Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TUGASAN 3 – SOALAN 1

1. Sekolah Agama Rakyat

Sekolah Agama Rakyat (SAR) telah lama bertapak di Tanah Melayu. Institusi ini bermula
dengan institusi pondok yang diusahakan oleh tuan-tuan guru dengan bantuan masyarakat
tempatan. Institusi ini terus berkembang dan permintaan terhadap SAR semakin meningkat
dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan pertambahan jumlah SAR dan jumlah murid di
setiap negeri. 70% matapelajaran yang diajar di SAR adalah berteraskan agama dan 30%
akademik. SAR menggunapakai sukatan pelajaran daripada Universiti Al-Azhar, Mesir dan
Kementerian Pendidikan Malaysia. Contoh nama SAR adalah Sekolah Agama Rakyat Al-Kahfi,
Sekolah Agama Rakyat Ampang dan Sekolah Agama Rakyat Seremban

2. Sekolah Agama Kerajaan

Sekolah Agama Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan mempunyai beberapa
konsep iaitu berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), ditadbir oleh KPM,
pemilikan tanah dan bangunan dikekalkan, kurikulum agama dikekalkan dan menerima
pelbagai kemudahan. Antara contoh sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Agama
Kerajaan adalah Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah Persekutuan dan
Sekolah Menengah Menengah Agama Nahzah.

3. Sekolah Agama Majlis Agama dan Zakat

Sekolah Agama Majlis Agama dan Zakat merupakan sekolah yang berada di bawah Majlis
Agama Islam dan Zakat Negeri. Ini bermaksud sumber kewangan sekolah adalah daripada duit
zakat yang diterima oleh Majlis Agama dan Zakat itu. Antara contoh sekolah agama majlis
agama dan zakat ialah Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur (SMAMAIWPKL) dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) yang
terletak di Kuala Lumpur. Pada awal penubuhan, sekolah ini diletakkan di bawah Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP). Beberapa tahun kemudian, sekolah ini
telah dinaiktaraf di bawah kategori Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah
KPM.Bagi negeri Selangor pula, terdapat Maahad Integrasi Tahfiz Selangor yang berada di
bawah Jabatan Agama Islam Selangor.
4. Sekolah Agama Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Sekolah Agama di bawah KPM merupakan idea yang diilhamkan oleh Pengarah Bahagian
Agama Kementerian Pelajaran pada ketika itu iaitu Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed
Mohyideen Musa. Penubuhan sekolah agama ini seiring dengan usaha pemodenan sistem
pendidikan negara dan sesuai dengan perkembangan semasa. Antara contoh Sekolah Agama
Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ialah SMKA Arau, SMKA Sik, dan SMKA Baling.

TUGASAN 3 – SOALAN 2
Antara sebab mengapa pendidikan Tahfiz Al-Quran mendapat tempat dalam kalangan
ibu bapa adalah kerana pendidikan tahfiz menawarkan pendekatan dan reka bentuk kurikulum
yang pelbagai dan tersendiri. Ini menyebabkan pendidikan Tahfiz Al-Quran dianggap unik dan
mempunyai identitinya yang tersendiri. Selain itu, terdapat sebilangan institusi yang
menjalankan pendidikan Tahfiz Al-Quran ini juga menawarkan program hafazan Al-Quran di
peringkat ijazah, diploma (selepas SPM), sekolah menengah, sekolah rendah, peringkat
prasekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

Seterusnya, pendidikan Tahfiz Al-Quran juga dianggap berupaya untuk membentuk jati
diri anak-anak remaja kini supaya mendekati Al-Quran dengan cara menghafaznya. Pendidikan
Tahfiz Al-Quran juga tidak hanya menekankan pendidikan Al-Quran dan Bahasa Arab, malah
turut diajar tentang ilmu-ilmu duniawi supaya pelajar-pelajar tahfiz mendapat kedua-dua aspek
ilmu duniawi dan ukhrawi. Oleh itu, pelajar tahfiz ini akan mempunyai pelbagai ilmu
pengetahuan demi kegunaan pada masa depan. Akhir sekali, ibu bapa sudah mula mempunyai
kesedaran yang tinggi supaya anak-anaknya mendapat pendidikan agama yang cukup
terutamanya ilmu Al-Quran. Ini kerana ibu bapa akan mendapat ganjaran yang besar sekiranya
dapat menyediakannya didikan agama kepada anak mereka.

You might also like