Laporan PJ Muhammad Bin Zolkipeli D5

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PEPRGURUAN
(AMBILAN JUN 2018 SEMESTER 4)

KOKURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD BIN ZOLKIPELI


NAMA PELAJAR

2018192340097
ANGKA GILIRAN

NOMBOR KAD PENGENALAN 990516-03-6203

KUMPULAN PISMP D5

KOD / NAMA KURSUS KOKURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

NAMA PENSYARAH MISS TAN YAM IM

TARIKH HANTAR

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS


DARIPADA PENSYARAH

1
1.0 PENGENALAN

Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang
berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani ini mengutamakan unsur
pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan
mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur. Manakala aktiviti sukan pula tertumpu

2
kepada segala aspek dari mengelola, menyertai pertandingan dan permainan serta
mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), pengurusan didefinisikan sebagai


pengarahan dan pengawalan, pengelolaan, dan penyelenggaraan. Dengan kata lain
pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan
kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan,
pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks
perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani.

Berikut merupakan fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan


sukan iaitu merancang, menyediakan bajet, mengawal, mengelola, menyediakan jadual
pertandingan, membuat keputusan dan menilai. Seterusnya untuk mencapai kejayaan
dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan, terdapat tiga
elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu persediaan profesional, sikap profesional dan
perkembangan profesional. Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu,
persatuan dan badan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan, maka
kemajuan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan memperolehi
kecemerlangan dan kegemilangan.

2.0 LAPORAN REFLEKTIF KARNIVAL MINI SUKAN SEPAK RAGA BULATAN IPGKBM
2020

Kursus PJMS 3092 Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan adalah merupakan subjek
elektif bagi kami. Pada semester empat ini, kerja kursus yang perlu dilaksanakan adalah
berkaitan dengan penganjuran sebuah karnival yang dinamakan “Karnival Mini Sukan Sepak
Raga”. Penganjuran karnival sebegini adalah merangkumi segenap pengendalian bermula
daripada peringkat perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaan. Karnival ini turut
menjemput beberapa kumpulan kelas yang lain untuk menyertainya. Karnival ini akan
mengketengahkan tema “Tiada alasan untuk tidak cergas. Apa tunggu lagi….Ayuh
CERGAS!”. Dasar Sukan Negara (1988) menjelaskan “Malaysia Cergas” adalah
berdasarkan konsep sukan untuk semua. Dasar ini bertujuan untuk menggalakkan rakyat
untuk mengamalkan gaya hidup yang aktif melalui penyertaan dalam aktiviti sukan dan
rekreasi untuk kecergasan fizikal dan mental, kearah peningkatan produktiviti dan
mengukuhkan perhubungan antara kumpulan etnik. Oleh itu, pada 17 Mac 2020, guru
pelatih semester 4 PISMP minor Pendidikan Jasmani ambilan Jun 2018 telah
mengendalikan Karnival Mini Sukan Sepak Raga kepada 18 orang pelajar Institut

3
Pendidikan Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) bersama pensyarah Cik Tan Yan Im. Berikut
merupakan pasukan yang bertanding dalam acara sepak raga:

Kumpulan Mata
Hijau
Merah
Kuning
Biru
Jadual 1: Senarai Pasukan Sepak Raga Bulatan

Sebelum bermulanya acara permainan ini, Pada 4 Februari 2020 kami dikumpulkan
dan mengadakan mensyuarat untuk menerangkan lebih dalam tentang cara pengelolaan
permainan sepak raga bulatan ini. Saudara Rasin Bin Roslan selaku pengerusi karnival ini
mengetuai mesyuarat tersebut dengan membahagikan tugas-tugas kerana permainan ini
akan diadakan di dalam IPGKBM iaitu di Dewan Za’ba IPG Kampus Bahasa Melayu.
Kesemua ahli jawatankuasa sebanyak 18 orang dan dibahagikan kepada beberapa ahli
jawatankuasa tertentu. Kemudiannya, Rasin bin Roslan menerangkan cara-cara untuk
mengendalikan karnival tersebut dan menegaskan supaya berdisplin semasa menjadi
pegawai serta tidak berat sebelah dalam pertandingan. Selain itu, kami juga bersetuju untuk
mengutip setiap ahli RM 20 sebagai sumber kewangan untuk penyediaan makanan,
minuman dan hadiah.

Rajah 1: Proses Pembahagian Tugas

4
Rajah 2: Mesyuarat Karnival Sepak Raga Bulatan

Semasa permainan sepak raga bulatan dikelolakan banyak perkara yang saya
belajar dan peroleh seperti cara-cara untuk menganjur program seperti ini. Semasa
perlawanan dijalankan permainan dijalankan dengan pengiraan sistem kalah mati. Melalui
sistem ini, perlawanan akan menjimatkan masa dan tidak meletihkan pemain kerana
kumpulannya tidak bermain berulang kali seperti sistem liga. Permainan ini sangat sengit
kerana masa yang diberi selama 5 minit untuk menimbang bola dan peserta memperolehi
mata yang hampir sama. Permianan dimenangi oleh kumpulan Hijau, tempat kedua
kumpulan Biru, ketiga kumpulan Kuning dan keempat kumpulan Merah.

Rajah 3: Pemenang Karnival Sepak Raga

5
Faedah yang diperoleh daripada pengelolaan pertandingan sepak raga ini saya
dapat belajar cara pengelolaan pertandingan sepak raga dan boleh digunapakai seterusnya
jika berada di sekolah kelak serta dapat memahami peraturan perlawanan iaitu cara
permaianan yang betul. Kemudian, saya juga dapat mengetahui secara menyeluruh tentang
peraturan dan undang-undang dalam permainan ini.

Seterusnya, kekuatan daripada karnival ini telah meningkatkan disiplin, sikap patuh
kepada peraturan dan menyemai sikap menghormati pengadil dalam kalangan guru-guru
pelatih. Sikap disiplin guru-guru pelatih dapat dilihat dalam pakaian seragam oleh pegawai
karnival. Setiap ahli kumpulan memakai pakaian sukan yang kemas serta mematuhi
tatacara pemakaian untuk bersukan. Sebelum pertandingan dan selepas pertandingan,
guru-guru pelatih sangat disiplin. Guru-guru pelatih juga mematuhi segala peraturan
pertandingan yang telah ditetapkan oleh pengurus karnival. Guru-guru pelatih juga tidak
ingkar arahan pengadil dan menerima keputusan pengadil dengan hati yang terbuka tanpa
mengutarakan apa-apa bantahan. Seorang pendidik perlulah mengamalkan teladan yang
baik (Gamal, 2003). Mereka perlu sentiasa menunjukkan contoh teladan kepada murid, ini
kerana sebagai seorang duta ilmu, pengetahuan, kelakuan dan tindak tanduk mereka
sentiasa diperhatikan (Ab halim, Hamdi, Rosadah, & Safani, 2013). Oleh yang demikian
seorang guru haruslah memperlengkap diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan akhlak
yang mulia supaya kelak segala amal kebaikan yang diajar akan dicontohi.

Selain itu, dari aspek peralatan sukan pula penganjur dapat menyediakan peralatan
yang mencukupi seperti bola takraw dan garisan kawanasan perlawanan. Hal ini kerana
semasa pertandingan berlangsung tiada pemain yang mengeluh akibat daripada
kekurangan peralatan permainan. Di samping itu, peserta juga mematuhi masa yang telah
ditetapkan oleh penganjur. Maka secara tidak langsung karnival ini berjaya di mulakan dan
di tamatkan mengikut masa yang telah dirancang. Hal ini demikian jelas menunjukkan
bahawa pegawai dan peserta memahami ungkapan Melayu iaitu, “Masa itu emas”. Jeffrey L.
Buller (1989), dalam bukunya tentang pengurusan masa mengatakan bahawa untuk
mencapai kecemerlangan dalam sebarang kerja atau tugasan yang dihadapi, seseorang itu
selain dari mempunyai azam dan motivasi yang tinggi perlu juga tahu menguruskan masa
dengan berkesan. Pengurusan masa yang baik bermaksud kemampuan mendisiplinkan diri
dalam menentukan keutamaan serta melaksanakan keputusan yang dibuat.

Selanjutnya, dalam karnival ini juga kami menyediakan jadual perlawanan dan
borang pencatat bagi setiap perlawan bertujuan untuk memudahkan urusetia dalam proses
pengiraan jaringan dan mata. Oleh itu, melalui borang pencatat ini juga segala keputusan
akan dapat diputuskan dengan adil, tepat dan tidak berat sebelah. Di samping itu, jadual

6
perlawanan juga mengambil kira tahap kecergasan peserta bagi mengelakkan peserta
keletihan atau mengalami sebarang kecederaan semasa permainan berlangsung. Hal ini
dapat dilihat pada setiap perlawanan setiap peserta bermain dengan penuh semangat dan
mempunyai semangat untuk menang itu tinggi.

Tambahan pula, karnival ini telah memupuk semangat kesukanan dan kerjasama
dalam kalangan guru-guru pelatih. Kerjasama antara kumpulan dapat dilihat dengan jelas
semasa para peserta bertungkus - lumus dan berusaha mengatur strategi untuk mencapai
kemenangan. Walaupun terdapat persaingan yang kuat antara kumpulan tetapi mereka
masih menolong kumpulan lain dengan memberi sokongan moral dan tepukan serta kata -
kata semangat kepada kumpulan yang tidak menang dalam pertandingan. Semangat
kesukanan dapat dilihat dengan jelas semasa bermain. Setiap kumpulan telah berusaha
bersungguh - sungguh untuk menang dalam pertandingan dan menunjukkan betapa
tingginya semangat kesukanan mereka.

Kemudian, kelemahan dariapada pengelolaan ini ialah dari segi penerangan


peraturan permaianan. Penerangan yang dijelaskan tidak begitu difahami oleh peserta
kerana sama perlawanan berlangsung terdapat peserta yang keluar dari bulatan yang telah
disediakan dimana kawasan tersebut merupakan kawasan larangan bagi pemain semasa
permainan berlangsung. Selain itu, dari aspek keselamatan pula gelanggang untuk
pertandingan sepak raga ini dilihat kurang sesuai terdapat kerusi dan meja yang tidak
disusun dengan rapi di bahagian tepi dewan. Memandangkan kes kecederaan sukan sering
berlaku terutama di sekolah, adalah penting untuk mengesan punca-punca yang
menyebabkan kecederaan ini. Kenyataan ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan olah
Fisher, Mullins dan Frye (1993) yang mengatakan bahawa kes-kes kecederaan sukan di
sekolah sering dikaitkan dengan kewibawaan jurulatih dan guru sukan dalam persediaan
latihan atlet serta prasarana sukan juga perlu dititikberatkan untuk menjamin keselamatan.
Setersunya, bantuan kecemasan seperti ais batu tiada kerana kerana terdapat peserta
meminta ais batu kepada pihak urusetia serta pengadil utama kurang berpengetahuan
tentang peratuan pertandingan dan bertindak lambat terhadap kesalahan yang berlaku dan
kurang kawalan pengadil.

Setelah kelemahan dikenalpasti, cadangan penambahbaikan perlu untuk mengatasi


kelemahan atau masalah yang timbul. Cadangan yang relevan membantu melaksanakan
dan mengelolakan program dengan lebih baik pada masa akan datang. Untuk mengelola
Karnival Mini Sepak Raga Bulatan ini memerlukan perancangan awal dan sempurna. Ia
bermula daripada peringkat perancangan itu sendiri, dimana ia memerlukan ketua yang
sentiasa dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan beretika. Persiapan

7
awal adalah sangat penting agar semasa program yang dirancang dapat berjalan dengan
baik dan mengikut perancangan. Pengagihan tugas adalah sangat penting supaya setiap
jawatan kuasa memberikan komitmen yang diperlukan untuk menjalankan program yang
dirancang. Ia juga memastikan setiap individu atau jawatankuasa menjalankan tugasan
yang diberikan.

Pakaian merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah permaian. Pakaian
yang kurang selesa boleh menyebabkan berlakunya kecederaan atau mengundang
ketidakselesaan kepada peserta semasa bermain. Pengurus harus menetapkan pakaian
yang sesuai untuk setiap pertandingan. Sebagai contoh, setiap pasukan mestilah
menetapkan pakaian warna sama bagi menunjukkan perbezaan pasukan semasa bermain
tanpa memakai bibs. Hal ini kerana pemakaian bibs akan memberi rasa tidak selesa kepada
peserta terutamanya peserta yang berbadan besar.Selain itu, hasil peluh daripada pasukan
bertanding mengundang rasa tidak kepada pasukan seterusnya untuk menggunakannya.

Tanggungjawab setiap ahli jawatankuasa sangat penting bagi menjayakan sesebuah


pertandingan. Sikap kecuaian ahli jawatankuasa boleh menyebabkan sesuatu pertandingan
tidak berjalan dengan lancar. Ajk tugas-tugas harus menjalankan tugas mereka dengan
sempurna. Mereka harus menyediakan peralatan, borang pemarkahan dengan bilangan
yang cukup serta jadual perlawanan yang terancang. Pengarah pertandingan harus melantik
seorang ketua untuk ajk tugas-tugas khas supaya ketua tersebut sentiasa memastikan
ahlinya membuat tugas. Selain itu, ketua juga harus menyediakan sebuah senarai semak
untuk menyemak tugasan yang perlu dibuat.

Ajk setiap pertandingan harus memberikan satu set peraturan kepada peserta
sebelum pertandingan supaya peserta mengetahui peraturan permainan dengan lebih jelas.
Hal ini boleh mengurangkan pengadil untuk membazirkan masa dan tenaga untuk
mengulang semula peraturan bagi setiap pertandingan. Selain itu, peserta juga akan
mengetahui cara bermain dengan lebih jelas dengan memberikan peraturan permainan.

Secara keseluruhannya, Karnival Mini Sepak Raga Bulatan ini dapat dijalankan
dengan lancar dan mengikut apa yang telah dirancang. Sepanjang karnival tersebut
berlangsung, tiada masalah besar yang timbul seperti pergaduhan atau penyalah gunaan
bahan, sungguhpun mereka, iaitu peserta mahukan kemenangan berpihak kepada mereka.

3.0 RUMUSAN

Karnival Mini Sukan Sepak Raga Bulatan ini telah berlangsung pada 17 Mac 2020
bertempat di Dewan Za’aba IPGKBM. Karnival ini telah dianjurkan oleh guru pelatih kelas

8
PISMP D5. Karnival ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Karnival ini
telah berlangsung dengan lancar dan baik. Setiap wakil perserta telah menonjolkan
penglibatan yang aktif dalam karnival ini. Secara keseluruhannya perserta kumpulan Hijau
telah memenangi pertandingan ini dengan mengumpulkan mata yang tinggi. Karnival ini
telah memberi peluang kepada kami untuk mempelajari perkara –perkara baru seperti
peraturan, dan pengelolaan sesuatu pertandingan. Oleh itu, karnival ini telah menyediakan
peluang untuk mempelajari cara-cara pengelolakan sesuatu pertandingan sepak raga
dengan tersusun dan teratur. Terdapat juga beberapa kelemahan seperti kawasan
pertandingan, pengurusan pengadil dan pengenalan peraturan yang tidak dapat dijalankan
dengan betul. Malah hal ini boleh dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran pada masa akan
datang dan dijadikan penambaikan dengan baiknya. Karnival ini menjadi satu pengalaman
dan teladan yang baik bagi kami untuk mengetahui tentang permaianan ini dengan luas dan
dapat dijalankan di sekolah pada masa hadapan. Guru pelatih semester empat juga dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dengan peserta lain sepanjang menjalankan karnival ini
dengan baik dan selamat. Semua guru pelatih berkerjasama dan tolong menolong antara
satu sama lain bak kata pepatah “berat sama dipikul , ringan sama dijinjing” bagi
menjayakan karnival ini . Secara keseluranhannya , karnival berlangsung dengan baik dan
selamat dengan kurniaan tuhan.

4.0 BIBLIOGRAFI

Dzulkifli & Jamaliyah & Yahya. (2005). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Selangor Darul
Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fisher, Mullins dan Frye (1993). The influence of teacher-coach behaviour on the
psychological development of children. Dalam D. Gould & M.R. Weiss (Eds),
Advances in prediatric sport science. Vol. 2: Behavioral issues(121-142). Champaign,
II: Human Kinetics.

Gamal, A. N. Zakaria. (2003). Prinsip-prinsip pendidikan Islam. PTS Publication &


Distributiors

9
SDN BHD. Pahang Darul makmur.

Hamdi Ishak, Ab halim Tamuri, Rosadah Abdul Majid & Safani Bari. (2013). Amalan
pengajaran guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di Sekolah
kebangsaan pendidikan Khas (masalah Pendengaran). Journal Islamic and Arabic
4(2), 11-24.

Jeffrey L. Buller. (1989). Managing Time and Stress. Portsmouth: Heinemann.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Edisi Keempat, Cet. Keenam, Kuala Lumpur:
Harian (Zulfadzli) Sdn. Bhd.

Kementerian Belia dan Sukan. (1988). Dasar Sukan Negara. Putrajaya

5.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

SEPAK RAGA
HIJAU

BIRU

KUNING

MERAH
10
Kedudukan Kumpulan Mata

LAMPIRAN 2

BORANG PENCATAT
KARNIVAL SUKAN SEPAK RAGA
BULATAN IPGKBM

VS

11
Pemenang

Skor

Pasukan: Pasukan:

1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

6 7 8 9 10 6 7 8 9 10

11 12 13 14 15 11 12 13 14 15

16 17 18 19 20 16 17 18 19 20

21 22 23 24 25 21 22 23 24 25

26 27 28 29 30 26 27 28 29 30

12

You might also like