Minit Curai DSKP PJPK T4 SEMAKAN

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KUANG

SELANGOR DARUL EHSAN.


Tel: 03-6038 3780 Faks: 6038 2199 Kod Sekolah : BBA7208
Emel : bba7208@btpnsel.edu.my

MINIT CURAI

Nama Guru : NUR ZAHEEDA BT ZAINOL AZLAN


Tarikh : 3 - 4 Julai 2019
Perkara : Kursus Orientasi DSKP KSSR Semakan Masa : 8 am – 5 pm
Tahun 4 PJPK 2019
Penganjur : Unit Pengurusan Akademik PPD Gombak Tempat : SK Selayang Utama

LAPORAN :

HARI PERTAMA (3 Julai 2019)

1.0 Etika Pemakaian Semasa PJ


1.1 Guru – Baju berkolar, seluar panjang, berkasut dan stoking
1.2 Murid – Baju berkolar atau tidak, seluar panjang, berkasut dan stoking

2.0 Sukatan PJPK Semakan


2.1 PJ melibatkan 67%, manakala PK 37%
2.2 PJ minimum 30 jam, manakala PK minimum 16 jam (30 minit setiap sesi)
2.3 PJ melibatkan Domain Kecergasan 25%, Domain Kemahiran 75%

3.0 Gimnastik Asas – penambahan modul daripada DSKP sedia ada


3.1 Pergerakan Lipan (Toe-Tug Walk)
3.2 Imbangan statik dan tiga tapak sokongan, imbangan songsang dengan
sokongan kepala dan tangan
3.3 Putaran roda berterusan dengan guna gelung rotan
3.4 Guling depan dan belakang berterusan
3.5 Bergayut dan menghayun dengan genggaman atas, bawah dan campur

4.0 Borang PBD PJPK


4.1 Borang telah disediakan oleh PPD dan dimasukkan dalam group telegram
4.2 Semua sekolah guna tapak yang sama

HARI KEDUA (4 Julai 2019)

1.0 Pengisian PBD


1.1 Murid perlu kuasai minimum TP3 iaitu murid boleh menggunakan pengetahuan
untuk melaksanakan sesuatu kemahiran atau tigasan pada suatu situasi.
1.2 Disemak 2 kali setahun (pertengahan tahun dan akhir tahun)
1.3 Telus dan berpandukan senarai semak yang dirancang sendiri

2.0 Borang Penilaian / Senarai Semak


2.1 Perlu ada senarai semak untuk menilai setiap kemahiran yang diajar
2.2 Bawa bersama setiap kali PdPc semasa menilai
2.3 Perlu rujuk DSKP untuk rancang senarai semak atau penilaian

3.0 Program Intervensi Murid Berlebihan Berat Badan dan Obesiti (SEGAK)
3.1 Kesan murid melalui data SEGAK
3.2 Menggunakan rumus FITT (Frequency,Intensity,Time,Type) untuk rancang
program yang sesuai

1
3.3 Menetapkan KPI untuk kurangkan bilangan atau peratusan murid obesiti

4.0 Pendidikan Kesihatan – penambahan modul daripada DSKP sedia ada


4.1 Topik Pengantunan Kanak-kanak (DSKP m/s 126) – Child Grooming
4.2 PEERS, Pemakanan dan Pertolongan Cemas masih dikekalkan

CATATAN / TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL :

1. PN RAMLAH BT RAMLE (Pen. PPD BI Menengah PPD Gombak)


- Semua guru yang hadir dilantik sebagai JU peringkat sekolah masing-masing.
- Buat LADAP kepada semua guru PJPK di sekolah. Tempoh sehingga November
2019. Laporan LADAP perlu diemelkan kepada ramlah.ppdg@btpnsel.edu.my
sebelum berakhir 31 Disember 2019.
- Format laporan mestilah bergambar 4 hingga 6 gambar, ada senarai kehadiran
guru dan mesti melibatkan tempoh masa 14 jam.
- Tidak boleh masukkan LADAP dalam mesyuarat guru atau KGK. Perlu ada tarikh
yang khas untuk penerangan DSKP PJPK sahaja.
- Penataraan di sekolah - PKP akan berbincang dengan KP untuk pilih tarikh dan
masa untuk kunjung bantu (pemantauan) subjek PJPK daripada PPD Gombak
pada bila-bila masa tahun hadapan.

2. PN ERNIZA IDAYU (Penyelia Sektor Kesihatan Akademik JPN Selangor)


- SEGAK adalah di bawah seliaan PK Pentadbiran, bukan PK Koku. Segala
urusan pengesahan mestilah diselesaikan oleh PKP.
- Data SEGAK perlu tepat, mengikut tempoh masa dan tiada isu berbangkit seperti
data ketinggian murid. Reset semula sebelum sahkan jika ada murid baru atau
keluar.
- DSKP sama digunapakai sama ada di SK atau SJK.
- Sekolah tiada kolam perlu jalankan Rekreasi dan Kesenggangan (pilihan).
- Penambahan modul Gimnastik Asas yang lebih beraras tinggi.
- Isu relif PJ
 Guru bukan opsyen tidak perlu membawa murid ke padang jika tidak
mampu mengawal disiplin dan keselamatan murid
 Guru dilarang sama sekali membuat tugasan atau kerja lain semasa sesi
PdPc PJ berlangsung di padang
 Penggunaan telefon bimbit dan komputer riba adalah dilarang semasa
relif PJ (isu keselamatan)
 Guru perlu berada bersama murid sepanjang di padang, gelanggang atau
dewan dan tidak berada di tempat lain. Guru tidak bole hanya memberi
arahan kepada ketua kelas sahaja (isu keselamatan)
- Kelas Inklusif juga menggunakan DSKP dan ditaksir seperti murid arus perdana/
normal.
- Jadual waktu perlu ikut SPi Bil 8 2016 iaitu 2 sesi waktu PJ mesti berselang hari.
Tidak boleh dilakukan keesokan harinya.
- Guru opsyen PJPK wajib minimum 14 waktu untuk PJPK. Guru PJ mengajar PK
kelas yang sama.

Disediakan oleh,

(NUR ZAHEEDA BINTI ZAINOL AZLAN)


Guru PJPK
SEKOLAH KEBANGSAAN KUANG
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: 03-6038 3780 Faks: 6038 2199 Kod Sekolah : BBA7208
Emel : bba7208@btpnsel.edu.my

SK Kuang
2019

You might also like