T4-Bahan Linda - MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

MODEL PENGURUSAN

DISIPLIN BILIK DARJAH


1. MODEL AKIBAT LOGIKAL
oleh RUDOLF DREIKURS
2. MODEL PENGURUSAN KELOMPOK
oleh JACOB S. KOUNIN
3. MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH
oleh THOMAS GORDON
4. MODEL BEYOND DISCIPLINE
oleh ALFIE KOHN
5. MODEL TERAPI REALITI
oleh WILLIAM GLASSER

1
1. MODEL AKIBAT
LOGIKAL
oleh RUDOLF DREIKURS
1. Menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada
muridmurid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

2. Guru perlu mengenalpasti punca salah laku. Murid perlu dibimbing untuk memahami
peraturan di dalam bilik darjah

3. Murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik
darjah.

4. Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik
darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan

2
Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:

1. Mendapatkan perhatian
2. Mencabar kuasa
3. Membalas dendam
4. Mempamerkan kekurangan

Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku


 Berkomunikasi perkara yang positif
 Galak peningkatan murid
 Kenal pasti kelemahan murid
 Belajar daripada kesilapan
 Percaya kebolehan murid
 Bekerjasama
 Rasa bangga pencapaian murid
 Optimis
 Beri galakan dan motivasi

3
2. MODEL PENGURUSAN
KELOMPOK
oleh JACOB S. KOUNIN
 Menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah
 Guru perlu mempunyai with-it-ness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu
aktiviti bilik darjah dalam satu masa. Kebolehan guru melakukan dua tindakan pada satu masa
digelar pertindanan.
 Kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tindakan guru terhadap seseorang
murid yang melakukan salah laku. Kesan
 gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius
 Guru perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa
 Kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang baik. Guru harus
elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkara-perkara yang tidak perlu dan melakukan
fragmentasi
 Fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan pelajaran itu dapat
dijalankan secara menyeluruh
 Momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam
aktiviti p&p
 Momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran dengan lancar,
melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan
pengajaran pada hari itu dengan berkesan

4
5
3. MODEL PENGURUSAN
BILIK DARJAH
oleh THOMAS GORDON

Pelan Disiplin Gordon


Melibatkan 6 Langkah:
(1) Mempengaruhi drpd Mengawal
(2) Mencegah Masalah Sebelum Berlaku
(3) Masalah Siapa
(4) Berdepan dengan Masalah Tingkah Laku
(5) Kemahiran Mendengar
(6) Penyelesaian Konflik yang Berkesan

Contoh Halangan Komunikasi (Roadblocks to Communication)


(1) Memberikan Arahan
(2) Memberikan Amaran
(3) Membebel
(4) Menasihati
(5) Mengkritik
(6) Menyoal

Cara Terbaik bagi Meningkatkan Hubungan Berkesan

(1) Membantu (bukan mengkritik)


(2) Belajar mendengar & menerima pandangan
(3) Hindar Mekanisme Bela Diri
(4) Beri Pandangan Berhemah

6
4. MODEL BEYOND
DISCIPLINE
oleh ALFIE KOHN
(1) Perkenal konsep bilik darjah sebagai sebuah komuniti pembelajaran yg disayangi
(2) Keutamaan ialah membina bilik darjah penyayang, prihatin & menyokong murid2
supaya dpt meneroka topik/ p&p yg diminati dgn mendalam
(3) Mengkritik penggunaan ganjaran & hukuman
Strategi Membantu Guru Bentuk Komuniti Pembelajaran
(1) Membina hubungan antara murid dgn guru
-saling menghormati
(2) Meningkatkan hubungan antara murid
-aktiviti pembelajaran koperatif
(3) Perjumpaan kelas
- pd awal tahun
- cungkil pendapat/perasaan murid
(4) Mengadakan aktiviti melibatkan kelas & sekolah
- beri peluang wujud semangat berpasukan
(5) Perbincangan akademik
-perbincangan tentang topik akan / telah
(6) diajar

Pengurusan “Beyond Discipline” Kohn

Guru perlu beri perhatian dlm menetapkan peraturan kpd murid dlm bilik darjah:
Tujuan
Utk keselamatan murid
Sekatan
Elakkan terlalu banyak
Fleksibel

7
Ikut kesesuaian
Sesuai dgn perkembangan murid
Cara Penyampaian
berhemah
Penglibatan Murid
murid dpt terima

3 Perkara perlu diberi perhatian tentang pembelajaran murid

(1) Peluang murid memilih aktiviti/ tugasan yg diminati utk diteroka


(2) Diberi peluang utk menerangkan apa yg sedang dilakukan
(3) Sekiranya peluang ini disekat, guru lebih banyak mengawal aktiviti
pembelajaran, pencapaian murid akan merosot

Membentuk Tingkah Laku dlm Bilik Darjah Kooperatif

 Libatkan murid secara aktif


 Contoh; adakan mesyuarat kelas
 Aktiviti yg dpt bantu murid nilai etika, hormatmenghormati & tanggung jawab
 Refleksi tentang kepentingan nilai
 Fokus guru supaya murid punyai kawalan kendiri dan autonomi ke atas tingkah laku yg
ditunjukkan.

8
5. MODEL TERAPI REALITI
oleh WILLIAM GLASSER
(1) Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan
pilihan yang dibuat
(2) Pilihan yang dibuat oleh individu berdasarkan keperluankeperluan asas mereka
(3) Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid
bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadan persekitaran yang
menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah.
(4) Keperluan-keperluan asas
a. kasih sayang
b. mempunyai kuasa dan kawalan
c. kebebasan
d. keseronokan
(5) Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kaunseling untuk membantu individu meneroka
kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan
tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang
(6) Melalui terapi realiti, guru dapat:
a. membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan
b. pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid
c. kemukakan pelan perancangan untuk membantu
murid mengurus tingkah laku
d. bertindak sebagai pembimbing murid
(7) Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereke
mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
(8) Kurikulum yang berkualiti
a. akan meningkatkan mutu pendidikan
b. kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran yang
memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang kepada
murid untuk memahami dan meneroka yang diajar

(9) Kualiti pengajaran


a. persekitaran bilikdarjah yang tenang dan kondusif • guru perlu lebih sifat sebagai
pembimbing bukan pengarah
b. tugasan-tugasan p&p perlu yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid
c. berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik
d. beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya
(10) Guru yang membimbing akan:
a. memahami murid
b. menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan

9
c. berbincang dengan murid
d. menggalakkan murid meneroka p&p
e. menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan
f. menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran

(11) Membina bilik darjah yang berkualiti


a. tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan
hubungan baik
b. mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian
c. bina hubungan dengan guru murid
d. peraturan kelas
e. elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau
mengancam murid apabila timbul masalah • pengetahuan
f. kompentensi
g. kualiti
h. penilaian
i. kefahaman dan penggunaan

10
11
12

You might also like