Kecerdasan Emosi

You might also like

Download as xlsx, pdf, or txt
Download as xlsx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KECERDASAN EMOSI – PENILAIAN KENDIRI COACH

Sila kenal pasti kecerdasan emosi anda dengan memberikan skor kepada setiap item dibawah.
Tuliskan skala anda dalam ruang yang disediakan berpandukan Jadual Skala yang diberikan di bawah.

JADUAL SKALA
0 TIDAK PERNAH
1 JARANG SEKALI
2 KADANG-KADANG
3 KERAP
4 SANGAT KERAP

A) KESEDARAN KENDIRI
Bil. ITEM SKALA
1 Perasaan saya adalah jelas pada setiap masa sesi coaching dijalankan 4
2 Emosi memainkan peranan penting dalam setiap sesi coaching saya 4
3 Mood saya memberi kesan kepada coachee saya 2
4 Adalah mudah untuk saya menyatakan perasaan saya melalui kata-kata kepada coachee 3
5 Mood saya mudah dipengaruhi oleh peristiwa yang berlaku sekitarnya/mood coachee saya 3
6 Saya mudah menjangkakan bila waktunya saya akan berasa tidak selesa 4
7 Saya bersedia untuk memberitahu coachee tentang perasaan sebenar saya 4
8 Saya mudah menerangkan apa yang saya rasa kepada coachee 4
9 Semasa saya bersedih, saya sedar mengenainya dan berupaya sembunyikannya dari dikesan oleh coachee 3
10 Saya dapat membezakan antara pemikiran dan perasaan yang saya alami. 4
JUMLAH SKOR 35

B) PENGURUSAN KENDIRI
Bil. ITEM SKALA
1 Saya bertanggung jawab ke atas setiap tindakan yang diambil oleh saya disepanjang sesi coaching 4
2 Saya senang untuk menentukan dan menghayati matlamat yang dibina bersama coachee 3
3 Saya mempunyai emosi yang seimbang sepanjang sesi coaching dijalankan 3
4 Saya seorang yang sangat sabar. 4
5 Saya boleh menerima komen kritikal daripada orang lain tanpa merasa marah 4
6 Saya mampu mengawal emosi, walaupun semasa berada dalam tekanan 4
7 Jika sesuatu masalah tidak menjejaskan saya secara langsung, saya tidak membiarkannya mengganggu saya. 4
8 Saya mampu mengawal diri apabila saya berasa marah terhadap seseorang. 4
9 Saya mampu mengawal keinginan untuk mengatasi masalah yang boleh mengganggu kesejahteraan saya 4
10 Saya lebih menjurus kepada melakukan sesuatu yang kreatif. 3
JUMLAH SKOR 37

C) KESEDARAN SOSIAL
Bil. ITEM SKALA
1 Saya mempertimbangkan impak keputusan saya terhadap coachee 3
2 Saya boleh merasakan dengan mudah jika coachee menjadi tidak selesa. 3
3 Saya dapat merasakan apabila mood coachee itu berubah semasa sesi coaching dijalankan 3
4 Saya mampu menenangkan perasaan coachee apabila beliau berada dalam situasi yang menyedihkan 4
5 Saya mampu memahami perasaan orang lain di sekeliling saya 4
6 Coachee boleh berkongsi sesuatu perkara mengenai diri mereka sendiri 3
7 Ia benar-benar mengganggu saya untuk melihat coachee dalam keadaan tertekan 4
8 Saya kebiasaannya tahu bila masa untuk bercakap dan bila masa untuk berdiam diri semasa sesi coaching 4
9 Saya mengambil berat terhadap apa yang berlaku kepada coachee 3
10 Saya faham apabila perancangan/matlamat coachee sentiasa berubah 3
JUMLAH SKOR 34

D) PENGURUSAN PERHUBUNGAN
Bil. ITEM SKALA
1 Saya mampu mempamerkan perasaan mengambil berat terhadap coachee 4
2 Saya menjaga hubungan yang selamat bersama coachee 4
3 Saya merasa senang berkongsi perasaan saya bersama coachee 4
4 Saya mampu memotivasikan coachee 4
5 Saya seorang yang ceria 4
6 Saya mudah untuk berkawan dengan orang lain 4
7 Menurut rakan, saya seorang yang suka bersosial dan humor 4
8 Saya suka membantu orang lain 4
9 Orang lain boleh bergantung kepada saya dalam sesuatu perkara/isu 4
10 Saya mampu mententeramkan seseorang jika mereka bersedih 4
JUMLAH SKOR 40

Domain Skor
Kesedaran Kendiri 35
Pengurusan Kendiri 37
Kesedaran Sosial 34
Pengurusan Perhubungan 40
Pengukuran keberkesanan emosi anda bagi setiap domain adalah
berdasarkan skor di bawah:
0 - 24 Perlu penambahbaikan: Perlukan perhatian dan pembangunan
25 - 34 Berkesan : Perlukan pengukuhan
35 - 40 Sangat berkesan: Sebagai ‘leverage’ bagi pembangunan bidang yang masih lemah

1. Berdasarkan domain yang merupakan kekuatan kepada anda, berikan contoh bagaimana anda mempamerkannya dalam
kehidupan atau kerja anda.

Domain yang menjadi kekuatan kepada saya adalah domain Pengurusan Perhubungan. Dalam kehidupan seharian saya
merupakan seorang yang mudah didampingi dan mudah mesra dengan seseorang walaupun baharu sahaja dikenali.
Selain itu, saya juga mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik di mana saya menggunakan kata-kata yang sopan
dan penuh adab dalam tutur bicara. Ia membuatkan saya berasa selesa dan sangat bahagia.

2. Impak yang diperolehi. Bagi domain yang mendapat tahap paling rendah, berikan contoh bagaimana domain tersebut
mempengaruhi anda sebagai coach dan coachee anda.

Saya mendapati domain pengukuran yang mendapat tahap paling rendah adalan Kesedaran Sosial. Saya amat
menyedari bahawa domain ini lebih menumpukan elemen hati, perasaan, emosi dan jiwa kepada saya dan coachee saya.
Untuk itu, saya akan terus mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang pendengar yang baik, bijak dalam menyusun
kata-kata dan sentiasa sabar dalam mengawal keadaan.

You might also like