Takwim

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

Kursus Dalam Talian: Ilmu Falak (UGE08/20) | 1 September 2020 | 13 Muharam 1442

Sedikit Biodata Penyampai


Nama: Wan Kamel bin Wan Hussain.

Tarikh & Tempat Lahir: 24 Ogos 1961 | 12 Rabiulawal 1381 , Alor Setar, Kedah.

Satus Perkahwinan: Berkahwin, mempunyai seorang isteri dan 5 orang cahaya mata (2 lelaki dan 3 perempuan).

Pendidikan Rendah & Menegah: SRJK Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. SM Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

Pendidikan Tertinggi: Diploma Ukur Tanah, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Perkhidmatan: Mula berkhidmat dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada awal tahun 1984. Tempat bertugas awal di
Jabatan Ukur Topografi Sabah. Pada tahun 2000 bertukar ke Seksyen Geodesi di Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur. Sehingga kini telah
berkhidmat lebih kurang 36 tahun.

Pengalaman Kerja: (i) Pemetaan, (ii) Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia (Sabah/Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan
Timur/Kalimantan Barat), (iii) Penyemak Akhir Dataset Pemetaan Topografi, (iv) Geodesi, Astronomi/Falak Syarie.

Tempat Bertugas Sekarang: Bahagian Ukur Geodetik, JUPEM

Jawatan Hakiki Semasa: Penolong Juruukur (Gred JA40)

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) 1


Kursus Dalam Talian: Ilmu Falak (UGE08/20) | 1 September 2020 | 13 Muharam 1442

Penafian
Pembentangan ini hanya bertujuan pendidikan semata-mata dan tidak menggantikan
pertimbangan profesional bebas. Pandangan, fikiran, dan pendapat yang dinyatakan dalam
pembentangan ini adalah pendapat penyampai dan tidak semestinya pendapat JUPEM.
JUPEM tidak menjamin ketepatan atau kebolehpercayaan maklumat yang diberikan di sini.

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) 2


Kursus Dalam Talian: Ilmu Falak (UGE08/20) | 1 September 2020 | 13 Muharam 1442

PENGENALAN TAKWIM
Disediakan Oleh

Wan Kamel bin Wan Hussain

Bahagian Ukur Geodetik

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) 3


Kursus Dalam Talian: Ilmu Falak (UGE08/20) | 1 September 2020 | 13 Muharam 1442

Ringkasan Penyampaian
❑ Takrif Takwim

❑ Takwim Syamsiah

❑ Takwim Qamariah

❑ Takwim Gregorian

❑ Takwim Julian

❑ Sejarah Takwim Hijriah

❑ Takwim Istilahi

❑ Takwim Ijtimak Hakiki

❑ Takwim Wujudul Hilal

❑ Takwim Imkanur Rukyah (Takwim Rukyah dan Hisab)

❑ Penerangan Ringkas Bagaimana Kaedah Penentuan Awal Tiga Bulan Utama Iaitu
Ramadan, Syawal dan Zulhijah

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) 4


Kursus Dalam Talian: Ilmu Falak (UGE08/20) | 1 September 2020 | 13 Muharam 1442
TAKWIM

Takrif Takwim
Zuhal Perisian Stellarium v 0.19.1
Takwim adalah istilah daripada Bahasa Arab (‫ )تقويم‬yang membawa
maksud kalendar atau tarikh yang dibentuk daripada sistem hitungan
masa yang berturutan menggunakan hari, bulan, tahun yang lazimnya Bulan
dirujuk berpandukan kepada objek samawi/astronomi dalam sistem suria
seperti Matahari atau Bulan atau kedua-duanya sekali.

Terdapat takwim dibina berasaskan matahari sahaja (cth. takwim


Zuhrah
gregorian, julian), bulan sahaja (cth. takwim hijriah) atau gabungan antara
Musytari
bulan dan matahari [lunisolar] (cth. takwim cina, hindu, yahudi).
Utarid
Unit asas dalam pengiraan kalendar adalah hari, walaupun pada masa Marikh

kini hari diukur dari tengah malam ke tengah malam berikutnya, namun MATAHARI

ia bukanlah menjadi satu kemestian. Ada yang menggunakan tengah


hari, waktu matahari terbenam dan sebagainya. Uranus

Takwim memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan


Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957 M | 4 Safar 1377 H hari Sabtu
manusia sejak zaman dahulu lagi, bagi urusan seharian bagi aktiviti Dipilih oleh para ulama yang diketuai oleh Tuan Syeikh Abdullah Fahim – Datuk
kepada PM ke 5, Tun Abdullah Ahmad Badawi
keagamaan, sosial, pertanian, perniagaan, pentadbiran hingga urusan
pemerintahan.
Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) 5
Kursus Dalam Talian: Ilmu Falak (UGE08/20) | 1 September 2020 | 13 Muharam 1442
Takwim Syamsiah

Takwim Syamsiah adalah merujuk kepada perubahan musim yang berkait dengan perubahan
kedudukan Matahari dalam satu tahun tropika, 365.24... hari. Oleh kerana paksi putaran Bumi
tercondong sebanyak 23.5 darjah maka terjadinya empat musim yang utama iaitu musim panas,
musim bunga, musim luruh dan musim sejuk dalam setahun bagi negara-negara yang berada di
sekitar garis Sartan (23.5° Utara) dan garis Jadi (23.5° Selatan). Dengan terjadinya perubahan musim
ini, ia mempengaruhi sosio ekonomi sesuatu negara terutama dalam hasil pertanian.

Penandaan musim dapat diketahui dengan merujuk kedudukan matahari di 4 buruj iaitu Hamal
(Aries), Saratan (Cancer), Mizan (Libra) dan Jadi (Capricon). Berdasarkan hisab, Matahari berada di
buruj Hamal pada 21 Mac, Saratan pada 22 Jun, Mizan pada 24 September dan Jadi pada 23 Disember.
Seterusnya kita dapat mengetahui permulaan musim iaitu dengan merujuk kepada bulan tersebut
iaitu bulan Mac merupakan permulaan musim bunga, bulan Jun permulaan musim panas, bulan
September permulaan musim gugur dan Disember ialah permulaan musim sejuk.

The mean tropical year on January 1, 2000 was


365.2421897 or 365 ephemeris days, 5 hours, 48 minutes,
45.19 seconds.

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) 6


Kursus Dalam Talian: Ilmu Falak (UGE08/20) | 1 September 2020 | 13 Muharam 1442

Takwim Qamariah

Takwim Qamariah pula merujuk kepada peredaran Bulan mengelilingi Bumi berdasarkan fasa Bulan. Dalam peredaran bulan, terdapatnya
empat fasa utama yang dilihat dari Bumi iaitu; Fasa Pertama: Ijtimak (conjunction), merupakan fasa peralihan dari bulan lama ke bulan
baharu. Fasa Kedua: Bulan pada suku pertama. Fasa Ketiga: Bulan pada suku kedua (bulan purnama). Fasa Keempat: Bulan pada suku ketiga.

Dalam pusingan setahun Bulan mengelilingi Bumi terjadi 7 1Τ2 hari

sebanyak 12 kali ijtimak, (354 / 29.53 = 11.98 ≈ 12)

Surah al-Taubah ayat 36,

Maksudnya: “Bahawasanya bilangan bulan itu di sisi


Allah dua belas bulan di dalam kitab Allah dari hari
Dia menjadikan segala langit dan bumi...”
14 3Τ4 hari

22 1Τ2 hari

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) 7


Kursus Dalam Talian: Ilmu Falak (UGE08/20) | 1 September 2020 | 13 Muharam 1442

Takwim Gregorian / Miladiah

Takwim ini berdasarkan daripada takwim Julian yang telah mengalami sedikit perubahan. Ia Pertama kali diusulkan oleh Aloysius Lilius
dari Napoli, Itali dan diikuti oleh Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582.

Perubahan tarikh berlaku pada tahun 4 Oktober 1582 (hari Sabtu) diikuti dengan hari berikutnya adalah 15 Oktober 1582 (hari Ahad),
lupus sebanyak 10 hari. Perubahan ini disebabkan permulaan musim bunga (21 Mac) semakin terkehadapan sehingga perayaan Easter
yang telah dipersetujui sejak Konsili Nicea I pada tahun 325 M tidak lagi tepat.

Takwim ini mengandungi 12 bulan dalam setahun dengan bilangan 365 hari bagi tahun biasa dan 366 hari dalam tahun lompat. Urutan
nama-nama bulan adalah;

Januari (31 hari), Februari (28 hari bagi tahun biasa dan 29 hari bagi tahun lompat), Mac (31 hari)

April (30 hari), Mei (31 hari), Jun (30 hari), Julai (31 hari), Ogos (31 hari), September (30 hari), Oktober (31 hari), November (30 hari) dan
Disember (31 hari).
Januari Februari Mac April Mei Jun
365 hari tahun biasa
31 28 / 29 31 30 31 30
366 hari tahun lompat
Julai Ogos September Oktober November Disember Tambahan 1 hari dalam bulan
Februari bagi tahun lompat
31 31 30 31 30 31

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) 8


Kursus Dalam Talian: Ilmu Falak (UGE08/20) | 1 September 2020 | 13 Muharam 1442

Takwim Julian

Takwim Julius atau Julian telah dicadangkan oleh ahli astronomi Sosigenes, yang digubal oleh Julius Caesar dari Januari 1, 45 SM. Setiap 3 tahun
mengandungi 365 hari, setiap tahun ke-4 mengandungi 366 hari. Terjadi kelewatan 1 hari dari equinox setiap 128 tahun.

Kalendar ini merupakan tahun syamsiah (matahari) dengan bilangan hari yang tetap setiap bulan, dan pada satu hari setiap 4 tahun untuk
pelarasan tempoh tahun tropika. Kalendar ini digunakan secara rasmi di seluruh Eropah, sehingga pembaharuan kemudiannya dilakukan oleh
Pope Gregory XIII pada tahun 1582. United Kingdom hanya melaksanakannya pada tahun 1752, Rusia pada 1918 dan Greece pada 1923. Gereja
Ortodok masih menggunakan kalendar Julius supaya perayaan Krismas dan tahun baru berbeza.

Era sebelum 45 SM, telah dipanggil "era keliru ", Julius Caesar memasukkan 90 hari ke dalam kalendar Roman tradisional, untuk mendapatkan
lebih dekat dengan ketepatan perubahan musim. Kemasukan ini adalah begitu cuai sehingga bulan dalam kalendar tidak lagi sesuai. Akhirnya
dengan nasihat Sosiogenes, ahli astronomi dari Alexandria, Caesar menetapkan kalendar beliau kepada 12 bulan, setiap satu dengan beberapa
hari yang tertentu kerana ia kini, dengan penentuan tahun lompat setiap 4 tahun, dengan kepercayaan bahawa panjang 1 tahun matahari
adalah 365.25 hari pada masa itu.
Sejak meninggalnya Caesar, penerapan tahun lompat (kabisah) telah salah, ia berlaku setiap memasuki tahun ke-4, jadi 3 tahun sekali. Keadaan
ini konon dibetulkan kemudian oleh Kaisar Agustus, dengan meniadakan semua hari kabisah dari tahun 8 SM sampai tahun 4 Masehi. Setelah
itu kalender Julius berfungsi dengan jauh lebih baik.

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) 9


Kursus Dalam Talian: Ilmu Falak (UGE08/20) | 1 September 2020 | 13 Muharam 1442

SEJARAH TAKWIM HIJRIAH


Mula diperkenalkan pada tahun 638 miladiah (masehi) oleh Saidina Umar Ibn Al-Khattab bersempena dengan penghijrahan Baginda
Rasullah S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 miladiah. 1 Muharam 1 Hijriah adalah bersamaan 16 Julai 622 miladiah.
Tahun baharu disambut selepas 12 kali kenampakan hilal (anak bulan).

Surah al-Taubah ayat 36,

Maksudnya: “Bahawasanya bilangan bulan itu di sisi Allah dua belas bulan di dalam kitab Allah dari hari Dia menjadikan segala langit dan
bumi...”

Surah al-Baqarah ayat 189,

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan bagi
ibadah haji ...”

Surah Yunus ayat 5,

Maksudnya: “Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan manzilah-manzilah (orbit) bagi perjalanan
bulan itu supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan
hak. Dia menjelaskan tanda-tanda kebesaranNya kepada orang-orang yang mengetahui”.

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) 10


Kursus Dalam Talian: Ilmu Falak (UGE08/20) | 1 September 2020 | 13 Muharam 1442

JENIS-JENIS TAKWIM HIJRIAH

Takwim Istilahi

Bilangan 12 bulan dalam setahun yang terdapat di dalam takwim ini disusun secara berselang-seli diantara 30 hari dan 29 hari untuk
menjadikan 354 hari bagi tahun biasa (basitah) dan 355 hari bagi tahun lompat (kabisah) setahun. Dalam pusingan sinod 30 tahun,
terdapat 19 tahun biasa dan 11 tahun lompat.

Jumlah keseluruhan hari dalam pusingan 30 tahun = (19 tahun x 354 hari) + (11 tahun x 355 hari) = 10,631 hari.

Tahun biasa (basitah); 1, 3, 4, 6, 8, 9, 11, 12, 14, 16, 17, 19, 20, 22, 23, 25, 27, 28, 30.

Tahun lompat (kabisah); 2, 5, 7, 10, 13, 15, 18, 21, 24, 26, 29.

Terdapat 12 bulan dalam setahun iaitu; Muharam (30 hari), Safar (29 hari), Rabiulawal (30 hari), Rabiulakhir (29 hari), Jamadilawal (30 hari),
Jamadilakhir (29 hari), Rejab (30 hari), Syaaban (29 hari), Ramadan (30 hari), Syawal (29 hari), Zulkaedah (30 hari) dan Zulhijjah (29 hari bagi
tahun biasa dan 30 hari bagi tahun lompat).

Kaedah ini hanya digunakan untuk membuat anggaran tarikh hijriah sahaja, dan bukan untuk takwim ibadat.

Muharam Safar Rabiulawal Rabuilakhir Jamadilawal Jamadilakhir


354 hari tahun biasa
30 29 30 29 30 29
355 hari tahun lompat
Rejab Syaaban Ramadan Syawal Zulkaedah Zulhijjah Tambahan 1 hari dalam bulan
30 29 30 29 30 29 / 30 Zulhjjah bagi tahun lompat

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) 11


Kursus Dalam Talian: Ilmu Falak (UGE08/20) | 1 September 2020 | 13 Muharam 1442

Takwim Ijtimak Hakiki

Takwim jenis ini berdasarkan kepada sistem ijtimak bumi-bulan-matahari, di mana penentuan awal bulan Hijriah dikira berpandukan
selepas berlakunya ijtimak hakiki. Sekiranya ijtimak berlaku sebelum matahari terbenam pada hari yang ke-29 bulan Hijriah, maka sejak
terbenamnya matahari itulah dikira sebagai awal bulan Hijriah yang baharu atau dengan lain perkataan, esoknya adalah 1 haribulan.
Sebaliknya jika ijtimak berlaku selepas terbenamnya matahari pada hari tersebut, maka keesokan harinya dijadikan 30 haribulan.

Takwim Wujudul Hilal

Takwim jenis ini juga berdasarkan sistem ijtimak bumi-bulan-matahari. Bagaimanapun, penentuan awal bulannya bergantung kepada
sama ada hilal itu wujud atau tidak di atas ufuk pada saat matahari terbenam pada hari ke-29 bulan Hijriah. Sekiranya hilal itu wujud,
maka bermula dari waktu terbenam matahari itulah bulan baru atau 1 haribulan itu dikira. Begitulah sebaliknya dan takwim ini
digunakan di Malaysia sebelum 1996 bagi penentuan awal 10 bulan selain Ramadan dan Syawal.

Takwim Imkanur Rukyah (Takwim Rukyah dan Hisab)

Takwim Imkanur Rukyah pula terbentuk bila mana penentuan bagi setiap awal bulan Hijriah dibuat berdasarkan ketetapan kriteria
Imkanur Rukyah yang tertentu. Takwim ini digunakan di Malaysia bagi kesemua bulan Hijriah mulai 1995 berdasarkan kriteria yang telah
dipersetujui dalam tahun 1992.

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) 12


Kursus Dalam Talian: Ilmu Falak (UGE08/20) | 1 September 2020 | 13 Muharam 1442

Penerangan Ringkas Bagaimana Kaedah Penentuan Awal Tiga Bulan Utama Iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijah

Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Kebangsaan telah ditubuhkan di akhir tahun 80an. Ianya terletak di bawah Jawatankuasa Induk
Penetapan Puasa dan Hari Raya yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di mana dahulunya dikenali sebagai
Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri. Jawatankuasa Induk ini ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja melalui Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 14 Disember 1989. JUPEM merupakan salah satu anggota Ahli Jawatakuasa
Teknikal Kalendar Islam Kebangsaan. Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) dilantik setiap 2 tahun sekali di mana ada yang dilantik melalui jabatan
dan ada yang dilantik secara perseorangan. Ianya adalah terdiri daripada pegawai berugama Islam dari agensi-agensi yang teribat secara
langsung di bidang ini.

Semasa Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura
(MABIMS) kali pertama yang diadakan di Bandar Seri Begawan pada tahun 1989, ketetapan telah dibuat untuk mengadakan penyelarasan
dalam penyediaan taqwim Hijrah di kalangan negara-negara anggota.

Pada tahun 1992 bertempat di Labuan, MABIMS telah bersepakat bahawa penentuan awal bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah di
kalangan negara-negara anggota dibuat berdasarkan rukyah dan hisab dengan mengguna kaedah Imkanur Rukyah, manakala bulan-
bulan yang lain dengan kaedah Wujudul Hilal (secara hisab).

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) 13


Kursus Dalam Talian: Ilmu Falak (UGE08/20) | 1 September 2020 | 13 Muharam 1442

Kriteria Imkanur Rukyah 1992

Ijtimak telah berlaku pada 29 Syaaban, 29 Ramadan atau 29 Zulkaedah sebelum Matahari terbenam dan hilal dianggap boleh kelihatan
apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

Ketika Matahari terbenam, ketinggian anak bulan di atas ufuk tidak kurang daripada 2° dan jarak lengkung Bulan-Matahari tidak kurang
daripada 3° ATAU ketika Bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam selepas ijtimak berlaku.

Mulai tahun 1995, kesemua bulan-bulan Hijriah ditentukan melalui ketetapan kriteria Imkanur Rukyah.

Rajah: Konfigurasi ketinggian hilal dan jarak lengkung Rajah: Konfigurasi umur hilal

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) 14


Kursus Dalam Talian: Ilmu Falak (UGE08/20) | 1 September 2020 | 13 Muharam 1442

Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat menambah pengetahun para penonton.

Penyampai juga ingin memohon kemaafan bagi sebarang kekurangan dan kesilapan. Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T
dan segala kekurangan pula dari kelemahan diri penyampai sendiri.

Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Wallahu a’lam

Sekian, terima kasih.

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) 15

You might also like