Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

Sistem E-Pembelajaran Sektor Awam @ EPSA

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

PENGENALAN

Inovasi yang diperkenalkan ialah Sistem E-Pembelajaran Sektor Awam atau


EPSA™ yang merupakan penyelesaian pembelajaran inovatif (innovative learning
solution) untuk kegunaan semua penjawat awam. Sistem EPSA™ membolehkan
penjawat-penjawat awam mengikuti kursus secara atas talian tanpa perlu hadir
secara fizikal di mana-mana institusi latihan. Sistem ini telah beroperasi secara
rasmi pada 9 Julai 2007. Lokasi pelaksanaan ialah di INTAN, Bukit Kiara dan boleh
dicapai oleh semua personel sektor awam, sama ada di dalam atau di luar negara.

Pembangunan Sistem EPSA™ merupakan satu idea kreatif dan inovatif untuk
membudayakan pembelajaran berterusan di kalangan penjawat awam. Ia
merupakan sistem e-pembelajaran sektor awam yang pertama di Malaysia. Kaedah
pembelajaran ini adalah pelengkap kepada kaedah latihan sedia ada. Sistem
EPSA™ mampu melatih lebih ramai penjawat awam pada sesuatu masa berbanding
dengan latihan dalam bilik kuliah. Sistem EPSA boleh dicapai tanpa batasan masa
dan tempat sebagaimana tagline EPSA™ “Pembelajaran Bila-bila Masa, Di Mana
Jua“.

EPSA™ inovatif dari perspektif konsep pelaksanaannya yang berasaskan


perkongsian terancang. Konsep ini asli dan sekaligus berjaya mewujudkan khidmat
shared learning services yang pertama di sektor awam Malaysia. Konsep ini
menjadikan EPSA™ boleh digunakan oleh semua penjawat awam manakala bahan
kursus yang dibangunkan oleh agensi lain juga boleh dimuatnaik ke sistem EPSA™.
Tambahan pula, bahan kursus EPSA™ direka khusus untuk adult learners
menggunakan teori andragogy, dan EPSA™ digunakan atas dasar sukarela atau
opsional. Konsep-konsep ini membezakan EPSA™ dengan pelaksanaan e-
pembelajaran di institusi pengajian tinggi di mana e-pembelajaran mereka adalah
terhad kepada kegunaan dalaman sahaja dan atas dasar mandatori. Kursusnya
direka untuk pelajar yang kebanyakannya diperingkat remaja menggunakan teori
pedagogy.

1
LAPORAN INOVASI

Objektif / Tujuan
Objektif E-Pembelajaran Sektor Awam adalah:

i. Menyediakan lebih peluang latihan dan pembelajaran kepada lebih ramai


penjawat awam;
ii. Memberi kuasa kepada penjawat awam (empowerment) dalam menentukan
dan merancang program pembelajaran masing-masing;
iii. Menggalakkan perkongsian sumber latihan termasuk infrastruktur dan bahan
kursus;
iv. Merancang dan mengikuti pembelajaran mengikut kesesuaian masa dan
tempat;
v. Membudayakan pembelajaran berterusan (continuous learning); dan
vi. Menyediakan kaedah pembelajaran yang memberi tumpuan pada
pembelajaran secara teragih (decentralised) bagi menjimatkan kos dan masa.

Kumpulan Sasar dan Skop Liputan


Sistem E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA™) adalah penyelesaian pembelajaran
yang inovatif (innovative learning solution) disediakan khusus untuk semua penjawat
awam secara percuma. Sistem ini membolehkan penjawat awam mengikuti kursus
secara atas talian, tanpa perlu hadir secara fizikal di institusi latihan. EPSA™
menyediakan pelbagai ciri untuk setiap kategori penggunanya seperti kursus
berbentuk multimedia yang dapat dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua, serta
pengurusan dan pemantauan pembelajaran secara maya. EPSA™ kini
menawarkan 99 kursus yang merangkumi 18 kategori dan mempunyai seramai
202,541 ahli (setakat 6 Mac 2012).

Eleman Inovatif / Kreativiti

EPSA™ yang mula diperkenalkan penggunaannya pada Julai 2007 adalah


penyelesaian pembelajaran yang inovatif dihasilkan dari idea yang asli dari aspek
konsep pelaksanaannya.

2
Konsep EPSA™ mengambil peluang (leverage) dari ketersediaan teknologi
maklumat dan komunikasi, khususnya teknologi pembelajaran untuk menyediakan
satu platform pembelajaran yang komprehensif dan boleh diguna oleh semua
personel sektor awam. Ia mewujudkan shared learning services yang pertama di
sektor awam.

Kaedah pelaksanaannya kreatif dan unik kerana bukan hanya sistem dan bahan
kursus yang boleh digunasama, tetapi bahan kursus yang dibangunkan oleh agensi
sektor awam yang lain juga boleh dimuat ke Sistem EPSA™ dan dicapai oleh semua
personel sektor awam. Seiring dengan INTAN memberi fokus kepada pembangunan
bahan kursus generik, agensi lain boleh membangunkan bahan kursus functional.
Kaedah ini dapat dilihat dengan lebih jelas dari Rangka Kerja Pelaksanaan EPSA™
yang dipaparkan di Gambar Rajah 1. Pelaksanaan EPSA™ juga dapat mewujudkan
repositori ilmu nasional.

Perlu dijelaskan bahawa walaupun telah ada e-pembelajaran diperkenalkan di


institusi pengajian tinggi, EPSA™ adalah berbeza kerana:

i. Direka khusus untuk adult learners menggunakan teori andragogy iaitu teori
pembelajaran bagi pelajar dewasa, berbanding teori pedagogy yang biasa
digunakan untuk pelajar-pelajar di institusi pengajian. Kursus EPSA™ juga
digandingkan dengan penggunaan multimedia yang bersesuaian;

ii. Konsep penggunaan EPSA™ adalah atas dasar pilihan sendiri (tidak wajib),
iaitu berbeza dengan konsep penggunaan mandatori di institusi pengajian
tinggi;

iii. Penggunaan EPSA™ adalah untuk semua personel sektor awam iaitu
merentasi pelbagai agensi kerajaan di dalam dan luar negara dan
penggunaannya adalah tidak mandatori. Manakala e-pembelajaran di institusi
pengajian tinggi terhad untuk kegunaan dalaman mereka sahaja dan
penggunaannya adalah mandatori; dan

iv. Merupakan sistem e-pembelajaran yang komprehensif yang pertama


diperkenalkan kepada sektor awam.

3
Gambar Rajah 1 : Rangka Kerja Pelaksanaan EPSA™

Elemen Keberkesanan

EPSA™ adalah pelengkap kepada kaedah pembelajaran semasa. Pelaksanaannya


telah memberi impak yang besar kepada sektor awam khususnya dalam
pembangunan sumber manusia.

1. Memudahkan Pembelajaran (Convenience and Portability)


 Boleh menjalani kursus mengikut kesesuaian masa sendiri.
 Tidak perlu hadir secara fizikal di tempat kursus.
 Boleh belajar mengikut rentak sendiri (self-paced).
 Tidak terikat dengan penjadualan kursus institusi latihan.
 Kursus disediakan sepanjang masa (24 jam X 365 hari).
 Tidak tertakluk kepada lokasi tertentu (portability) – boleh belajar di
rumah, di pejabat atau di dalam perjalanan.
 Semua kursus boleh dicapai secara atas talian.

2. Kos dan Pilihan Kursus


 Kursus adalah percuma.

4
 Pilihan kursus yang luas untuk memenuhi keperluan penjawat awam.
 Pembelajaran berterusan.

3. Flexibility
 Pembelajaran yang berpaksikan pelajar (Learner centric).
 Boleh melangkau topik sesuatu kursus dan fokus kepada topik yang
hendak dipelajari.

4. Tahap Pengekalan yang Lebih Tinggi (Higher Retention)


 Penyampaian bahan pembelajaran di dalam format multimedia dapat
meningkatkan tahap pengekalan.
 Boleh mengulangi kursus atau topik mengikut keperluan.

5. Tahap Kolaborasi yang Tinggi


 Boleh berbincang dengan fasilitator dan peserta lain secara atas talian.

6. Membuka Peluang Pembelajaran Global


 Peserta dapat mencapai sumber pembelajaran yang terdapat di
internet semasa mengikuti kursus.

7. Blended Learning
 EPSA™ memberi peluang kepada INTAN untuk melaksanakan
blended learning sebagai kaedah pembelajaran alternatif kepada
kaedah face-to-face. Penggunaan blended learning boleh
memendekkan tempoh kursus dan tempoh peserta perlu meninggalkan
pejabat.

5
Elemen Signifikan

Pelaksanaan EPSA™ memberi impak yang signifikan pada peringkat sektor awam.
1. Penjimatan masa

Impak Di Peringkat Perkhidmatan Awam

1. Menjimatkan masa semua pihak di sektor awam dan menyebabkan


lebih ramai personel sektor awam dapat dilatih dalam tempoh yang
lebih singkat.
Kuantiti penjimatan bergantung kepada tempoh sesuatu kursus dan
julatnya (range) boleh diantara sehari kepada sebulan. Sebagai contoh,
kursus Pengurusan Projek yang dianjurkan oleh INTAN boleh
menjimatkan masa sehingga satu bulan dengan pendekatan blended
learning yang melibatkan EPSA™.

2. Masa personel sektor awam dijimatkan kerana tidak melibatkan


sebarang masa perjalanan disebabkan mereka tidak perlu
meninggalkan pejabat untuk menghadiri kursus secara fizikal di INTAN
atau lokasi latihan lain.
Kuantiti penjimatan bergantung kepada jarak tempat bekerja dengan
institusi latihan seperti INTAN. Sebagai contoh:
o Jika peserta dari Putrajaya ke INTAN, boleh jimat sehingga anggaran
2 jam masa perjalanan pergi balik.
o Jika peserta dari Kucing, Sarawak ke INTAN, boleh jimat masa
purata 10 jam perjalanan pergi balik.
Penjimatan masa ini menyumbang kepada produktiviti dan kecekapan
personel di samping mengurangkan tekanan.

Impak Di Peringkat INTAN, JPA

1. Menjimat masa pentadbir kursus dalam mengurus dan mentadbir


kursus kerana:
o Personel mendaftar sendiri secara atas talian
o Personel mengurus sendiri pemilihan kursus, termasuk pembatalan
pendaftaran.
Purata kuantiti penjimatan masa adalah 2 minggu, yang boleh
digunakan oleh pentadbir untuk menumpukan kepada aktiviti penting
yang lain.

6
2. Menjimatkan masa fasilitator kursus kerana:

o Boleh memantau dan berkolaborasi secara atas talian, dan boleh


dilakukan pada bila-bila masa;
o Fasilitator tidak perlu memberi ceramah
Kuantiti penjimatan masa mengikut tempoh kursus dan boleh dalam
lingkungan dari 1.5 jam kepada beberapa hari.
Penjimatan ini membolehkan fasilitor memberi tumpuan kepada
perancangan dan pembangunan kursus peringkat lanjutan.

2. Penjimatan kos

Impak Di Peringkat Perkhidmatan Awam

 Kursus ditawarkan secara percuma


 Tidak ada kos makan dan lojing
 Tidak ada kos perjalanan
 Tidak ada kos percetakan nota kursus

Impak Di Peringkat INTAN, JPA

1. Kos menjalankan kursus dapat dikurangkan dengan signifikan, dan


penurunan kos lebih banyak jika lebih ramai peserta mengikuti kursus
melalui EPSA™.
Contohnya, kos menjalankan kursus di INTAN adalah RM 1,577.70
bagi setiap peserta.

Kos bagi kursus Nilai dan Etika melalui EPSA™ ialah RM197.85 bagi
setiap peserta. Kos akan terus menurun dengan peningkatan bilangan
peserta.

7
3. Meningkatkan produktiviti

Impak Di Peringkat Perkhidmatan Awam

1. Produktiviti meningkat kerana kursus EPSA™ adalah secara atas talian


dan oleh itu personel tidak perlu meninggalkan pejabat untuk hadir
secara fizikal di institusi yang menganjurkan kursus.
Personel boleh menumpukan kepada menjalankan tugas masing-
masing dan meningkatkan kecekapan serta produktiviti.
2. Produktiviti personel sektor awam meningkat kerana mereka boleh
merancang keperluan dan kehadiran kursus mereka dengan lebih
berkesan disebabkan pembelajaran boleh dilakukan mengikut
kesesuaian masa dan tempat.

Impak Di Peringkat INTAN, JPA

1. Produktiviti penceramah meningkat kerana masa untuk memberi


ceramah dapat digunakan untuk tujuan yang lebih efektif seperti
perancangan kurikulum dan kandungan kursus peringkat lanjutan, bagi
memantapkan kursus-kursus yang dilaksana, disamping memberi fokus
juga kepada menjalankan penyelidikan, mengeluarkan penerbitan dan
memberi khidmat konsultansi.

2. Pengurusan kursus secara atas talian meningkatkan produktiviti pegawai


dan kakitangan yang menguruskan kursus.

3. Pemusatan kemahiran teknikal dalam menyelenggara sistem e-


pembelajaran di EPSA™ membolehkan INTAN membangunkan
kepakaran di dalam bidang ini secara terancang.

4. Mudah digunakan

Impak Di Peringkat Perkhidmatan Awam

1. Sistem mudah dicapai kerana menggunakan teknologi web dan


mudah digunakan kerana berasaskan pilihan menu (menu driven).

2. Hanya komputer peribadi dan capaian Internet diperlukan untuk


personel menggunakan sistem EPSA™.

8
Impak Di Peringkat INTAN, JPA.

1. Sistem EPSA™ juga mudah digunakan oleh fasilitator untuk


menguruskan kursus dan mengemaskini bahan kursus kerana
terdapat antara muka yang self explanatory dan bantuan atas talian.

Elemen Relevan

Pelaksanaan EPSA™ dilihat amat relevan kepada sektor awam.

1. Menyokong Aspirasi RMK9 dalam Pembangunan Modal Insan


Dasar latihan Sumber Manusia Sektor Awam melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005 menyatakan bahawa setiap Ketua
Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan hendaklah memastikan anggota
masing-masing di semua peringkat mengikuti kursus untuk sekurang-
kurangnya tujuh hari setahun bagi mempertingkatkan minda dan sikap
penjawat awam seterusnya merealisasikan aspirasi RMK9 dalam
pembangunan modal insan dan ke arah pembangunan knowledge-worker.
EPSA™ berperanan penting dan signifikan dalam usaha ini dengan
menyediakan bahan pembelajaran dalam pelbagai bidang yang relevan untuk
kakitangan sektor awam, baik bagi tujuan penambahan pengetahuan,
kenaikan pangkat dan pengemaskinian pengetahuan yang sedia ada.
EPSA™ menyumbang secara langsung kepada keberkesanan penyampaian
latihan dan pembelajaran di sektor awam.

2. Pemantapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Pembelajaran


(Learning System Delivery Service)
Sistem EPSA™ yang dibangun dapat memantapkan serta meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan
pembelajaran di sektor awam dengan secara langsung dan signifikan melalui
cara berikut:

a) Menambah kapasiti latihan kerana melalui EPSA™ lebih ramai


personel boleh dilatih dalam tempoh yang lebih singkat.

9
b) Menurunkan kos latihan kerana jika lebih ramai yang menggunakan
Sistem EPSA™ maka kos akan lebih berkurangan.

c) Menambah bilangan dan jam kursus yang boleh ditawarkan.

Melalui EPSA™, personel sektor awam boleh mendapatkan pembelajaran


pada bila-bila masa walau di mana pun mereka berada.

3. Peluang Pembelajaran Berterusan


Kerajaan telah sekian lama menggalakkan personel meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran di samping membina sikap yang positif dalam
usaha beralih ke ekonomi berasaskan pengetahuan dan membangunkan
masyarakat berpengetahuan (Knowledge-Society) serta perkhidmatan awam
yang berpengetahuan (Knowledge Based Civil Service). Namun mekanisme
pembelajaran berterusan yang terancang dan mudah tidak disediakan kerana
masih bergantung pada pembelajaran melalui saluran tradisi iaitu kursus,
seminar, persidangan dan membaca buku, majalah dan jurnal.

EPSA™ memberi impak signifikan dalam mengatasi kekurangan ini dan


menyediakan satu platform pembelajaran yang terancang, sentiasa dapat
dicapai dan berfokuskan kepada pelajar (learner centric). Peningkatan kadar
penggunaan internet kepada 62.8% pada tahun 2008 berbanding 15% pada
tahun 2000 (Sumber: Internet World Stats) memantapkan kesediaan personel
sektor awam untuk mengikuti pembelajaran secara atas talian.

4. Pelaksanaan Blended Learning


Pelaksanaan blended learning memperkayakan sistem pembelajaran di
INTAN di dalam melahirkan kakitangan awam yang berfikir dan berbakat.
Melalui EPSA™, INTAN dapat melaksanakan Kaedah Latihan Bersepadu
INTAN (Gambar Rajah 2 dan 3) yang memantapkan hasil latihan INTAN di
dalam tempoh yang lebih singkat. Sebagai contoh, pembangunan kemahiran
pengurusan projek dapat diselesaikan di dalam tempoh dua (2) bulan sahaja,
berbanding dengan tempoh tiga (3) bulan sebelumnya. Pelaksanaan blended
learning memberi impak secara langsung di dalam meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan INTAN dan agensi latihan sektor awam yang lain.

10
Gambar Rajah 2 : Kaedah Latihan Bersepadu INTAN.

Gambar Rajah 3 : Pelaksanaan Kaedah Latihan Bersepadu INTAN

bagi Kursus Pengurusan Projek.

11
Penutup

Penekanan yang diberi oleh kerajaan, termasuk kepimpinan tertinggi ke atas


pembangunan sumber manusia meningkatkan keperluan dan permintaan berkursus
dan menyebabkan sistem penyampaian latihan perlu diperkasakan. EPSA™ dapat
memenuhi keperluan ini di samping memperkayakan repositori ilmu nasional.
Sebagai satu shared learning services, EPSA™ menyumbang secara langsung
kepada pencapaian aspirasi kerajaan membangunkan modal insan sektor awam
yang merupakan aset terpenting dalam memaju dan memakmurkan negara kita.

Disediakan oleh:

Nama Pegawai/Unit Terlibat : Encik Mohammad Khairu Farhan bin Md. Saad

Tel. : 03-2084 7277

Emel : farhan@intanbk.intan.my

12

You might also like