Kegiatan Ekonomi Dalam Sektor Pertanian Dan Perlombongan Pada Era Kolonial Perak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

KEGIATAN EKONOMI DALAM SEKTOR PERLOMBONGAN DAN PERTANIAN

PADA ERA KOLONIAL PERAK

Pendahuluan

Kolonialisme ialah satu bentuk penjajahan bagi sesebuah negara untuk meluaskan
penguasaannya terhadap negara yang lain seperti mana penaklukan British di negeri Perak telah
menandakan bermulanya era baharu iaitu era kolonial dalam pembangunan kegiatan ekonomi
terutama dalam sektor pertanian dan perlombongan. Sejarah pertanian dan perlombongan di
Malaya telah bermula pada tahun 1780-an setelah kedatangan British ke Pulau Pinang.1 Namun
setelah pentadbiran British mula bertapak di Perak sejak 1874, aktiviti pertanian dan
perlombongan turut mula diperkembangkan ke negeri Perak khususnya di daerah Hilir Perak.
Perak merupakan sebuah bandar perlombongan namun pembangunan pertanian tetap tidak
diabaikan pihak kolonial British. Aktiviti pertanian yang berada di bawah pemantauan Jabatan
Pertanian (Agricultural Department) telah dijalankan dengan penuh teliti dan sistematik. 2 Hal ini
termasuk kerja penjagaan tanaman dan proses melindungi hasil tanaman daripada sebarang
kerosakan serta proses pengawalan kualiti pengeluaran tanaman. Perak merupakan negeri
terawal yang mengrizabkan tanah untuk tujuan tanaman komersial.3

Pada era kolonial, daerah Hilir Perak lebih dikenali dengan kegiatan pertanian
berbanding perlombongan.4 Setelah polisi pemilikan tanah diperkenalkan oleh pentadbiran
kolonial, banyak tanah telah dibangunkan menjadi komiditi yang penting dalam pertanian.
Selain itu, kegiatan ekonomi perlombongan turut dijalankan. Perak merupakan negeri pertama
dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) dan merupakan antara negeri yang progresif di
kalangan NMB. Akibat campur tangan British, Perak telah mengalami pembaharuan yang amat
ketara setiap bulan dalam sektor perlombongan.

Negeri perak yang terletak di Bahagian Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu sangat
kaya dan terkenal dengan hasil bumi bijih timah.  Pada awalnya, aktiviti perlombongan bijih
timah agak terjejas akibat masalah anarki di negeri-negeri Melayu seperti perebutan takhta
kerajaan, persengkataan pembesar-pembesar Melayu, pergaduhan kongsi gelap Ghee Hin dan
1
K.T. Joseph, 2008, Agricultural History of Peninsular Malaysia: Contribution From Indonesia, Journal of
Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society, vol 81(1). hlm. 7
2
Federated Malay State Perak Administration Report for the year 1925. hlm. 6.
3
Lim Teck Ghee, 1977, Peasant And their Agriculture Economy,Kuala Lumpur: Oxford UniversityPress., hlm. 113.
4
Frank Swettenham, 1893, About Perak. Singapore: The Straits Times Press, hlm. 4.1.
Hai San, serta masalah perlanunan hingga merugikan para saudagar di Negeri-negeri Selat.
Namun perubahan dasar Inggeris kepada campur tangan di negeri-negeri Melayu telah
mengatasi masalah-masalah ini dan sekali gus memulihkan semula perlombongan bijih timah.
Pemerintahan Inggeris yang memperkenalkan Sistem Residen telah memesatkan lagi kemajuan
perusahaan bijih timah.5 Perlombongan pada era kolonial Perak juga telah membawa kepada
pembukaan lebih banyak lombong baru dan seterusnya meningkatkan pengeluaran bijih timah.

Artikel ini akan memperinci kegiatan ekonomi negeri Perak di mana secara umumnya,
pihak kolonial sedikit sebanyak telah membawa perubahan khususnya dalam sektor pertanian
dan perlombongan. Sejarah memperlihatkan perubahan ini sebenarnya telah membawa
transformasi corak ekonomi di Perak semasa era kolonial. Malah, perkembangan kegiatan
ekonomi di Malaya sebelum perang dunia kedua telah berada pada tahap kemuncak. 6 Oleh itu,
kebanyakkan aktiviti ekonomi telah mula dibangunkan dan bertambah ketika awal tahun 1900-
an atau tempoh sebelum perang dunia kedua.

5
Sejarah Lombong Bijih Timah (Perak) http://zamrisarji.blogspot.com/2012/11/nota-kuliah-sejarah-lombong-bijih-
timah.html
6
Kassim Thukiman, 1994, Penglibatan Orang-orang Jepun Dalam Sektor Ekonomi Di Negeri Johor Pada Awal
Abad Ke-20, JEBAT: Malaysian Journal of History, Politics& Strategic Studies, Bil 20, hlm .65.
Kegiatan Perlombongan di Perak

Pengenalan ekonomi dan penjajahan kolonial British menjadi salah satu corak pendekatan
campur tangan British di Perak melibatkan rangkuman beberapa komiditi utama yang
diusahakan ketika itu. Secara amnya, umum sudah mengetahui yang Perak merupakan salah satu
kawasan yang subur dan kaya dengan sumber mineral. Perusahaan bijih timah merupakan antara
sumber hasil utama yang dijalankan pada ketika itu. Pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh
pihak British untuk mengaut kekayaan hasil bumi di Perak. Ironinya, kewujudan dan
pelaksanaan sistem ekonomi di Perak banyak merubah landskap politik dan sosioekonomi
masyarakat tempatan.

Sebelum kedatangan British, perusahaan lombong bijih timah ini telah dimonopoli oleh
saudagar-saudagar Cina. Kemasukan orang Cina ini digalakkan oleh Long Jaafar dari Negeri-
negeri Selat adalah sebagai buruh dan pelabur dalam perusahaan bijih timah. Mereka ini telah
menggunakan modal sendiri untuk membuka lombong seperti di Larut, Lembah Kinta, Lembah
Klang, dan Sungai Ujong. Justeru, kedatangan orang Cina dan penglibatan mereka dalam
perlombongan bijih timah telah memperkembangkan lagi perusahaan sehingga menjadi
pengeluar dan pengeksport bijih timah terbesar di dunia pada waktu itu.

Namun selepas British mula campur tangan, mereka telah memperkenalkan sistem
residen. Perniagaan bijih timah di negeri Perak semakin pesat apabila residen telah berpindah
membina kereta api dan jalan raya bagi memudahkan kerja-kerja mengangkut bijih timah ke
pelabuhan untuk dieksport. Kemajuan pengakutan tersebut telah membawa kepada pembukaan
lombong yang lebih banyak dan sekali gus meningkatkan pengeluarkan bijih timah di negeri
Perak. Dalam memastikan peningkatan pelabur asing British memastikan tidak berlaku lagi
pertikaian mengenai penggunaan tanah7 di kawasan perlombongan terutamanya bijih timah
seperti yang telah berlaku antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San sebelum wujudnya sistem
residen. Berdasarkan sistem residen ini pihak British mengeluarkan satu polisi di mana bahan-
bahan mentah seperti bijih timah akan digunakan sepenuhnya untuk memajukan ekonomi yang
bukan sahaja memberi manfaat lumayan kepada negeri itu sendiri malahan juga kepada pihak
British.

7
Azmah Abdul Manaf,2001. Sejarah Sosial Masyarakat , Kuala Lumpur, Utusan Publications, hlm.24
Selain itu, masalah kekurangan buruh pula diatasi oleh pihak British dengan menjalankan
dasar liberal terhadap penghijrahan buruh dari Negara China. Bagi melancarkan urusan
perlombongan, pentadbiran telah dikemas kini dengan memperkenalkan kerja ukur tanah
lombong bagi menentukan sempadan dengan tepat dan mengelakkan pergaduhan antara
pelombong. Usaha-usaha yang dijalankan pihak Inggeris ini terbukti telah menggalakkan
perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu dan meningkatkan produktiviti
perlombongannya. Kebanjiran orang luar seperti orang Cina untuk bekerja di lombong
bijih timah dalam melakukan kegiatan ekonomi perlombongan mempunyai hubungan
dengan ekonomi kapitalis. Tenaga buruh China dibawa masuk adalah disebabkan masyarakat
Melayu tidak berminat untuk bekerja sebagai buruh di lombong-lombong bijih timah.
Perkembangan industri ini secara besar-besaran berlaku selepas penemuan longgokan bijih timah
yang banyak di Larut, Perak pada tahun 1841 dan Kinta pada tahun 1880. Namun, negeri Perak
ini memang terkenal dengan hasil bijih timahnya sejak dari zaman wujudnya kerajaan dan
kesultanan Melayu. Buktinya, menurut Baretto de Resende, sejumlah lebih kurang 400 kati bijih
timah dihantar ke Melaka sebagai pembayaran ufti negeri Perak kepada kuasa penjajah Melaka
pada masa itu iaitu Portugis.8

Industri perlombongan bijih timah ini terus berkembang pesat di zaman pemerintahan
kolonial British kerana ramai pelabur Inggeris membuat pelaburan dalam bidang ini.
Penggunaan kapal korek yang pertama dalam industri perlombongan bijih timah telah dibuat
oleh Malayan Tin Dredging Company di Batu Gajah pada tahun 1912.9 Penggunaan kapal korek
pada masa ini telah meningkatkan pengeluaran bijih timah. Selain itu, bijih timah juga mendapat
permintaan yang tinggi dalam industri pengetinan makanan di England. Ia menggambarkan
bahawa perusahaan bijih timah yang diusahakan oleh pengusaha Eropah dan Cina dianggap
sangat penting dan memberikan sumbangan kepada ekonomi di Perak. Jsuteru, kerajaan British
telah mendirikan rel kereta api seperti Taiping-Port Weld (1885) yang didirikan untuk
menghubungkan kawasan perlombongan dan pelabuhan.10 Port Weld pada masa ini merupakan
sebuah pelabuhan yang sangat sibuk kerana segala import dan eksport di antara Taiping dengan
Pulau Pinang disalurkan melalui pelabuhan ini. Hulu Perak dan Kinta juga bergantung kepada
Port Weld walaupun Kinta juga menggunakan pelabuhan Teluk Anson.11

8
Mohd Zamberi A. Malek. 2001. Larut Daerah Terkaya. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm.25.
9
Malaysia Kita. 2003. Kuala Lumpur : International Law Book Service s. hlm.58.
10
Mohd Asyraf Ibrahim. 2004. Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57. Bangi.Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.hlm20.
11
Khoo Kay Kim.1981. Taiping Ibu Kota Perak. Kuala Lumpur : United Selangor Press Sdn. Bhd.hlm5.
Secara amnya, pengenalan ekonomi dan penjajahan kolonial British ini dirangsang oleh
faktor ekonomi sebagai faktor utama. Hal ini dapat dilihat apabila pengenalannya di negeri Perak
oleh British sebenarnya bagi memenuhi corak dan permintaan pasaran dunia ketika itu yang
memerlukan keluaran yang banyak terutamanya bekalan bahan mentah seperti bijih timah
ekoran Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke-17.Justeru, permintaan yang tinggi
terhadap bahan galian ini telah menuntut lebih banyak pengeluaran daripada pelombong
pengusaha sehingga menyumbangkan kepada kemajuan perkembangan perusahaan bijih timah.
Perkembangan pesat perusahaan bijih timah di Perak pada zaman kolonial terbukti melalui dasar
pemerintahan British yang merubah pelbagai aspek kegiatan ekonomi. Malangnya, perusahaan
ini menemui kejatuhan yang amat teruk ketika zaman kemelesetan ekonomi dunia 1929-1932
hingga menjadikan industri tidak lagi diminati oleh sebilangan pengusaha dan syarikat. Rentetan
kejatuhan ini, kerajaan British di telah menjalankan pelbagai langkah bagi memulihkan harga
bijih timah seperti mengurangkan pengeluaran, tidak meluluskan sebarang permohonan bagi
membuka lombong-lombong baru, dan terlibat dalam Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa.
Kegiatan Pertanian di Perak

Sebelum era kolonial, pertanian telah dilaksanakan di Perak. Hal ini bertujuan bagi memenuhi
keperluan penduduk terutamanya dalam kehidupan para petani. Antara kegiatan pertanian yang
terkenal di Perak ialah perladangan getah. Namun begitu, selepas Perang Dunia I telah berlaku
krisis kejatuhan harga getah dalam pasaran global dan telah membawa kepada perubahan corak
kegiatan ekonomi di Tanah Melayu termasuk Perak. Bermula tahun 1874, British telah
melaksanakan pemerintahan kolonial di Perak dan perkara ini menandakan bermulanya
pengembangan dalam sektor perladangan serta pertanian. 12 Sektor pertanian juga telah
dikategorikan sebagai pertanian komersial.

Konsep pertanian dan perladangan komersial yang dibangunkan oleh pegawai kolonial
British ini berbeza. Hal ini kerana sektor pertanian diusahakan oleh petani tempatan manakala
sektor perladangan komersial ini pula dilaksanakan berdasarkan pelaburan yang telah diberikan
oleh para pelabur dari negara Barat.13 Terdapat pelbagai cara yang telah dilaksanakan oleh pihak
British dalam menjayakan sektor perladangan komersial ini. Peladangan komersial pada era
kolonial ini tidak bersifat monocultivation yang mana menumpukan hanya satu tanaman seperti
pada era sebelumnya. Antara contoh tanaman komersial yang diusahakan di daerah Hilir Perak
ialah getah, kelapa sawit, koko, tebu dan kelapa. Selain itu, untuk sektor pertanian pula petani
tempatan mengusahakan sawah padi.

Pembangunan sektor perladangan yang bersifat komersial ini bermula apabila pihak
kolonial British mula menyedari bahawa kegiatan ini akan membawa keuntungan terhadap
pembangunan ekonomi di Perak pada waktu itu.14 Sektor perladangan komersial ini telah
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelabur dari luar negara seperti negara Barat
terutamanya yang ingin melabur dalam sektor perladangan ini.15

12
Khairi Ariffin, Ramli Saadon & Tuan Waheda Tuan Chik “Perladangan Komersial di Daerah Hilir Perak Pada
Era Kolonial British 1900-1957”, Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 46(1), July 2019,
hlm.58.
13
Lim Teck Ghee, 1976, Origin of A Colonial Economy, Land and Agriculture in Perak 1874-1897, Penang,
Universiti Sains Malaysia Press, hlm. 86.
14
Khairi Ariffin, Ramli Saadon & Tuan Waheda Tuan Chik “Perladangan Komersial di Daerah Hilir Perak Pada
Era Kolonial British 1900-1957”, Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 46(1), July 2019,
hlm.59.
15
Azrai Abdullah, Izdihar Baharin & Rizal Yaacop, 2012, The Transformation of Perak’s Political And Economic
Structure In The British Colonial Period In Malaya (1874-1957), JEBAT: Journal of History, Politics and Strategy.
Bil 39, No 2. hlm. 69.
Daerah Hilir Perak menjadi antara pusat pertanian yang maju berdekatan dengan daerah
Kerian. Namun demikian, polisi pemilikan tanah telah diperkenalkan oleh pihak kolonial British
bertepatan dengan pelaburan yang dilakukan oleh pelabur dari Barat dan ini juga membawa
kepada pembangunan yang menjadi komoditi penting di Perak. Seterusnya, pihak pentadbiran
British juga telah membangunkan sektor perladangan yang memberi keuntungan secara tidak
langsung terhadap sumber pendapatan penduduk di daerah Hilir Perak. Para pengusaha lading
juga menerima bantuan kewangan daripada pihak pentadbiran British sebagai modal untuk
mereka mengusahakan tanaman komersial mereka.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kita dapat menyaksikan perkembangan sektor perlombongan dan pertanian


komersial yang diusahakan di Perak pada era kolonial British. Selain itu, kewujudan sektor
pertanian komersial dan perlombongan ini juga telah membantu masyarakat setempat dalam
membangunkan ekonomi Perak di Tanah Melayu sekaligus membantu menyara ekonomi harian
masyarakat setempat. Di samping itu, pembukaan ladang komersial ini juga telah menjadi
penanda aras dalam kewujudan pelbagai sektor industri baru yang berkaitan dengan tanaman
komersial yang diusahakan. Perkara ini juga membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk
di Tanah Melayu yang terdiri daripada imigran Cina dan India yang memperoleh penempatan
baru dan mendapat pekerjaan dalam sektor yang dibangunkan di Tanah Melayu terutamanya
Perak.
Rujukan

1. Azmah Abdul Manaf. (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur,
Utusan Publications.

2. Federated Malay State Perak Administration Report for the year 1925. hlm. 6.

3. Kassim Thukiman.1994. Penglibatan Orang-orang Jepun Dalam Sektor Ekonomi Di


Negeri Johor Pada Awal Abad Ke-20, JEBAT:Malaysian Journal of History,
Politics&Strategic Studies. Bil 20. 57-73.

4. Khoo, Kay Kim.1999. Development Relevant to Malayan Agriculture in Post Rubber


Crisis Era1920-1921. Journal of Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. Vol
72(2): 17-47.

5. K.T. Joseph, 2008, Agricultural History of Peninsular Malaysia: Contribution From


Indonesia, Journal of Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society, vol 81(1). hlm. 7

6. Lim Teck Gee. 1977. Peasant And Their Agriculture Economy. Kuala Lumpur: Oxford
University Press

7. Mohd Zamberi A.Malek, 2001. Larut Daerah Terkaya. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

8. Prof Dato‟ Khoo Kim. 1981. Taiping Ibu Kota Perak. Kuala Lumpur: United Selangor
Press Sdn Bhd.

9. Swettenham F.A. 1893. About Perak. Singapore: The Straits Times Press.

10. Ariffin, K., Saadon, R., & Chik, T. W. T. (2019). Perladangan Komersial di Daerah Hilir
Perak Pada Era Kolonial British 1900-1957 (Commercial Plantation In Lower Perak
District During The British Colonial Period 1900-1957). Jebat: Malaysian Journal of
History, Politics & Strategic Studies, 46(1).
11. Azrai Abdullah, Izdihar Baharin & Rizal Yaacop, 2012. The Transformation of Perak’s
Political And Economic Structure In The British Colonial Period In Malaya (1874 1957),
JEBAT: Journal of History, Politics and Strategy. 39(2).63-72.

You might also like