Kursus Pend - Alam Sekitar

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

NAMA GURU PELATIH : SHARIFA NAZIHA BINTI RAMLI

: BANSI A/P SHASHIKANT


KUMPULAN : PRA BM 1

NAMA PENSYARAH : EN.ANWAR HJ SULAIMAN


PEMBIMBING

1
Kejadian tanah runtuh didapati berpotensi berlaku di kawasan tanah tinggi dan bercerun
curam. Mekanisma ini berlaku disebabkan oleh kesan geologi dan gangguan fizikal
tcrhadap tanah serta faktor luaran seperti air . angina dan perubahan suhu. Kajian
mengenai potensi tanah runtuh ini adalah menggunakan model empirical hakisan tanah
iaitu 'Universal Soil Loss Equation ' (USLE). Model ini mcngambilkira enam faktor utama
iaitu hujan, kemudahakisan tanah, kecerunan dan kecuraman tanah, jenis tanaman
serta pemeliharaan cirri tanah. Penggunaan model ini adalah untuk menganggarkan
kadar hakisan yang berlaku di kawasan - kawasan tertentu . Hasil akhir merupakan satu
nilai anggaran hakisan tanah yang berlaku sepanjang tahun.

1.0PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang sedang menuju era
pembangunan yang pesat di rantau ini. Malaysia terletak di kawasan hutan hujan tropika
di mana hujan turun sepanjang tahun. Seperti negara-negara lain yang beriklim sama
seperti Malaysia, kejadian tanah runtuh merupakan satu masalah besar yang masih
belum dapat diatasi lagi. Kejadian tanah runtuh yang kerap berlaku di negara ini
berkemungkinan terjadi disebabkan oleh pembangunan secara total yang berlaku di
kawasan bandar dan berhampiran bandar.

Pembangunan ini termasuklah kegiatan pembinaan lebuhraya, perumahan,


perlombongan dan sebagainya. Bagi memenuhi permintaan terhadap penggunaan
tanah sejumlah besar hutan-hutan telah di terokai dan dimusnahkan. Apabila kawasan

2
hutan tersebut telah diterokai, kawasan tersebut akan terdedah kepada cuaca dan
bencana lain seperti banjir. Kesan ketara daripada proses penghapusan hutan ini adalah
berlakunya hakisan ke atas tanah.

Antara faktor lain yang menyebabkan berlakunya proses hakisan tanah adalah
seperti yang dinyatakan oleh Jurutera Sumber Air Cawangan Hidrologi Jabatan
Pengairan dan Saliran, Dr. Roslan Zainal Abidin di mana terdapat enam parameter yang
menyebabkan kejadian tanah runtuh iaitu hujan, jenis-jenis tanah, kecerunan tanah,
ketinggian tanah yang boleh menghalang proses hakisan, pengubahsuaian terhadap ciri
asal tanah dan jenis tanaman yang meliputi kawasan tersebut . Oleh yang demikian
satu kaedah yang sesuai perlu dilaksanakan bagi membendung masalah ini di mana
dalam kajian ini kaedah Universal Soil Loss Equation (USLE) telah dicadangkan sebagai
kaedah yang sesuai digunakan di negara ini.
Bencana alam merupakan suatu kejadian yang amat ditakuti kerana ia seringkali
berlaku dengan tiba-tiba dan tanpa diduga. Negara kita sering dikejutkan
dengan berita-berita mengenai bencana alam seperti kejadian tanah runtuh, hakisan
tanah dan banjir lumpur terutama sekali di kawman-kawasan sensitif
seperti tanah tinggi. Selain daripada faktor geologi dan jumlah curahan hujan,
aktiviti pembangunan yang dijalankan di tanah tinggi sering membawa padah
kepada alam sekitar. Artikel ini menghuraikan kepentingan tanah tinggi sebagai
sumber alam, kesan-kesan pembangunan di tanah tinggi di samping undang-
undang yang mengawal aktiviti pembangunan di kawasan terbabit.

3
Terdapat banyak contoh kejadian tanah runtuh dan juga hakisan tanah yang berlaku di
negara kita yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.
Berikut adalah beberapa contoh kejadian tanah runtuh dan hakisan tanah.

1. 5 Disember, Kawasan Hulu Klang, tempat berlakunya peristiwa terbaru kejadian


tanah runtuh iaitu di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah di Bukit
Antarabangsa awal pagi ini, merupakan kawasan yang sentiasa berdepan
dengan kejadian tersebut.

2. Tragedi Highland Towers yang berlaku pada Disember 1993, kira-kira 1.5km dari
tempat kejadian tanah runtuh hari ini, telah mengorbankan 48 nyawa apabila
satu daripada tiga blok kondominium di Taman Hillview, iaitu Blok A runtuh.
Insiden 11 Disember itu mengejutkan seluruh negara kerana ia merupakan
peristiwa bangunan runtuh yang pertama dan yang terburuk dalam sejarah
negara sejak merdeka.Peristiwa itu berlaku selepas hujan selama beberapa hari
dan telah menimbulkan kesedaran di kalangan orang ramai mengenai bahaya
bangunan yang dibina di lereng bukit di negara ini.

4
3. Beberapa kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan itu dan antaranya pada 10
Dis 1985, dua rumah baru dua tingkat yang belum lagi diduduki di Taman
Melawati, Hulu Klang runtuh ketika hujan lebat dalam kejadian 8.50 pagi.

4. Pada 17 Sep 1988, sebuah rumah di Hulu Klang, ranap akibat tanah runtuh
berikutan hakisan tanah.

5. Dalam kejadian 29 Mac 1990, kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Setia
Wangsa di Hulu Klang melibatkan 80 keluarga yang mendiami dua blok flat.

6. Pada 25 Dis 1997, tiga orang terbunuh selepas tertimbus di bawah runtuhan
tanah dan sampah dalam satu kejadian di KM 17 Lebuhraya Ampang-Hulu
Klang.
7. Dalam kejadian 15 Mei 1999 pula, ribuan penduduk di kawasan perumahan Bukit
Antarabangsa dan Wangsa Ukay di Jalan Hulu Klang terperangkap apabila
tanah runtuh sepanjang 100 meter berlaku dalam kejadian 5.20 pagi yang
menimbusi satu-satunya jalan keluar masuk ke kawasan perumahan berbukit itu.

8. Kejadian tanah runtuh juga dilaporkan berlaku selepas hujan lebat di Kampung
Sri Damai dekat Taman Kencana, Ampang pada 24 Feb, 2000, yang meragut
nyawa seorang budak berumur 4 tahun.

5
9. Pada 5 Okt 2000, satu kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Antarabangsa
berikutan hujan lebat berterusan tetapi tiada yang cedera.

10. Sebuah banglo di Taman Hillview milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen
(B) Tan Sri Ismail Omar, yang juga Pengerusi Affin Bank, ranap setelah
dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan pada 20 Nov, 2002. Banglo itu
hanya terletak kira-kira 300 meter dari tapak Highland Towers.

11. Pada 31 Mei 2006, empat sekeluarga terkorban setelah tertimbus dalam
runtuhan tanah yang memusnahkan 49 buah rumah di Kampung Pasir, Hulu
Klang pada kira-kira pukul 4.45 petang.

Brabb, E.E. 1984. Innovative approaches to landslide hazard and risk mapping. Proceedings of IV
International Symposium on Landslides 1: 307-324.

Brabb, E.E. and B.L. Harrod 1989. Landslides - extent and economic significance. Rotterdam:
Balkema.

Casale, R., R. Fantechi & J.C. Flageollet 1995. Temporal occurrence and forecasting of landslides in
the European Community. European Commission, 2 vols.

Novosad, S. & P. Wagner (eds) 1993. Landslides. Proceedings of 7th International Conference on
Landslides. Rotterdam:Balkema. (especially papers by Glawe et al. and Moriwaki).

Keefer, D.K. 1987. Real-time landslide warning during heavy rainfall. Science , 238: 921-925.

Selby, M.J. 1993. Hillslope materials and processes . 2nd edition. Oxford: Oxford University Press.

6
Melihat kepada undang-undang alam sekitar yang terdapat di Malaysia pada hari ini,
adalah jelas bahawa kita tidak terkebelakang dalam menangani isu-isu alam sekitar.
Undang-undang alam sekitar di negara kita adalah menyeluruh serta merangkumi
berbagai aspek. Namun begitu, jika diteliti, masih banyak masalah alam sekitar melanda
negara kita, malah kadang kala ia semakin meruncing.

Berita tentang tanah runtuh hangat diperkatakan terutama apabila sesuatu


kejadian baharu sahaja berlaku tetapi tragedi rnalang itu segera dilupakan demi
mengejar erti pembangunan! Apa yang menyedihkan, golongan pemaju malah kerajaan
negeri sendiri menerima hakikat tersebut sebagai kemalangan yang tidak mampu
dielakkan. Apakah kita tidak prihatin dengan alam sekitar? Adakah kita perlu mengambil
kisah mengenainya setelah sesuatu tragedi menimpa dan ada nyawa yang terkorban?

Jika dihitung kejadian tanah runtuh di Malaysia, jumlahnya banyak sekali.


Contohnya kejadian di Genting Sempah, Genting Highlands, Gunung Tempurung,
Cameron Highlands, semuanya berlaku di tanah tinggi dan bercerun. Mengapa perkara
ini berlaku dan harus berulang? Perlukah kita menyalahkan undang-undang, padahal
kita tahu bahawa undang-undang telah sedia ada? Hakikat yang tidak dapat dinafikan
adalah undang-undang tanpa penguatkuasaan adalah tidak bermakna.

Undang-undang yang ada perlu dikuatkuasakan sebaik-baiknya supaya


masalah atau kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Penguatkuasaan pasti akan
berkesan sekiranya dualankan secara berterusan oleh anggota penguatkuasa yang
terlatih. Masalah kekurangan anggota penguatkuasa sewajarnya diatasi dengan segera.
Sesungguhnya kawalan dari segi undang-undang amat penting kerana ia dapat

7
mengawal aktiviti pembangunan di tanah tinggi sekaligus mengelakkan kejadian yang
tidak diingini.

Dengan undang-undang dan penguatkuasaan yang baik, pemaju-pemaju dan


lain-lain pihak berkepentingan yang menjalankan projek pernbangunan di dan tinggi
akan lebih menitikberatkan kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar dalam
mereka rnenjalankan aktiviti pembangunan.

Kaedah pengawalan juga tidak semata-mata bergantung kepada undang-


undang tetapi juga kaedah bukan perundangan. Kempen-kempen kesedaran perlu
diadakan malah yang sedia ada, perlu dipertingkatkan lagi. Kempen-kempen ini bukan
sahaja diberikan kepada orang ramai tetapi juga pihak-pihak berkepentingan yang lain
seperti pemaju-pemaju projek pembangunan supaya mereka sedar bahawa
pembangunan sahaja tidak memadai jika tidak disertakan dengan pemuliharaan alam
sekitar yang menjadi sumber alam kepada manusia itu sendiri. Selain daripada kempen
kesedaran secara tidak formal, pendidikan secara formal juga boleh diberikan di
sekolah-sekolah, bermula dari kanak- kanak.

Apabila semua pihak sedar akan kewajipan masing-masing dalam memelihara


alam sekitar, pelaksanaan undang-undang akan menjadi lebih mudah dan berkesan.
Bagi pihak yang berkepentingan dalam pembangunan, mereka akan lebih prihatin dari
berusaha memelihara alam sekitar dengan mendapatkan khidmat nasihat dari juru
runding tertentu berhubung dengan kesan pembangunan terhadap alam sekitar di
samping mematuhi undang-undang, peraturan serta garis panduan yang telah
ditetapkan.

Kerajaan juga diharapkan dapat bertegas dalam hal-ha1 yang membabitkan isu
alam sekitar kerana sebagai pihak pelaksana, sewajamya kepentingan alam sekitar dan
kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya. Ini tidak bermakna pem bangunan perlu
dihentikan tetapi pembangunan yang sedia ada dan yang akan dilaksanakan
seharusnya dipantau dan dipastikan supaya dijalankan dengan berhemah tanpa
mengeksploitasi alam sekitar hingga menimbulkan ‘kesengsaraan’ di kemudian hari.

8
Perancangan yang kemas dan teratur dalw pembangunan arnat diperlukan. Kegilaan
untuk mengaut keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan nyawa manusia
dankepentingan alam sekitar tidak seharusnya menjadi budaya wmbangunan di
kawasan tanah tinggi.

Sewajarnya pihak kerajaan negeri peka terhadap masalah yang timbul akibat
pembangunan tidak terkawal, terutamanya kesan terhadap ekologi. Sesungguhnya
pembangunan di tanah tinggi perlu dirancang dan tidak wajar disamakan dengan hakikat
pembangunan di tanah rendah.

RUJUKAN

Jones, D.K.C. & E.M. Lee 1994. Landsliding in Great Britain . London: HM Stationery Office

B.A Bolt, W.L Horn, G.A Macdonald, R.F Scott 1975. Geological Hazard. Spring er-Verlag. Berlin
Heidelberg New York 1975

Berger, A.R. & W.J. Iams (eds) 1996. Geoindicators: Assessing rapid environmental changes in
earth systems. Rotterdam: A.A. Balkema (see papers by Nesje, Rasch et al., Romanovskii et al.).

Brabb, E.E. 1984. Innovative approaches to landslide hazard and risk mapping. Proceedings of IV
International Symposium on Landslides 1: 307-324.

Brabb, E.E. and B.L. Harrod 1989. Landslides - extent and economic significance. Rotterdam:
Balkema.

Casale, R., R. Fantechi & J.C. Flageollet 1995. Temporal occurrence and forecasting of landslides in
the European Community. European Commission, 2 vols.

Novosad, S. & P. Wagner (eds) 1993. Landslides. Proceedings of 7th International Conference on
Landslides. Rotterdam:Balkema. (especially papers by Glawe et al. and Moriwaki).

Keefer, D.K. 1987. Real-time landslide warning during heavy rainfall. Science , 238: 921-925.

Selby, M.J. 1993. Hillslope materials and processes . 2nd edition. Oxford: Oxford University Press.

9
10

You might also like