Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

QGK 3013- Ceramah Obesiti

Sebagai seorang Guru Panitia Mata Pelajarab Kesihatan di sekolah anda


telah diarahkan memberi satu ceramah kesihatan mengambil sempena Bulan
Kesihatan Sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah anda. Tajuk Ceramah anda
adalah “ Gejala Obesiti dalam kalangan pelajar sekolah : Faktor-faktor
penyumbang ”

Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan kepada murid sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang
untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk : “ Gejala Obesiti dalam kalangan pelajar
sekolah : Faktor-faktor penyumbang ”.

Ceramah ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid sekolah tentang


faktor-faktor penyumbang yang menyebabkan gejala obesiti atau kegemukan semakin
serius dalam kalangan pelajar pada hari ini. Melalui sesi ceramah ini juga murid-murid
diajar cara mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengatasi masalah obesiti yang telah
menjadi semakin serius. Pihak sekolah berharap murid-murid SJK(C) Yuk Choy akan
bertambah sihat dan mampu menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.

Murid-murid yang dikasihi,

Obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang


berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung,
dan tekanan darah tinggi. Terdapat pelbagai faktor penyumbang telah menyebabkan
gejala obesiti dalam kalangan pelajar sekolah ini menjadi semakin serius. Antara faktor
utama sebagai penyumbang kepada gejala obesiti adalah pengambilan diet yang tidak
seimbang seperti makanan yang tinggi kandungan lemak, garam dan gula serta rendah
kandungan zat mineral, vitamin dan nutrisi penting untuk tubuh seperti vitamin A, D, C
dan kalsium. Kebanyakan pelajar pada masa kini yang suka makan makanan seperti
roti canai, nasi lemak dan makanan berkari mempunyai kandungan lemak, garam dan
gula yang tinggi. Selain itu, mereka juga banyak pengambilan makananti seperti burger,
kentang goreng, gula-gula dan sebagainya yang mempunyai kandungan lemak trans
yang akan menjadikan seseorang itu semakin gemuk.
Murid-murid yang dikasihi,
Berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan
bahawa kegemaran pelajar adalah nasi lemak, mee goreng dan nasi ayam manakala
makanan segera paling digemari adalah burger, ayam goreng dan pizza. Beliau berkata,
walaupun obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12
tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007
mengikut kajian, namun keadaan belum sampai ke tahap tidak terkawal.

Murid-murid yang dikasihi,


Sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi faktor penyumbang kepada
masalah obesiti, apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan
sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya
badan kecil menjadi tembam, gempal dan gemuk. Kajian yang telah dibuat telah
menunjunkkan bahawa lebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak adalah
disebabkan oleh kurangnya aktiviti fizikal dan lebihan makanan (WHO, 1990). Kanak-
kanak pada hari ini suka menonton televisyen dan banyak menghabiskan masa di
depan komputer daripada melakukan sebarang aktiviti senaman. Keadaan ini telah
menjadi punca masalah berat badan dalam kalangan pelajar. Jika perkara ini tidak
diberikan penekanan pastinya akan mengakibat masalah berat badan akan terus
meningkat.

Murid-murid yang dikasihi,


Faktor lain adalah keadaan kemajuan yang negara hadapi di mana pelajar
sekarang tidak perlu melakukan banyak perkara untuk menyelesaikan tugas.
Kebanyakkan kerja sudah dilakukan oleh mesin berteknologi tinggi yang dicipta manusia
dengan tujuan untuk memudahkan manusia, namun memberi kesan negatif terutama
kepada masalah obesiti. Teknologi yang semakin maju menampilkan alat komunikasi
yang canggih seperti televisyen, komputer, permainan video dan sebagainya.
Penciptaan ini boleh membuatkan ramai orang terutamanya pelajar untuk menambah
berat badan dengan hanya duduk menghabiskan masa hampir berjam-jam tanpa
melakukan apa-apa aktiviti.

Murid-murid yang dikasihi,


Peranan ibu bapa juga penting kerana pemakanan yang sihat bermula di rumah.
Pengambilan makanan yang tidak sihat oleh pelajar dan tanpa kawalan daripada ibu
bapa turut menyumbang kepada obesiti. Ibu bapa juga perlulah mendidik anak-anak
tentang pemakanan sihat dan seimbang. Peranan ibu bapa tidak berhenti di situ, ibu
bapa perlu melatih dan mengawal pemakanan anak-anak agar mereka tahu apa yang
mereka makan dan kesan yang akan mereka hadapi dalam kesihatan. Pandangan
daripada orang di sekeliling juga menjadi faktor, di mana ada keluarga yang tidak kisah
dengan masalah obesiti yang dialami dan ini boleh menyebabkan masalah obesiti terus
meningkat kerana mereka ini gagal untuk melaksanakan gaya hidup yang sihat.

Murid-murid yang dikasihi,


Secara kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan
perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti menjadi sesuatu yang sangat
membimbangkan kerana boleh menjadi punca beberapa penyakit lain seperti tekanan
darah tinggi, sakit jantung, diabetes, dan juga beberapa jenis kanser. Lebih
membimbangkan kerana penyakit–penyakit ini boleh membawa maut. Obesiti yang
berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika
kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak dan lebih kerap bersenam.
Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini
memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Namun begitu jika ia tidak diberikan
penekanan pastinya akan menjadi masalah yang tidak disedari sebagai punca kepada
menyumbangnya masalah berat badan dan kesihatan yang semakin serius dalam
kalangan pelajar sekolah.

Sekian, terima kasih. 


Faktor Keturunan

Terdapat banyak faktor yang memungkinkan kepada obesiti seperti faktor


keturunan atau genetik, yang mana pelajar mewarisinya daripada keluarga. Kegemukan
boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya. Itulah
sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak
yang gemuk juga. Hal ini demikian kerana pada ketika ibu obesiti sedang hamil, maka
unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik
akan diturunkan kepada bayi dalam kandungan.

You might also like