Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 35

Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 1 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

PEMAHAMAN (BAHAGIAN A)

SKOP PENGUJIAN JUMLAH SOALAN BENTUK SOALAN


Morfologi (Tatabahasa) 10 – 13 soalan Objektif Aneka Pilihan

Objektif Aneka Pilihan


Sintaksis (Ayat) 3 – 6 soalan
Objektif Aneka Pilihan Kompleks

Kefahaman (Petikan) 3 – 5 soalan Objektif Aneka Pilihan

TABURAN JAWAPAN ULANGAN / KEKERAPAN BENTUK JAWAPAN

Tiga kali, (jawapan sama) Pendek – panjang


Skema: (5 / 5 / 5 / 5)
Contoh 1: (A, A, A, B, C, D) Panjang - pendek
Minimum: 3, Maksimum: 7
Contoh 2: (A, B, B, B, D, C) Bentuk cekung
(3 / 5 / 5 / 7), (3 / 4 / 6 / 7)
Contoh 3: (C, A, B, D, D, D) Bentuk cembung

PENGENALAN – PEMBINAAN MODUL AMANJAYA

Pembinaan Modul Amanjaya adalah sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard


Sekolah Rendah (KSSR) dan mencakupi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) di samping cuba membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
semasa pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam bilik darjah. Format pentaksiran UPSR
yang baharu yang telah ditambah baik akan dilaksanakan mulai tahun 2016.

Sehubungan dengan itu, atas inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Yayasan
Perak bersama-sama Jurulatih Utama (JU) Bahasa Melayu Negeri Perak telah mengorak
langkah untuk menghasilkan Modul PdP Guru dan Modul Latihan Bahasa Melayu Amanjaya
UPSR 2016. Modul PdP Guru ini diharapkan dapat memberi panduan dan boleh membantu
guru-guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan PdP berpusatkan murid serta berasaskan
Standard Pembelajaran. Objektif dan aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan di dalam Modul
Amanjaya ini lebih berfokus kepada kemahiran menulis. Hasrat ini juga diharapkan dapat
menarik perhatian dan merangsang murid ke arah kesediaan minda mereka, bagi:
 Menghasilkan atau mengolah sesuatu idea secara asli atau autentik.
 Membuat pertimbangan, penilaian atau rumusan tentang sesuatu idea atau maklumat.
 Memberi ruang untuk menjawab (menaakul) dengan lebih bebas (respons terbuka).
 Menguji pemikiran aras tinggi (mengaplikasikan, menganalisis, menilai dan mencipta).
 Dapat menaksir kebolehan (mengaitkan idea atau maklumat bernas semasa memilih atau
ketika menentukan jawapan tepat).

Modul Latihan UPSR Amanjaya 2016 mengandungi item yang mengandungi topik
atau tajuk yang berasaskan latihan topikal tatabahasa pelbagai item yang terdiri daripada
soalan objektif dan subjektif termasuk soalan-soalan petikan kefahaman serta item Bahasa
Melayu Penulisan, Bahagian “A”, Bahagian “B” dan Bahagian “C” yang disertakan skema
jawapan lengkap. Namun demikian, guru-guru mata pelajaran boleh memurnikan skema
jawapan yang diberi bagi tujuan pemantapan PdP dan skor pemarkahan untuk murid.
Sebarang penambahbaikan sangat dialu-alukan bagi merealisasikan “Perak Excellent”.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 2 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

KATA GANTI NAMA


1. Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
2. Perkataan Ganti Nama dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Ganti Nama Diri, Ganti
Nama Umum, Ganti Nama Pertanyaan, Ganti Nama Petunjuk dan Ganti Nama Sendi.
3. Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
4. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a) Kata ganti nama diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b) Kata ganti nama diri singkat;

GANTI NAMA DIRI


(Kata Ganti Diri Pertama)
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang
bercakap, berbual-bual atau berkomunikasi.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk
jamak (lebih daripada satu).

KGD Pertama Penggunaannya


aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal
atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal) digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal) digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak) digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila
bercakap dengan orang kedua
kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

(Kata Ganti Nama Diri Kedua)


1. Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
2. Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk
jamak seperti berikut:

KGD Kedua Penggunaannya


anda (tunggal) digunakan, diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal) digunakan, diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan
kita dan juga dengan Tuhan
tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya atau
(tunggal / jamak) pertaliannya dengan kita

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 3 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

(Kata Ganti Diri Ketiga


1. Kata ganti diri ketiga adalah bagi merujuk orang ketiga kata-kata seperti mereka, beliau,
baginda hendaklah digunakan.
2. Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk, seperti:

KGD Ketiga Penggunaannya


baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru,
beliau (tunggal
dan pemimpin
dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
-nya (tunggal) digunakan untuk menggantikan kata ganti nama diri dan perlu
ditulis rapat dengan perkataan sebelumnya
dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak) digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

Kata Ganti Tanya


1. Kata ganti tanya adalah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan


apakah siapakah manakah bilakah bagaimanakah berapakah
kenapakah
mengapakah

Kata Ganti Tempat


1. Kata ganti tempat digunakan untuk menggantikan nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:

KG Tempat Penggunaannya
sana digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
sini digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang yang bercakap
situ digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak sejauh sana
benda, orang, ini, itu
binatang
tempat sini (digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana (digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ (digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
keadaan begini, begitu, demikian

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 4 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

Kata Ganti Tak Tentu.


1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Umum / Tak Tentu Ayat-ayat Contoh


apa-apa Entah apa-apa yang dibawanya.
(benda atau hal yang tidak tentu) Sofia tidak berkata apa-apa setelah dimarahi ibunya.
siapa-siapa Tidak ada siapa-siapa di dalam rumah itu.
(orang yang tidak tentu) Siapa-siapa saja boleh menyaksikan pertunjukan itu.
mana-mana Jangan ke mana-mana, duduklah di sini sahaja.
(benda / tempat yang tidak tentu) Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.

FOKUS PERKONGSIAN KATA GANTI NAMA DIRI (KGND)

KGND 1 KGND 2 KGND 3 FIKIRKAN – TANDAKAN (√ ) ATAU ( X )

saya awak dia/ia 1. Buku cerita itu dibaca oleh saya. {X}
aku kamu -nya 2. Baju kebaya moden itu dijahit oleh ibu. {√ }
beta tuan beliau
3. Kucing-kucing itu menjilat ekor mereka. {X}
patik puan baginda
hamba saudara mereka
4. Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. {X}
kita saudari 5. Makanlah ikan kerana ia mengandungi protein. {X}
kami kalian 6. “Awak hendak ke mana?” tanya Elly kepada ibunya. {X}
7. “Beta hendak berangkat ke Melaka,” kata Tun Perak. {X}
8. Abdul Rahim tidak datang ke sekolah kerana ianya sakit. {X}

SOALAN CONTOH – KATA GANTI NAMA – FORMAT UPSR

1 “Sebagai murid, ________ hendaklah belajar bersungguh-sungguh,” kata Cikgu Ramli.


A dia
B kita
C beliau
D mereka

2 Nur Aizatul Azni binti Abd. Aziz murid tahun Enam Sarjana. ________ berazam untuk
memperoleh 6A dalam UPSR pada tahun ini.
A Dia
B Aku
C Kami
D Awak

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 5 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

Soalan 1 hingga 70
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Mak Cik Rahimah pergi ke Kedai Telekom. ________ hendak melunaskan bil telefon
yang tertunggak.
A Dia
B Aku
C Kita
D Beliau

2 Haji Naser tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana ________ sedang menunaikan
umrah di Tanah Suci.
A kami
B kalian
C beliau
D mereka

3 “________ mesti tunggu hingga aku sampai di tempat itu,” kata Rostam mengingatkan
rakan-rakan sekelasnya.
A Mereka
B Kalian
C Kamu
D Anda

4 Suzana dan Normah ialah rakan sekelas. ________ tinggal di taman perumahan yang
sama, di Taiping.
A Kami
B Kamu
C Kalian
D Mereka

5 “Marilah ________ bersihkan kelas ini bersama-sama,” kata Muhammad Rahaimie


kepada rakan-rakan sekelasnya.
A dia
B kita
C kami
D kamu

6 Dato’ Azrul dihormati oleh para pekerjanya kerana ________ seorang majikan yang
prihatin dan baik hati.
A mereka
B beliau
C saya
D dia

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 6 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

7 “________ mesti berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga memperoleh 6A


dalam UPSR,” kata Cikgu Zahari memberi perangsang kepada anak didiknya.
A Kami
B Awak
C Kalian
D Mereka

8 “Tuan puteri sedang berdukacita. ________ mahu beristirahat buat sementara waktu,”
sembah dayang.
A Beta
B Patik
C Tuanku
D Baginda

9 “Patik akan melaksanakan segala perintah ________ itu,” kata Bendahara kepada
Permaisuri Rahimah.
A Beta
B Hamba
C Tuanku
D Baginda

10 “Permaisuri sedang bersantap bersama-sama keluarga ________,” kata Dayang Suri


kepada Laksamana.
A Beta
B Patik
C Tuanku
D Baginda

11 “Bentayan, bawakan kepada ________ keris panjang bersalut emas dan perak itu”,
perintah Sultan Mahmud Shah.
A aku
B beta
C awak
D baginda

12 “__________ harap seluruh kawasan istana dikawal dengan ketat supaya pihak musuh
tidak dapat masuk ke dalam istana,” titah baginda sultan kepada Bendahara.
A Beta
B Patik
C Hamba
D Baginda

13 “________ telah mengarahkan para hulubalang untuk menghapuskan lanun di perairan


Selat Melaka,” kata Temenggung kepada baginda sultan.
A Beta
B Patik
C Hamba
D Tuanku

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 7 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

KATA SENDI NAMA


1. Kata sendi nama merupakan perkataan yang digunakan untuk menghubungkan frasa
nama atau kata ganti diri dengan kata atau frasa yang lain dalam ayat,
2. Kata sendi nama terletak di hadapan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama diri.
3. Kata sendi nama mempunyai tugas yang berlainan dan perlu digunakan dengan betul.

KSN PENGGUNAAN / AYAT CONTOH

di (Menerangkan tempat atau arah)


Encik Saiful telah lama bertugas sebagai pengurus di syarikat milik ayah saya.
ke (Menerangkan tempat, arah, waktu atau masa)
Afiqah pergi ke Kuala Lumpur bersama-sama abangnya.
dari (Menerangkan arah, tempat, waktu atau masa)
Usaha membina ilmu perlu dimulakan dari peringkat sekolah rendah lagi.
daripada (Untuk menyatakan perbandingan, benda yang abstrak, asal kejadian,
bahagian sesuatu, pertentangan dan orang)
1. Pagar rumah Encik Asyraff semuanya diperbuat daripada besi tahan karat.
2. Azhari lebih tinggi daripada adiknya.
kepada (Menerangkan manusia, haiwan, pecahan dan keadaan yang mengalami
sasaran)
Hadiah yang besar itu diberikan kepada Cikgu Vijaya yang akan berpindah.
pada (Menerangkan masa, haiwan, benda yang abstrak / benda yang konkrit)
Syarikat hartanah itu akan mula beroperasi pada minggu hadapan.
(Perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan
tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja)
Layang-layang itu putus tali dan tersangkut pada tiang telefon.
akan (Untuk menunjukkan perasaan atau sikap)
Cikgu Murni sangat sayang akan anak-anak muridnya.
untuk (Menerangkan kegunaan sesuatu dan bahagian yang diperuntukkan)
bagi Kami sekeluarga turut dijemput untuk / bagi memeriahkan majlis itu.
(Menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan)
Pakaian seragam sekolah yang baharu ini untuk / bagi adik.
hingga (Menerangkan masa atau waktu)
Intan akan tetap menjaga ibunya yang uzur hingga akhir hayatnya.
tentang (Untuk menyatakan rujukan kepada sesuatu)
Mereka memberikan perhatian tentang kesalahan bahasa dalam ayat.
demi (Untuk menunjukkan tujuan, penegasan dan urutan)
Nur Alya menjawab soalan Sains itu satu demi satu dengan tenang.
bagai (Untuk menunjukkan perbandingan dan pelengkap)
seperti 1. Mereka saling berselisih pendapat seperti anjing dengan kucing.
umpama 2. Kecantikan puteri bongsu raja Parsi itu tiada tolak bandingnya bagai bulan
laksana dipagari bintang.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 8 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

KSN PENGGUNAAN / AYAT CONTOH

dengan (Untuk menyatakan keterangan cara, perbandingan, bersama-sama dan


penggunaan sesuatu sebagai alat)
1. Dia menebas lalang itu dengan sebilah parang.
2. Ibu ke pasar tani untuk mencari barangan keperluan bersama-sama ayah.
sejak (Untuk menunjukkan waktu atau masa bermula)
semenjak 1. Kakak menjadi pendiam sejak / semenjak kehilangan kawan karibnya.
2. Dia tidak pernah datang-datang lagi sejak / semenjak lamarannya ditolak.

KATA HUBUNG
Kata hubung ialah kata yang menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa
atau ayat dengan ayat.
Terdapat tiga (3) jenis kata hubung.

KATA HUBUNG CONTOH

Gabungan dan, atau, serta, kecuali, maka, tetapi, lalu, sambil


Pancangan apabila, jika, kalau, sekiranya, bahawa, hingga, supaya, agar, sejak
manakala, sebelum, setelah, kerana
Pasangan baik… mahupun, baik … ataupun, sedangkan … tambahan, entah …
entah, sungguhpun … namun, daripada … lebih baik,

14 Tuan Guru Besar telah diminta untuk menyampaikan hadiah ________ para pemenang
pertandingan teka silang kata itu.
A ke
B pada
C untuk
D kepada

15 ________ masa pendudukan Jepun, makanan dan barang-barang keperluan sangat


sukar didapati serta mahal pula harganya.
A Di
B Dari
C Pada
D Untuk

16 Kami dijangka ________ terlewat sampai ________ Pulau Langkawi kerana kereta
mengalami kerosakan.
A dari ... di
B akan ... di
C akan ... dari
D dengan ... ke

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 9 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

17 Kedua-dua orang murid prasekolah itu sangat pandai, tulisannya kemas dan mereka
juga dapat membaca ________ lancar.
A bagi
B hingga
C dengan
D kepada

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18 Pelayan hotel itu menghidangkan juadah yang istimewa ________ pelanggannya yang
menginap di hotel tersebut.
A serta
B untuk
C supaya
D daripada

19 “Lolongan anjing yang sayup-sayup itu datangnya ________ arah hutan bukit kampung
seberang,” kata abang kepada adik.
A di
B dari
C pada
D daripada

20 Mereka pergi ke Cameron Highlands menaiki sebuah bas yang disewa khas ________
pihak sekolah.
A oleh
B untuk
C dengan
D daripada

21 Marina Chin dan adiknya membersihkan longkang yang berlumut ________ sekeliling
kawasan rumah mereka.
A di
B ke
C pada
D untuk

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 10 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

22 Pak Hamid masih mengusahakan bendangnya ________ hari telah beransur senja.
A malahan
B sekiranya
C sementara
D kendatipun

23 Rizal berdiri ________ memberikan jawapan kepada soalan yang diajukan kepadanya.
A dan
B lalu
C hingga
D supaya

24 ________ hidupan laut merupakan sumber protein yang penting kepada manusia tetapi
ada juga spesiesnya yang mengancam dan berbahaya kepada manusia.
A Selagi
B Manakala
C Walaupun
D Sementara

25 Wan Raihan telah belajar bersungguh-sungguh. ________ dia sangat berharap akan
dapat melanjutkan pelajarannya di sekolah berasrama penuh.
A Jika begitu
B Selepas itu
C Lantaran itu
D Sementara itu

26 Rumah teres dua tingkat itu baru dicat oleh ayah ________ ada orang yang ingin
menyewa rumah tersebut.
A selagi
B kerana
C sekiranya
D sementara

27 Motosikal Pak Malek masih lagi meragam ________ motosikal itu baru sahaja keluar
dari bengkel motosikal minggu lepas.
A walhal
B sehingga
C sekiranya
D kemudian

28 Syamil melayari internet untuk mencari bahan bagi menyiapkan tugasannya, ________
menunggu Najmi tiba ________ dia tidak suka membuang masa.
A semenjak … demi
B sementara … selagi
C semenjak … kerana
D sementara … kerana

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 11 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

KATA BANTU

1. Kata bantu ialah perkataan yang memberi penerangan tentang kata kerja.
2. Kata bantu terbahagi kepada dua, iaitu:
(a) Kata bantu aspek
(b) Kata bantu ragam

KATA BANTU ASPEK

1. Kata bantu aspek menerangkan sesuatu perbuatan yang dilakukan dari segi masa.
2. Perbuatan itu pula menjelaskan sama ada belum, sudah, atau sedang dilakukan.
Contoh Kata Bantu Aspek
(akan, belum, sudah, telah, pernah, masih, sedang)
a) Perbuatan yang belum dilakukan (akan, belum)
1. Cikgu Wan Mariam akan ke Pulau Langkawi esok,” kata Guru Besar.
2. Puan Hanisah belum menjahit baju sutera itu lagi.
b) Perbuatan yang sudah dilakukan (sudah, telah, pernah)
1. Zurina sudah menjalani rawatan matanya yang sakit itu.
2. Kereta yang terlibat dalam pelanggaran itu telah ditunda.
3. Kamal Azhar pernah memenangi pertandingan deklamasi sajak pada tahun lepas.
c) Perbuatan yang sedang dilakukan (sedang, masih)
1. Aiman dan Asyraf masih membujang sehingga kini.
2. Puan Umairah sedang berbual-bual dengan Puan Aina.

KATA BANTU RAGAM

Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan perasaan yang
berkaitan dengan perbuatan yang hendak dilakukan atau kemampuan untuk melakukan
sesuatu perbuatan.
Contoh Kata Bantu Ragam
(hendak, mahu, boleh, dapat, wajib, mesti, perlu, harus)
a) Menyatakan kehendak atau kemahuan. (hendak, mahu)
1. Saya hendak ke sekolah petang nanti kerana ada latihan hoki.
2. Adik mahu makan nasi goreng ayam dan minum air milo ais.
b) Menyatakan keupayaan atau keizinan. (boleh, dapat)
1. Nabil Iman boleh menyertai lawatan ke Taman Air Shah Alam.
2. Encik Irfan dapat mengangkat beg yang berat itu.
c) Untuk menyatakan kemestian. (wajib, mesti)
1. Pelbagai janji manis yang dibuat wajib ditunaikan olehnya.
2. Encik Afiq mesti pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur pagi esok.
d) Untuk menyatakan keperluan. (perlu, harus)
1. Kereta ayah saya perlu diperiksa pada setiap tiga bulan.
2. Awak harus bersedia agar tidak tewas dalam perlawanan itu nanti.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 12 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

29 Nureen ________ menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia lima tahun yang lalu.
A sudah
B pernah
C sedang
D hendak

Soalan 30 berdasarkan gambar di bawah.

30 Semangat patriotisme iaitu cinta akan tanah air ________ disemai dalam kalangan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
A harus
B belum
C sedang
D hendak

31 Aizat dan kawan-kawannya ________ menyertai ekspedisi mendaki Gunung Jerai


semasa cuti persekolahan akhir tahun nanti.
A akan
B telah
C masih
D sedang

32 Pekerja kilang elektronik itu ________ bertutur dalam bahasa Jepun dengan baik.
A mahu
B dapat
C sudah
D hendak

33 Muhammad Aiman Irfan ________ tidur ketika kami sampai di rumahnya pagi tadi.
A mahu
B harus
C masih
D sudah

34 “Tentera Portugis ________ menakluki negeri Melaka,” kata Cikgu Ali kepada anaknya.
A mahu
B sudah
C pernah
D sedang

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 13 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

35 “Minuman kotak yang berperasa strawberi itu tidak boleh diminum kerana ________
tamat tarikh luputnya,” kata ibu kepada adik.
A akan
B telah
C belum
D pernah

36 Pakaian yang dijemur oleh kakak pagi tadi ________ kering lagi kerana cuaca
mendung sepanjang hari.
A dapat
B belum
C pernah
D sedang

37 Pak Cik Azrul ________ menghabiskan ubat antibiotik yang diberikan oleh Doktor
Samsiah yang merawat penyakitnya itu.
A mesti
B masih
C pernah
D sedang

Soalan 38 berdasarkan gambar di bawah.

38 Pasukan Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Tapah ________ menjadi johan dalam
perlawanan bola sepak semalam.
A akan
B telah
C mesti
D harus

39 Rombongan murid-murid Sekolah Kebangsaan Convent, Ipoh, Perak ________ dalam


perjalanan ke Melaka Bandar Bersejarah.
A akan
B telah
C harus
D sedang

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 14 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

KATA BILANGAN

1. Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung atau membilang sesuatu.
2. Kata bilangan terdiri daripada tujuh jenis, iaitu:
a. Kata Bilangan Tentu
b. Kata Bilangan Tak Tentu
c. Kata Bilangan Pecahan
d. Kata Bilangan Pisahan
e. Kata Bilangan Himpunan
f. Kata Bilangan Tingkat
g. Kata Bilangan Tanya

PENGGUNAAN KATA BILANGAN

Kata Bilangan Tentu (satu, dua, tiga, empat, sepuluh, seratus dan sebagainya)
1. Untuk menyatakan bilangan yang tentu.
2. Mesti diikuti dengan penjodoh bilangan yang sesuai
Adik ada menyimpan dua biji guli di dalam poket seluarnya.
Lima puluh hadiah berupa hamper disediakan untuk acara sukaneka itu
Hampir tiga ratus orang peserta menyertai Klinik UPSR anjuran Berita Harian di Ipoh.

Kata Bilangan Tak Tentu (beberapa, para, semua, segala, sekalian, setengah, sesetengah,
sebilangan, sebahagian, berbagai-bagai, pelbagai, dan sebagainya)
1. Untuk menyatakan bilangan yang tidak tentu atau tidak diketahui bilangannya.
2. Kata nama yang mengikutinya perlu diulang kerana kata bilangan itu sudah menunjukkan
maksud jamak.
Sesetengah murid tidak berminat untuk mengikuti aktiviti perkhemahan unit beruniform.
Pihak polis sedang mengumpul beberapa bukti lagi untuk mendakwa penjenayah itu.
Pelbagai jenis kuih dijual di Gerai Mak Dara sepanjang bulan Ramadan.

Kata Bilangan Pisahan (setiap, tiap-tiap, masing-masing)


1. Untuk menyatakan bilangan yang dikira satu persatu atau berasingan.
Pada setiap petang, Doktor Rizal akan menutup kliniknya pada pukul 6.00 petang.
Para tetamu duduk di tempat masing-masing apabila majlis hendak bermula.

Kata Bilangan Pecahan (satu perempat, dua pertiga, setengah, separuh, tiga suku)
1. Untuk menyatakan bilangan perkara yang terhimpun
Telah berbulan-bulan ibu menunggu kepulangan abang dari bandar.
Berlori-lori tanah merah digunakan untuk menimbus kawasan paya itu.
Separuh daripada harta datuknya telah didermakan kepada rumah anak yatim.

Kata Bilangan Tingkat (pertama, ketiga, kesembilan, keseribu)


1. Untuk menyatakan urutan atau giliran sesuatu frasa nama.
Ghani telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan lukisan itu.
Peserta yang mendapat tempat ketiga hingga kesepuluh akan menerima cenderahati.

Kata Bilangan Tanya (berapa)


1. Untuk mendapatkan maklumat tentang bilangan sesuatu.
Berapakah jumlah guli yang terdapat di dalam bekas kaca itu?
Harga sebuah kereta sorong itu berapa?

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 15 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

40 Haikal amat gemar makan telur ayam kampung masak ________ dengan madu lebah.
A segala
B semua
C seluruh
D separuh

41 Majikan syarikat itu melayani ________ pekerjanya dengan adil tanpa pilih kasih.
A semua
B separuh
C beberapa
D sebahagian

Soalan 42 berdasarkan gambar di bawah.

42 Puan Letchmi telah menyediakan ________ jenis juadah semasa rumah terbuka
sempena sambutan perayaan Deepavali.
A setiap
B separuh
C sepenuh
D pelbagai

43 ________ kali selepas bersolat, Muhammad Alif mengangkat ________ belah


tangannya memohon doa kepada Allah.
A Pertama ... kedua
B Setiap ... kedua-dua
C Sesetengah ... kedua
D Beberapa ... kedua-dua

44 Sudah ________ hari Nurul Hidayah tidak hadir ke sekolah kerana dia sakit mata.
A empat
B kelima
C puluhan
D sekalian

45 “Masukkan tiga ________ beras ke dalam sarung ketupat itu,” kata ayah kepada Zubir.
A suku
B semua
C separuh
D setengah

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 16 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

46 ________ ikan dan udang galah ditemui mati di sungai itu kerana dituba oleh mereka
yang tidak bertanggungjawab.
A Setiap
B Semua
C Segala
D Banyak

47 Hasni sangat gemar mengumpul ________ jenis setem dari dalam dan luar negara.
A setiap
B segala
C seluruh
D pelbagai

48 Dalam perjalanan dari Kelang ke Cameron Highlands, ________ murid berasa pening
dan ________ orang sudah muntah.
A setiap ... seluruh
B segala ... sebahagian
C segelintir ... beberapa
D setengah ... sebilangan

49 Hanya ________ ahli jawatankuasa yang hadir semasa mesyuarat bulanan PIBG itu.
A segenap
B segelintir
C setengah
D sebahagian

Soalan 50 berdasarkan gambar di bawah.

50 ________ lapisan masyarakat turut meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2015 itu.
A Ratusan
B Seduyun
C Segenap
D Beberapa

51 Semasa hendak ke pekan pagi tadi, Siti menunggu bas hampir ________ jam lamanya.
A setiap
B seluruh
C setengah
D sesetengah

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 17 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

PENJODOH BILANGAN

1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama dengan kata bilangan.
2. Penjodoh bilangan biasa digunakan selepas kata bilangan dan sebelum kata nama.

PENJODOH
PENGGUNAANNYA CONTOH
BILANGAN

angkatan Digunakan untuk kumpulan belia, pemuda, remaja, tentera,


manusia dan benda. polis, penulis, kapal perang,
baris Digunakan untuk benda atau ayat, bangku, kedai, kerusi, pokok,
manusia yang berbaris murid, orang, rumah
batang Digunakan untuk benda-benda gigi, galah, kayu, mancis, pena, lidi,
yang panjang, lurus atau keras paku, penyapu, rokok, sungai, tiang,
tongkat, lilin, jalan,
bentuk Digunakan untuk benda-benda cincin, mata kail, loket
kecil yang berkeluk
berkas Digunakan untuk benda yang buluh, kayu api, kunci, kunci, pensel,
telah diikat bersama-sama ranting, rotan, lidi
bidang Benda-benda yang lebar dan layar, kebun, sawah, tikar, ladang,
terbentang luas permaidani, kain
biji Buah-buahan atau benda yang batu, bola, cawan, pinggan, labu,
bulat dan kecil guli, butang, gula-gula, piring, telur,
terung, pelbagai jenis buah
bilah Benda-benda yang tajam dan pisau, keris, gunting, kapak, sabit,
runcing parang, kacip, gergaji, kapak, lidi,
tombak, lembing
buah Benda-benda yang besar dan rumah, masjid, bandar, peti sejuk,
padu serta tiada bentuk tertentu kereta, kapal terbang, buku, jam,
radio, kerusi
buku Benda-benda yang berbongkah roti, benang, sabun
atau berketul
butir Benda-benda yang bulat dan peluru, batu, permata, telur, manik,
kecil mutiara, intan, berlian
bungkus Benda-benda yang dibalut coklat, mi, mihun, nasi lemak
carik / cebis Benda-benda yang dikoyakkan kain, kertas
cubit Benda yang diambil sedikit garam, gula, serbuk perasa, serbuk
dengan jari kunyit, ikan, kuih, nasi
cocok Benda-benda yang dicucuk buah-buahan, sate, ayam percik
dengan lidi

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 18 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

PENJODOH
PENGGUNAANNYA CONTOH
BILANGAN
das Bunyi letupan dan tembakan meriam, pistol, senapang
deret Benda yang tersusun selari bangunan, kedai, rumah
dan berderet-deret
ekor Semua jenis binatang serangga, kuda, katak, ular
gelung Benda yang panjang, dawai, rotan, tali, wayar, kabel, filem
berlingkar dan bergelung
gulung Benda yang bergulung tikar, permaidani, ijazah
gugus Kumpulan benda dan buah- anggur, bintang, kunci, rambai,
buahan dalam setangkai langsat, pulau, rambutan
helai Benda yang nipis, lembut dan kertas, kain, baju, rambut
lebar.
ikat Benda-benda yang diikat kayu, tebu, serai, sayur-sayuran
Benda yang dipotong nipis-
hiris bawang, timun, lobak
nipis
Benda yang bertangkai dan
jambak bunga, kunci
dalam satu ikatan
Benda yang berkaki atau
kaki cendawan, payung, bunga
tangkai
kawan Kumpulan haiwan kambing, kerbau, burung, lebah
Benda yang dikepal dengan
kepal nasi, pulut, tanah
tangan
keping Benda yang nipis, leper, rata roti, gambar, papan, biskut, kad
ketul Benda yang berketul dan padu ais, arang, batu, daging, sabun
laras Untuk senjata api senapang, meriam
lembar Benda yang lurus dan panjang benang, rotan, wayar.
naskhah Untuk bahan bacaan surat khabar, majalah, risalah
pangsa Bahagian ruang dalam buah durian
papan Benda berbentuk kepingan petai, mercun, coklat
Benda dalam bilangan dua kasut, baju, stoking, suami isteri,
pasang
atau berpasangan subang
pucuk Senjata dan surat pistol, senapang, meriam, surat
Benda yang berbara atau
puntung rokok, kayu api
menyala
Benda serangkap, labuh dan
rawan jala, jaring, pukat
bersirat
ruas Benda yang beruas-ruas tebu, buluh
Tumbuhan yang tumbuh rapat
rumpun tebu, buluh, serai, Melayu
dan bangsa
Buah pisang yang masih
sikat / sisir pisang
berangkai
tandan Buah-buahan yang bertandan kelapa, pisang, kurma
tongkol Buah yang bertongkol jagung
ulas Isi buah-buahan nangka, durian, cempedak
Benda yang halus dan
urat benang, dawai, rambut
panjang
utas Benda yang panjang dawai, tali, rantai

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 19 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

52 Abang memberikan se ________ cincin kepada bakal isterinya.


A utas
B urat
C buah
D bentuk

53 Beberapa ________ dawai yang diletakkan oleh kakitangan TNB di sini telah hilang.
A urat
B gelung
C gulung
D bentuk

54 Mereka masih leka memilih beberapa ________ mata kail untuk digunakan semasa
memancing esok.
A keping
B batang
C bentuk
D bilah

55 Penyair itu telah mendeklamasikan ________ sajak pada Malam Pembacaan Puisi itu.
A seurat
B seuntai
C sepatah
D sebaris

56 Ibu menggunakan beberapa ________ arang untuk membakar beberapa ekor ikan keli.
A tongkol
B batang
C kerat
D ruas

57 Encik Peter mengimport berpuluh-puluh ________ kertas yang berkualiti tinggi dari
Jepun untuk syarikat percetakannya.
A helai
B buah
C gulung
D bungkus

58 Setelah penat mengerjakan sawah, nenek dan datuk berehat di pondok sambil makan
________ sirih.
A seikat
B sehelai
C sekapur
D sekeping

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 20 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

59 Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diamalkan oleh pengusaha


songket terutamanya di Terengganu.
A menekat
B menenun
C menyulam
D menganyam

60 Pasukan bola sepak sekolahnya gigih menjalani latihan. ________, mereka gagal
menjuarai pertandingan itu.
A Setelah itu
B Kalau begitu
C Tambahan pula
D Namun demikian

61 Pegawai kesihatan ________ kempen membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes


dalam kalangan penduduk di taman itu.
A terhebat
B kehebatan
C memperhebat
D memperhebatkan

62 Suara Muhammad Redzuan ________ sungguh sehingga mengganggu adiknya yang


sedang tidur lena.
A lunak
B garau
C manja
D nyaring

63 Hasrul Hazri ________ tunangnya seutas rantai emas semasa hari pertunangan
mereka pada 11 Oktober 2015 yang lalu.
A hadiahkan
B dihadiahkan
C menghadiahi
D menghadiahkan

64 Di kawasan hujung ladang FELDA Gunung Besout Lima itu masih terdapat banyak
lubuk ikan yang belum ________.
A teruja
B terusik
C tersebar
D terserlah

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 21 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

Soalan 65 berdasarkan gambar di bawah.

65 Pesawah itu menggunakan ________ untuk menghalau burung-burung pipit yang


memakan padi di bendangnya.
A baju-baju
B objek-objek
C orang-orang
D boneka-boneka

66 Pokok rambutan gading di dusun Pak Cik Razak ________ hingga mencecah tanah
kerana buahnya yang sungguh lebat.
A meluyut
B melabuh
C merimbun
D merendang

67 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
________ kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
A praakhir
B prasyarat
C prasejarah
D prasekolah

Soalan 68 berdasarkan gambar di bawah.

68 Encik Hamid dan anaknya membawa ________ buntil yang berisi dokumen penting
semasa mengharungi banjir untuk berpindah.
A sehelai
B sebuah
C segulung
D senaskhah

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 22 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

69 Albert Lee belajar dengan ________ supaya dia boleh memperoleh kecemerlangan
dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.
A tekun
B cakna
C bernas
D hikmah

70 Suara Muhammad Redzuan ________ sungguh sehingga mengganggu adiknya yang


sedang tidur lena.
A lunak
B garau
C manja
D nyaring

Soalan 71 hingga 76
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

71 I Makanan ala berat merupakan makanan kegemaran keluarganya.


II Pemuda itu dihukum penjara kerana melakukan kesalahan yang berat.
III Aktiviti lasak sebegini terlampau berat bagi murid-murid sekolah rendah.
IV Cik Nurul Huda agak berat meninggalkan kakaknya seorang diri di kampung.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

72 I Kerbau menarik bentang yang berisi peti-peti ikan di tepi Pantai Beserah.
II Abang Aidil diminta bentang permaidani yang baru dibeli itu di ruang tamu.
III Bentang kertas kerja projek belia itu akan disampaikan oleh pengerusinya sendiri.
IV Kawasan hutan yang luas bentang itu dipenuhi oleh pelbagai spesies flora dan
fauna.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 23 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

73 I Murid-murid prasekolah menyertai acara merebut pundi kacang ke dalam bakul.


II Dia gagal merebut undi terbanyak bagi pemilihan pengerusi belia di kampungnya.
III Penulis itu berjaya merebut hati para pembaca dengan gaya bahasanya yang indah.
IV Anuar ingin merebut kembali gelaran Raja Pecut Asia yang pernah dimenangi
dahulu.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

74 I Pak Cik Syahidan mengukir corak bunga raya pada jenang pintu rumahnya.
II Gadis Tionghoa itu tidak putus-putus mengukir senyuman semasa di temu ramah.
III Pengusaha Restoran Udang Galah itu mengukir pendapatan lumayan setiap bulan.
IV Pelukis muda itu sangat gemar mengukir gambar pemandangan pada sehelai
kanvas.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

75 I Filem semasa dahulu, masih diminati oleh genarasi muda hari ini.
II Saya belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga buat semasa ini.
III Televisyen Malaysia banyak menyiarkan ranncangan hal ehwal semasa.
IV Tuan Haji Hamzah tiada di rumahnya semasa saya menelefonnya pagi tadi.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

76 I Pak Tam melatah sebaik sahaja adik mencolok bahagian pinggangnya.


II Pakaiannya yang mencolok mata tidak sesuai dipakai oleh kakitangan awam.
III Ahli RELA mencolok kawasan yang gelap bagi memudahkan pergerakan mereka.
IV Pak Kasim terpaksa menggunakan galah untuk mencolok buah jambu batu yang
masak itu.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 24 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

Soalan 77 hingga 82
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

77 “Taklimat pengisian data ini dijangka akan berlarutan hingga pukul empat petang,” kata
Guru Besar kepada guru-gurunya.
A Guru Besar menyatakan bahawa pada pukul empat petang masa pengisian data
untuk guru-guru akan tamat.
B Guru Besar dijangka akan memberikan pengisian taklimat data ini hingga pukul
empat petang kepada guru-gurunya.
C Taklimat pengisian data ini dijangka akan berlanjutan hingga pukul empat petang
kata guru-guru kepada Guru Besar.
D Guru Besar memberitahu guru-gurunya berkemungkinan taklimat pengisian data
ini berlanjutan hingga pukul empat petang.

78 Delegasi Korea itu amat terpegun melihat hasil kraf tangan tradisional orang Melayu
seperti wau, tikar mengkuang, dan labu sayung.
A “Aduh, kraf tangan tradisional Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu
sayung sangat asli sekali!” kata delegasi Korea itu.
B “Wah, kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan
labu sayung amat hebat!” kata delegasi Korea itu.
C “Aduhai, kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan
labu sayung baik sungguh!” kata delegasi Korea itu.
D “Eh, keaslian kraf tangan tradisional Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan
labu sayung sukar dihasilkan!” kata delegasi Korea itu.

79 Pameran kereta antik di Dataran Menara Condong itu berlangsung selama seminggu.
A Kereta antik itu sudah dipamerkan seminggu di Dataran Menara Condong.
B Seminggu bersama-sama pameran kereta antik di Dataran Menara Condong.
C Dataran Menara Condong menjadi pusat pameran seminggu untuk kereta antik.
D Selama seminggu pameran kereta antik itu diadakan di Dataran Menara Condong.

80 “Kamu mesti menyiapkan semua tugasan itu hari ini,” kata Cikgu Leha kepada Sarah.
A Sarah dimestikan untuk menyiapkan semua tugasan hari ini oleh Cikgu Leha.
B Tugasan Cikgu Leha telah disiapkan oleh Sarah apabila disuruh dengan cepat.
C Hari ini Cikgu Leha menegur Sarah agar cepat menyiapkan semua tugasannya.
D Cikgu Leha mengarahkan Sarah supaya menyiapkan semua tugasan itu hari ini.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 25 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

81 “Lemang dan rendang kambing yang dihidangkan oleh nenek ini enak sungguh,” kata
adik kepada kakak.
A Adik dan kakak sedang menikmati lemang dan rendang kambing masakan nenek
yang sungguh enak.
B Adik memberitahu kakak tentang keenakan lemang dan rendang kambing yang
telah disajikan oleh nenek.
C Adik diberitahu tentang keenakan lemang dan rendang kambing yang dimasak oleh
nenek dan kakak mereka.
D Adik dan kakak diberitahu tentang kepandaian nenek membuat lemang dan
rendang kambing yang sangat enak.

82 Hari Usahawan 2015 anjuran PIBG sekolah saya mendapat sambutan hangat daripada
ibu bapa dan penduduk sekitar.
A Ibu bapa dan penduduk setempat menyambut baik usaha PIBG menganjurkan Hari
Usahawan 2015 sekolah saya.
B PIBG mengalu-alukan sambutan hangat para ibu bapa dan penduduk sekitar
terhadap Hari Usahawan 2015 yang dianjurkan.
C Sambutan hangat telah diberikan oleh ibu bapa dan penduduk sekitar terhadap Hari
Usahawan 2015 anjuran PIBG sekolah saya.
D PIBG sekolah saya berminat menganjurkan Hari Usahawan 2015 kerana mendapat
sokongan daripada ibu bapa dan penduduk sekitar.

Soalan 83 hingga 94
Pilih ayat yang betul.

83 A Sultan Selangor telah mengurniakan beliau sebutir pingat keberanian.


B Ibu menghidangi lauk-pauk yang amat istimewa untuk kami pada hari ini.
C Penduduk Taman Jati sentiasa mengamalkan sikap saling bantu-membantu.
D Pengusaha makanan dingin beku itu memperoleh pendapatan yang lumayan.

84 A Encik Nordin singgah di kedai itu untuk membeli sekilogram kayu arang.
B Batu arang merupakan antara bahan bakar yang penting pada masa dahulu.
C Seri Rampai Restoran menyediakan pelbagai jenis masakan tradisional Melayu.
D Amalina suka mendengar koleksi lagu-lagu nyanyian seniman agung P. Ramlee.

85 A Buku-buku nota Bahasa Melayu Penulisan UPSR itu tebal-tebal belaka.


B Puan Dewi membeli pelbagai jenis kuih-muih untuk sarapan pagi keluarganya.
C Kita akan memperoleh banyak ilmu pengetahuan jika kita rajin ke perpustakaan.
D Kedua orang anak perempuannya menjadi doktor pakar bedah di Hospital Assunta.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 26 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

86 A Jabatan Kerja Raya sedang memperlebar jalan di Kampung Teluk Birah.


B Oleh kerana kos pengeluaran meningkat, harga barang turut meningkat juga.
C Pemain ragbi yang beraksi ke padang itu adalah pemain baharu kelab tersebut.
D Mereka memancing udang galah di sungai itu daripada pagi hingga lewat petang.

87 A Oleh kerana hujan lebat, Muthu dan adiknya tidak hadir ke sekolah.
B Taklimat pengurusan kewangan itu ialah untuk semua pembantu tadbir.
C Dengan ini dimaklumkan bahawa permohonan pihak tuan telah diluluskan.
D Tiap pagi Puan Hanisah menghantar anak sulungnya ke sekolah dengan kereta.

88 A Dalam bekas plastik itu terdapat beberapa nasi lemak.


B Oleh kerana cuaca yang terlalu sejuk, Mary berbaju tebal.
C Banyak sejarah penting telah berlaku pada abad yang ke-15.
D Kedua pasukan itu tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil itu.

89 I Dia tinggal di taman perumahan itu semenjak dari lima tahun yang lalu.
II Masyarakat yang berbilang bangsa perlu hidup dalam suasana yang harmoni.
III Farid mengambil masa selama lima jam setengah untuk menyiapkan ukiran itu.
IV Guru Besar-Guru Besar sedang bermesyuarat di Hotel Grand Continental
Langkawi.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

90 I Arisha menerima sejambak bunga-bungaan daripada tunangnya yang tersayang.


II Harga ikan bawal putih betul mahal berbanding dengan harga ikan-ikan yang lain.
III Di negara kita tidak dibenarkan memperjualbelikan barangan terlarang seperti
candu.
IV Majlis kenduri selamat ini adalah bagi menyambut kepulangan adik dari luar
negara.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 27 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

91 I Muhammad Faiz tersentak apabila namanya dipanggil oleh Cikgu Effendi.


II Setengah-setengah murid kurang berminat menyertai kegiatan kokurikulum.
III Berbagai jenis makanan laut dijual dengan harga yang murah di pasar raya itu.
IV Hakim menjatuhkan penjenayah itu hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

92 I Cik Elissa menghiasi mukanya supaya lebih kelihatan cantik dan ceria.
II Hujan yang mula melebat menyebabkan kawasan rendah itu ditenggelami air.
III Mukanya berkerut cemas sambil menajam matanya memandang kepada budak itu.
IV Perajurit kita sanggup berkorban nyawa demi untuk mempertahankan negara
tercinta.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

93 I Lampu-lampu neon bergantungan di restoran makanan laut yang baru dibuka itu.
II Jam-jam tangan buatan negara Swiss itu amat berkualiti dan harganya juga mahal.
III Orang ramai diminta memikirkan cara yang terbaik bagi menangani gejala sosial.
IV Beberapa daerah di Kelantan akan terlibat dalam catuan bekalan air mulai hari ini.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

94 I Yang Berhormat Dato’ Shamsuddin menyampaikan ucaptama dalam majlis itu.


II Muhammad Abdul Samad menghadiahkan anak lelakinya sebuah basikal baharu
berwarna ungu.
III Mereka-mereka yang berkenaan sahaja akan dibenarkan masuk ke majlis jamuan
persaraan tersebut.
IV Setiap hari dia bersarapan dua biji telur ayam kampung masak separuh dengan
madu lebah asli.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 28 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

Soalan 95 hingga Soalan 98


Baca petikan surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Lot 208, Tanjung Gajah,


Kampung Sungai Dusun,
44010 Kuala Kubu Baharu.

Ketua Pengarah,
Pejabat Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN),
Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun,
44010 Kuala Kubu Baharu,
Selangor Darul Ehsan. 20 Oktober 2015.

Tuan,

KEGIATAN MEMBURU BINATANG DI HUTAN SIMPAN TANJUNG GAJAH

Merujuk perkara di atas, saya selaku Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung, (JKKK) Tanjung Gajah, Mukim Kampung Sungai Dusun memohon agar pihak
PERHILITAN dapat mengambil tindakan drastik terhadap pemburu-pemburu haram yang
memburu binatang di hutan yang berhampiran kampung kami.
2. Sejak akhir-akhir ini, kegiatan memburu binatang yang dilindungi di hutan itu semakin
menjadi-jadi. Kami mengesyaki pemburu-pemburu tersebut terdiri daripada orang luar dan
memburu binatang secara haram. Beberapa orang penduduk kampung terserempak dengan
mereka ketika mencari rotan, damar, petai, durian bukit dan hasil-hasil hutan.
3. Pemburu-pemburu itu hanya memburu pelanduk dan rusa. Tiga hari yang lalu, kami
telah terserempak dengan pemburu yang sedang mengandar rusa dan pelanduk untuk dibawa
keluar dari hutan semasa kami memikat ayam hutan serta burung punai gading.
4. Saya amat bimbang jika kegiatan ini tidak dikawal, banyak haiwan yang akan dibunuh.
Saya berharap agar pihak tuan dapat menyiasat perkara tersebut supaya haiwan-haiwan
berkenaan tidak diancam kepupusan akibat kerakusan manusia. Kami juga sedia memberi
kerjasama jika pihak tuan memerlukan bantuan.
5. Saya berharap semoga pihak tuan dapat mengatasi kegiatan pemburuan haram ini
dengan segera. Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,


AlifSyukri
(ALIF SYUKRI BIN MANSOR)
Setiausaha,
JKKK, Tanjung Gajah,
Kampung Sungai Dusun.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 29 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

95 Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh penulis dalam suratnya itu?
A Perasaan marah
B Perasaan kecewa
C Perasaan gembira
D Perasaan bimbang

96 Selain binatang buruan, apakah khazanah hutan yang dapat dijadikan sumber rezeki?
A Rotan, damar, petai dan durian bukit
B Buluh, petai, akar kayu dan rotan saga
C Kemenyan, durian bukit, rotan dan nipah
D Cendawan, damar, petai hutan dan madu lebah

97 Hutan Simpan Tanjung Gajah telah dikenal pasti oleh para pemburu banyak didiami
oleh binatang seperti
A pelanduk, rusa, ayam hutan, dan burung puyuh gading.
B burung punai, pelanduk, ayam hutan, seladang dan rusa.
C ayam hutan, rusa, sang kancil, dan burung punai gading.
D rusa, seladang, pelanduk, ayam hutan, dan burung punai.

98 Semua pernyataan tidak benar tentang petikan surat di atas, kecuali


A Pemburu mencuri damar dan rotan kepunyaan penduduk kampung.
B Sang kancil dan rusa menjadi penghuni Hutan Simpan Tanjung Gajah.
C Beberapa orang pemburu haram telah ditangkap oleh pihak PERHILITAN.
D Penduduk kampung mengandar pelanduk dan rusa yang ditembak pemburu.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 30 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

Soalan 99 hingga Soalan 102


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Bidor, barisan
penolong kanan, guru-guru dan anak didik sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada Persatuan Alam Sekitar sekolah ini kerana sudi menjemput saya
untuk menyampaikan ceramah tentang kempen kitar semula.

Hadirin sekalian,
Amalan kitar semula bahan-bahan buangan dapat mengurangkan masalah pencemaran
alam sekitar yang semakin hari semakin meruncing. Sikap segelintir masyarakat yang sering
memandang ringan terhadap pentingnya amalan kitar semula amatlah dikesali.

Kempen kitar semula merupakan suatu langkah yang bijak. Melalui kempen sebegini
kita dapat memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat tentang cara-cara dan
kaedah mengitar semula bahan-bahan buangan. Jika bahan buangan ini kita kitar semula, kita
telah menyelamatkan ekosistem hidupan akuatik, flora dan fauna daripada terjejas.

Daripada kita membuang barang-barang yang sudah lama itu, lebih baik kita cuba
untuk menggunakannya semula. Botol kaca misalnya, dapat digunakan untuk menyimpan air
masak. Manakala, botol plastik dipotong separuh untuk dijadikan pasu bunga. Kain langsir
lama pula dapat dijadikan kain lap atau didermakan kepada badan kebajikan.

Hadirin yang dihormati,


Amalan ini jika dilaksanakan secara berterusan pasti akan membuahkan hasil yang
kita harapkan. Pemberian insentif atau hadiah galakan kepada sesiapa yang menghantar
bahan-bahan buangan yang boleh kitar semula ke pusat-pusat pengumpulan. Tawaran
sedemikian mungkin dapat memberi galakan kepada orang ramai terutamanya kepada kanak-
kanak untuk mengumpul dan menghantar bahan buangan tersebut ke pusat-pusat
pengumpulan.

Tampaknya, enam puluh minit telah pun berlalu, setakat ini sahaja maklumat yang
dapat saya sampaikan. Saya amat berharap agar kempen kitar semula ini akan berjaya serta
mencapai objektif dan matlamat yang kita sama-sama harapkan.

Sekian, terima kasih.

99 Ceramah tentang pentingnya amalan kitar semula ini dikelolakan oleh


A Persatuan Hidup Sihat.
B Persatuan Segar Bugar.
C Persatuan Alam Sekitar.
D Persatuan Pencinta Alam.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 31 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

100 Orang ramai perlu mengambil berat dan menjayakan kempen kitar semula kerana
A bahan-bahan kitar semula merupakan barangan yang berharga.
B sesiapa yang tidak mengitar semula bahan buangan akan didenda.
C amalan kitar semula dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
D kempen kitar semula perlu dilakukan untuk menyelamatkan flora dan fauna.

101 Apakah harapan penulis pada akhirnya ceramahnya?


A Supaya orang ramai menjayakan kempen kitar semula
B Supaya orang ramai mengetahui pentingnya kitar semula
C Supaya orang ramai dapat menyelamatkan flora dan fauna
D Supaya orang ramai mempelajari cara-cara mengitar semula

102 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan ceramah di atas.


A Peserta ceramah hanya dalam kalangan murid-murid sekolah.
B Masyarakat masih memandang ringan terhadap amalan kitar semula.
C Ceramah kempen kitar semula disampaikan oleh Guru Besar SK Bidor.
D Penceramah menyarankan supaya botol kaca terbuang dijadikan pasu bunga.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 32 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

Soalan 103 hingga Soalan 106


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SABTU
10 OKTOBER 2015

7:00 pagi
Kami bersiap-siap untuk pergi ke Tanah Tinggi Genting. Ayah membawa kami bercuti
hujung minggu sempena meraikan ulang tahun hari kelahiran saya yang ke-12 pada hari
berikutnya. Perjalanan ke Tanah Tinggi Genting melalui pekan Bidor, Tanjung Malim, dan
Batang Kali.
Kami berhenti seketika di pekan Bidor untuk mengisi minyak kereta, selepas itu kami
meneruskan perjalanan kami ke Tanjung Malim. Kami berhenti sekali lagi untuk riadah,
berehat seketika serta minum pagi di sebuah restoran yang terletak berhampiran Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

12:00 tengah hari


Kami sampai di Tanah Tinggi Genting. Ayah terus memandu kereta ke Hotel Purnama. Ayah
dan ibu pergi ke kaunter khidmat pelanggan sementara saya dan adik melihat-lihat dan
meninjau kawasan sekitar. Udara yang dingin menyegarkan suasana. Kami membawa beg
pakaian ke bilik penginapan yang ditempah oleh ayah. Kami berehat sambil menikmati
makanan yang kami beli semasa singgah di pekan Tanjung Malim.

5:00 petang
Saya dan keluarga bersiar-siar di sekitar kawasan tempat kami menginap. Saya mengajak
adik mandi-manda di kawasan taman tema air mini yang disediakan oleh pihak hotel. Ayah
dan ibu mengawasi kami sambil minum di restoran yang berdekatan dengan taman tema air
mini itu.

8:00 malam
Ayah mengajak kami menjamu selera di Cafe Purnama. Semasa makan, kami telah
dihiburkan oleh persembahan muzikal oleh sekumpulan pemain muzik ghazal. Selesai makan
malam, kami bersiar-siar di lobi hotel untuk menyaksikan pameran orkid. Pelbagai jenis
bunga orkid dipamerkan di ruang legar tersebut, ibu berkesempatan membeli tiga pasu orkid
untuk menambah koleksi bunga di taman mini di tepi rumah kami.
Selepas itu, kami balik ke bilik hotel. Saya dan adik menonton televisyen. Setelah
selesai menonton televisyen, ayah dan ibu menyuruh kami tidur kerana esok merupakan hari
yang padat dengan atur cara lawatan. Kami tidur lena kerana suasana nyaman di kawasan
pergunungan.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 33 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

103 Bilakah keluarga penulis meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya?


A 9 Oktober 2015
B 10 Oktober 2015
C 11 Oktober 2015
D 12 Oktober 2015

104 Apakah aktiviti pertama yang dilakukan oleh penulis semasa bercuti Tanah Tinggi
Genting bersama-sama keluarganya?
A Makan sambil mendengar muzik.
B Membeli orkid di ruang legar hotel.
C Bermain di Taman Rekreasi Genting.
D Mandi-manda di taman tema air mini.

105 Penulis dan keluarganya menikmati hidangan makan tengah hari di


A Cafe Purnama
B sebuah restoran
C dalam bilik hotel
D pekan Tanjung Malim

106 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.


A Bapa penulis mengisi minyak keretanya sebanyak dua kali.
B Penulis dan keluarganya minum pagi di pekan Tanjung Malim.
C Hotel Purnama merupakan tempat penginapan penulis sekeluarga.
D Di tepi rumah keluarga penulis terdapat sebuah taman bunga mini.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 34 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

Soalan 107 hingga Soalan 110


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pengembaraan menggunakan basikal merupakan minat dan hobiku sejak kecil lagi. Aku telah
meluahkan hasrat dan impianku ini kepada ibu bapaku. Setelah mendapat keizinan daripada
mereka, aku pun memulakan pengembaraan mengayuh basikal kesayanganku menuju ke
utara meninggal bandar raya Ipoh. Aku menggalas beg yang berisi pakaian, barang-barang
keperluan sepanjang perjalanan dan sejumlah wang untuk perbelanjaanku ketika di
perantauan.

Hari pertama, aku mengayuh sejauh 50 kilometer. Selepas menempuh pelbagai


cabaran dan dugaan, akhirnya aku sampai di bandar Taiping ketika hari menghampiri senja.
Aku mencari gerai untuk mengalas perutku yang kosong. Setelah selesai solat Isyak di Masjid
Kampung Jambu, aku berborak-borak dengan tuan imam masjid tersebut. Aku menyatakan
hasratku untuk bermalam di masjid itu. Tuan imam merestui hasratku, aku dibenarkan
bermalam di situ.

Pada hari kedua pula, perjalanan yang terpaksa kulalui adalah 15 kilometer lebih jauh
daripada hari pertama. Satu pertiga perjalanan, aku terpaksa meredah hujan yang agak lebat.
Aku tiada pilihan lain, melainkan meneruskan sahaja perjalananku agar dapat tiba di destinasi
sebelum malam. Aku bersyukur kerana berjaya sampai di rumah kenalanku, Syahrul sebelum
Maghrib. Syahrul menyambut ketibaanku dengan begitu gembira sekali. Aku telah
menceritakan keinginanku ke utara. Syahrul ingin menemaniku dalam pengembaraan ini.
Pada malam itu, aku menjadi tetamu di rumahnya. Aku tidur lena kerana keletihan.

Keesokannya, aku dan Syahrul meneruskan kayuhan sejauh 75 kilometer dari Bukit
Jawi untuk sampai di Sungai Petani. Dalam perjalanan itu, kami mengalami sedikit masalah.
Tayar basikal Syahrul pancit. Kami meminta simpati daripada pemandu lori yang lalu ketika
itu. Akhirnya, sebuah lori enam tayar berhenti melihat isyarat daripada kami. Kami menaiki
lori itu sejauh 20 kilometer untuk sampai di sebuah kedai basikal. Setelah tayar basikal
Syahrul diganti dengan tayar yang baharu, kami meneruskan perjalanan. Malam itu, kami
tidur di Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Sebelum melelapkan
mata, pada malam itu sempat jugalah kami berbual-bual tentang kisah lama semasa di
sekolah rendah dahulu. Bak kata orang, mengimbas kembali nostalgia silam.

Pada hari berikutnya, kami meneruskan baki pengembaraan sejauh 70 kilometer lagi
untuk sampai di Alor Setar. Sepanjang perjalanan, kami melihat panorama yang begitu indah.
Hamparan sawah padi yang menguning, bukit-bukau dan gunung-ganang yang berbalam-
balam dengan kehijauannya serta pembangunan yang pesat di sana sini. Akhirnya, aku dan
Syahrul selamat sampai ke rumah datuk. Datuk terpaku seolah-olah terpukau apabila melihat
aku dan Syahrul menuntun basikal di hadapannya.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 35 Kertas Pemahaman 011(A) - Modul Amanjaya

107 Ke manakah ekspedisi kembara berbasikal yang dilakukan oleh penulis?


A Ipoh
B Taiping
C Alor Setar
D Sungai Petani

108 Penulis telah mengayuh basikalnya untuk sampai di rumah datuknya sejauh
A 210 kilometer
B 240 kilometer
C 260 kilometer
D 280 kilometer

109 Apakah yang penulis dapat lihat atau saksikan dalam perjalanan hari yang keempat
pengembaraannya?
A Bendang, bukit-bukau dan gunung-ganang
B Sawah, kebun buah-buahan dan bukit-bukau
C Bukit-bukau, ladang getah dan gunung-ganang
D Gunung-ganang, kawasan perindustrian dan bukit-bukau

110 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.


A Penulis dan Abidin mula berkenalan sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi.
Penulis dan Abidin mengambil masa selama empat hari untuk sampai di Alor
B
Setar.
Penulis mengayuh basikalnya sejauh 75 kilometer dari Bukit Jawi ke Sungai
C
Petani.
Selama pengembaraannya, penulis hanya memilih masjid sebagai tempat
D
bermalam.

KERTAS SOALAN TAMAT

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Pemahaman Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)

You might also like