Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 42

 Pembahagian kuasa atau dalam bahasa Inggeris disebut

“separation of powers” merupakan satu doktrin dalam


pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan
dalam negara kepada tiga cabang utama iaitu
Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan
Kehakiman.

 Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman”


(tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa
(atau fungsi) dapat mewujud dan mengekalkan
kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari
kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagi-
bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang
(check and balance) antara kuasa tersebut.
 Doktrin pengasingan kuasa adalah suatu doktrin
yang menjadi asas kepada kebebasan atau lebih
dikenali sebagai liberalisme.
 Ini adalah kerana apabila kuasa dalam sistem
pemerintahan dihadkan dan mempunyai garis
panduan yang tersendiri, maka, ia dapat
mengelakkan dari berlakunya kezaliman.
 Kuasa yang telah dihadkan menjadi satu batasan
kepada setiap bidang untuk bertindak lebih jauh
dalam menjalankan sistem pentadbiran.
 Ia boleh mengelakkan dari berlakunya
pertindihan kuasa antara satu-satu bidang yang
mengawal pentadbiran negara.
 Doktrin Pengasingan Kuasa adalah satu konsep
asas di dalam pemerintahan demokratik
moden.
 Ianya mula dilahirkan oleh seorang pemikir di
Perancis.
 Doktrin Pengasingan kuasa secara dasar
bererti kuasa-kuasa pemerintahan boleh
dibahagikan kepada tiga iaitu:-
1. Kuasa Perundangan/Legislatif
2. Kuasa Eksekutif
3. Kuasa Kehakiman
 Perkara pokok tentang pengasingan kuasa
ialah untuk menentukan supaya orang atau
badan yang sama tidak
dipertanggungjawabkan untuk mengubal
undang-undang dan menguatkuasakannya.
 Pihak Eksekutif sepatutnya tidak boleh
menjadi seorang ahli badan Perundangan
(Legislatif) dan Badan Kehakiman semestinya
bebas dari campurtangan pihak Eksekutif dan
Legislatif.
 Tidak patut ada dwi fungsi.
 Konsep 'Check & Balance' (Kawalan dan
Imbangan). la membawa maksud bahawa
ketiga-tiga cabangan pemerintahan itu
mestilah berdiri sama tinggi duduk sama
rendah.
 Tidak boleh satu pihak menguasai kehendak
pihak yang lain.
 Ditakuti berlakunya pengaruh tak berpatutan
dan menimbulkan ketidakadilan akibat
pemusatan kuasa ke satu-satu cabang
pemerintahan itu.
 Di Malaysia, badan Kehakiman boleh
mengistiharkan sesuatu Akta Parlimen
bercanggah dengan Perlembagaan. (Perkara 4,
Fasal 1).
 Pada masa yang sama Perlembagaan Persekutuan
- Perkara 122B juga memperuntukkan bahawa
perlantikan kehakiman ke mahkamah-mahkamah
Tertinggi adalah dibuat oleh pihak Eksekutif yang
menunjukkan ada kawalan tidak langsung
terhadap badan kehakiman.
 Pihak Eksekutif pula dikawal oleh Parlimen dan
bertanggungjawab kepadanya.
 Oleh yang demikian sistem pengasingan kuasa
berserta dengan Konsep Kawalan dan Imbangan
nampak kepentingan dalam mengelakkan
pemusatan kuasa pemerintahan di dalam tangan
sesuatu kumpulan tertentu sahaja.
• 3 badan utama dalam sistem kerajaan
sesebuah negara –
▫ Badan perundangan
▫ Badan eksekutif
▫ Badan kehakiman
• Doktrin pengasingan kuasa – mengawal
kuasa, mencegah berlakunya kuasa mutlak,
pembahagian kuasa kepada institusi yang
sesuai supaya kuasa dapat dilaksanakan
dengan baik dan berkesan.
Peranan umum badan eksekutif
 Peranan utama badan ini termasuklah:
› Membuat keputusan mengenai polisi dan
menguatkuasakan undang-undang
› Menjaga hal ehwal hubungan luar negara
› Melantik pegawai-pegawai kerajaan
› Penyiasatan dan keselamatan dalam dan luar negara
› Pengeluaran lesen
› Membuat instrumen perundangan dan undang-
undang kecil
› Membuat pembangunan infrastruktur
› Menggubal dan menjalankan dasar tertinggi negara
 Antara peranan badan kehakiman
termasuklah:
› Mentafsir undang-undang
› Mengadili tindakan-tindakan sivil
› Mengadili pendakwaan jenayah
› Mendengar rayuan dari Mahkamah bawahan
› Membuat doktrin hal ehwal keluarga
(perceraian, nafkah dll) Pengurusan pusaka
› Mengeluar waran tangkap
 MENGELAK PERTINDIHAN BIDANG KUASA,
› IAITU PIHAK YANG SAMA TIDAK TERLIBAT
DALAM PENGURUSAN LEBIH DARIPADA
SATU KUASA.

 MENGELAKKAN PENYALAHGUNAAN KUASA


AKIBAT PEMUSATAN KUASA PADA SESEBUAH
BADAN TERTENTU.

 MEMBOLEHKAN SETIAP BADAN BERTINDAK


TANPA DIGANGGU ATAU DIPENGARUHI OLEH
BADAN YANG LAIN
•Locke (1690) – jika seseorang ada kuasa untuk
buat undang-undang, jalankan undang-undang
dan mengecualikan dirinya dari undang-undang
itu sendiri, maka orang itu akan gunakan kuasa
tersebut untuk kepentingan diri sendiri.
 Doktrin/Konsep dikemukakan oleh John Locke
Dikembangkan oleh ahli falsafah Perancis
Montesquieu 3 komponen/badan pemerintah:
 Legislatif (Perundangan)
 Eksekutif (Pentadbiran)
 Judisiari (Kehakiman) Bebas Peranan
tersendiri
 Charles-Louis de Secondat, Baron de La Brède et de
Montesquieu (18 Januari1689 10 Februari1755), atau lebih
dikenal dengan Montesquieu, adalah pemikir politik
Perancis yang hidup pada Era Pencerahan (Inggris:
Enlightenment). Ia terkenal dengan teorinya mengenai
pemisahan kekuasaan yang banyak disadur pada diskusi-
diskusi mengenai pemerintahan dan diterapkan pada
banyak konstitusi di seluruh dunia.

• JR Monstesquieu – kebebasan tidak wujud jika seseorang


atau sesuatu badan memiliki kesemua kuasa perundangan,
eksekutif dan kehakiman
• Kesimpulan :
▫ Setiap badan tidak boleh mengandungi ahli yang sama
▫ Setiap badan adalah bebas dan tidak dikawal oleh badan
lain
▫ Setiap badan hendaklah menjalankan fungsinya sendiri.
 pengamalan doktrin pengasingan kuasa atau
“separation of power” ini dilakukan di
Amerika Syarikat (US) yang merupakan
sebuah negara memperjuangkan demokrasi.
 Penduduk di US lebih mementingkan ideologi
liberalisme yang membawa kepada hak
kebebasan individu agar setiap individu
berhak untuk bersuara supaya tidak wujud
penindasan, kezaliman dan ketidakadilan
kepada rakyat.
 Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang
berbeza tetapi saling bergantung antara
satu cabang dengan lain.
› Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif,
manakala undang-undang yang berpunca dari
cabang legislatif akan digunakan oleh badan
kehakiman untuk membuat keputusan, manakala
pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan
undang-undang tersebut.
 Perlembagaan AS –
 Tiga bidang kuasa ini telah diwujudkan dalam
perlembagaan US. Dalam bidang legislatif, ia
merujuk kepada dua dewan yang dikenali
sebagai ‘House Of Representative’ dan
‘Senate’ yang telah diwartakan dalam Artikel
1 dalam perlembagaan US.

› Artikel I Perlembagaan AS – kuasa perundangan


kepada Kongres (House of Representatives &
House of Senate)
 Cabang kuasa Eksekutif, yang dianggotai
oleh kumpulan Presiden, Timbalan
Presiden, dan juga jabatan-jabatan yang
menjalankan kuasa pemerintahan utama
telah diwartakan dalam Artikel 2 dalam
perlembagaan.
› Artikel II Perlembagaan AS – kuasa eksekutif
kepada Presiden
 Cabang kehakiman yang dianggotai oleh
Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah
Tinggi telah diwartakan dalam Artikel 3
dalam perlembagaan.
› Artikel III Perlembagaan AS – kuasa
kehakiman kepada Mahkamah Agong
 Setiap bidang yang dipecahkan dalam pengasingan kuasa ini ada
bidang kuasa tersendiri dan setiap darinya mempunyai had dan
batasan kuasa yang tersendiri.

 Setiap dari kuasa yang telah diwartakan telah diperiksa oleh


satu badan bebas yang lain.
› Sebagai contohnya, sekiranya presiden telah melantik hakim
untuk memegang jawatan dalam Mahkamah Persekutuan dan
juga Mahkamah Tinggi dan dalam masa yang sama presiden
juga telah melantik setiausaha untuk untuk jabatan
pemerintahan. Tetapi perlantikan ini haruslah diluluskan dan
mendapat kebenaran daripada Senate.

 Kongres juga berhak untuk meluluskan satu rang undang-undang,


namun, presiden mampu dan berhak menolaknya jika rang yang
dibuat dan diluluskan itu boleh mendatangkan kerumitan dalam
jangka masa panjang kerana presiden mempunyai kuasa veto
dalam menentukan hala tuju negara.
 Kesemua semak dan seimbang ini walau bagaimanapun
tidak efisien. Ini menggalakkan kewujudan dan
kehadiran liberalisasi dalam sistem pentadbiran dan
pemerintahan di US.
 Ini adalah kerana dengan pengasingan kuasa setiap
bidang dalam kerajaan telah dihadkan kepada kuasa
masing-masing. Ini bermakna tiada pemusatan kuasa
dalam setiap cabang pemerintahan seterusnya tiada
satu bidang pun yang mendominasi bidang kuasa yang
lain.
› Sebagai contoh, dalam kes presiden Nixon, dalam skandal
Watergate. Walaupun beliau ialah seorang presiden, namun,
beliau tetap disiasat oleh badan kehakiman kerana disyaki
terlibat dalam skandal Watergate.
 Ini jelas menunjukkan liberalisme berlaku dalam sistem
pemerintahan dan juga sekaligus menjalankan keadilan
kepada rakyat.
 Badan eksekutif tidak berhak mencampuri urusan yang
telah dikendalikan oleh badan kehakiman walaupun
Nixon adalah ketua dalam bidang eksekutif sekaligus
sebagai pemimpin kepada negara yang di tadbir.
 Dalam pentadbiran negara Amerika Syarikat, teori
pengasingan kuasa diterima sepenuhnya kerana ia
dianggap sebagai salah satu ciri-ciri demokrasi yang
perlu dijalankan.
 Pengasingan kuasa yang dijalankan menurut para
falsafah, ia mendukung ciri-ciri demokrasi selaras
dengan dasar yang dijalankan di Amerika Syarikat.
 Selain daripada itu, dikatakan teori pengasingan
kuasa ini menyokong penuh liberalisme di Amerika
Syarikat.
 Oleh itu, dalam Negara yang mengamalkan demokrasi
dan pengasingan kuasa pasti mengamalkan budaya
liberalisme secara tidak langsung agar faktor-faktor
tertentu terpelihara.
 Penduduk dan rakyat di Amerika Syarikat lebih
mementingkan hak kebebasan individu.
 Perkara asas dalam doktrin pengasingan kuasa
adalah dalam sistem pemerintahan dihadkan dan
mempunyai garis panduan yang tersendiri
mengikut pengasingan yang menjadi tunjang
perlaksanaan konsep “separation of power” .
 Selari sebagai sebuah negara yang mengamalkan
prinsip demokrasi, Malaysia juga mengamalkan
doktrin pengasingan kuasa, tetapi sejauhmanakah
pengamalan dan perlaksanaan doktrin pengasingan
kuasa diguna pakai di Malaysia dalam mengelakkan
pemusatan kuasa pemerintahan di dalam tangan
sesuatu kumpulan tertentu.
 Di Malaysia, pengasingan kuasa ini telah dipecahkan kepada tiga cabang
atau organ kerajaan iaitu badan perundangan (legislatif), badan
pentadbiran (eksekutif) dan badan kehakiman (judiciary).

 Badan perundangan atau legislatif adalah badan yang menggubal,


meminda dan meluluskan sesuatu undang-undang. Ianya didokong oleh
dua buah dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat, yang mana
keahlian Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya manakala
Dewan Negara keahliannya dipilih oleh Yang Dipertuan Agong mengikut
kepakaran bidang masing-masing.

 Badan pentadbiran atau eksekutif merupakan badan yang melaksanakan


undang-undang, serta menjalankan pentadbiran mengikut perlembagaan
dan undang-undang yang terdiri daripada barisan menteri kabinet yang
diketuai oleh Perdana Menteri.

 Manakala, badan kehakiman atau judiciary pula yang mentafsirkan


undang-undang melalui sistem kehakiman di Malaysia dalam Mahkamah
Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Persekutuan.
 Malaysia mengamalkan doktrin yang
mengutamakan kuasa relatif antara badan
perundangan, badan eksekutif dan badan
kehakiman. Yang Dipertuan Agong (YDPA),
sebagai ketua negara mempunyai kuasa
tertinggi dalam ketiga-tiga badan berkenaan,
ini kerana Malaysia menggunakan konsep
Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan.
 Kuasa tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu
terletak pada Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara.
 Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong adalah
sekaligus merupakan ketua kepada ketiga-tiga
cabang kerajaan. Menurut Perlembagaan,
baginda bukan sahaja memegang kuasa
eksekutif malahan juga kuasa perundangan.
 Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa
memerintah Persekutuan dan Perkara 44
Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa perundangan
Persekutuan.
 Di sini, Raja Berperlembagaan adalah raja yang
memerintah secara terikat mengikut perlembagaan
yang telah ditetapkan. Baginda memerintah
berdasarkan kuasa yang telah diberikan kepada
baginda.
 Ini bermakna, baginda tidak boleh untuk memerintah
secara mutlak mengikut kehendak hatinya sendiri.
 Baginda memerintah mengikut nasihat jemaah
menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri dan
mengikut budi bicara baginda sendiri yang termaktub
dalam Perlembagaan, Artikel 40, Perkara 2.
 Doktrin ini menjelaskan bahawa badan yang
membuat undang-undang hanya dibenarkan
membuat dan tidak boleh menyerahkan kuasa
itu kepada badan-badan lain serta tidak boleh
mempunyai kuasa-kuasa lain.
 Badan yang memerintah hanya dibenar
menjalankan pemerintahan negara dan tidak
boleh membuat undang-undang dan
menjalankan kuasa kehakiman.
 Begitu juga dengan badan kehakiman yang
hanya dibenarkan melaksana kuasa kehakiman
dan tidak boleh membuat undang-undang atau
menjalankan kuasa pemerintahan.
 Matlamat doktrin pengasingan kuasa ialah
untuk mengelakkan pemusatan kuasa di dalam
tangan mana-mana pihak.
• Sistem berpresiden – ketua negara & ketua eksekutif
• Presiden & kabinet bukan ahli kongres
• Secara teori, presiden tidak bertanggungjawab kepada
Kongres.
• Jawatan presiden untuk tempoh tertentu & hanya boleh
dilucutkan mengikut prosedur impeachment
(pendakwaan atas tuduhan jenayah)
• Presiden tiada kuasa bubar parlimen & tidak
bertanggungjawab untuk sediakan pemimpin kepada
badan perundangan
• Kongres tidak terikat untuk terima program atau polisi
yang dicadangkan oleh pihak eksekutif
 Perlembagaan persekutuan –
› Perkara 39 – kuasa eksekutif kepada YDPA
(atas nasihat Jemaah Menteri)

› Perkara 44 – kuasa perundangan kepada YDPA


& Parlimen

› Perkara121 – kuasa kehakiman kepada


mahkamah tinggi
 PM dilantik oleh YDPA

 PM menasihati YDPA dalam urusan negara

 PM dilantik dari ketua parti yang menang


majoriti di Dewan Rakyat

 PM melantik Jemaah menteri dari kalangan


ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara
• Kes : Immigration and Naturalisation Service lwn
Jadgish Rai Chadha –
▫ “Perlembagaan telah membahagikan penurunan kuasa
terhadap kerajaan persekutuan kepada 3 kategori
utama; perundangan, eksekutif dan kehakiman untuk
memastikan, sebaik mungkin, bahawa setiap cabang
kerajaan tersebut akan melaksanakan tanggungjawabnya.
Tekanan yang timbul disetiap cabang tersebut untuk
melebihi kuasa yang ada padanya, walaupun untuk
mencapai tujuan yang baik, perlu ditentang. Walaupun
tidak diasingkan dengan ketat, kuasa yang diturunkan
kepada setiap cabang telah dikenalpasti. Apabila sesuatu
cabang itu berfungsi, ia dianggap berfungsi mengikut
kuasa yang diperuntukan oleh perlembagaan”
 Wujud percampuran kuasa –check & balance
 Eksekutif + perundangan –
› presiden boleh batalkan undang-undang yang telah
diluluskan kongres melalui kuasa vetonya
› Perlantikan setiap pegawai atasan dalam eksekutif
perlu dapat persetujuan dari Dewan Senat
› Perjanjian yang dibuat oleh presiden tidak boleh
dikuatkuasakan tanpa persetujuan ahli Dewan
Senat
› Kelulusan kongres perlu dalam belanjawan negara
 Kehakiman + perundangan –
› mahkamah agong boleh isytihar undang-undang
yang dibuat kongres sebagai tidak sah

 Tanda-tanda perlanggaran doktrin –


› Perwakilan kuasa untuk buat perundangan kecil
› Kuasa separa kehakiman yang membentuk
tribunal
 1939 – satu jawatankuasa dilantik untuk
semaksemula keseluruhan proses pentadbiran
di AS.

 Fungsi – memberi cadangan untuk


memperbaiki dan mempertingkatkan sistem
pentadbiran negara.

 1941 – beberapa cadangan untuk


penyalahgunaan kuasa dibuat & Akta Prosedur
Pentadbiran 1946 (APA) dibentuk
• APA menekan prosedur pentadbiran, semaksemula
tindakan pentadbiran & pengasingan fungsi dalam
ejensi yang sama
• APA terhasil daripada 2 idea –
▫ Pengamal undang-undang – cadangkan supaya APA boleh
menyekat pihak pentadbiran daripada penyalahgunaan
kuasanya, dapat beri keseragaman dan keberkesanan
dalam prosedur yang hendak dijalankan & beri ruang
kepada badan kehakiman untuk kawal pelaksanaan kuasa
pihak pentadbiran
▫ Ejensi pentadbiran – cadangkan supaya APA beri ruang
kepada mereka untuk jalankan tugas secara fleksibel &
tidak ditambah skop semakan semula atas tindakan yang
dibuat.
 1964 – The Administrative Conference of
the United States – badan statutori yang
dibentuk untuk buat penyelidikan terhadap
permasalahan yang timbul dalam undang-
undang pentadbiran & beri cadangan
kepada perubahan.

 Kritik – majoriti ahlinya terdiri dari


pegawai kerajaan sendiri
 Penghargaan kepada doktrin –

› Kes : Buckley lwn Valeo (1977) 424 US 1 –


peruntukan dalam Akta Kongres yang beri
kuasa kepada Kongres untuk lantik pegawai
Suruhanjaya Pilihanraya Persekutuan adalah
tidak sah
 Hubungan eksekutif dan perundangan
› Queen – ketua kerajaan & ahli badan perundangan

› Jemaah menteri – ahli badan eksekutif & ahli


parlimen

› Ahli House of Commons boleh pecat kerajaan jika


majoriti ahlinya mengundi tidak percaya kepada
kerajaan.

› Eksekutif boleh mewujudkan Jawatankuasa


Pemerhati Parlimen
 Hubungan eksekutif dan kehakiman
› Lord Chancellor – ketua hakim & ahli jemaah
menteri

› Ahli Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy –


sebahagiannya adalah ahli eksekutif

› Hakim dilantik oleh badan eksekutif


 Hubungan kehakiman & perundangan
› Lord Chancellor – ketua hakim & anggota mahkamah
rayuan. Ahli mahkamah rayuan turut terlibat dalam
proses perundangan di Parlimen tapi bukan sebagai ahli
politik.
› Hakim boleh dipecat oleh Queen jika ada usul dari
majoriti ahli dari kedua-dua dewan
› Mahkamah tidak boleh persoalkan undang-undang yang
digubal di Parlimen berdasarkan doktrin ketinggian
Parlimen
› Keputusan mahkamah adalah undang-undang jika tiada
undang-undang tentang perkara tersebut digubal di
Parlimen
 Mahkamah tidak ada bidangkuasa untuk
semak semula tindakan badan perundangan
dan eksekutif Tribunal des
conflict

Mahkamah – x
Tribunal – kes
kes
pentadbiran
pentadbiran

Tribunal conseil
d e’tat –
tribunal rayuan
 Tujuan doktrin pengasingan kuasa:
› Memastikan pihak yg berkuasa tidak menggunakan
kuasa yg ada pada mereka secara berleluasa dan
berlebihan.

 Pihak-pihak yg terbabit hanya perlu menjalankan


kuasa dan tanggungjawab mengikut bidangkuasa
masing-masing.

 Pemakaian doktrin ini di AS masih terdapat


ruang-ruang di mana terdapat percampuran dan
pengimbangan kuasa utk melancarkan lagi sistem
pentadbiran di negara itu.
 Percampuran dan pengimbangan kuasa ini
dikenali sebagai check and balance.

 Di Malaysia dan Britain – doktrin pengasingan


kuasa ini lebih longgar kerana kebanyakan ahli
badan perundangan dan badan eksekutif
terdiri daripada orang yg sama.

 Bagaimanapun, pertindihan ahli ini tidak


bermaksud percampuran kuasa berlaku
sewenang-wenangnya.

You might also like