Perancangan PDP-KMR

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Perancangan PdP – KmR

Peringkat 1 : Hasil Diharapkan (Desired Result)


Hasil Pembelajaran (G) :
Sains Geografi Matematik Bahasa Melayu
4.7.4 memerihalkan proses 2.2.2 Menentukan lokasi 3.6.2 Menulis untuk mengolah
percambahan biji pelbagai bentuk muka bumi di 12.1.3 Membina perwakilan maklumat daripada bahan grafik
benih Malaysia. data bagi data tak terkumpul kepada perenggan dan bahan
dan menjustifikasikan prosa atau puisi kepada bahan
4.7.5 menyelesaikan masalah 2.2.3 Membandingkan kesesuaian suatu perwakilan ilustrasi menggunakan ayat
apabila percambahan tidak kepentingan pelbagai bentuk data. yang gramatis.
berlaku. muka bumi di Malaysia. 12.1.4 Menukar
satu perwakilan 4.4.1 Mempersembahkan
data kepada pengacaraan menggunakan
perwakilan lain sebutan, intonasi, nada,
yang sesuai serta gaya dan bahasa badan yang
memberi sesuai melalui teknik yang
justifikasi. menarik dan
12.1.5 Mentafsir berkesan.
pelbagai
perwakilan data
termasuk
membuat inferens
atau ramalan.

Kefahaman (U) : Soalan Pencetus Idea (Essential Question - EQ) :

Pemuliharaan Alam Sekitar Sains Geografi Matematik B. Melayu


Bagaimana Bentuk & Bagaimana Kenapakah
hidup tanpa keadaan muka pengukuran dan alam sekitar
Pemahaman Abadi tumbuhan ? bumi perekodan data penting?
(Enduring Understanding) mempengaruhi boleh dilaksana?
“Dunia Tanpa pertumbuhan? Bagaimana
“Bumiku Hijau” Kertas?” Bagaimana data- hidup tanpa
data yang telah tumbuhan?
Mengapakah Faktor-faktor direkodkan dapat
kemandirian persekitaran dipersembahkan? Mengapakah
spesis, memberikan alam sekitar
penting? kesan terhadap Bagaimana data- perlu
tumbesaran data ini dapat dipulihara?
anak benih? ditafsirkan?

Pengetahuan (K) : Kemahiran (S) :


TP6 bagi Sains, Geografi, Pelajar boleh membuat/melakukan...
Matematik & B. Melayu
Sains
Secara khusus pelajar Melaksanakan eksperimen
mengetahui...
Matematik
Mengukur tumbesaran anak benih.
Sains Merekodkan data tumbesaran.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Mempersembahkan dapatan data
(i) percambahan biji benih
(ii) pertumbuhan anak benih B. Melayu
Membuat catatan
Geografi Menghasilkan laporan reflektif
Kepelbagaian bentuk muka bumi Mempersembahkan dapatan kajian dalam bentuk sajak, puisi, lakonan,
dsb
Mengenal pasti bentuk muka bumi
yang mempengaruhi pertumbuhan
anak benih/pokok
Peringkat 2 : Bukti Pentaksiran (Assessment Evidence)

Tugasan Pembelajaran (Task) : Bukti (Evidence) :

Sains
Eksperimen percambahan biji benih dan Gambar/video pelaksanaan eksperimen.
pertumbuhan anak benih.
Video tumbesaran percambahan biji benih dan
tumbesaran anak benih.
Geografi
Melawat tapak-tapak pertanian bagi mengenal Catatan perbincangan tentang faktor-faktor lain yang
pasti faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi boleh mempengaruhi tumbesaran anak benih.
tumbesaran anak benih.

Matematik Rekod data tumbesaran (mengikut faktor-faktor yang


dipertimbangkan).
Pengukuran dan perekodan data.
Penganalisisan dan persembahan data. Paparan graf tumbesaran anak benih

Bahasa Melayu
Menyediakan laporan reflektif. Rekod perbincangan guru-murid dan sesama mereka,
Berbincang untuk mempersembahkan data dalam tentang bagaimana pelaporan reflektif dapat
bentuk sajak, puisi, lakonan, dsb. dihasilkan; serta rekod latihan bagi persembahan yang
akan dijayakan.
Pencapaian tugasan pelajar ditaksir Anak benih pokok yang ditanam (dalam pasu kecil dan
menggunakan rubrik yang bersesuaian. dilabelkan) dipamer semasa hari “showcase”.

Peringkat 3 : Bukti Pentaksiran (Assessment Evidence)

Aktiviti Pembelajaran (L) :


1. Murid diberikan penerangan yang jelas tentang tugas-tugas mereka yang mesti
dilaksanakan mengikut subjek.
2. Sebagai gerak kerja dalam kumpulan, murid diminta untuk berbincang bagi
menetapkan tugas masing-masing, agar semua ahli terlibat dan mengambil
bahagian secara aktif.
3. Murid mula merancang eksperimen yang bakal dilaksana dengan
menetapkan faktor-faktor tumbesaran anak benih yang ingin dikaji (pelajar
diberikan autonomi), radas dan bahan-bahan yang diperlukan, sumber
rujukan, dsb.
4. Murid diminta untuk membuat rujukan luar, sama ada daripada sumber-sumber
digital, mahupun daripada agensi yang berkaitan.
5. Matlamat dan kaedah pelaksanaan kajian diperhalusi dengan perbincangan
berterusan sama ada dalam kalangan murid, mahupun interaksi guru-murid.
6. Eksperimen dilaksanakan; julat masa pemerhatian proses kajian adalah selama
empat minggu (perekodan data dan video tumbesaran anak benih).
7. Semasa proses kajian, murid diberikan ruang untuk menilai semula kesesuaian
faktor-faktor tumbesaran yang telah dipilih.
8. Interaksi guru-murid dan perbincangan dalam kalangan pelajar mula
difokuskan kepada bagaimana data-data yang direkodkan dapat dianalisis;
penyediaan pelaporan reflektif dan latihan persembahan semasa hari
showcase.
9. Dari masa ke semasa murid diminta untuk berbincang, meneroka maklumat
terkini bagi memastikan kajian yang dijalankan mampu menghasilkan dapatan
akhir yang positif.
10. Semasa hari showcase, penilaian terhadap projek tidak hanya dilaksana oleh
guru, malah murid juga diminta untuk menilai sendiri hasil kerja mereka
(menggunakan rubrik 6C yang dipermudahkan).

Bengkel KmR 3.0 (19 – 22 Mac 2018)


Bilik Melati 3, Aras 4,
E 13 Bahagian Pendidikan Guru

You might also like