Pandangan Tokoh Terhadap Morfologi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mengetahui tiga pendapat

tokoh tentang definisi morfologi bahasa Melayu .

Menurut Kamaruddin Haji Husin (1997), Morfologi ialah dispilin ilmu Bahasa yang
mengkaji struktu, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk kepada bentuk
bunyi dan sesuatu ujaran. Abdullah Hassan telah menyatakan pendapatnya dalam buku
Linguistik Am ialah (2007), morfologi merupakan bidang linguistik mengatakan bagaimana
sesuatu perkataan itu perlu dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang
membentuk perkataan, proses-proses pembentukan perkataan. Seterusnya Nik Safiah
Karim, berpendapat bahawa morfologi ialah bidang ilmu Bahasa yang mengkaji struktur
dan penggologan kata. Secara kesimpulanya, morfologi merupakan bidang yang
membicarakan struktur, pembentukan kata dan golongan kata serta cara sesuatu
perkataan diwujudkan daripada bunyi Bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata.

2.Selain itu, anda juga dikehendaki mengumpul maklumat tentang Proses Pembentukan
Kata dalam Bahasa Melayu mengikut klasifikasi tokoh tersebut.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, beliau telah menerangkan bagaimana sesuatu
kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran. Nik Safiah
Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi
makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan
dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan
kata ganda. Antara proses pembentukan kata ialah, pengimbuhan, pemajmukan, dan
penggandaan. Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata
dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran
dan sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk
kata terbitan daripada pelbagai golongan. Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) telah
menyatakan Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara
mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-imbuhan tertentu supaya dengan
demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu.

Menurut Tatabahasa Dewan (2010), proses pemajmukan adalah proses yang merangkaikan
dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Abdullah
Hassan mengatakan proses pemajmukan ialah binaan perkataan yang lazimnya terdiri
daripada dua kata. Setiap kata tersebut boleh terdiri daripada kata akar atau kata terbitan.
Kata majmuk yang dihasilkan bertaraf sebagai perkataan. Ini bermakna kata majmuk
tersebut mempunyai ciri- ciri kesatuan sebagai satu patah perkataan, mempunyai satu
makna. Seterusnya, porses penggandaan. Mengikut Nik Safiah, proses penggandaan
dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses ini, kata
dasar boleh mengalami penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan
berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.  

You might also like