BMMB3143 - Tutor Minggu 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

BMMB3143

Tutorial minggu 1

Secara individu, jelaskan perkara-perkara berikut secara ringkas: (setiap jawapan anggaran
50-80 patah perkataan)

1. Mengapakah penyelidikan perlu dilaksanakan secara saintifik?


Penyelidikan perlu dilaksanakan secara saintifik supaya dapat memberikan pemahaman
yang lebih kukuh dan jelas. Penyelidikan secara saintifik dapat menyelesaikan masalah
secara logik, teratur dan mendalam dalam aspek penentuan masalah, pengumpulan dan
menganalisis data serta membuat kesimpulan tertentu. Seterusnya, penyelidikan secara
saintifik mempunyai tujuan yang jelas dan dibuat secara bersungguh-sungguh.
Penyelidikan saintifik melibatkan prosedur-prosedur yang dirancang dengan teliti dan
analisis yang dilakukan adalah secara ketat dan terperinci.

2. Huraikan aspek-aspek utama dalam etika penyelidikan


Etika Penyelidikan ialah amalan terbaik dalam penyelidikan yang menjunjung tinggi prinsip
teras etika dalam melindungi hak dan keselamatan manusia dan ekosistem demi
kesejahteraan sejagat di samping mematuhi semua peraturan dan perundangan. Antara
aspek utama dalam etika penyelidikan ialah kerahsiaan. Sebarang komunikasi berkaitan
dengan aktiviti penyelidikan yang telah dikelaskan sebagai sulit mesti dirahsiakan.
Penyelidik perlu jujur dalam merekod, melapor dan menganalisis data. Sifat berhati-hati
perlu untuk mengelakkan sebarang kesilapan yang boleh menjejaskan mutu penyelidikan.
Penyelidik perlu terbuka dalam menerima sebarang kritikan membina yang diberikan. Sifat
keterbukaan ini juga meliputi perkongsian data, keputusan, idea dan bahan yang tidak
termasuk perkara-perkara yang dikelaskan sebagai rahsia.

3. Jelaskan perbezaan antara penyelidikan asas dengan penyelidikan gunaan


Penyelidikan asas dan gunaan adalah dibezakan oleh matlamat dan tujuan penyelidikan itu
dijalankan. Tujuan penyelidikan asas untuk meningkatkan kefahaman tentang teori-teori
sedia ada atau menghasilkan teori baru tanpa memberi perhatian terhadap aspek aplikasi
praktikal dalam jangka masa terdekat. Manakala penyelidikan gunaan pula memberi fokus
untuk menjawab dan menyelesaikan sesuatu permasalahan tertentu, praktikal dan segera
berasaskan pengetahuan sedia ada.

You might also like