Pentaksiran Autentik BM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Setiap mata pelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu memerlukan

pentaksiran untuk mengukur pencapaian murid. Hal ini adalah penting untuk melihat

proses pencapaian murid sepanjang tempoh sesi pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan. (Ghafar, 2011) telah mendefinisikan pentaksiran ialah satu proses yang

sistematik dan melibatkan proses untuk mengumpulkan. Menganalisis dan menterjemah

tahap pencapaian murid terhadap sesuatu objektif pengajaran. Perkara ini berlaku

sewaktu guru mengumpul data dan maklumat murid untu proses mengukur penilaian

murid. Proses ini berperanan untuk membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir

melakukan keputusan secara menyeluruh tentang keseluruhan pencapaian sesuatu

perkara yang telah dilakukan untuk menambah baik proses pengajaran dan

pembelajaran terutamanya pada masa akan datang.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2016), definisi pentaksiran ialah

proses guru untuk mendapatkan maklumat dan melakukan penghakiman tentang hasil

produk sesuatu terutamanya dalam sistem pendidikan. Manakala proses pula ialah

langkah, tindakan atau operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang

dikehendaki. Maklumat pula ialah bukti atau pun data yang dikumpulkan dan

direkodkan tentang prestasi calon dalam sesuatu konstruk yang ditaksir. Manakala

penghakiman merujuk proses pertimbangan tentang pencapaian akademik calon.

Seterusnya produk bermaksud pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh pelajar

setelah melalui proses pembelajaran. Kesimpulannya, pentaksiran ialah proses yang

merangkumi pengukuran, pengujian dan penilaian yang perlu mengumpulkan bukti

untuk melihat perkembangan prestasi murid. Bukti atau data yang telah dikumpulkan

1
dan diperoleh adalah penting untuk melakukan penghakiman terhadap pencapaian

murid.

1.2 DEFINISI PENTAKSIRAN AUTENTIK

Pentaksiran autentik ialah suatu penilaian yang dilakukan terhadap murid yang

melaksanakan aktiviti dan tugasan yang merujuk kepada situasi kehidupan sebenar

murid. Pentaksiran autentik ini adalah berbentuk pentaksiran dalam dunia sebenar.

Menurut Grincham-Brown dan Pretti-Frontezak (2011) pentaksiran autentik bermaksud

satu pentaksiran yang dilakukan terhadap kanak-kanak secara alami atau naturalis dan

berbentuk realiti. Pentaksiran ini berlaku dalam suasana yang sebenar seperti di tadika,

di rumah, dan bersama-sama orang yang dikenali. Selain itu, melalui pentaksiran

berbentuk autentik murid berupaya untuk mengaplikasikan pelbagai kemahiran dan

pengetahuan yang bermakna dalam diri murid sewaktu melaksanakan aktiviti yang telah

diberikan oleh guru.

Pentaksiran autentik secara generalisasinya merupakan satu kaedah untuk

menilai dan pentaksiran ini merupakan satu kaedah alternatif lain yang menggantikan

pentaksiran secara tradisional seperti ujian yang menggunakan peralatan seperti pensel

dan kertas. Pentaksiran autentik memerlukan murid untuk mempamerkan kemahiran dan

pengetahuan yang tidak semuanya dapat dinilai dengan menggunakan ujian seperti

pentaksiran sumatif yang hanya mengutamakan kepada ujian, kuiz dan penggunaan

pensel dan kertas. Saptu & Said (2011) telah menyatakan bahawa pentaksiran autentik

bermaksud satu alternatif yang lain ke arah kepelbagaian ujian pencapaian yang lebih

standard dan seimbang. Pentaksiran secara autentik ini adalah untuk untuk
2
mendedahkan kemahiran pemikiran kritikal dan kritis murid di samping mentaksir murid

dengan menyelesaikan tugasan terbuka dan pelbagai serta mengambil tempoh yang lama

untuk melengkapkan tugasan yang diberikan oleh guru tersebut (Companies, 2011).

           Pentaksiran autentik juga boleh dikatakan sebagai pentaksiran secara formatif

kerana pentaksiran ini lebih bersifat secara berkala dan dilakukan di dalam bilik darjah

atau pun di luar bilik darjah. Menurut Faridah Yunus (2013), pentaksiran autentik boleh

dianggap sebagai suatu pendekatan dan bukannya satu kaedah khusus kerana pelbagai

instrumen dan kaedah boleh diaplikasikan oleh murid yang terlibat dalam proses

pentaksiran autentik. Pentaksiran autentik ini sebenarnya menyediakan satu ruang dan

peluang untuk murid mengekspresikan diri mereka melalui tugasan yang telah diberikan

oleh guru. Murid juga boleh bertindak secara kreatif dan tidak terikat kepada mana-mana

format pentaksiran seperti ujian dan peperiksaan yang hanya menggunakan pen, pensel

dan kertas. Hal ini demikian kerana, pentaksiran autentik memerlukan murid untuk

mencipta dan memikirkan penyelesaian terhadap sesuatu tugasan seperti projek,

pembentangan, esei dan lukisan, persembahan, pameran, portfolio dan juga penilaian

prestasi. Pentaksiran autentik berbeza dengan pentaksiran secara tradisional kerana

pentaksiran autentik lebih mengharapkan kepelbagaian kemahiran yang akan

diaplikasikan oleh murid sewaktu pentaksiran dijalankan. Namun, (Faridah Yunus,

2013) menyatakan bahawa pentaksiran autentik ini memerlukan pendidik sebagai

pemudah cara untuk merealisasikannya supaya murid dapat melaksanakannya.

3
Melalui pentaksiran autentik, murid akan berupaya untuk menggunakan kemahiran

berfikir aras tinggi mereka (KBAT). Hal ini demikian kerana, murid akan menggunakan

pengalaman mereka dan berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan sesuatu

permasalahan. Menurut Grace (1992), pentaksiran autentik merupakan perkara yang

membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri.

Pentaksiran autentik ini memerlukan murid untuk menekankan kepada pengalaman sedia

ada mereka terhadap dunia sebenar dalam kehidupan. Oleh itu, hal ini menunjukkan

bahawa pentaksiran autentik bukan sahaja melibatkan tahap pemikiran di peringkat

pengetahuan dan pemahaman, malah melibatkan tahap pemikiran yang lebih tinggi dan

mencapai kepada peringkat mengaplikasi, menganalisis, sintesis dan menilai serta

mereka cipta. Selain itu, pentaksiran autentik ini merupakan pentaksiran pembelajaran

secara berterusan dan menyeluruh. Oleh itu, murid akan dinilai secara berterusan dan

tidak hanya pada satu-satu masa sahaja. Perkara ini adalah lebih baik daripada penilaian

secara menyeluruh pada satu-satu masa seperti pentaksiran sumatif yang memerlukan

murid belajar bersungguh-sungguh dalam satu-satu masa. Melalui pentaksiran ini juga,

guru akan dapat melihat perkembangan dan mentaksir kemajuan murid dengan lebih

menyeluruh dan adil.

1.3 TEORI KONSTRUKTIVISME DENGAN TEORI BEHAVIORISME


TERHADAP PENTAKSIRAN AUTENTIK
Terdapat perkaitan antara teori konstruktivisme dan teori behaviorisme dengan

pentaksiran secara autentik. Hal ini demikian kerana, kedua-dua teori ini berkait rapat

dengan cara perolehan dan pengaplikasian ilmu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Teori konstruktivisme merupakan satu teori yang berkaitan dengan proses

4
pembelajaran murid melalui pengalaman mereka. Terdapat pelbagai cara untuk murid

mendapatkan ilmu sama ada secara formal atau tidak formal. Proses penerimaan ilmu

secara formal sebagai contoh ialah pembelajaran di dalam bilik darjah di kelas, melalui

kelas tambahan, tuisyen dan sebagainya. Manakala, proses mendapatkan ilmu secara

tidak formal adalah seperti didikan yang diterima oleh ibu bapa dan ahli keluarga, proses

yang dilihat oleh murid secara tidak langsung.

Murid akan membina pengetahuan atau konsep secara aktif secara sendiri

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang telah mereka perolehi tersebut.

Pengalaman sedia ada murid yang boleh dilihat adalah melalui kehidupan murid ketika

bersama keluarga, kehidupan murid mengikut persekitaran rumah mereka, kehidupan

murid di peringkat sekolah dan termasuklah kehidupan murid dalam komuniti serta

masyarakat setempat. Pengetahuan yang diterima akan disesuaikan oleh murid dengan

pengalaman sedia ada untuk mmbentuk pengetahuan baharu dan mengaplikasikannya

dalam aktiviti seharian terutamanya dalam pentaksiran autentik yang akan diadakan oleh

guru. Oleh itu, secara umumnya, perkaitan pentaksiran autentik dengan teori

Konstruktivisme amat jelas terutamanya berdasarkan definisi. Secara definisi,

pentaksiran autentik melibatkan penilaian pencapaian sebenar (realistik) dan bermakna

manakala teori konstruktivisme meliputi pengalaman sedia ada murid yang diperoleh

secara realisitik dalam kehidupan murid itu sendiri.

5
Format dan pentaksiran bagi pentaksiran autentik juga adalah lebih bersifat holistik

(menyeluruh) dan menggunakan rubrik serta skema yang telah dirancang oleh guru

bersesuaian dengan kemahiran dan objektif yang ingin diuji oleh guru. Sebagai contoh

guru akan menilai murid melalui penilaian projek, penilaian portfolio, penulisan esei dan

pembentangan pelaporan. Secara tidak langsung, pelbagai aspek kemahiran dapat dinilai

oleh guru dalam satu-satu masa. Hal ini menjadikan bahawa pentaksiran autentik ini

bersesuaian dengan teori Konstruktivisme yang dilakukan secara berterusan, secara

holistik dan autentik. Sebagai contoh aktiviti yang dilaksanakan adalah berkaitan dengan

penemuan, koperatif, penyelesaian masalah, koperatif, dan eksperimen.

Teori pembelajaran behaviorisme pula lebih bersifat kepada rangsangan dan

tindakan atau perlakuan. Teori ini juga menyatakan bahawa pembelajaran merupakan

satu proses pelaziman hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas yang dapat

dibentuk untuk menampakkan perubahan sikap dan perbuatan (tingkah laku) yang kekal.

Tokoh-tokoh mazhab behaviorisme ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner. Tokoh-tokoh

ini berpendapat bahawa proses pembelajaran ialah proses tingkah laku yang boleh

diperhatikan oleh guru, seterusnya dikawal dan murid tersebut dapat diramal. Menurut

perspektif behaviourisme, pembelajaran hanya akan bermula jika terbentuknya tindak

balas terhadap rangsangan yang diberikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik.

Hal ini demikian kerana, terdaapatnya motivasi ekstrinsik yang berlaku dalam diri

murid. Pembelajaran pula akan berakhir jika terdapatnya perubahan tingkah laku yang

dapat dibentuk atau beubah dan dikekalkan. Hal ini bermaksud murid dapat memenuhi

6
onjektif pengajaran yang dijalankan. Antara matlamat teori pemikiran ini adalah untuk

menentukan hukum-hukum atau prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran sepajang

proses murid menerima sesuatu pengajaran.

Dalam memastikan keberkesanan sesuatu pentaksiran dapat dijalankan, guru

perlulah memberikan respons dan maklum balas yang sesuai kepada murid. Guru boleh

memberikan maklum balas sama ada dalam bentuk pujian, teguran, nasihat dan

peneguhan yang positif. Guru juga perlu memberitahu sebab hasil kerja murid ditaksir

dengan sedemikian rupa supaya murid dapat menilai hasil kerja yang dilakukan oleh

mereka secara sendiri. Murid juga perlu diberitahu langkah seterusnya untuk membaiki

prestasi dan hasil kerja yang dihasilkan oleh mereka. Oleh itu, terdapatnya perubahan

yang akan terkesan dalam diri murid. Maklum balas yang berkesan ialah apabila guru

memberi maklum balas yang tepat tentang kekuatan, kesilapan, perkara yang perlu

diperbaik, cara untuk memperbaik supaya murid tersebut dapat mengubah sesuatu

perkara itu menjadi lebih baik dan berjaya daripada yang sebelumnya. Maklum balas

yang diberikan oleh guru atau pengajar perlulah dalam bentuk maklumat yang memberi

makna dan menyeluruh (bukan dalam bentuk gred semata-mata) untuk membantu

membantu murid dalam memahami perkembangan prestasi pembelajaran murid. Hal ini

akan memberikan murid lebih motivasi dan meningkatkan prestasi mereka. Murid juga

akan berasa lebih gembira dan tidak tertekan sepanjang melaksanakan tugasan yang

diberikan oleh guru.

7
1.0 KEPENTINGAN PENTAKSIRAN AUTENTIK

2.1 KEBAIKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK KEPADA PELAJAR

Pentaksiran secara autentik ini merupakan proses pengumpulan data perkembangan

murid daripada awal sehingga akhir. Pentaksiran ini juga boleh dijadikan sebagai

penilaian terhadap aktiviti atau pengalaman yang disediakan sama ada memberi kesan

atau pun tidak kepada murid. Kesan yang boleh dilihat sama ada dari segi kognitif,

sosial, emosi dan juga psikomotor murid.

Pentaksiran autentik memberi pelbagai kebaikan kepada murid. Hal ini demikian

kerana, pentaksiran autentik dapat memberikan peluang kepada murid untuk

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada sedia ada melalui cara yang

berkaitan dengan kehidupan mereka. Murid tidak hanya terikat dengan pengetahuan dan

kemahiran yang dipelajari di sekolah, namun boleh mengaplikasikan pengetahuan dan

kemahiran sedia ada yang telah dipelajari di rumah dan di dalam kehidupan mereka

untuk diaplikasikan dalam tugasan yang disediakan oleh guru.

Melalui pentaksiran autentik juga murid akan lebih dapat memahami kehendak

hasil pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Hal ini demikian kerana,

pentaksiran autentik yang bersifat sebenar ini mempunyai prinsip hands-ond iaitu

bersifat realistik. Melalui pentaksiran autentik ini, murid akan lebih memahami objektif

pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru berbanding hanya dengan lisan dan

semata-mata teori sahaja. Pentaksiran autentik ini juga akan lebih bersifat telus dan

8
konsisten dan murid dapat menentukan objektif yang ingin disampaikan dan perlu

dicapai oleh murid. Secara tidak langsung, murid dapat memperbaik kelemahan diri

mereka dan mencari kekuatan diri mereka dalam melaksanakan tugasan yang telah

diselesaikan.

Pentaksiran autentik ini juga meliputi pentaksiran daripada pelbagai aspek .

Antara aspek tersebut ialah pengetahuan, sosial, sikap dan simulasi terhadap dunia

sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran ini menggabungjalinkan pelbagai kemahiran

yang diperlukan oleh murid yang tidak terdapat dalam pentaksiran secara tradisional.

Melalui pentaksiran autentik ini, murid yang menyeluruh dan holistik akan dapat

dibentuk dan mencipta generasi yang mempunyai kemahiran yang pelbagai selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan murid yang holistik dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pentaksiran autentik ini juga dapat memberikan

peluang kepada murid untuk melakukan penambahbaikan dan meningkatkan pencapaian

mereka melalui pemikiran yang kreatif dan kritis dari masa ke masa. Namun, dalam

masa yang sama murid mampu memperoleh kejayaaan pada masa hadapan selain dapat

membantu untuk merangsang murid-murid dalam menggunakan pelbagai kombinasi

pengetahuan, kemampuan, dan kemahiran sebenar yang ada dalam dunia dan diri murid.

2.2 KEBAIKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK KEPADA GURU

Pentaksiran secara autentik mampu memberikan kebaikan kepada guru yang

melaksanakannya. Hal ini demikian kerana, menurut Pert (1990) bentuk pentaksiran

9
autentik merupakan suatu bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang

ditunjukkan oleh murid  di dalam bilik darjah setiap hari. Hal ini akan memudahkan

guru untuk melaksanakan pentaksiran, kerana pentaksiran secara autentik ini mampu

dijalankan secara menyeluruh dan berkala. Oleh hal yang demikian, pentaksiran autentik

akan dapat memberikan manfaat yang menyeluruh kepada guru dalam khususnya dalam

bentuk maklum balas secara langsung seperti pentaksiran autentik di dalam bilik darjah

bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan kepada murid.

Contohnya guru boleh melakukan intervensi sekiranya seseorang murid tidak dapat

menguasai sesuatu pengajaran dan pembelajaran sebagai cara untuk megatasi masalah

tersebut melalui memperbaik penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan

perkembangan. Maklum balas yang diterima daripada murid boleh membantu seseorang

guru untuk menjelaskan kembali perkara yang tidak difahami oleh murid dan seterusnya

boleh menambah baik prestasi murid itu sendiri.

Kebaikan pentaksiran autentik ini juga ialah guru dapat melihat perkembangan

pencapaian murid melalui hasil kerja yang telah dilaksanakan oleh murid. Melalui

pelbagai kemahiran dan teknik yang dilaksanakan dalam pentaksiran autentik contohnya

melalui pemerhatian, portfolio atau rekod merupakan subset kepada alternatif proses

pentaksiran yang menggunakan medium yang lebih luas untuk melihat perkembangan

murid dengan lebih menyeluruh. Pentaksiran autentik ini bukannya suatu pentaksiran

yang hanya semata-mata melibatkan ujian, namun proses pentaksiran ini bersifat

menyeluruh dan bersepadu. Sebagai contoh, guru dapat menyimpan hasil kerja murid

melalui portfolio yang dibina sebagai bukti peningkatan prestasi dan pencapaian murid

10
terhadap sesuatu pembelajaran dan pengajaran. Hasil pengumpulan data ini juga boleh

dijadikan sebagai suatu intervensi apabila guru menerima murid yang mempunyai kes

yang sama. Jadi, pengumpulan data murid akan lebih bercorak sistematik dan berjadual.

Melalui pentaksiran autentik yang berdasarkan kaedah pemerhatian juga, guru dapat

mentaksir murid secara individu dengan mudah berdasarkan pemerhatian yang berkala

dan berterusan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang diadakan. Penilaian

terhadap keupayaan murid dalam mengaplikasikan pelbagai kemahiran dan penciptaan

perkara yang inovasi dan kreatif juga dapat dilakukan oleh guru. Contohnya murid

berupaya untuk menganalisis hujah, mereka cipta sesuatu produk yang baharu dan

inovasi, memberikan hujah dan melaksanakan sesuatu pembentangan atau

persembahan. Setiap penghujahan, perbincangan dan pelaporan akan diambil kira oleh

guru untuk mentaksir murid tersebut.

2.0 PENILAIAN AUTENTIK

2.1 KRITERIA PENILAIAN AUTENTIK

Terdapat beberapa kriteria penting dalam penilaian autentik sewaktu

melaksanakan pentaksiran. Kriteria ini adalah penting untuk mewujudkan

gambaran yang lebih baik dan berkesan terhadap pengajaran dan pembelajaran

yang diberikan dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Antaranya ialah:

1.    Tugasan perlulah relevan dengan dunia sebenar.

11
Guru perlulah menyediakan aktiviti yangbersesuaian dalam menyelesaikan

tugasan.gsan yang diberikan perlulah seperti dalam profesion yang sebenar dan

lebih tepat berbanding aktiviti kelas biasa yang dilakukan di dalam bilik darjah.

2.    Tugasan autentik adalah bersifat terbuka (ill- defined)

Guru perlu memastikan supaya penyelesaian masalah yang diberikan dalam

tugasan bersifat terbuka kepada pelbagai kaedah penyelesaian. Hal ini

menjadikan penilaian autentik adalah lebih baik daripada diselesaikan dengan

penggunaan satu kaedah dan penyelesaian yang sedia ada. Justeru murid dapat

berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah dan dapat melaksanakan

tugasan dengan pelbagai cara tanpa sebarang ikatan terhdap mana-mana

penyelesaian. Dengan ini, murid akan menjadi lebih kreatif dan kritis.

3.     Tugasan yang kompleks untuk dikaji dan panjang tempohnya.

Guru perlulah menyediakan tugasan yang adalah lebih baik jika dapat

diselesaikan dalam beberapa hari, minggu dan bulan. Hal ini demikian kerana,

kajian yang lama akan mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan

sumber yang benar dan asli dalam melaksanakan kajian. Oleh itu, kajian yang

dilaksanakan akan lebih baik berbanding dengan kajian yang memakan masa

hanya selama beberapa minit atau jam yang singkat yang tidak dapat membuka

dengan luas ruang murid untuk berfikir dan berkarya.

12
4.    Memberi peluang kepada murid untuk mengenal pasti, mengkaji, dan

menggunakan pelbagai sumber dalam pelbagai perspektif.

Tugasan autentik yang disediakan oleh guru perlulah menyediakan peluang

kepada murid untuk mengenal pasti dari segi teoritikal dan praktikal cara untuk

menyelesaikan masalah daripada pelbagai perspektif yang berbza. Hal ini adalah

lebih baik daripada hanya merujuk kepada satu perspektif yang menjadikan

murid perlu meniru untuk berjaya. Guru juga boleh menggalakkan murid untuk

menggunakan sumber yang pelbagai untuk dijadikan rujukan bagi membolehkan

murid mengenal pasti maklumat yang berkaitan sahaja daripada pelbagai

informasi yang dikumpulkan.

5.    Memberikan peluang kepada murid untuk berkolaborasi.

Guru perlulah melibatkan kepelbagaian kecerdasan murid untuk menjadikan

mereka dapat berkolaborasi dengan jayanya dalam melaksanakan tugasan

autentik yang telah diberikan. Hal ini dapat memupuk kerjasama dan semangat

saling membantu antara murid dan dapat melibatkan murid secara aktif dalam

pelaksanaan tugasan yang telah diberikan. Perkara ini adalah lebih baik

berbanding murid melakukan tugasan secara individu.

6.     Memberi peluang untuk refleksi

Guru juga perlulah menyediakan aktiviti yang memerlukan murid sama ada

secara individu ataupun sosial untuk refleksi dan pilihan semula pembelajaran
13
yang telah diterima oleh mereka Hal ini demikian kerana, melalui refleksi murid

dapat melihat kembali kelemahan dan kekuatan mereka sepanjang proses

penyelesaian tugasan dijalankan.

7.   Merentas displin subjek

Tugasan yang disediakan oleh guru pelulah merentasi kepelbagaian disiplin ilmu

untuk membolehkan murid mengembangkan idea mereka dalam melaksanakan

tugasan yang diberikan oleh guru. Hal ini demikian kerana, mata pelajaran

Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran yang merentasi pelbagai

disiplin ilmu dan menggabungjalinkan disiplin ilmu yang lain dalam

pembelajaran bahasa khususnya.

8.    Tugasan autentik adalah integrasi menyeluruh bersama dengan penilaian

Tugasan autentik merupakan suatu tugasan yang menilai murid dalam

pelaksanaan tugasan sebenar dan maujud. Berbanding penilaian secara bertulis

yang menggunakan pen dan pensel sahaja yang dilakukan setiap kali menghadapi

peperiksaan. Namun, penilaian aktiviti autentik adalah integrasi secara

menyeluruh dengan tugasan yang lebih besar yang berkaitan dengan dunia

sebenar atau realistik. Hal ini adalah lebih iaitu lebih baik berbanding

melaksanakan penilaian andaian atau anggapan yang menggantikan aktiviti

sebenar yang berlaku.

14
9. Bersifat dua hala

Tugasan yang diberikan oleh guru adalah bersifat interaksi dua hala. hal ini

bermaksud bahawa guru dan murid perlu mengambil tanggungjawab bersama dan

banyak perspektif diambil kira dalam penilaian terhadap tugasan yang dijalankan.

2.2 CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK MENURUT PANDANGAN


WIGGINS, G (1994)

1.    Berstruktur dan logistik

Tugasan autentik ini adalah lebih sesuai dilakukan kepada orang awam kerana

melibatkan pendengar, barisan panel dan sebagainya. Selain itu, kekangan masa

tidak boleh mempengaruhi pentaksiran autentik. Hal ini demikian kerana,

pentaksiran autentik adalah bersifat realistik. Murid boleh menyelesaikan tugasan

dalam tempoh masa yang fleksibel dan anjal. Tugasan autentik juga perlu

dikemukakan oleh guru dan bukan berbentuk rahsia supaya murid dapat mengenal

pasti tugasan yang akan dijalankan dan penilaian yang akan dilakukan.

Kebiasaanya, tugasan dan penilaian autentik adalah lebih berbentuk portfolio dan

memerlukan kolaborasi dengan orang lain supaya dapat memaksimumkan

penglibatan murid. Tugasan autentik ini juga boleh dilaksanakan berulang-ulang

kali dan sesuai digunakan untuk latihan atau latih tubi yang dilakukan oleh murid.

15
2.    Berbentuk intelektual

Pentaksiran autentik adalah bukan dilaksanakan semata-mata untuk mendapatkan

gred tetapi untuk membentuk kemahiran murid dalam pelbagai aspek. Tugasan

autentik ini juga bersifat memudahkan kerana dapat membimbing dan membentuk

murid ke arah pengetahuan yang lebih baik. Hal ini demikian kerana, pentaksiran

autentik ini bersifat kontekstual dan menguji minda murid. Murid akan

menggunakan kemahiran dan pengetahuan sedia ada mereka dan cuba untuk

menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh guru. Pentaksiran autentik juga

adalah lebih melibatkan kajian dan penggunaan pengetahuan murid yang lebih

mementingkan kepada kandungan dalam tugaan tersebut. Dalam pentaksiran ini

juga, murid akan dinilai daripada semua aspek dan hanya tidak menguji kepada

satu-satu kemahiran asas dan lebih mencabar minda murid.

3.    Standard penskoran pentaksiran autentik

Pentaksiran autentik melibatkan kriteria yang menilai kepentingan yang

diperlukan dalam diri murid. Ujian rujukan kriteria digunakan dalam

menunjukkan standard prestasi seseorang murid melalui pentaksiran autentik. Hal

ini membolehkan penilaian kendiri sebagai sebahagian daripada penilaian yang

akan dilakukan oleh guru selain menggunakan sistem gred dalam menilai

seseorang murid.

16
4.    Keadilan

Pentaksiran autentik sebenarnya mampu untuk mengenal pasti bakat dan kekuatan

murid yang terpendam. Hal ini demikian kerana, jika pentaksiran hanya dijalankan

dalam bentuk ujian yang menggunakan pen, pensel dan kertas, kreativiti murid

akan tertutup dan hanya berfokuskan ke arah penyelesaian masalah di dalam ujian

sahaja. Melalui pentaksiran autentik ini, murid akan dapat mencapai

keseimbangan yang berterusan antara pencapaian dan kemahiran di dalam bilik

darjah mahupun di luar bilik darjah. Hal ini demikian kerana, pentaksiran autentik

boleh dilaksanakan secara berterusan. Selain itu, murid juga boleh menggunakan

gaya pembelajaran dan minat tersendiri dalam menyelesaikan tugasan yang

disediakan oleh guru.

4.0 CONTOH PENILAIAN BAHASA MELAYU BERDASARKAN


PENTAKSIRAN AUTENTIK

1. Pentaksiran prestasi

Melalui proses pentaksiran ini, murid dikehendaki untuk merumuskan seuatu

proses, konsep dan tindak balas dalam penguasaan sesuatu kemahiran dan

kefahaman untuk mereka cipta sesuatu produk yang baharu. Umumnya,

pentaksiran prestasi autentik distrukturkan berdasarkan sesuatu masalah atau

situasi sebenar. Guru perlu menyediakan tugasan yang dapat menilai perkara

yang boleh dilakukan oleh murid berdasarkan pengetahuan yang telah dipelajari

dalam keadaan dunia sebenar. Pentaksiran prestasi ini juga dilaksanakan sebagai

17
sebahagian daripada proses PdPc. Pentaksiran prestasi autentik ini memerlukan

murid untuk melakukan inovasi atau mereka cipta sesuatu perkara dan guru perlu

mengukur murid berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari.

Pentaksiran jenis ini antaranya ialah buku skrap. Dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu murid boleh melaksanakan aktiviti buku skrap sebagai salah satu

tugasan yang perlu diselesaikan oleh murid. Sebagai contoh dalam Komponen

Sastera (KOMSAS), murid boleh membuat aktiviti buku skrap sebagai salah satu

cara untuk mempelajari pantun, puisi, cerpen dan drama. Murid boleh menghias

buku skrap mereka malah, membentuk model untuk dilengkapkan bersama buku

skrap tersebut.

Guru juga boleh memberikan tugasan kepada murid untuk

mempersembahkan salah satu karya yang terdapat dalam Komponen Sastera

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Aktiviti persembahan ini bukan sahaja

aktivti yang berbentuk teori, malah disusuli dengan aktiviti yang berbentuk amali

yang melibatkan domain afektif, psikomotor dan juga kognitif. Murid akan

berbincang cara untuk mempersembahkan tugasan yangdiminta oleh guru. Selain

itu, murid juga akan dapat berkolaborasi selain dapat bekerjasama dan saling

membantu dalam pasukan masing-masing. Guru juga boleh melaksanakan

pentaksiran yang menyeluruh kepada prestasi sesebuah kumpulan dan juga

individu secara tidak langsung.

18
Pentaksiran prestasi autentik juga boleh dilaksanakan dengan

menghasilkan produk inovasi. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, terdapat

tajuk-tajuk dan topik yang memerlukan murid untuk melaksanakan inovasi.

Perkara ini sudah berbentuk gabungjalain dan merentasi kurikulum bahasa

Melayu itu sendiri. Sebagai contoh, murid perlu menghasilkan produk daripada

barangan buangan dan terpakai. Secara tidak langsung, pentaksiran prestasi ini

telah membuka ruang pemikiran kreatif murid untuk berfikir dalam

menghasilkan produk inovasi yang diminta.

2. Pemerhatian guru 

Pentaksiran autentik berbentuk pemerhatian guru ini memerlukan guru untuk

memerhatikan murid-murid yang terlibat dalam pelbagai tugas atau aktiviti yang

telah ditugaskan. Sebagai contoh guru akan menilai murid dengan menggunakan

skala kedudukan dan senarai semak untuk merekodkan prestasi murid dalam

mencapai satu penanda aras yang tertentu. Sebagai contoh dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu, guru akan melihat penglibatan secara aktif murid-murid sewaktu

dalam bilik darjah. Pentaksiran ini adalah bersifat berpanjangan dan guru akan

menilai berdasarkan pemerhatian mereka terhadap murid. Sebagai contoh, murid

yang bergerak aktif di dalam kelas dan sering mencuba untuk menjawab soalan

akan diberikan markah yang lebih baik berbanding murid yang pasif dan tidak

aktif sewaktu di dalam kelas.

3. Persidangan

19
Pentaksiran autentik bentuk ini memerlukan guru menilai murid berdasarkan

penglibatan mereka dalam persidangan yang dianjurkan. Sebagai contoh dalam

aktiviti bahasa Melayu dalam kemahiran menulis karangan, guru boleh

menganjurkan persidangan Pertandingan Bahas Ala Parlimen di dalam bilik

darjah mengikit topik yang diajarkan. Murid-murid akan turut serta dan akan

melontarkan idea mereka selaras dengan tajuk yang diberikan oleh guru. Guru

akan membuat penilaian dan akhirnya murid dapat dinilai berdasarkan aktiviti

yang dijalankan oleh murid.

Guru juga boleh menganjurkan persidangan yang lain seperti forum,

pidato dan aktiviti persidangan yang lain untuk guru membuat pentaksiran

autentik mereka. Melalui aktiviti persidangan ini, secara tidak langsung guru

dapat mencungkil bakat terpendam murid dan melihat kekuatan murid

terutamanya dari segi aspek komunikasi dan keyakinan diri. Murid-murid ini

boleh ditambah baik dan boleh dijadikan asset sekolah

4. Pentaksiran kendiri

Pentaksiran autentik secara kendiri ini memerlukan murid memikirkan dan

menilai tugasan mereka sendiri. Murid akan menilai tugasanyang dilakukan oleh

mereka sendiri dengan menggunakan kriteria pentaksiran yang dibangunkan oleh

guru atau murid sendiri. Pentaksiran ini dilakukan oleh murid sendiri untuk

mengetahui kemajuan pembelajaran mereka berdasarkan matlamat pembelajaran

atau standard yang telah ditetapkan oleh guru mereka.

20
Mata pelajaran bahasa Melayu contohnya, guru meminta murid untuk

menulis laporan bagi lawatan ke sesuatu tempat. Setelah murid selesai menulis

laporan tersebut, guru boleh memberikan rubrik dan meminta murid untuk

menilai pelaporan yang dilakukan oleh mereka sendiri. Sebagai contoh yang lain,

guru meminta murid untuk melaksanakan buku skrap tentang sebuah sajak dan

meminta murid tersebut untuk mentaksir buku skrap yang telah dihasilkan oleh

mereka. Oleh itu, murid akan mengetahui kelemahan dan kekurangan yang

terdapat dalam hasil tugasan yang dilaksanakan oleh mereka sendiri.

Guru juga boleh memberikan murid satu soal selidik tentang penguasaan

murid terhadap sub topik tertentu dalam bahasa Melayu seperti tatabahasa,

karangan, KOMSAS dan sebagainya serta meminta murid untuk mengisi borang

tersebut. Melalui borang tersebut, guru akan dpat mengetahui kekurangan murid

terutamanya dalam bahagian sub topik dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

Justeru, guru akan memberikan tekanan terhadap sub topik yang dirasakan sukar

untuk dicapai oleh murid seperti yang telah dijawab oleh murid.

5. Pentaksiran rakan sebaya

Pentaksiran autentik bentuk ini pula memerlukan murid untuk menilai hasil

tugasan yang telah dilakukan antara satu sama lain. Pentaksiran hasil tugasan ini

akan dipandukan dengan kriteria pentaksiran yang dibangunkan oleh guru atau

murid.. Murid akan menilai dan memberikan maklum balas terhadap hasil kerja

rakan mereka secara individu atau berkumpulan.

21
Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Bahasa Melayu murid dikehendaki

untuk menulis esei tentang punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya.

Setelah selesai menulis esei tersebut, murid akan menilai hasil penulisan esei

rakannya. Murid akan menentukan kriteria yang akan dinilai dalam kumpulan

dan menggunakan kriteria tersebut untuk membuat penilaian esei yang ditulis

oleh rakannya. Secara tidak langsung, murid tersebut tahu akan kekuatan dan

kelemahan penulisan esei yang telah dilakukan oleh murid tersebut.

Murid juga boleh menilai rakan mereka menerusi pembentangan hasil

tugasan yang telah ditugaskan oleh guru. Sebagai contoh guru meminta murid

untuk melakukan pembentangan tentang kata majmuk. Kumpulan tersebut perlu

membentangkan tentang kata majmuk dan murid yang lain perlu memberikan

komen dan menilai hasil pembentangan yang dilakukan oleh rakan mereka.

Seperti biasa, rubrik dan kriteria pentaksiran akan disediakan oleh guru atau pun

murid sendiri.

6. Pentaksiran kerja kursus / portfolio

Pentaksiran autentik berbentuk kerja kursus atau portfolio ini merupakan hasil

kerja murid yang direkodkan dan akhirnya menjadi koleksi bahan. Portfolia ini

menjangkaui tempoh masa, yang menggambarkan proses pembelajaran,

perkembangan, dan pencapaian murid dalam cara yang teratur dan sistematik.

Melalui mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh meminta murid untuk

menyediakan portfolio untuk setiap aktiviti yang telah dijalankan dan dihasilkan.
22
Sebagai contoh, produk yang dihasilkan oleh murid seperti koleksi puisi, esei dan

buku skrap yang dihasilkan oleh murid. Selain itu, guru dan murid juga boleh

menyimpan proses-proses PdPc yang telah dijalankan seperti seperti proses

menyiapkan kajian tindakan dan laporannya. Di samping itu, pentaksiran tentang

pencapaian murid terhadap objektif pembelajaran yang telah ditetapkan juga

boleh diletakkan di dalam portfolio. Hal ini adalah untuk melihat proses

perkembangan murid dari masa ke masa dan guru boleh mentaksir murid melalui

evidens yang telah disediakan oleh guru dan murid.

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, pentaksiran secara autentik merupakan salah satu pentaksiran yang

boleh digunakan oleh guru dalam mentaksir dan menilai pencapaian murid. Pentaksiran

secara autentik ini adalah lebih menyeluruh dan bersepadu kerana pelbagai kemahiran

murid dapat digabungjalinkan dalam pentaksiran ini. Oleh itu, guru perlulah bijak dalam

memastikan murid mampu untuk melaksanakan tugasan yang dijalankan supaya

pentaksiran secara autentik ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Penilaian autentik ini sebenarnya akan membebankan sedikit guru dengan sistem

portfolio dan pengumpulan data. Namun, daripada sistem perekodan ini, perkembangan

murid akan dapat dilihat dengan jelas oleh guru dan murid itu sendiri. Perkara ini boleh

dijadikan sebagai evidens untuk guru dan murid apabila ditanya oleh pihak pentadbir

tentang pencapaian seseorang murid. Melalui sistem yang bersistematik inilah, guru

23
mampu menganalisis dan menghasilkan pembelajaran yang berkesan untuk murid

sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.         

           Pentaksiran autentik ini sebenarnya merupakan salah satu pilihan dalam sistem

pentaksiran yang dapat memperkaya pengetahuan guru dan murid. Melalui pentaksiran

ini murid akan boleh menggabungjalinkan kemahiran yang ada serta berupaya

meningkatkan pembelajaran murid melalui produk yang dihasilkan di sekolah-sekolah.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran yang dijalankan seharusnya mengikut tahap atau

aras pemikiran kanak-kanak dan bukannya kepada hasil atau produk akhir untuk

memastikan kanak-kanak mengalami proses berfikir yang betul dengan menggalakkan

kanak-kanak dalam penyelesaian masalah. Pelaksanaan penaksiran autentik seharusnya

diiringi oleh penglibatan guru, ibu bapa dan murid-murid. Pendedahan mengenai

pentaksiran autentik ini sepatutnya boleh menjadi sebuah misi yang baik dalam

pendidikan seiring dengan dunia yang serba mencabar ini. Oleh itu, kerjasama dan

perhatian daripada pelbagai pihak diperlukan bagi memastikan pentaksiran autentik ini

dapat dijalankan dengan jayanya.

24

You might also like