Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SOSIAL

PENGENALAN
Setelah negara dikejutkan dengan masalah Bohsia, Black Metal dan sex bebas di kalangan
remaja Malaysia, kebelakangan ini media-media tempatan telah beralih tumpuan kepada masalah
dan tindakan ganas remaja bermotorsikal di jalan-jalan dan lebuh raya di Malaysia. Aksi-aksi
ganas, pecut memecut, bersaing sesama sendiri bukan sahaja menganggu pengguna jalan raya
yang lain, malah tindakan-tindakan ganas terhadap orang awam dan penguatkuasa undang-
undang telah meningkatkan tahap kerungsingan ibu bapa, ahli-ahli masyarakat, pihak sekolah,
dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).
PERNYATAAN MASALAH
Pendedahan media tempatan menyelongkar banyak fenomena sosial yang bukan sahaja tidak
terungkai dan kerap berlaku malah dilihat semakin menjadi-jadi dan menimbulkan keresahan
masyarakat. Fenomena melibatkan kenakalan perlakuan remaja seperti terlibat dalam lumba
haram motosikal atau kegiatan merempit, mencuri, merompak, merogol, berzina, membunuh,
memeras ugut, seks bebas, lepak, bohsia, ‘black metal’, ‘skin head’, penglibatan dalam perlakuan
jenayah harta benda dan jenayah kekerasan, penyalahgunaan dan penagihan dadah, vandalisme,
dan lain-lain telah melanda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah seluruh dunia. Keadaan
menjadi lebih serius apabila permasalahan sosial ini bukan sahaja semakin meningkat begitu
pesat bahkan melibatkan remaja pada usia muda.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini ialah untuk memperjelaskan sejauh manakah pengaruh persekitaran
psikososial dan institusi terpilih mempengaruhi kegiatan gang Rempit dengan penyalahgunaan
dadah di Malaysia. Pengaruh psikososial yang diteliti ialah aspek harga diri, rakan sebaya,
masyarakat, institusi pendidikan dan persepsi terhadap penguatkusaan undang-undang dan
penyalahgunaan dadah di kalangan gang rempit
HIPOTESIS KAJIAN
 Terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara aspek harga diri mat rempit dengan
pengambilan dadah
 Terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara pengaruh keluarga mat rempit
dengan pengambilan dadah
 Terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara pengaruh rakan sebaya mat rempit
dengan pengambilan dadah
 Terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara pengaruh institusi persekolahan
dengan pengambilan dadah
 Terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara pengaruh masyarakat dengan
pengambilan dadah.

ASPIRE 1

You might also like