Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PEPRGURUAN
(AMBILAN JUN 2018 SEMESTER 4)

PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


(PRKA3012)

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD BIN ZOLKIPELI
NAMA PELAJAR

2018192340097
ANGKA GILIRAN

NOMBOR KAD PENGENALAN


990516-03-6203

KUMPULAN PISMP D5

PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


KOD / NAMA KURSUS
(PRKA3012)

NAMA PENSYARAH ENCIK AMIR HAMZAH BIN AMAN

TARIKH HANTAR

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS


DARIPADA PENSYARAH

1
SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN..........................................................................................................................3

2.0 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL................................................................... 3

3.0 SESI PERKONGSIAN GURU (TEACHER SHARING SESSION)....................................4

4.0 LANGKAH PELAKSANAAN STRATEGI “PILLOW TALK AND GALLERY WALK”....... 4

5.0 MEREKA CIPTA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH YANG


BERKESAN DENGAN MENGGUNAKAN STRATEGI “PILLOW TALK AND GALLERY
WALK”.....................................................................................................................................................5
6.0 KESIMPULAN........................................................................................................................... 7

7.0 RUJUKAN.................................................................................................................................. 8

2
1.0 PENGENALAN
Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) atau Profesional Learning Community
(PLC) merupakan satu konsep yang tidak asing dalam bidang pendidikan, terutamanya
kepada negara-negara maju seperti Amerika Syarikat yang merupakan pelopor kepada
amalan PLC. Untuk memastikan kualiti kepimpinan, profesionalisme dan kualiti guru
dapat membangunkan modal insan bertaraf dunia yang merupakan prasyarat untuk
membawa Malaysia ke persaingan ekonomi global abad ke-21, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah mula memperkenalkan dan mengimplementasikan konsep PLC
dalam bidang pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dengan
cara melaksanakan strategi Lesson Study kepada 289 panitia mata pelajaran di 289
buah sekolah berprestasi rendah pada tahun 2011.

Hal ini kerana PLC mampu melestarikan guru berkualiti dan meningkatkan
profesionalisme guru supaya dapat meningkatkan pembelajaran pelajar. Di bawah PLC
terdapat elemen kritikal dan setiap elemen kritikal mempunyai strategi PLC yang
tersendiri. Penulisan ini akan memfokus kepada penggunaan salah satu strategi PLC
dalam Penswastaan Amalan (De-Privatization of Practice), iaitu Sesi Perkongsian Guru
(Teacher Sharing Session) untuk mereka cipta satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Sejarah yang berkesan

2.0 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL


Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada usaha para pendidik yang
komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau
kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka
(DuFour, Eaker & Many, 2006). Selain itu, PLC juga ditakrifkan sebagai pasukan
sekolah yang sering berkolaborasi ke arah penambahbaikan secara berterusan dalam
memenuhi keperluan murid melalui perkongsian visi yang berfokuskan kurikulum
(Reichstetter, 2006).

Menurut Astuto et.al (1993), beliau berpendapat bahawa PLC merupakan usaha
guru dan pemimpin di sesebuah sekolah untuk mengenal pasti ilmu dan berkongsi
pembelajaran tersebut dan seterusnya mengamalkan ilmu tersebut untuk meningkatkan
keberkesanan profesionalisme mereka bagi manfaat murid. Di dalam PLC terdapat lima
strategi, iaitu Dialog Reflektif (Reflective Dialogue), Penswastaan Amalan (De-
Privatization of Practice), Fokus Secara Kolektif Terhadap Pembelajaran Murid
(Collective Focus on Student Learning), Kolaborasi (Collaboration) dan Norma dan Nilai
Dikongsi Bersama (Shared Norms and Values).

3
3.0 SESI PERKONGSIAN GURU (TEACHER SHARING SESSION)
Strategi sesi perkongsian guru merujuk kepada sekumpulan guru (dari institusi yang
sama atau yang berbeza) bertemu secara kerap atau berkala secara formal untuk
berkongsi pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi yang terbaik
(Bahagian Pendidikan Guru, 2012). Bilangan guru tidak akan dihadkan dalam sesuatu
kumpulan, tetapi sekurang-kurangnya perlu ada dua orang guru yang berkongsi
pengalaman sesama sendiri. Perkongsian dalam kalangan ahli yang lebih ramai akan
memberikan lebih banyak ruang pengisian dan aspek pengetahuan, kemahiran,
pengalaman dan amalan pedagogi yang berbeza dan pelbagai.1 Perkongsian guru boleh
diklasifikasi kepada dua jenis, iaitu perkongsian bahan maujud dan perkongsian bahan
bukan maujud.

Perkongsian bahan maujud adalah seperti bahan bantu mengajar (BBM), lembaran kerja,
rancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP), manakala perkongsian bahan bukan
maujud merangkumi amalan pedagogi seperti amalan PdP, pengurusan murid dan bilik
darjah, kemahiran, pengalaman dan lain-lain. Strategi ini mempunyai tujuan untuk
meningkatkan kualiti perkongsian ilmu antara ahli melalui penyebarluasan pengetahuan,
kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi sedia ada salam sebuah organisasi.
Melalui sesi perkongsian guru, profesionalisme guru akan berkembang kerana ia
membolehkan ahli belajar semasa sendiri bagi memahami dunia pengetahuan dan
persekitaran mereka (Carroll et al, 2003).

Ia telah memberi peluang kepada para guru untuk berkongsi pelbagai ilmu pengetahuan,
kemahiran, strategi, bahan, pengalaman, amalan pedagogi dan sebagainya dalam
konteks profesionalisme keguruan di samping membantu mereka mengenalpasti,
membiasakan diri serta mempraktikkan amalan berkolaboratif dan menjadikan amalan
perkongsian ilmu sebagai satu budaya di tempat kerja. Selain itu, sesi perkongsian guru
juga akan menyediakan rangsangan stimulasi dan sokongan untuk guru. Sesi
perkongsian guru boleh dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi seperti
“Show, Tell, Share”, “Pillow Talk and Gallery Walk”, dan tongkat sakti.

4.0 LANGKAH PELAKSANAAN STRATEGI “PILLOW TALK AND GALLERY WALK”


Suatu sesi perkongsian yang berkesan memerlukan perancangan dan persediaan awal
seperti menetapkan matlamat perkongsian, jenis perkongsian, sesi perkongsian dan
pelaporan atau pembentangan sekiranya lebih daripada satu kumpulan. Berikut

4
merupakan langkah pelaksanaan strategi kedua, iaitu Pillow Talk and Gallery Walk di
bawah sesi perkongsian guru secara umum:

Pertama sekali, peserta-peserta akan dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil.


Setiap satu kumpulan mempunyai 5 orang peserta. Seterusnya, sebiji bantal akan
diletak di tengah dan peserta diminta untuk mengambil bantal tersebut setelah bersedia
untuk berkongsi. Apabila peserta tersebut telah berkongsi satu isu atau masalah
berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran (PdP), pengurusan kelas atau murid
dan lain-lain yang dialaminya maka bantal tersebut akan diambil secara bergilir-gilir oleh
peserta lain untuk berkongsi kaedah, inovasi atau pengalamannya dalam menyelesaikan
masalah tersebut. Setiap peserta diwajibkan mengambil bahagian secara aktif.
Cadangan peruntukan masa untuk menjalankan aktiviti ini adalah antara 5 hingga 10
minit.

Peserta-peserta diminta oleh fasilitator untuk mencatat segala informasi atau


maklumat yang dibincangkan dalam sesi pillow talk. Dengan menggunakan maklumat
yang telah dicatatkan semasa sesi pillow talk, peserta dikehendaki menghasilkan nota
atau catatan bagi tujuan aktiviti gallery walk pada kertas mahjong. Selepas siap
menghasilkan nota, peserta akan menampal kertas mahjong pada dinding dan melantik
seorang ahli kumpulan untuk menyampaikan penerangan semasa gallery walk. Semasa
sesi gallery walk dijalankan, semua peserta akan pergi ke setiap stesen dan penerangan
akan diberikan oleh wakil yang dilantik.

5.0 MEREKA CIPTA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG


BERKESAN DENGAN MENGGUNAKAN STRATEGI “PILLOW TALK AND GALLERY
WALK”
Guru mata pelajaran boleh menggunakan strategi PLC, iaitu “Pillow Talk and Gallery
Walk” sebagai satu panduan untuk mereka cipta satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan sesuai dijalankan oleh murid-murid sekolah rendah
Tahun 4 di bawah bimbingan guru. Guru perlu membuat perancangan dan persediaan
awal seperti menetapkan tajuk, standard kandungan, standard pembelajaran dan objektif
pembelajaran sebelum menjalankan sesi perkongsian dalam kalangan murid-murid
Tahun 4.

Tajuk yang telah dipilih oleh guru adalah tajuk kedua, Zaman Batu Air. Standard
kandungan dan standard pembelajaran yang dipilih adalah 2.1 Zaman Air Batu, K2.1.4
menyatakan keperluan menghargai alam sekitar dan K2.1.5 menyatakan sikap yang

5
perlu diamalkan dalam menjaga alam sekitar. Antara objektif pembelajaran yang harus
dicapai oleh murid-murid Tahun 4 ialah mereka dapat menerangkan sekurang-
kurangnya 3 keperluan untuk menghargai alam sekitar dan menjelaskan sikap yang
perlu diamalkan dalam menjaga alam sekitar. Guru Sejarah akan menyediakan contoh
soalan seperti “Pencemaran alam sekitar di Malaysia telah mendatangkan kesan buruk
terhadap kesihatan manusia dan habitat haiwan, bagaimana kita menjaga alam sekitar?”
dan “Mengapa kita perlu menghargai alam sekitar?” sebagai panduan kepada murid-
murid untuk menjalankan sesi perkongsian.

Sebelum memulakan aktiviti ini, guru akan memberi arahan yang jelas kepada murid-
murid terlebih dahulu. Guru akan memberitahu murid-murid bahawa aktiviti ini akan
dijalankan selama 8 minit dan setiap murid dikehendaki mencatat segala maklumat yang
telah dibincangkan semasa sesi Pillow Talk kerana mereka akan menggunakan
maklumat tersebut untuk menghasilkan satu peta minda pada kertas sebak bagi tujuan
aktiviti Gallery Walk. Selepas itu, guru akan membahagikan murid kepada beberapa
kumpulan kecil mengikut kesesuaian bilangan murid di dalam kelas. Sebagai contohnya,
kelas 4 Merah mempunyai 20 orang murid dan guru perlu membentuk 4 kumpulan yang
terdiri daripada 5 orang murid.

Guru telah mengarahkan ahli kumpulan duduk dalam satu bulatan kecil supaya
dapat memudahkan proses sesi perkongsian. Guru Sejarah harus menyediakan 4 bantal
dan meletakkan satu bantal di tengah-tengah bulatan setiap kumpulan. Guru yang
berperanan sebagai fasilitator akan memberi soalan kepada kumpulan sebagai contoh
dan ahli kumpulan dikehendaki berkongsi isu, masalah pendapat, pengetahuan atau
pengalaman mereka mengenai tajuk topik Sejarah tersebut. Ahli kumpulan pertama
akan mengambil bantal setelah dia bersedia untuk berkongsi sesuatu isu atau masalah
berkaitan dengan topik alam sekitar. Selepas itu, ahli kumpulan lain akan mengambil
bantal secara bergilir-gilir untuk berkongsi langkah, kaedah atau pengalaman mereka
dalam menyelesaikan sesuatu isu tersebut.

Selepas tamatnya sesi Pillow Talk, murid-murid akan menjalankan aktiviti Gallery
Walk untuk menunjukkan dan membentangkan hasil perbincangan kumpulan mereka.
Dengan menggunakan kertas sebak dan alat tulis, setiap kumpulan perlu menghasilkan
catatan yang merangkumi segala maklumat mengenai topik alam sekitar yang telah
dibincangkan dalam bentuk peta minda. Seterusnya, mereka perlu menampal kertas
sebak tersebut pada dinding dan melantik seorang ahli kumpulan sebagai wakil untuk
menyampaikan penjelasan semasa sesi Gallery Walk dijalankan. Ahli kumpulan yang

6
lain akan pergi ke setiap stesen dan mendengar penerangan yang diberikan oleh wakil
kumpulan yang dilantik. Murid-murid akan membuat rumusan di bawah bimbingan guru
dan mereka juga akan diberikan lembaran kerja ataupun kuiz untuk menguji adakah
mereka telah mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru.

6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, strategi-strategi yang terkandung dalam konsep Professional
Learning Community (PLC) telah berperanan sebagai panduan asas yang membolehkan
para pendidik untuk membuat kerangka atau perancangan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara sistematik dan mampu menjana idea yang kreatif serta
inovatif untuk menghasilkan aktiviti PdP yang sesuai dan berkesan untuk membantu
murid-murid mencapai standard pembelajaran dan objektif pembelajaran yang
ditetapkan oleh guru. Oleh itu, para pendidik haruslah menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran mengenai PLC supaya dapat meningkatkan profesionalisme keguruan dan
memajukan lagi tahap pendidikan di Malaysia untuk melahirkan generasi muda yang
dapat menghadapi cabaran abad ke-21 dan menjana pertumbuhan ekonomi negara
secara seimbang.

7
7.0 RUJUKAN
Azizi Ahmad. (2016, Ogos 19). Komuniti pembelajaran profesional. Didapatkan Mac 1, 2018,
daripada GPS Bestari: http://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/komuniti-
pembelajaran-profesional-1.553980
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
sejarah tahun empat. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru. (t.t). Komuniti pembelajaran profesional (PLC). Didapatkan Mac
1, 2018, daripada Portal rasmi jabatan pendidikan negeri perak:
http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3772/Modul%20Asas%20KOMU
NITI%20PEMBELAJARAN%20PROFESIONAL%20%28PLC%29.pdf
Carroll, J.M, Choo, C. W., Dunlap, D.R., Isenhour, P.L.; et al. (2003). Knowledge
management support for teacher. Educational Technology, Researach and
Development, 51, 4, 42-64.
DuFour, R., Eaker, R., & Many. (2006). Learning by doing: A handbook for professional
learning communities at work. New York: Teacher College Press.
Mohd Faiz Mohd Yaakob, Muhamad Rozaimi Ramle & Jamal Nordin Yunus. (2016). Konsep
kolaborasi dalam komuniti pembelajaran profesional: Satu tinjauan dari perspektif
Islam. Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 10 (1-9), 2-3.
Reichstetter R. (2006). Defining a professional learning community: A literature review.
Didapatkan Mac 1, 2018, daripada E&R Research Alert:
http://www.wcpss.net/evaluation-research/reports/2006/0605plc_lit_review.pdf.

You might also like