Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG TENGAH

KM. 3 , JALAN HASSAN,


85000 SEGAMAT,JOHOR.
JBA : 7003 Tel:07-9325779

Ibubapa / Penjaga
Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah
85000 Segamat, Johor

Tuan/ Puan,

PROGRAM KAYUHAN MERDEKA – AKTIVITI BERBASIKAL MENGIBARKAN JALUR GEMILANG

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 1 September 2020 (Selasa)


Masa : 8.30 pagi – 9.30 tengah hari
Tempat : Sk. Kg . Tengah – Balai Polis Kg. Tengah

3. Sehubungan dengan itu, murid yang ingin menyertainya diminta ibu bapa/ penjaga
menghantar/mengiring dan mengambil basikal murid sewaktu ke sekolah dan pulang ke rumah. Ibu
bapa juga bertanggunggjawab jika berlaku apa-apa terhadap anak dibawah jagaan tuan/puan. Ibu bapa/
penjaga juga turut diundang untuk menyertai aktiviti ini.

4. Penyertaan ibu bapa/pejaga dan murid perlu menggunakan basikal yang sempurna dan selamat
ditunggang di atas jalan raya. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tuan/puan boleh
berhubung dengan Cikgu Romzi Bin Zainal (018-7610670).

Sekian, untuk makluman pihak tuan/puan.

Terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

....................................................
(AMRAN BIN AB SHUKOR)
Guru Besar
Sk. Kg. Tengah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Potong keratan ini
Senarai penyertaan
Bil Nama Status (ibu/bapa/penjaga/murid)
1
2
3
4
5

* Hantar senarai penyertaan ini pada 27/8/2020(khamis)

You might also like