Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

LAMPIRAN H

PANDUAN MENDUDUKI e-UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (e-UKCG)


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) TAHUN 2020
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA | KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERINGATAN : Soalan ini adalah SULIT. Calon dilarang dari membuat salinan,
mengambil gambar atau menyebarkan soalan kepada orang lain. Calon yang didapati
melanggar peraturan ini boleh diambil tindakan atau dibatalkan tawaran.

1. PANDUAN MEMBUKA e-UKCG

1.1 Buka URL e-UKCG menggunakan pelayar internet Google Chrome atau Mozilla Firefox melalui
pautan berikut:

https://pismp.moe.gov.my/UKCG

1.2 Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan di ruang Log Masuk. Klik HANTAR.

ID Pengguna : No. Kad Pengenalan Calon


Kata Laluan : (seperti yang didaftarkan oleh calon semasa memohon)

1
2. ARAHAN KEPADA CALON

2.1 e-UKCG mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.


2.2 Bahagian A terdiri daripada 120 soalan dan perlu dijawab dalam tempoh 30 minit.
2.3 Bahagian B terdiri daripada 60 soalan dan perlu dijawab dalam tempoh 15 minit.
2.4 Calon dikehendaki membaca arahan dengan teliti.
2.5 Calon diminta menjawab sendiri semua soalan secara spontan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa
dipengaruhi oleh orang lain.
2.6 Calon dinasihatkan mengambil masa kira-kira 15 saat bagi setiap soalan. Pilih jawapan yang paling
sesuai dan bertepatan dengan diri calon.
2.7 Calon tidak dibenarkan mengulang menjawab Bahagian A dan Bahagian B setelah butang
pengesahan dihantar walaupun terdapat baki masa.
2.8 Calon dikehendaki memasukkan maklumat berat badan dan tinggi di ruang yang disediakan.

2.9 Calon perlu MENGESAHKAN bahawa semua jawapan yang diberi adalah daripada diri sendiri dan
klik pada ruang YA, SAHKAN MAKLUMAT INI.
2.10 Setelah calon membuat pengesahan, calon boleh mula menjawab Bahagian A dan seterusnya
Bahagian B. Sila baca arahan Bahagian A dan Bahagian B dengan teliti.
2.11 Calon diberi ingatan berkenaan baki tempoh masa menjawab pada setiap bahagian.
2.12 Calon juga ditunjukkan bilangan soalan yang telah dijawab dan soalan yang belum dijawab.

2
2.13 Setelah calon selesai menjawab Bahagian A dan Bahagian B, calon perlu klik “PENGESAHAN DAN
CETAK SLIP MENDUDUKI UJIAN e-UKCG” pada pautan yang disediakan.

2.14 Calon akan diingatkan sekiranya terdapat soalan yang masih belum dijawab. Calon perlu klik pada
nombor soalan tersebut untuk menjawab (sekiranya masih dalam tempoh menjawab).

2.15 Paparan di bawah menunjukkan calon telah menjawab kesemua soalan. Calon dinasihatkan untuk
mencetak slip ujian. Klik TAMAT apabila calon ingin keluar daripada portal e-UKCG.

“SEMOGA BERJAYA”

You might also like