan
penyebutan, terutama istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris. Gugus
konsonan di akhir kata ditulis dengan memisahkan huruf yang bergugus
itu. Contohnya: Teks تيك س.
ii) Pengejaan kata ulang diselaraskan menjadi dua cara supaya tidak salah
baca, iaitu (i) menggunakan tanda angka dua bagi menulis ulangan
keseluruhan kata, dan (ii) menggunakan tanda sempang (-) apabila
mengulang sebahagian kata (18) .
iii) PEJYD memantapkan aturan ejaan kata pinjaman dan serapan daripada
bahasa Arab yang dikategorikan kepada penggunaannya dalam konteks
agama dan bukan agama. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba. Perincian:
a) Kata-kata istilah agama Islam dieja seperti bentuk asalnya (dalam ejaan
Arab).
iv) Satu rumusan yang agak menarik perhatian kita dalam PEJYD ialah
tentang penulisan huruf singkatan. Pedoman ini menetapkan penulisan
singkatan dalam huruf Jawi yang didapati selaras dengan cara menulisnya
dalam ejaan Rumi dari segi penggunaan tanda titik, tetapi singkatan yang
digunakan ialah huruf-huruf dalam abjad Jawi, dan bukan nama huruf-
huruf tersebut.
v) Ciri khusus dalam PEJYD ialah pengekalan aturan-aturan ejaan lama dan
pengejaan beberapa kata yang sudah mantap penggunaannya. Kata-kata
tersebut ialah kata-kata yang asalnya dieja menurut kaedah baris (19) .
8.1- PEJYD sudah disebarkan kepada masyarakat umum sejak tahun 1986
lagi. Penjelasan tentang sistem ini dibuat melalui tulisan-tulisan di
dalam majalah-majalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, dan
ceramah yang diadakan untuk tujuan penyebaran. Akhbar Utusan
Melayu juga turut menerbitkan tulisan yang menjelaskan PEJYD secara
bersiri walaupun akhbar tersebut belum menggunakan sistem baru ini
secara menyeluruh. Dewan Bahasa dan Pustaka terus menyebarkan
maklumat tentang PEJYD ini apabila diperlukan oleh masyarakat.
8.2- Dewan Bahasa dan Pustaka tidak terlibat dengan perancangan dan
kawalan pelaksanaan penggunaan PEJYD di sektor pendidikan kerana
perkara ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan
Malaysia sendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka juga bukanlah pihak yang
secara tidak langsung bertanggungjawab melaksanakan penggunaan
PEJYD dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau maktab
perguruan.
8.3- Pada umumnya, tugas dan tanggungjawab DBP dalam pembinaan dan
pengembangan ejaan Jawi adalah, antara lain, seperti yang berikut:
i) Semenjak PEJYD diterbit dan disebarkan pada tahun 1986, tidak ada
masalah besar yang dihadapi oleh DBP berkaitan dengan pedoman
tersebut. Hanya dalam tahun 1991 ini sahaja baru timbul masalah
yang agak besar apabila Maktab Perguruan Islam membuat ulasan
terhadap PEJYD itu.
"5.4- Dewan Bahasa dan Pustaka akan menulis satu kertas ringkas
tentang latar belakang, kaedah dan penjelasan tentang Pedoman
Ejaan Jawi Yang Disempurnakan untuk diedarkan dalam
mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum yang akan bersidang
pada 14 Ogos 1991 yang akan datang."
9. Kesimpulan:
i) Masalah yang ditimbulkan tentang ejaan Jawi baru-baru ini ialah masalah
"pelaksanaan" di sektor pendidikan dan bukan masalah "isi" pedoman
PEJYD . Masalah tersebut timbul kerana pihak Maktab Perguruan Islam
menolak PEJYD sebagai pedoman Jawi yang sah untuk digunakan di
maktab tersebut, sedangkan pihak-pihak pelaksana yang lain di
Kementerian Pendidikan telah menerima, menggunakan dan menyebarkan
PEJYD itu.
iii) DBP berpendapat, sesuatu sistem ejaan memerlukan masa yang lama
sebelum dapat digunakan dengan baik dan sebelum sistem itu sendiri
mantap. Pemantapan akan berlaku dalam proses penggunaannya. Perkara
ini telah dibuktikan dengan sistem ejaan Rumi. Pelaksana dan pengguna
harus bersikap terbuka dan mencari kaedah untuk memahami dan
menggunakan sesuatu yang baru yang dipersetujui sebagai kaedah yang
lebih baik daripada yang lama.
10. Usul:
ii) Mengkaji semula penggunaan huruf dan cara penulisan singkatan dan
akronim dalam Jawi. [Rujuk PEJYD , perenggan III. 9.].
iii) Memperkemas cara penulisan huruf gugus konsonan di akhir kata
atau akhir suku kata supaya lebih memantapkan bentuknya.
Catatan:
1. Antara penerbitan tentang ejaan Jawi yang diusahakan oleh Major Dato'
Mohd. Said Sulaiman ialah buku Panduan Bagi Hejaan P.Bm.P.B. Diraja,
Singapura, 1937.
2. Sistem Ejaan Jawi Za'ba dapat dilihat dalam dua buah buku yang menjadi
asas pedoman yang digunakan begitu meluas: (i) Pelita Bahasa Melayu
Penggal I (Permulaan Nahu Melayu), tahun 1941. (Kami menggunakan edisi
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan keempat, 1958.) dan (ii) Daftar
Ejaan Melayu (Jawi-Rumi), Tanjong Malim: Pejabat Karang Mengarang,
Sultan Idris Training College, cetakan pertama, 1949.
10. Daftar Ejaan Rumi-Jawi, 1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
cetakan pertama 198 hlm.
11. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, cetakan pertama edisi kedua, 401 hlm.
12. Daftar Ejaan Rumi-Jawi, 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
cetakan kedua, 198 hlm.
13. Lihat: Kertas Kerja Jawatankuasa Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka,
Konvensyen Tulisan Jawi, 9-11 April 1984, hlm. 1.
14. Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi, 1984. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama, 20 hlm.; cetakan kedua, 1988.
15. Setakat ini, Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1989) menyenaraikan satu kata sahaja
dengan ejaan klasik tanpa huruf alif, iaitu ( يکyang). Kata nyah پهsepatutnya
dieja dengan alif ( ) ياه. Antara kata-kata lain yang dieja semula dengan
sisipan alif termasuklah bam, ban, cat, das, gam, rak, ram, ran, rap, sang, tar
dan tas. Kata-kata daripada bahasa Arab tanpa alif yang dikekalkan
termasuklah had, haj, hak, khat, saf, sah dan syak.
17. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia dan Daftar Ejaan Rumi-Jawi
menyenaraikan lebih kurang 40 pasangan kata yang berpola KVK-KVK yang
mempertentangkan vokal [a] dengan vokal pepet di suku kata pertama.
Dalam ejaan Rumi, tidak wujud homograf bagi kasus ini. Jumlah sebesar ini
akan memberikan semacam kekacauan dalam sistem Jawi sekiranya
homograf bagi kasus ini dibiarkan kekal.
19. Setakat ini, Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1989) telah menyenaraikan kata-kata
yang berikut yang diterima sebagai bentuk ejaan tradisi yang sahih: apa, ada,
beta, pada, maka, jika, dia, lima, kita, itu, ini, dari, ketika, daripada dan
manusia .
اڤ اد بيت ڤد مك جك دي ليم كيت ايت اين دري كتيك درڤد ماءنسي
Beberapa kata yang lain telah dieja semula menurut peraturan yang tidak
dikecualikan.
Bibliografi,
Amat Juhari Moain, "Sistem Ejaan Jawi yang disempurnakan", Jurnal Dewan
Bahasa, Julai 1991, hlm. 608-624.
Amat Juhari Moain, 1991, Perancangan Bahasa: Sejarah Aksara Jawi, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (akan terbit).
Awang Mohamad Amin, 1983, "Satu Kajian terhadap Kaedah Ejaan Jawi
Za'ba", projek kajian Bahagian Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (tidak
terbit).
Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, cetakan pertama edisi kedua.
Daftar Ejaan Rumi-Jawi, 1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
cetakan pertama.
Daftar Ejaan Rumi-Jawi, 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
cetakan kedua.
Jawatankuasa Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka, "Sistem Baru Ejaan Jawi
Bahasa Melayu", kertas kerja Konvensyen Tulisan Jawi, 9-11 April 1984, Kuala
Terengganu.
Kaedah Penyelarasan Ejaan Jawi, 1991, teks kajian Maktab Perguruan Islam
(tidak terbit).
Pedoman Trasliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi, 1988. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, cetakan kedua.
ID/-
JAWI-09
01 November 1991.