Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

MPU3081 KOKURIKULUM - PERSATUAN


TUGASAN 2: LAPORAN KAJIAN KES

Nama : Muazzam As-Syahid Bin Mukhtar


No. K/P : 990113-03-5193
Angka Giliran : 2018242340055
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2018
Unit : T4
Nama Pensyarah : En. Nasaruddin Bin Md Rasol
Tarikh Hantar : 18 Mac 2020

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengakuPEMERIKSA
bahawa tugasan adalah hasilMODERATOR
kerja kursus iniPELAJAR
PENGESAHAN kerja saya sendiri kecuali
Markah
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya sayaMarkah
jelaskan sumbernya.
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Tandatangan : _____________________
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh
Tandatangan
Cop Pelajar:__________________________Tarikh
Cop : _____________________

Tarikh Tarikh

Senarai Kandungan

Tugasan 1 Muka Surat

Senarai Kandungan i

Penghargaan ii

1.0 Pengenalan 2
2.0 Sejarah Penubuhan 2

3.0 Kaedah dan Proses Penubuhan 2

4.0 Aktiviti dan Perkhidmatan Yang Diamalkan 3

5.0 Perbandingan Perkhidmatan 3

6.0 Strategi Menjana Kewangan 4

7.0 Isu-isu berbangkit 4

8.0 Analisis SWOT 5

9.0 Rumusan 5

Rujukan 6

Penghargaan

Bismillahirahmanirahim

Alhamdullilah bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.
Pertama sekali saya ingin dedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta saya, En. Nasaruddin Bin Md Rasol kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sehingga saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

ii
TUGASAN 2: LAPORAN
KAJIAN KES

KOKURIKULUM - PERSATUAN
UNIT KOKURIKULUM
IPG KAMPUS IPOH

1.0 Pengenalan

Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY MALAYSIA) adalah sebuah badan


sukarela antarabangsa dalam memberi bantuan kemanusiaan. MERCY Malaysia adalah
sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1999 dengan fokus
utama memberi bantuan kemanusiaan di dalam mahupun di luar negara mengikut piawaian
yang telah digariskan. Tujuan penubuhan ialah memberi tindak balas apabila berlaku krisis
dan bencana dengan secepat mungkin iaitu antara 48 hingga 72 jam daripada bermula
sesuatu krisis. Pertubuhan ini didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan
berpengkalan di Kuala Lumpur.

2.0 Sejarah Penubuhan

MERCY Malaysia telah diasaskan oleh Dr Jemilah Mahmood pada tahun 1999 sebagai
tindak balas kepada konflik di Kosovo. Memandangkan tiada pertubuhan yang sedia ada
yang boleh menerima beliau sebagai seorang sukarela untuk memberikan perkhidmatan
perubatan disana, beliau dan sekumpulan rakan-rakan mendaftar MERCY Malaysia dengan
Pendaftar Pertubuhan dengan objektif untuk memberi bantuan perubatan. Bermula pada
tahun tersebut, MERCY Malaysia telah menghantar sebanyak lima misi Kosova untuk
menyediakan perubatan bergerak. Mereka juga telah menghantar pasukan bantuan kepada
Turki sebagai tindak balas kepada gempa bumi di Izmit.

Pada tahun 2000, MERCY Malaysia menyediakan bantuan perubatan kepada Orang
Pelarian Dalaman kerana konflik di Maluku, Indonesia. Pada tahun 2002, MERCY Malaysia
juga telah membina tempat perlindungan untuk saudara-mara pesakit di Hospital El-Geneina
serta membina pusat makan untuk memenuhi keperluan pemakanan pesakit. Titik
perubahan bermula tahun 2004, MERCY Malaysia terus bekerja dalam zon konflik dan
melancarkan kempen untuk mengumpul dan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk menyediakan beg kepada kanak-kanak di negara-negara yang dilanda
perang seperti Palestin, Afghanistan dan Iraq. Sehingga kini MERCY Malaysia masih lagi
aktif dalam menyediakan bantuan kemanusiaan kepada negara yang mengalami krisis dan
bencana.

3.0 Kaedah dan Proses Penubuhan

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, kaedah dan proses penubuhan pertubuhan ini
adalah mengikut perkara 8 di dalam perlembagaan. Majlis Eksekutif hendaklah terdiri
daripada:

I. Seorang Presiden, menjadi seorang doktor perubatan


II. Dua orang Naib Presiden (Naib Presiden I adalah seorang daripada bidang
perubatan manakala Naib Presiden II adalah yang bukan dari bidang perubatan)
III. Seorang Setiausaha Kehormat
IV. Seorang Penolong Setiausaha Kehormat
V. Seorang Bendahari Kehormat

Ahli persatuan pula menurut perkara 6, terdapat dua jenis keahlian yang
membolehkan hak mengundi dalam mesyuarat agung tahunan iaitu ahli biasa dan ahli
seumur hidup. Perbezaan di antara keduanya ditakrifkan dalam yuran yang dibayar kepada
pertubuhan. Ahli kehormat betujuan memberi penghormatan kepada individu yang secara
lansung atau tidak lansung menyumbang kepada objektif pertubuhan dan percetakan dibuat
oleh Majlis Eksekutif. Oleh yang demikian, MERCY Malaysia telah diasaskan oleh Dr
Jemilah Mahmood pada tahun 1999 dan didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966 serta
berpengkalan di ibu negara.

4.0 Aktiviti dan Perkhidmatan Yang Diamalkan

Hasil kaijan, antara aktiviti dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MERCY Malaysia adalah
seperti berikut:

I. Memberi bantuan rawatan kepada mangsa banjir, gempa bumi dan sebagainya.
II. Membantu masyarakat lain yang memerlukan bantuan tenaga di kawasan bencana.
III. Menyumbang dana kepada mangsa.
IV. Menarik minat masyarakat terutama generasi muda untuk bekerjasama
menghulurkan bantuan bagi membantu kaum lain yang ditimpa bencana.
V. Menggalakkan sukarela bergabung untuk membuat kerja amal.

5.0 Perbandingan Perkhidmatan

Pertubuhan ini merupakan pertubuhan bukan kerajaan dan ianya bukan pertubuhan yang
berteraskan keuntungan. Ianya ditubuhkan untuk menyediakan atau menyalurkan bantuan
dan perkhidmatan kemanusiaan tanpa mengira bangsa, agama dan sempadan. Objektif
pertubuhan ini lebih menumpukan penyediaan bantuan perubatan dan kesihatan yang
berterusan berkaitan pembangunan masyarakat. Selain itu, objektif MERCY Malaysia juga
ialah untuk berhubung dengan pelbagai organisasi bantuan yang lain sama ada tempatan
ataupun antarabangsa dan juga agensi-agensi yang menawarkan perkhidmatan yang
berkaitan untuk menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan. Melalui pertubuhan ini,
dapat juga mempromosikan semangat muhibbah, sukarelawan dan kemanusiaan anatar
ahli-ahli dan sukarelawan tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan. Dengan itu juga
dapat mendidik orang ramai mengenai aspek-aspek bantuan kemanusiaan, pengurusan
bencana dan pengurangan risiko.

6.0 Strategi Menjana Kewangan

Seperti mana yang telah kita sedia maklum, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia
(MERCY MALAYSIA) adalah sebuah organisasi bukan untung yang memberi bantuan
perubatan, pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko bencana yang mampan untuk
masyarakat yang memerlukan dalam situasi krisis dan bukan krisis. Oleh itu, sebagai
sebuah pertubuhan bukan keuntungan, MERCY Malaysia bergantung semata-mata kepada
pembiayaan dan sumbangan daripada organisasi dan individu yang murah hati untuk
memberikan bantuan kemanusiaan kepada penerima, sama ada di Malaysia atau di luar
negara. Selaras dengan Akta Pertubuhan, MERCY Malaysia mengemukakan akaunnya
keppada juruaudit luar. Pada tahun 2015, MERCY Malaysia mula memaparkan laporan
kewangannya kepada orang ramai melalui penerbitan laporan tahunan. Bagi menyelaras
bantuan perubatan dan kemanusiaan, MERCY Malaysia telah menggunakan beberapa
kaedah seperti Sphere Standard. Sphere Standard merupakan penentu keperluan minimum
mangsa bencana.

7.0 Isu-isu berbangkit

Berdasarkan kajian, antara isu-isu berbangkit yang dihapai MERCY Malaysia ialah
sukarelawan menghadapi risiko. Hal ini kerana, dalam mana-mana misi bantuan
kemanusiaan akan adda risiko untuk berlaku perkara yag tidak diingini terhadap
sukarelawan yang terbabit. Risiko ini turut juga dihadapi doktor di lapangan tempat bencana
berlaku. Antaranya seperti terdedah kemalangan, tertembak peluru sesat, cedar parah dan
juga diculik pihak tertentu. Selain itu, pasukan bantuan perubatan juga mudah terdedah
dengan pelbagai penyakit berjangkit, terutama kawasan yang dilanda ribut taufan dan banjir
besar. Fasa selepas ini maka akan ada banyak punca jangkitan penyakit yang timbul akibat
sistem saliran dan kumbahan yang tidak berfungsi, punca air dan makanan kotor serta
bangkai binatang.
8.0 Analisis SWOT

Kekuatan – banyak mengambil bahagian dalam misi bantuan kemanusiaan seperti Misi
Bantuan Gaza di Palestin, Misi Tsunami di Acheh, Misi Bantuan Banjir yang berlaku dalam
negara dan banyak lagi misi-misi yang lain yang telah disertai MERCY Malaysia.

Kelemahan – masih ramai masyarakat di luar sana yang menunjukkan kurang kesedaran
dan tidak peduli terhadap nilai kemanusian serta isu-isu semasa yang berlaku dan menimpa
sesuatu tempat. Budaya dan semangat kesukarelawan dalam kalangan orag awam masih
lagi kurang diamalkan.

Peluang – dapat menimba pengalaman untuk memantapkan kemahiran dengan mengambil


peluang dalam mengikuti misi bantuan kemanusiaan ke tempat-tempat tertentu yang
mengalami bencana. Sebagai contoh, kemahiran menguruskan misi, menyampaikan
bantuan dan memastikan mangsa menerima bantuan yang secukupnya.

Ancaman – tidak dapat dinafikan ancaman, risiko dan cabaran ahli mana-mana pertubuhan
bantuan kemanusian termasuk MERCY Malaysia adalah serius kerana mudah terdedah
kepada pelbagai risiko kemalangan membabitkan keselamatan diri yang boleh mengancam
nyawa.

Cadangan – setiap misi bantuan memerlukan tenaga, masa, keperluan pengurusan logistik
dan material bantuan. Hal ini adalah bagi memastikan sesuatu misi tersebut mencapai
objektifnya seperti mana yang telah ditetapkan.

9.0 Rumusan

Sebarang bantuan yang diberikan atau dilaksanakan tidak akan memberi kesan
tanpa kesedaran dan perlaksanaan oleh komuniti atau mangsa sendiri. Penglibatan komuniti
atau pihak yang berkepentingan dalam perancangan dan pelaksanaan program seperti
kemanusiaan ini akan memberikan impak yang lebih besar. Justeru, nilai kemanusiaan
perlulah ada dalam diri setiap individu tanpa mengenal kelas sosial, agama dan warna kulit.
Diharapkan dengan adanya badan-badan bukan kerjaan (NGO) seperti MERCY Malaysia
dan lain-lain, akan dapat meningkatkan tahap kesedaran dalam diri setiap warganegara
Malaysia untuk saling bantu-membantu setiap manusia yang mengalami musibah seperti
bencana, krisis dan sebagainya.
Rujukan
As Nuurien Najma, (2015). Mercy Malaysia. Dicapai daripada
https://www.slideshare.net/asrrien79/mercy-malaysia-55449383

Azizi Ayob. (2017). Suburkan budaya sukarelawan misi kemanusiaan. Dicapai daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/09/331841/suburkan-budaya-
sukarelawan-misi-kemanusiaan

Aziz, N. A., & Coulson, A. B. (2010). Social responsibility disclosure, accountability


mechanisms and empowerment: evidence of mercy Malaysia. In APIRA Conference.

Aziz, N. M. A. (2016). THE FORMALISATION OF SOCIAL ENGAGEMENT IN THE


MEDICAL RELIEF NGO: THE EVIDENCE OF MERCY MALAYSIA. Asian Academy
of Management Journal, 21.

Azman Mohamad. (2013). Mercy Malaysia. Dicapai daripada


https://www.scribd.com/doc/193999098/Mercy-Malaysia

Pijakamal. (2019). Kajian Kes Persatuan. Dicapai daripada


https://www.slideshare.net/pijakamal/kajian-kes-persatuan

MERCY MALAYSIA dicapai daripada https://www.mercy.org.my/about-us/our-history/

Mercy Malaysia. (n.d). Wipedia. Dicapai daripada


https://ms.wikipedia.org/wiki/Mercy_Malaysia

Zubir, S. S., Amirrol, H., & Samah, N. A. (2006, November). Architecture for humanity:
sharing the experience of MERCY Malaysia Core House Project in Banda Aceh,
Indonesia. In 1st International Conference on the Management of Natural
Resources, Sustainable Development and Ecological Hazards (pp. 403-412).

Zubir, S. S., Amirrol, M. H., & Rahman, R. A. (2009). MERCY Malaysia’s experience in
recent response and rebuilding of disaster areas. WIT Transactions on Ecology and
the Environment, 127, 41-52.

You might also like