Unit3 (Pegawai Penguasa Mempunyai Akses Kepada Kerja, DLL., Perubahan, Ukuran Dan Penilaian Kerja Termasuk Perubahan)

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

SYARAT - SYARAT KONTRAK SETARA BORANG C4006/UNIT 3/ 1

MODUL
POLITEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

C4006
ATURCARA KONTRAK &
UKUR BINAAN 2

MOHD SAFRI BIN OMAR(POLISAS)

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT - SYARAT KONTRAK SETARA BORANG C4006/UNIT 3/ 2

UNIT 3

PEGAWAI PENGUASA MEMPUNYAI AKSES


KEPADA KERJA,DLL., PERUBAHAN, UKURAN
DAN PENILAIAN KERJA TERMASUK
PERUBAHAN.

Objektif am: Mempelajari dan memahami Syarat – syarat Kontrak Setara


JKR 203A Fasal 23, Fasal 24 dan Fasal 25.

Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

 Menyatakan kehendak Fasal 23 mengenai Pegawai Penguasa


Mempunyai Akses Kepada Kerjs, Dll. Fasal 24 mengenai Perubahan
dan Fasal 25 mengenai Pengukuran Dan Penilaian Perubahan.

 Menggunakan Fasal tersebut dalam menyelesaikan masalah yang


berkaitan dengan Pegawai Penguasa Mempunyai Akses Kepada Kerjs,
Dll. mengenai Perubahan dan mengenai Pengukuran Dan Penilaian
Perubahan.

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT - SYARAT KONTRAK SETARA BORANG C4006/UNIT 3/ 3

3.0 PENGENALAN
Dalam unit akan dibincangkan tiga fasal secara terperinci iaitu berkaitan dengan
Fasal 23 mengenai Pegawai Penguasa Mempunyai Akses Kepada Kerja, Dll.
Fasal 24 mengenai Perubahan dan Fasal 25 mengenai Pengukuran Dan Penilaian
Perubahan.
Untuk lebih mudah difahami marilah kita baca Fasal tersebut satu persatu.

3.1 PEGAWAI PENGUASA MEMPUNYAI AKSES KEPADA KERJA, DLL.

Pegawai Penguasa (P.P) adalah seseorang yang paling berkuasa ditapakbina.


Dibawah Fasal ini, P.P boleh memasuki tapakbina pada bila-bila masa yang
munasabah untuk membuat pemeriksaan terhadap kerja. Kerjasama yang
sepenuhnya perlu diberi oleh pihak kontraktor terhadap P.P. atau wakil P.P.
Untuk memahaminya dengan jelas, terlebih dahulu dirujuk dalam Borang
Kontrak Setara JKR 203A Fasal 23.

FASAL 23

Borang Kontrak Setara JKR 203A Fasal 23

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT - SYARAT KONTRAK SETARA BORANG C4006/UNIT 3/ 4

Cuba baca huraian dibawah dan FAHAMKANNYA…….

3.1.1 Huraian Fasal 23 : Pegawai Penguasa Mempunyai Akses


Kepada Kerja, dll.

Pegawai Penguasa adalah orang berkuasa untuk menyelia dan


memberi arahan dalam sesuatu projek dan diberi kuasa atas kerja-
kerja di tapak bina, bengkel-bengkel, bahan-bahan dan barang-
barang yang dipunyai oleh kontraktor, subkontraktor Dinamakan
dan pembekal Dinamakan di dalam sesuatu projek. P.P atau
wakilnya juga mempunyai kuasa akses atau kebenaran untuk ke
tapak bina, untuk kerja-kerja yang berkaitan dengan kontrak atau
ke tempat kerja subkontraktor dinamakan atau pembekal
dinamakan yang terlibat dalam kontrak pada setiap masa yang
munasabah.

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT - SYARAT KONTRAK SETARA BORANG C4006/UNIT 3/ 5

3.2 PERUBAHAN

Tempoh pembinaan selalu melibatkan masa yang lama dan memerlukan


perubahan untuk kesempurnaan pembinaan tersebut. Dalam Fasal ini
membolehkan perubahan dilakukan tanpa membatalkan kontrak yang telah
ditandatangani. Tetapi perubahan yang berlaku perlu mengikut beberapa prosidur
yang telah ditetapkan.

Marilah kita membaca dan meneliti fasal perubahan didalam Borang Kontrak
Setara JKR 203A.

FASAL 24

Borang Kontrak Setara JKR 203A

3.2.1 Huraian Fasal 24 subfasal(a) Kuasa memberi arahan dan pengesahan


kemudiannya

Semasa kerja dalam pembinaan ianya mungkin diubah atau berubah untuk
kesesuaian dengan tapak bina atau kehendak-kehendak piawaian terbaru ataupun
untuk menampung kekurangan dalam rekabentuk atau apa-apa perubahan yang
diperlukan. Perubahan-perubahan mungkin berpunca daripada arahan yang
dikeluarkan oleh P.P. yang diberi kuasa berbuat demikian oleh peruntukan syarat-
syarat kontrak. Untuk memastikan keberkesanan pentadbiran kontrak, P.P
mewakilkan kuasa untuk mengeluarkan arahan perubahan kerja kepada wakil
P.P. Utama atau wakil P.P. pakar.

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT - SYARAT KONTRAK SETARA BORANG C4006/UNIT 3/ 6

Semua arahan yang melibatkan perubahan kerja hendaklah diberi secara bertulis
samada arahan tersebut dikeluarkan secara lisan terlebih dahulu ataupun tidak.
Borang yang digunakan untuk perubahan adalah JKR 203U/82. Jika arahan lisan
dikeluarkan ianya mestilah membuat pengesahan bertulis menurut Fasal 5(c).

3.3 PENGUKURAN DAN PENILAIAN KERJA TERMASUK PERUBAHAN

Untuk membolehkan pembayaran kepada pihak kontraktor terhadap kerja yang


telah disiapkan pengukuran perlu dilakukan untuk membolehkan perakuan interim
dikeluarkan untuk menentukan jumlah bayaran yang sepatutnya dibayar kepada
kontraktor. Dalam kerja yang tersebut penilaian akan dibuat terhadap perubahan
samada perlu ditambah atau dikurangkan terhadap Jumlah Harga Kontrak (J.H.K.)

Baca dan fahamkan Fasal ini……

FASAL 25

Borang Kontrak Setara JKR 203A

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT - SYARAT KONTRAK SETARA BORANG C4006/UNIT 3/ 7

3.3.1 Huraian Fasal 25 subfasal(a) Penilaian Perubahan

Segala perubahan yang dibenarkan atau disahkan oleh P.P. hendaklah


diukur dan dinilai. Sebelum penilaian dibuat, P.P. perlu memberi notis
atau surat kepada kontraktor mengenai perkara tersebut. Perkara tersebut
biasanya dimaklumkan kepada pihak kontraktor atau wakil kontraktor
semasa mesyuarat tapak. Satu salinan mengenainya perlu dihantar kepada
kontraktor sebelum tarikh perakuan kerja dikeluarkan.Setelah pengukuran
atau penilaian perubahan disahkan atau diluluskan oleh P.P. semua kerja
perubahan perlu diukur dan dinilai secepat mungkin kecuali jika sifat kerja
itu hanya membolehkannya diukur dengan tepat setelah siap dilaksanakan.

3.3.2 Huraian Fasal 25 subfasal(b) Kuantiti yang muktamad


Bagi maksud pengukuran semula kuantiti kerja hendaklah dinyatakan
“sementara” atau sekiranya kuantiti muktamad hendaklah dipersetujui
terlebih dahulu. Penilaian perubahan hendaklah dibuat mengikut kaedah-
kedah berikut:
i. Jadual Kadar Harga – digunakan keatas kerja yang sama jenis dan
dilaksanakan dalam keadaan yang sama dengan kerja yang
dinyatakan harganya dalam senarai kuantiti dan kadar harga.
ii. Persetujuan kadar harga – satu kadar harga yang telah dipersetujui
oleh kedua-dua pihak iaitu P.P. dan kontraktor bagi digunakan
dalam kadar harga bagi sesuatu penilaian kerja dimana butiran bagi
kerja tersebut tidak sama atau tidak dinyatakan dalam jadual kadar
harga atau kadar harga dalam senarai kuantiti.
iii. Kadar Harga Dalam Senarai Kuantiti – digunakan bagi kerja yang
ditinggalkan , jika peninggalan itu mengubah dengan besarnya
baki butiran kerja yang dijalankan atau dinilai di bawah kaedah
(ii) subfasal ini.

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT - SYARAT KONTRAK SETARA BORANG C4006/UNIT 3/ 8

3.3.3 Huraian Fasal 25 subfasal(c) Kuantiti sementara


Kuantiti Kerja yang dinyatakan sebagai “sementara” dalam Senarai
Kuantiti hendaklah dibuat penilaian pengukuran semula. Amaun yang
akan dibayar kepada Kontraktor berkenaan dengan kerja tersebut
hendaklah ditentukan dengan mengukur semula dan menilai ke atas Kerja
apa-apa perubahan yang dibenarkan atau disahkan kemudiannya oleh P.P.
secara bertulis dibawah Fasal 24. Penilaian pengukuran semula mengikut
kaedah (i) dan (ii) subfasal ini.
3.3.4 Huraian Fasal 25 subfasal(d) Kerja Hari
Kontraktor hendaklah dibenarkan mendapat kerja-hari dengan ditambah
15% termasuk kos bagi menggunakan loji, alat, peranca, penyeliaan dan
keuntungan biasa. Kontraktor hendaklah mengemukakan baucar, resit dan
buku gaji dan bahan yang digunakan kepada P.P. tidak melebihi setelah
kerja dijalankan.
3.3.5 Huraian Fasal 25 subfasal(e) Ukuran
Untuk melakukan kerja-kerja pengukuran, terlebih dahulu P.P. akan
memberi notis yang munasabah kepada Kontraktor, dan Kontraktor akan
hadir atau menghantar seorang ejen yang berkelayakan untuk membantu
P.P. Sekiranya Kontraktor tidak hadir atau cuai, pengukuran tetap
dilakukan oleh P.P. dan pengukuran tersebut dikira pengukuran yang betul
bagi kerja tersebut. Satu salinan senarai ukuran berkenaan akan diberikan
kepada Kontraktor.
3.3.6 Huraian Fasal 25 subfasal(f) Penyelarasan Jumlah Harga Kontrak
Bagi penyelarasan, Jumlah Harga Kontrak akan ditambah atau dipotong
mengikut mana yang berkenaan.

Setelah memahami Fasal 23,


24 & 25, sila mencuba aktiviti
yang disediakan.

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT - SYARAT KONTRAK SETARA BORANG C4006/UNIT 3/ 9

 UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA.
 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS PADA
HALAMAN BERIKUTNYA.

3.1 Nyatakan penyeliaan yang boleh dilakukan oleh P.P. apabila memperolehi akses
atau kebenaran ke Tapak Bina.

3.2 Berdasarkan Fasal 24 dan 25 Borang Kontrak Setara JKR 203A:


a. Beri Takrif “Perubahan”.
b. Bagaiman pengukuran untuk kerja hari dilakukan.

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT - SYARAT KONTRAK SETARA BORANG C4006/UNIT 3/ 10

SYABAS SEKIRANYA JAWAPAN ANDA MENGAMBIL KIRA FAKTA


BERIKUT.

3.1 Pegawai Penguasa bertanggungjawab untuk memastikan kontraktor menjalankan


kerja menurut peruntukan kontrak dan obligasi Kerajaan ditunaikan Sebagai
contohnya P.P. akan memastikan kualiti bahan dan mutu hasil kerja mematuhi
kontrak, peraturan-peraturan pihak berkuasa tempatan dipatuhi semasa
perlaksanaan kerja dan lain-lain.

3.2 a) Perubahan bermaksud perubahan atau ubahsuaian tentang rekabentuk, kualiti


atau kuantiti kerja termasuklah tambahan, peninggalan atau penggantian apa-
apa kerja, perubahan tentang jenis atau piawaian bahn atau barang-barang yang
hendak digunakan.

b) Kontraktor dibenarkan untuk mendapat kerja hari , Contohnya kerja-kerja


perobohan dimana kerja tersebut tidak dapat diukur dan dinilai sewajarnya.
Kontraktor akan menuntut bayaran dari Kerajaan dengan ditambah 15% bagi
kos menggunakan loji, alat, peranca, penyeliaan dan keuntungan biasa.
Tuntutan akan dibuat selepas 7 hari kerja dijalankan.

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT - SYARAT KONTRAK SETARA BORANG C4006/UNIT 3/ 11

 SILA JAWAB SEMUA SOALAN DALAM PENILAIAN KENDIRI DI


BAWAH.
 SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH.

SELAMAT MENCUBA

SOALAN 1
Berdasarkan Fasal 23 dimana P.P. mempunyai akses ke Tapak Bina dan Bengkel-
bengkel kepunyaan Kontraktor. Terangkan penyeliaan yang akan dilakukan oleh P.P.
keatas kerja tersebut.

SOALAN 2

Arahan yang berkehendakkan Perubahan mestilah dikeluarkan secara bertulis.


Sekiranya arahan secara lisan yang berkehendakkan perubahan bagaimana
dilaksanakan. Bincangkan.

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT - SYARAT KONTRAK SETARA BORANG C4006/UNIT 3/ 12

Jawapan 1

Pegawai Penguasa bertanggungjawab menyelia dan memberi arahan dalam perlaksanaan


kontrak. Ia bertanggungjawab untuk:
1. Memastikan kualiti bahan yang digunakan dan mutu hasil kerja adalah
mematuhi kehendak kontrak.
2. Memastikan peraturan-peraturan dan halangan pihak berkuasa tempatan dan
pihak-pihak lain yang mempengaruhi kerja-kerja tersebut dipatuhi semasa
perlaksanaan kerja.
3. Memastikan kontraktor tidak mengabaikan hal kebajikan pekerjanya, khususnya
berkaitan dengan keselamatan dan perlindungan insurans, dan pekerja menerima
gaji yang kena dibayar kepada mereka.
4. Memastikan tempoh liputan insurans yang diperlukan dibawah peruntukan yang
berkenaan dalam kontrak tidak luput semasa kerja-kerja sedang berjalan, dan
jika perlu mengambil tindakan melanjutkan tempohnya.
5. Mengesan kemajuan kerja kontraktor dan jika perlu tindakan awal untuk
memberi lanjutan masa atau mengenakan gantirugi tertentu dan ditetapkan
dan/atau menamatkan pengambilan kerja kontraktor.

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT - SYARAT KONTRAK SETARA BORANG C4006/UNIT 3/ 13

Jawapan 2

Bagi arahan lisan ia boleh berlaku dalam dua situasi:

Situasi Pertama

P.P. telah mengeluarkan arahan lisan dan dalam masa 7 hari P.P. telah mengesahkan
arahan tersebut. Arahan tersebut akan terus berkuatkuasa dari tarikh penerimaan arahan
oleh Kontraktor dan kontraktor hendaklah berbuat sesuatu dalam tempoh 7 hari dari
tarikh penerimaan arahan tersebut.

Arahan Lisan dikeluarkan oleh P.P.


(01/06/2001)
Disahkan oleh P.P. dalam tempoh
7 hari

Kontraktor melaksanakan
arahan tersebut
(08/06/2001)

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT - SYARAT KONTRAK SETARA BORANG C4006/UNIT 3/ 14

Situasi kedua

P.P. telah mengeluarkan arahan lisan tetapi tidak disahkan secara bertulis oleh P.P.
Selepas 7 hari kontraktor hendaklah mengesahkan arahan tersebut kepada P.P. dalam
tempoh 7 hari juga selepas tarikh arahan sepatutnya dikeluarkan oleh P.P.

Dalam tempoh 7 hari itu, P.P. hendaklah menyemak samada arahan itu sememangnya
dikelurkan ataupun tidak. Jika ada hendaklah disahkan. Jika beliau mahu batalkan arahan
tersebut, satu surat bantahan secara bertulis mestilah dibuat dalam tempoh 7 hari selepas
P.P. terima pengesahan penerimaan arahan dari kontraktor.

Jika tiada apa-apa pengesahan daripada P.P. dalam tempoh 7 hari dari tarikh pengesahan
kontraktor, arahan tersebut hendaklah dikira berkuatkuasa selepas 7 hari yang disebutkan
kemudian.
Arahan Lisan dikeluarkan oleh
P.P.
(01/06/2001)
Tidak disahkan oleh P.P. dalam
tempoh 7 hari

Kontraktor menghantar surat


kepada P.P. untuk mendapatkan
pengesahan terhadap arahan
lisan yang dikeluarkan oleh P.P
(08/06/2001)

Kontraktor melaksanakan
arahan apabila tiada perubahan
atau pembatalan dilakukan
dalam tempoh 7 hari
(15/06/2001)

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT - SYARAT KONTRAK SETARA BORANG C4006/UNIT 3/ 15

TAHNIAH SEKIRANYA ANDA


DAPAT MENJAWAB DENGAN
BETUL
MARI BERPINDAH KE UNIT
4

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS

You might also like