Nestle

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

SIARAN MEDIA

Untuk Siaran Segera 7 Ogos 2009

Nestlé Memperkaya Persekitaran Tempatan Setiu

Awal tahun ini, sekumpulan wanita yang berasak-asak di sebuah rumah usang di Kg. Mangkok
dapat dilihat duduk di lantai sambil menghiris pisang lalu menggorengnya untuk dijadikan
kerepek buat dijual ke kampung-kampung berhampiran. Ia merupakan satu proses
pengeluaran kecil yang membantu kaum wanita di kampung tersebut mendapatkan mata
pencarian sederhana dari sumber alam sekitar di sekeliling mereka. Ini merupakan titik
permulaan bagi usaha perniagaan mapan yang direalisasikan dengan bantuan Nestlé
(Malaysia) Berhad dan WWF-Malaysia (World Wide Fund for Nature Malaysia).

Hari ini, kumpulan wanita yang sama, yang dengan bangganya menggelar diri mereka sebagai
ahli PEWANIS (Pengusaha Wanita Setiu), telah berpindah ke rumah yang lebih besar di
kampung itu yang kini menjadi tapak pengeluaran kerepek; tempat pertemuan; pusat maklumat
dan pelawat; serta pusat aktiviti masyarakat yang turut berfungsi sebagai tempat kelas-kelas
tuisyen dan Bahasa Inggeris buat kanak-kanak di kampung itu.

Perkembangan ini adalah hasil dari inisiatif yang dimulakan oleh Nestlé dan WWF-Malaysia
pada tahun 2006 yang bertujuan mewujudkan kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan
masyarakat tempatan Setiu, mengenai kekayaan semula jadi yang tersedia di muka pintu
rumah mereka serta bagi meningkatkan mata pencarian mereka melalui program
pembangunan mapan yang memperkasa kaum wanita Kg. Mangkok, di Penarik, Setiu,
Terengganu.

Hari ini, sekumpulan pekerja Nestlé melawat kampung itu untuk berjumpa dengan kumpulan
wanita tersebut dan sekali gus berkongsi bersama mereka kepakaran syarikat tentang
pembuatan makanan dan pemasaran dengan matlamat membantu mereka mengembangkan
lagi perniagaan industri kotej mereka itu. Selain dari sesi bengkel dan dialog, Nestlé turut
menyumbangkan sebuah komputer dan pencetak kepada kumpulan itu bagi membantu mereka
dalam usaha-usaha pemasaran dan catatan tatabuku perniagaan mereka.

NESTLÉ (MALAYSIA) BERHAD


(Company No. 110925-W)
GROUP CORPORATE AFFAIRS & WELLNESS UNIT
NESTLĒ HOUSE, 4 LORONG PESIARAN BARAT, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR, MALAYSIA
TEL: 03-7965 6000 FAX: 03-7965 6767 Website: www.nestle.com.my
Syarikat Makanan, Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan itu turut menyampaikan buku-
buku yang dikumpulkan oleh kumpulan sukarelawan pekerja syarikat – Nestlé ROCKs
(Reaching out to Community and Kids) – bagi membantu menubuhkan sebuah perpustakaan
mini di pusat baru kumpulan itu.

“Pembabitan kami dalam projek tanah bencah Setiu adalah sejajar dengan komitmen
tanggungjawab korporat kami ke arah pemuliharaan air dan pembangunan luar bandar,” kata
Tengku Marina Tunku Annuar Badlishah, Pengarah Hal Ehwal Korporat & Kesejahteraan
Kumpulan bagi Nestlé (Malaysia) Berhad.

“Syarikat menyedari bahawa ketersediaan air untuk alam sekitar dan kegunaan manusia kini
dicabar oleh banyak faktor seperti peningkatan populasi, pencemaran dan permintaan yang
semakin bertambah terhadap makanan dan gaya hidup yang memerlukan banyak air; maka
kerjasama kami dengan WWF di Terengganu ini bermatlamat memulihara Tanah Bencah Setiu
dan sumber semulajadi di sekitarnya,” tambah beliau.

Projek Setiu ini bermula dengan kaji selidik terhadap keperluan sosio-ekonomi dan keadaan
sedia ada masyarakat di kampung-kampung utama di Setiu, di mana keperluan pembangunan
kapasiti masyarakat tempatan, terutamanya kaum wanita Setiu, dikenalpasti. Penekanan
utama yang diberikan kepada kaum wanita ini wajar kerana sebagai ibu dan pencari
pendapatan bersama, mereka memegang peranan penting dalam pembangunan mapan
jangka panjang kawasan itu.

Projek ini melibatkan latihan kemahiran berkaitan yang diperlukan oleh wanita tempatan bagi
membangunkan aktiviti industri kotej seperti kemahiran keusahawanan asas, mengguna pakai
amalan “hijau” yang bersih dalam pemprosesan makanan, latihan dalam bidang pemasaran
dan penjenamaan, kesedaran terhadap alam sekitar serta kemahiran berkomunikasi, bagi
menyediakan mereka untuk mengambil bahagian dalam industri selain membantu memastikan
penjagaan salah satu persekitaran semulajadi terkaya di Malaysia, iaitu tanah bencah Setiu.

Sebaik sahaja dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan yang berkaitan,
kaum wanita ini mula menghasil dan menjual produk tradisional menggunakan sumber
semulajadi yang diperoleh secara mapan dari tanah bencah di situ. Selain peluang
menghasilkan pendapatan tambahan bagi membantu mempertingkatkan kehidupan mereka,
penggunaan sumber secara bijak ini juga pada masa yang sama membolehkan para wanita ini
menyumbang ke arah pemuliharaan ekosistem tanah bencah yang mudah terancam ini.
Tanah bencah Setiu yang terletak di selatan sempadan Kelantan adalah kawasan unik di
semenanjung yang terdiri daripada gabungan pelbagai habitat yang antaranya terdiri dari hutan
paya bakau, lagun air payau, hamparan rumput laut dan pantai berpasir yang menjadi
penempatan pelbagai flora dan fauna.

Kawasan yang terdiri daripada jenis habitat tanah bencah yang unik dan pelbagai ini termasuk
lagun terpanjang (22 km) di Semenanjung Malaysia dan merupakan habitat serta tempat
bertelur bagi populasi baka terbesar tuntung laut yang terancam di Malaysia, dan juga habitat
bagi 29 spesis mamalia, 28 spesis reptilia dan 112 spesis burung. Ia juga merupakan sumber
utama semula jadi bagi anak-anak kerapu dan benih tiram bagi industri akuakultur di
Semenanjung Malaysia.

Tanah bencah yang begitu bermanfaat bagi sektor perikanan ini turut berfungsi sebagai
penuras semulajadi bahan cemar dan memberikan penampan terhadap banjir untuk kawasan
ini. Malangnya, tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu akan kekayaan semulajadi tanah bencah
Setiu atau menyedari akan keperluan untuk memulihara kawasan ini.

Rakyat tempatan yang tinggal di kawasan ini bergantung hidup pada sumber tanah bencah,
dengan usahawan wanita merupakan tunggak utama pekerjaan industri kotej yang terlibat
dalam pemprosesan dan penjualan hasil perikanan seperti ikan masin, ikan bilis, belacan dan
kepingan (filet) ikan.

Mengenai WWF-Malaysia:

Sejak tahun 1972, WWF-Malaysia telah melaksanakan beberapa projek pemeliharaan utama,
dari menyelamatkan spesies terancam seperti harimau dan penyu, hingga ke melindungi hutan
tanah tinggi, sungai dan laut kita. Kami juga menjalankan pendidikan alam sekitar serta kerja-
kerja penyaranan untuk mencapai matlamat-matlamat pemuliharaan. Dengan memelihara
sumber-sumber asli, WWF-Malaysia membantu memelihara sumber rezeki, bekalan makanan
dan air, sekaligus menjamin mutu kehidupan yang baik dan masa depan yang cerah untuk
anak-anak kami. Kami berterima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang merupakan
nadi kepada kewujudan kami. Jika anda berhasrat untuk menyumbang kepada WWF-Malaysia
atau berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek kami, sila hubungi talian : +603-
78033772 atau layari laman web kami di: wwf.org.my.

Diterbitkan oleh WestCoast Communications Sdn Bhd bagi pihak Nestlé (Malaysia) Berhad
Maklumat media boleh didapati dengan menghubungi Alfyan Adnan di talian Tel: 03-7954 4505

You might also like