Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

LAMPIRAN 1

GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN PEMANTAUAN WAKTU


MENUNGGU DI JABATAN PESAKIT LUAR HOSPITAL (JPL) DAN KLINIK
KESIHATAN

1. TUJUAN
Kertas ini bertujuan untuk memaklumkan kaedah pemantauan bagi
mengurangkan waktu menunggu kepada kurang dari 30 minit akan perkhidmatan
yang dijalankan di jabatan pesakit luar hospital dan perkhidmatan di klinik
kesihatan. Ia akan dipantau oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia secara
HARIAN dan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia secara
MINGGUAN.

2. DEFINASI WAKTU MENUNGGU


Definasi waktu menunggu bermula dari masa pelanggan mendapat nombor
giliran hingga masa beliau masuk bilik konsultasi untuk pemeriksaan.

3. LATAR BELAKANG
Tempoh lama menunggu yang dihadapi oleh pelanggan di hospital dan klinik
untuk mendapatkan rawatan, telah sering menimbulkan isu ketidakpuasan oleh
pelanggan. Perkara ini dikhuatiri boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan dan
imej Kementerian Kesihatan Malaysia.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengambil serius perkara ini dan seterusnya
menyarankan supaya semua pihak mengambil langkah pembaikan agar waktu
menunggu berada dalam tempoh 30 minit di semua hospital dan klinik.

Oleh yang demikian, bagi memastikan langkah penambahbaikan menepati


sasaran, Ketua Pengarah Kesihatan akan membuat pemantauan secara
HARIAN dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan akan memantau secara
MINGGUAN. Semua jabatan pesakit luar di hospital dan klinik kesihatan adalah
diarah untuk memasukkan data ke dalam eMasa sepanjang hari tetapi mesti
disempurnakan sebelum jam 7.00 pagi keesokan harinya.

6
Sistem ini akan memberi analisa secara sebenar dan semasa (realtime) kepada
Ketua Pengarah Kesihatan setiap hari dan mingguan kepada Yang Berhormat
Menteri Kesihatan.

4. PELAKSANAAN

Fasiliti:
Semua jabatan pesakit luar di hospital dan semua klinik kesihatan akan
melaksanakan pemantauan ini setiap hari.

Sampel pesakit:
Semua pelanggan yang hadir di Jabatan Pesakit Luar Hospital dan semua
pelanggan di Klinik Kesihatan.

Piawai :
Tempoh waktu menunggu di semua klinik dan jabatan pesakit luar hospital ialah
kurang 30 minit, bermula dari masa pelanggan mendapat nombor giliran hingga
masa beliau masuk bilik konsultasi untuk pemeriksaan.

Pencapaian yang akan dipantau ialah :


Bilangan (%) pelanggan/ klinik/ jabatan pesakit luar yang mencapai waktu
menunggu kurang 30 minit.

Aplikasi eMasa menggunakan borang-web yang dibangunkan oleh Bahagian


Teknologi Maklumat Kementerian Kesihatan bagi membolehkan pengumpulan
data dengan lebih efisien. Bagi klinik-klinik yang menggunakan sistem aplikasi
TeleprimaryCare dan Klinik Kesihatan Putrajaya, Bahagian Pembangunan
Kesihatan Keluarga KKM akan menyediakan antara muka (interface) antara
sistem eMasa dengan TeleprimaryCare dan PutraCare. Arahan yang sama
terpakai bahawa semua pelanggan adalah sampel pemantauan.

7
Arahan ini memerlukan semua jabatan pesakit luar di hospital dan klinik
kesihatan mendapatkan perkhidmatan talian internet dan komputer bagi
memudahkan penghantaran reten.

5. GARISPANDUAN PELAKSANAAN

5.1. Perincian - Waktu Menunggu


Waktu menunggu ditakrifkan dari masa nombor giliran diberi oleh
anggota pendaftaran sehingga dipanggil ke bilik konsultasi untuk
berjumpa petugas kesihatan, sama ada seorang pegawai perubatan/
pakar perubatan/ penolong pegawai perubatan. Jangkamasa ini diambil
sebagai tempoh waktu menunggu bagi klinik dan hospital yang memberi
perawatan kes biasa setibanya pelanggan di klinik atau jabatan pesakit
luar. Walaubagaimanapun definasi ini tidak boleh dipakai untuk kes
kritikal dan separa kritikal, kerana pesakit demikian khususnya
memerlukan rawatan segera.

5.2. Pemilihan Jabatan Pesakit Luar Hospital dan Klinik Kesihatan


Setiap negeri hendaklah memastikan semua jabatan pesakit luar di
hospital dan semua klinik kesihatan akan melaksanakan pemantauan ini
setiap hari. Jika klinik tiada talian internet dan komputer, klinik perlu
berusaha mendapatkan kemudahan ini.

5.3. Hari yang dipantau


Pemantauan dibuat setiap hari bekerja. Semua jabatan pesakit luar di
hospital dan klinik kesihatan adalah diarah untuk memasukkan data ke
dalam eMasa sepanjang hari tetapi mesti disempurnakan sebelum jam
7.00 pagi keesokan harinya.

5.4. Pemilihan pelanggan


Semua pelanggan yang hadir di klinik di Jabatan Pesakit Luar Hospital
dan semua pelanggan di Klinik Kesihatan.
Setiap pelanggan akan diberi slip-pemantauan apabila diberi nombor
giliran (sila lihat Lampiran A). Setiap petugas kesihatan ditugaskan untuk

8
mencatatkan masa pada slip pemantauan tersebut. Catatan masa ini
adalah perlu bagi tujuan pengisian data eMasa.

Piawai waktu menunggu ialah kurang 30 minit.


Tempoh waktu menunggu di semua klinik dan jabatan pesakit luar
hospital ialah kurang 30 minit, bermula dari masa pelanggan mendapat
nombor giliran hingga masa beliau masuk bilik konsultasi untuk
pemeriksaan.

Pencapaian yang dipantau ialah :


Bilangan (%) pelanggan/ klinik/ jabatan pesakit luar yang mencapai
waktu menunggu kurang 30 minit.

Bagi tujuan penambahbaikan, waktu yang diambil oleh petugas kesihatan


yang pertama dan waktu tamat perkhidmatan pelanggan, juga perlu di
catatkan supaya langkah intervensi tertentu boleh diambil.

5.5. Pengisian Data Dan Laporan


Slip pemantauan waktu menunggu setiap pelanggan yang terlibat akan
dikumpul dan dimasukkan ke dalam sistem eMasa sepanjang hari oleh
anggota yang ditugaskan tetapi mesti disempurnakan sebelum jam 7.00
pagi keesokan harinya.

5.5.1. Maklumat Slip Pemantauan


Pelanggan yang terlibat akan dikenalpasti oleh petugas kesihatan dan
diberi slip pemantauan dan waktu dicatat oleh petugas kesihatan iaitu
• Waktu diberi nombor giliran
• Waktu kad rawatan diberi kepada pelanggan
• Waktu pelanggan dipanggil ke bilik konsultasi
• Waktu pelanggan selesai di bilik konsultasi
• Waktu pelanggan tamat di klinik oleh petugas terakhir

Sila lihat carta alir pengambilan waktu menunggu di Jabatan Pesakit


Luar Hospital dan Klinik Kesihatan seperti dalam Lampiran B.

9
5.5.2. Reten dan Beban Kerja

Semua slip pemantauan waktu menunggu pelanggan dikumpul dan


dimasukkan ke dalam aplikasi Borang-web eMasa. Sila rujuk
Lampiran 3 (Tatacara penggunaan sistem eMasa).

Pihak negeri diminta memantau reten oleh setiap klinik dan output
yang dikeluarkan oleh sistem eMasa. Sila rujuk Lampiran 4
(Tatacara mengakses laporan eMasa). Kesahihan maklumat adalah
penting bagi mendapatkan gambaran sebenar.

5.6. Infrastruktur

5.6.1. Fasiliti , Struktur dan Peralatan


Pengurusan klinik/hospital hendaklah menyediakan ruang menunggu
yang selesa, teratur, kemas dan bersih serta dilengkapi dengan kerusi
yang sesuai dan berkeadaan baik.

Kaunter khas hendaklah disediakan bagi warga tua, kanak-kanak kecil,


orang kurang upaya, penderma darah, pelanggan tenat dan ibu-ibu
mengandung bagi memastikan keprihatinan pihak pengurusan
klinik/hospital terhadap pelanggan.

Bilik konsultasi hendaklah kemas, teratur dan bersih serta dilengkapi


dengan semua peralatan untuk pemeriksaan. Bilik pemeriksaan yang
berasingan hendaklah disediakan untuk pengendalian kes yang
memerlukan ‘kerahsiaan’ (confidentiality) supaya pelanggan lebih
mudah berinteraksi dengan petugas kesihatan dan selesa.

Di ruang menunggu digalakkan penyediaan TV dan radio serta bahan


bacaan bekaitan kesihatan. Dari semasa ke semasa pertunjukan video
dan sesi pendidikan kesihatan atau penilaian sendiri risiko kesihatan
hendaklah diadakan. Ini bertujuan untuk mengurangkan rasa jemu

10
para pelanggan serta memastikan masa menunggu ini digunakan
dengan sebaiknya.

5.7. Proses Kerja

5.7.1. Piagam pelanggan dan carta aliran kerja hendaklah dipamerkan di


ruang menunggu klinik yang bersesuaian
5.7.2. Kaunter pendaftaran hendaklah dibuka ½ jam sebelum sesi klinik
bermula.
5.7.3. Semua rekod pelanggan dengan temujanji hendaklah di kumpulkan 1
atau 2 hari sebelum tarikh sesi klinik berkenaan.
5.7.4. Semua keputusan ujian-ujian yang telah dilakukan sebelum sesuatu
sesi klinik hendaklah dipastikan diperolehi dan berada dalam ‘folder’
rekod pelanggan.
5.7.5. Pelanggan yang berkeadaan lemah dan tenat hendaklah dibenarkan
melakukan pemeriksaan lebih awal oleh petugas kesihatan. Seorang
petugas yang terlatih hendaklah peka kepada pelanggan-pelanggan
yang memerlukan perhatian awal dengan berjumpa pegawai
perubatan/pakar perubatan.
5.7.6. Setiap klinik dan jabatan pesakit luar perlu mempunyai seorang
pegawai perhubungan pesakit (Patients Relations Officer). Pegawai ini
bertugas sebagai penyelaras kepada perjalanan perkhidmatan di klinik
dan jabatan pesakit luar, serta memberi bantuan kepada
pesakit/pelanggan yang perlu khususnya mereka yang memerlukan
bantuan segera atau kritikal.
5.7.7. Petugas kesihatan hendaklah memastikan pelanggan-pelanggan
menjalani prosedur tertentu sebelum berjumpa pegawai
perubatan/pakar perubatan/penolong pegawai perubatan. Prosedur-
prosedur yang dimaksudkan adalah ujian–ujian seperti ECG, X-RAY,
`Urine test’, Urinary Catherisation dan juga ‘Wound Dressing’.
5.7.8. Semua petugas kesihatan yang dijadualkan bertugas di setiap sesi
klinik hendaklah memulakan pengendalian klinik pada masa yang
ditetapkan. Ketua jabatan hendaklah memastikan perkara ini
dilaksanakan seperti sepatutnya. Nama-nama pakar perubatan /

11
pegawai perubatan/ penolong pegawai perubatan/ jururawat yang
dijadualkan bagi setiap klinik hendaklah dipamerkan.
5.7.9. Pakar perubatan/ pegawai perubatan/ penolong pegawai
perubatan/jururawat mesti memberi penerangan yang jelas pada
pelanggan mengenai keadaannya, rawatan yang diperlunya serta
perancangan rawatan yang seterusnya.
5.7.10. Pegawai perubatan/penolong pegawai perubatan lelaki hendaklah
memastikan seorang ‘chaperone’ wanita sentiasa berada bersama
mereka semasa pemeriksaan/ rawatan ke atas pelanggan wanita.
5.7.11. Pelanggan yang sedang menunggu untuk diperiksa adalah digalakkan
untuk menjalani ujian saringan faktor risiko i.e BMI, pemeriksaan
tekanan darah.
5.7.12. Pelanggan-pelanggan hendaklah diberi penjelasan mengenai lawatan
susulan (follow up) dan prosedur/ ujian yang perlu dijalani seterusnya
jika berkenaan. Sekiranya pelanggan sudah dirujuk ke tempat lain,
penerangan hendaklah dibuat berkaitan perkara ini.

5.8. Penggunaan Sumber Manusia dan kemahiran petugas

5.8.1. Pihak pengurusan hospital dan klinik hendaklah mengoptimakan


penggunaan tenaga manusia dengan melakukan `deployment’ dari
masa ke semasa sama ada di antara klinik-klinik ataupun di antara
wad dan klinik bergantung kepada kesibukan sesuatu tempat
penyampaian perkhidmatan.
5.8.2. Pihak pengurusan hospital dan klinik hendaklah memastikan yang
setiap klinik dan jabatan pesakit luar hospital mempunyai penyelaras
untuk mengendalikan perjalanan sesebuah klinik.
5.8.3. Seseorang yang terlatih diperlukan bertindak sebagai pegawai
perhubungan pesakit (Patients Relations Officer).
5.8.4. Semua petugas samada di kaunter pendaftaran, bilik pemeriksaan,
bilik perawatan perlu sentiasa berpakaian kemas, kelihatan ceria dan
memberi layanan yang baik. Cara berkomunikasi dengan pelanggan-
pelanggan, waris-waris mereka dan juga dengan rakan setugas

12
hendaklah sejajar dengan ciri-ciri budaya korporat Kementerian
Kesihatan Malaysia.
5.8.5. Analisa keperluan sumber secara evidence-based ini diharap dapat
membantu perancangan keperluan sumber sebenar ke arah
memperbaiki tahap perkhidmatan di klinik kesihatan dan jabatan
pesakit luar hospital.

5.9. Peranan Pelanggan dan Penyelaras klinik

5.9.1. Dalam usaha memastikan kelancaran sesi klinik, penyelaras perlu


berusaha agar pelanggan ;
• Menepati masa dan tarikh temujanji.
• Mematuhi Perancangan Jangka Panjang Perawatan (Care
Plan).
5.9.2. Pelanggan yang bertindak kasar dan menunjukkan kekerasan
hendaklah diberi nasihat dan ditenangkan oleh pegawai penyelaras
klinik dan pegawai perhubungan pesakit (Patient Relations Officer).
5.9.3. Penjagaan Pra hospital
Bagi penjagaan pra-hospital, kemudahan adalah kepada pelanggan-
pelanggan yang memerlukan rawatan segera dan dalam keadaan
cemas. Sistem ‘Triaging’ hendaklah dilaksanakan sepenuhnya.

6. PROSES PEMANTAUAN

Pihak Pengurusan jabatan pesakit luar hospital, klinik kesihatan, daerah dan
negeri adalah diminta membuat analisa dan penilaian ke atas prestasi
pencapaian dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan secara
berterusan.

13
7. TARIKH KUATKUASA

Garispanduan ini berkuatkuasa mulai dari tarikh surat ini dikeluarkan.

8. TANGGUNGJAWAB

Sebarang pertanyaan atau cadangan balas mengenai garispanduan ini


hendaklah dirujuk kepada:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
Aras 7 & 8, Blok E10, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
No. Telefon : 03-8883 4001
No. Fax : 03-8883 2210

Pengarah
Bahagian Perkembangan Perubatan
Aras 7 & 8, Blok E1, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
No. Telefon : 03-8883 1046
No. Fax : 03-8883 1427

14
LAMPIRAN A

SLIP PEMANTAUAN WAKTU MENUNGGU UNTUK PELANGGAN

TARIKH:

WAKTU KAD
WAKTU WAKTU PETUGAS
RAWATAN
DIBERI DIPANGGIL WAKTU KESIHATAN
LOKASI DIBERI
NOMBOR KE BILIK SELESAI YANG
KEPADA
GILIRAN KONSULTASI MEMERIKSA
PELANGGAN
PENDAFTARAN

TRIAGE

MAKMAL

XRAY

REHAB

BILIK KONSULTASI

B. PROSEDUR

FARMASI
LAIN-LAIN
: NYATAKAN
JUMLAH

15
LAMPIRAN B

CARTA ALIR PENGAMBILAN WAKTU MENUNGGU DI JABATAN PESAKIT


LUAR HOSPITAL / KLINIK KESIHATAN

Pelanggan mengambil nombor giliran Waktu dicatitkan


waktu klinik dibuka

Kad Pesakit Diterima Waktu dicatitkan

Pesakit berjumpa dengan 1st Provider


(Bilik Konsultasi. Lain-lain bilik juga Waktu dicatitkan
dipantau iaitu Unit Makmal, Unit Xray,
Bilik Prosedur atau Unit Farmasi

Pesakit melawat ke lokasi-lokasi atau Waktu dicatitkan


lokasi yang lain selepas berjumpa 1st
provider

Waktu dicatitkan
Pesakit ke unit yang terakhir sebelum dan serahkan
balik ke rumah. borang kepada
anggota di situ

16
LAMPIRAN 2
BORANG CATATAN WAKTU

Pendaftaran Triage Makmal Pengimejan / Xray


Masa Masa
Tarik Pesak Time RE Masa Masa Masa Masa
Time Mas Masa Masa Mas Masa Masa Tungg Consul Mas Masa Masa
h it Sedi G Tungg Consu Tungg Consu
Leta a Dipang Seles a Dipang Seles u di t di a Dipang Seles
a TIM u di lt di u Di lt Di
k IC Tiba gil ai Tiba gil ai Makm Makm Tiba gil ai
Kad E Triage Triage Xray Xray
al al
0:0
p1 7:30 7:35 5 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00
0:0
p2 7:35 7:43 8 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00
0:1
p3 7:40 7:55 5 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00
0:0
p4 8:30 8:34 4 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00
0:0
p5 8:35 8:42 7 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00
0:0
p6 8:40 8:46 6 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00
0:0
p7 7:30 7:33 3 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00
0:0
p8 7:35 7:41 6 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00
0:0
p9 7:40 7:43 3 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00
0:0
p10 8:30 8:37 7 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00
0:0
p11 8:35 8:39 4 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00
0:0
p12 8:40 8:46 6 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00
0:0
p13 7:30 7:35 5 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00
0:0
p14 7:35 7:38 3 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00
0:0
p15 7:40 7:48 8 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

17
0:0
p16 8:30 8:37 7 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00
0:0
p17 8:35 8:39 4 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00
0:0
p18 8:40 8:45 5 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00
0:0
p19 8:56 9:04 8 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

SAMBUNGAN BORANG CATATAN WAKTU

Bilik Pemeriksaan Bilik Prosedur

Masa Tunggu Di Masa Consult Di Masa Masa Tunggu Di Masa Consult Di


Masa Tiba Masa Dipanggil Masa Selesai Masa Tiba Masa Selesai
B. Pemeriksaan B. Pemeriksaan Dipanggil B. Prosedur B. Prosedur

8:30 8:45 8:58 0:15 0:13 8:58 8:59 9:00 0:01 0:01
0:00 0:00 0:00 0:00
0:00 0:00 0:00 0:00
0:00 0:00 0:00 0:00
0:00 0:00 0:00 0:00
0:00 0:00 0:00 0:00
0:00 0:00 0:00 0:00
0:00 0:00 0:00 0:00
0:00 0:00 0:00 0:00
0:00 0:00 0:00 0:00
0:00 0:00 0:00 0:00
0:00 0:00 0:00 0:00

18
0:00 0:00 0:00 0:00
0:00 0:00 0:00 0:00
0:00 0:00 0:00 0:00
0:00 0:00 0:00 0:00
0:00 0:00 0:00 0:00
0:00 0:00 0:00 0:00
0:00 0:00 0:00 0:00

SAMBUNGAN BORANG CATATAN WAKTU

Farmasi Waktu
pesakit
Keseluruhan Keseluruhan
Keseluruhan tamat di Jumlah Jumlah
Masa Masa Tunggu Masa Consult Masa Masa providers
Masa Tiba Masa Selesai Masa Di Klinik klinik oleh Kedatangan Anggota
Menunggu Consultation
Dipanggil Di Farmasi Di Farmasi provider
terakhir

9:00 9:10 9:11 0:10 0:01 0:43 0:58 1:41 F


0:00 0:00 0:20 0:00 0:20 D
0:00 0:00 0:27 0:00 0:27 M
0:00 0:00 0:16 0:00 0:16 M
0:00 0:00 0:19 0:00 0:19 F
0:00 0:00 0:18 0:00 0:18 M
0:00 0:00 0:15 0:00 0:15 M
0:00 0:00 0:18 0:00 0:18 D
0:00 0:00 0:15 0:00 0:15 D
0:00 0:00 0:19 0:00 0:19 D
0:00 0:00 0:16 0:00 0:16 M

19
0:00 0:00 0:18 0:00 0:18 D
0:00 0:00 0:17 0:00 0:17 F
0:00 0:00 0:15 0:00 0:15 M
0:00 0:00 0:20 0:00 0:20 M
0:00 0:00 0:19 0:00 0:19 M
0:00 0:00 0:16 0:00 0:16 D
0:00 0:00 0:17 0:00 0:17 D
0:00 0:00 0:20 0:00 0:20 D

20
LAMPIRAN 3
TATACARA PENGGUNAAN SISTEM eMASA

1. Sistem boleh diakses melalui internet menggunakan alamat berikut :


http://emasa.moh.gov.my
Setelah diakses, Menu Login akan dipaparkan seperti berikut :

2. Masukkan Id Pengguna & Katalaluan dan klik butang ‘Login’. Sistem akan
memaparkan Borang Pemantauan Waktu Menunggu seperti berikut :

21
3. Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ’Submit’.
Nota :
Bagi maklumat waktu, masukkan data mengikut format HH:MM
dimana HH - jam, MM – minit.
Contoh : 8.20 pagi masukkan 08:20
2.15 ptg masukkan 14:15

4. Ulang proses-3 di atas sehingga semua waktu bagi setiap pesakit dimasukkan.

5. Laporan Waktu Menunggu.


Laporan ini bertujuan untuk memaparkan semua data-data yang telah
dimasukkan bagi setiap pesakit dan juga memaparkan waktu menunggu yang
telah dikira oleh sistem. Bagi melihat laporan ini, lakukan langkah berikut :

i. Klik ’Laporan Waktu Menuggu’ pada menu bar ( dibahagian atas skrin).
ii. Masukkan Tarikh laporan yang dikehendaki dan klik butang ’Cari’.
Laporan akan dipaparkan.

6. Pindaan Data
Data-data yang telah dimasukkan boleh dipinda jika terdapat kesalahan. Untuk
membuat pindaan, lakukan langkah berikut :

i. Paparkan ’Laporan Waktu Menunggu’ sepert di proses-5.


ii. Klik butang ’Edit’ dihujung kanan bagi baris no.pesakit yang hendak
dipinda. Skrin pindaan data akan dipaparkan.
iii. Masukkan data yang betul pada ruang-ruang yang berkaitan dan klik
butang ’Submit’.

7. Memasukkan Data Tertunggak.


Data-data bagi tarikh tertunggak masih boleh dimasukkan ke dalam sistem
dengan melakukan langkah berikut :

i. Lalukan cursor pada ’Daftar Waktu Menunggu’ di menu bar dan klik
’Tarikh Tertunggak’.
ii. Masukkan Tarikh berkaitan dan klik butang ’Cari’.
Skrin kemasukan data akan dipaparkan.
iii. Masukkan semua data dan klik butang ’Submit’. Ulang proses ini sehingga
semua data pesakit-pesakit dimasukkan.

8. Keluar dari Sistem


Untuk keluar dari sistem, klik ’Keluar’ di menu bar.

22
23
24
25

You might also like