Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENDAHULUAN

Jurnal Perkama bagi tajuk “ Latihan Kaunseling di Malaysia : satu ulasan dan
cadangan” merupaakn hasil dari penulisan Abdul Halim Othman ( Sekolah Psikologi
dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah), Md.Shuaib Che Din ( Universiti
Kebangsaan Malaysia ), dan Sapora Sipon ( Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial,
Universiti Malaysia Sabah). Pendahuluan ulasan ini bermula dengan penceritaan
tentang kepentingan perkhidmatan kaunseling di Malaysia. Perkhidmatan kaunseling
amat penting kerana manusia atau individu ingin menemui kesejahteraan dan
kebahagiaan dalam kehidupan ereka. Ia turut menceritakan permulaan perkhidmatan
kaunseling pada tahun 1960 an di institusi – institusi pengajian tinggi atau kerajaan
atau swasta bagi menyediakan bilangan kaunselor yang diperlukan. Akan tetapi,
akibat keghairahan menawarkan program – program latihan kaunseling, telah wujud
program – program persediaan kaunseling yang tidak dirancang rapi oleh institusi –
institusi yang terlibat dan menyebabkan kewujudan perbezaan yang akan memberi
impak kepada tahap profesionalisme kaunselor tersebut.
Penulis seterusnya membicarakan beberapa isu penting seperti penyelidikan,
etika kaunselor dan perlesenan yang kurang diberi perhatian.( Abdul Halim Othman,
1996 ). Terdapat isu -  isu etika yang luas yang dikaitkan dengan penyelidikan
kaunseling antaranya, kajian atau rawatan inovatif yang digunakan oleh kaunselor
boleh memudaratkan pesakit. Dilema lain ialah klien berkompromi dan menggangap
sulit mengenai hubungan kaunselor dan klien dengan merekodkan sesi tetapi pada
akhirnya didengari oleh ahli pasukan penyelidikan yang lain. Seterusnya, ada
kaunselor yang menggunakan maklumat arkib mengenai klien ( laporan kes ) tanpa
persetujuan klien terlebih dahulu dan terdapat juga kaunselor secara tidak sedar
memanipulasikan proses terapi dan isi kandungan untuk menghasilkan keputusan
yang sejajar dengan hipotesis kajian ( John McLeod , 1951 ).
Atas sebab itu, penulis menyatakan beberapa cadangan akan dibincangkan
untuk melahirkan latihan kaunseling yang mantap yang dapat mempertingkatkan
profesion kaunseling di Malaysia. Kemudian penulis menceritakan
permulaan  perkidmatan kaunseling di Malaysia yang baru satu dekad setengah
diwujudkan, hasil perakuan UNESCO kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
melalui perundingnya, R. K. Mackenzie dari Kanada. Kemudian pada tahun 1969,
275 orang guru diberi kursus selama enam hari dan diikiuti seminar selama tiga hari
pada tahun 1970. Bagi Muhd. Mansur Abdullah  dan S. Nordinar Mohd Tamin
( 1987 ) menyatakan apabila kaunseling semakin berkembang di sekolah, dalam
masyarakat pula sudah mula bercambah kesedaran tentang kaunseling. Terdapat
sekumpulan ahli akademik dan pensyarah psikologinserta pekerja yang terlibat
menubuhkan persatuan iaitu Persatuan Bimbingan Vokasional
Malaysia                    ( MAVOGA ) DAN Datuk Yeap Kee Aik selaku pengerusi
persatuan tersebut. Selain itu, Muhd. Mansur Abdullah  dan S. Nordinar Mohd Tamin
( 1987 ) juga menyatakan selepas itu barulah Persatuan Kaunselor Malaysia
( PERKAMA ) ditubuhkan dan juga pertubuhan – pertubuhan sukarela yang lain
seperti BeFriends, dan Woman Aids.
 
INSTITUSI LATIHAN KAUNSELING DI MALAYSIA
Penulis menjelaskan institusi latihan kaunseling bukan sahaja terdapat di
institusi di IPTA malah terdapat juga di organisasi kerajaan mahupun swasta. Namun
begitu, sekolah merupakan tumpuan utama bagi perkhidmatan kaunseling kerana ia
merupakan sektor terbesar bagi latihan.  Seterusnya, penulis menyenaraikan kursus
yang diperkenalkan , antaranya Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling
selama satu tahun, Kursus Diploma Psikologi Kaunseling selama satu tahun dan
sebagainya. Kebanyakan kursus – kursus ini diberi kepada guru bimbingan dan
kaunseling untuk memperkembangkan lagi tahap profesional kaunselor.
 
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Seterusnya, penulis menghimpunkan beberapa Institut Pengajian Tinggi yang
telah mula memperkenalkan program perkhidmatan kaunseling sejak tahun 1960an
yang dimulai oleh ITM ( kini Universiti Teknologi Malaysia ) dan diikuti oleh
universiti – universiti yang lain sehunggalahUniversiti Malaysia Sabah iaitu pada
tahun 1997. Pelbagai program – program pendekatan kaunseling yang ditawarkan
antaranya Diploma Psikologi Kaunseling, Sarjana Sastera ( Psikologi Kaunseling )
dan lain – lain. Setiap institusi pengajian tinggi mempunyai falsafah dan matlamat
masing – masiing. Penulis berpendapat latihan kaunseling mencul dalam pelbagai
bentuk dan menunjukkan perkembangan yang baik. Kementerian Pendidikan berharap
institusi – institusi yang mendidik para kaunselor sebagai jentera penggerak yang
memainkan peranan besar dalam membekalkan kemahiran dan pengetahuan tentang
kaunseling seluas luasnya (Muhd. Mansur Abdullah  dan S. Nordinar Mohd Tamin,
1987 ).
 
PROFESIONALISME KAUNSELING
Persoalan tentang profesionalisme kaunseling turut dibicarakan dalam ulasan
penulis. Menurut penulis, di Malaysia terdapat organisasi yang mendaftar dan
memberi lesen kepada kaunselor iaitu Lembaga Kaunselor yang ditubuhkan mengikut
Akta 580                                       ( Akta Kaunselor 1998 ).
Seterusnya penulis mengambil kira pendapat Engelkes dan Vandergooot
( 1982 ) yang menggariskan tiga perkara utama sebelum sesuatu profession diberi
lesen dan antaranya profesion tersebut hendaklah diiktiraf oleh undang – undang
diiktiraf oleh badan – badan profesional yang lain mengikut kemampuan seseorag itu.
Penulis mendatangkan pendapat Nugent ( 1981 )  yang menjelaskan beberapa kriteria
perlu dipenuhi sebelum perkhidmatan kaunseling diiktiraf profesional dan antaranya
orang – orang yang tidak berkelayakan dalam bidang ini tidak boleh mengaku tidak
boleh sewenang – wenangnya mengaku mereka adalah kaunselor. Penulis menyatakan
perkhidmatan kaunseling tidak mencapai taraf profesional sekiranya kaunselor tidak
bersandar pada kod – kod etika dan kejayaan mereka bergantung kepada faktor –
faktor tertentu seperti faktor personaliti dan sikap kaunselor itu sendiri.
Persoalan mengenai isu perlesenan dan kaunseling sebagai satu profesion turut
menjadi perhatian penulis. Penulis , Abdul Halim Othman ( 1993 ), menjelaskan salah
satu perkara utama yang perlu dilakukan ialah sentiasa membuat penilaian dan
penyelidikan terhadap program – program persediaan kaunselor.  Bagi Muhd. Mansur
Abdullah  dan S. Nordinar Mohd Tamin ( 1987 ) pula mendartangkan pendapat
McCully ( 1966 ) yang menegaskan perkhidmatan kaunseling merupakan satu
profesion berdasarkan pengkhususan pengetahuan yang melibatkan keintelektuan
teknik yang sistematik dan berfaedah serta memerlukan latihan yang rapi dan
sebagainya.   
Penulis berpendapat universiti -  universiti yang menawarkan program –
program latihan kaunseling belum bersatu hati dalam menyediakan model latihan
yang baku. Dalam menyediakan program persediaan kaunselor, terdapat
percanggahan dimana terdapat institusi yang memberi penekanan dalam psikologi dan
satu pihak lagi mengutamakan bidang penyelidikan. Di sini kita dapat melihat
terdapat dua cabang dalam program persediaan kaunseling ini. Jadi pengulas jurnal
ini, Abdul Halim Othman ( 1996 ), mencadangkan bidang kaunseling mempunyai
identiti tersendiri dengan mencipta model yang bersesuaian dengan nilai –  nilai
setempat.
Isu seterusnya yang dibangkitkan oleh penulis ialah latihan praktikum yang
tidak seragam. Penulis memberitahu ada  pendapat  mengatakan  pelatih kaunselor
tidak memerlukan persiapan yang mantap dari segi akademik kerana sudah
mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perkhidmatan sosial. Penulis
menyatakan latihan amali yang  cekap amat penting agar pelatih tidak teragak – agak
untuk menjalankan kaunseling dalam keadaan sebenar.
Pengarang menyatakan universiti – universiti yang menawarkan program
persediaan kaunselor di peringkat pasca siswazah lebih memberi penekanan kepada
aspek penyelidikan sehingga melupakan aspek latihan praktikum sedangkan kaunselor
mestilah meliputi kedua – dua komponen ini. Pengarang juga menyatakan program –
program persediaan kaunselor secara separuh masa atau jarak jauh kurang dirancang
secara sistematik.
Isu tentang kesan kepada pengiktirafan profesion kaunseling turut dibicarakan
oleh pengarang. Perbezaan dalam latihan persediaan kaunselor menunjukkan tidak
berlakunya satu bentuk latihan yang baku kerana kaunseling di Malaysia belum
mencapai status profesion sepertimana di negara – negara barat. Di negara barat
kaunselor sudah diterima sebagai satu profesion kerana masyarakat menggangap
kaunselor dapat memberikan manfaat kepada mereka yang memerlukannya. Malah
bidang ini sudah berkembang begitu pesat ke serata dunia  ( Muhd. Mansur
Abdullah  dan S. Nordinar Mohd Tamin, 1987 ). Jadi, di Malaysia  tidak cukup hanya
PERKAMA yang lantang berbicara sedangkan tiada sokongan dari pihak lain untuk
mempertingkatkan  profesion kaunseling ini.
Pengarang menyentuh juga tentang sejarah peringkat persatuan kaunselor di
negara barat seperti Amerika. Ia menceritakan pada permulaannya tuntutan disalurkan
ke American Association for Counseling (ACA) dan wujudlah satu badan
pengiktirafan negara, the Council  for Accreditation of Counseling and Rlated
Educational Progrram ( CACREP ) sehingga wujudlah COPA ( Council on Post
Secondary Accreditation ). Terdapat syarat – syarat yang dikenakan oleh CACREP
sebelum mereka layak mendapat pengiktirafan  CACREP. Bagi Nordin Kardi dan
Mohamad Fadzil Che Din ( 2001 ) yang telah merujuk kepada buku Baruth, L.G. &
Robinson, E.H. ( 1991 )  mengatakan, biro vokasional telah dibuka di Boston pada
tahun 1908 dengan dipelopori oleh Frank Parson. Dalam sistem pendidikan pula,
Perkhidmatan Bimbingan dan Maklumat Pekerjaan telah ditubuhkan dan ketua
jabatannya ialah Harry A. Jager. Pada tahun 1860 – 70 perhatian lebih tertumpu
kepada usaha memperjelaskan peranan dan fungsi kaunselor, soal akauntabiliti dalam
kaunseling, soal penggunaan pendekatan kelompok , dan teknik – teknik
mengubahsuai tingkahlaku.
Penulis juga menjelaskan tentang isu penyesuaian budaya dalam kaunseling.
Kaunselor hendaklah mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan yang mereka perolehi
dalam konteks budaya tempatan. Pengulas, Abdul Halim Othman ( 1993 ),
menyatakan faktor budaya amat penting dalam menjalani kaunselor yang berkesan.
Penulis menjelaskan mengaplikasikan teori – teori kaunseling adalah penting kerana
tanpa pengetahuan tentang teori , ia akan menunjukkan kelemahan kaunselor itu
tersebut. Penulis menyatakan penyelidikan perlu dilakukan oleh kaunselor kerana
tujuan penyelidikan untuk mendapatkan maklumat yang penting. Menurut John
McLeod ( 1951 ) tujuan penyelidikan juga untuk mendapatkan perspektif yang lebih
luas dan juga pembangunan profesional dan peribadi.
John McLeod ( 1951 ) memberi definasi penyelidikan iaitu satu proses
pertanyaan genting yang sistematik yang boleh menghasilkan kenyataan dan
kesimpulan yang sah. Kajian penyelidikan kekurangan maklumat kerana didorong
oleh teori sepanjang sedekad yang lepas. Jadi penyelidikan merupakan komponen
yang penting dalam semua amalan kaunseling yang kompeten, ( John McLeod,
1951 ). Sebagai pengamal kaunseling, penulis, Abdul Halim Othman ( 1996 ), melihat
penyelidikan kaunseling masih di peringkat rendah. Penulisan dalam konteks ujian
dan pengukuran juga rendah walaupun bidang kaunseling menggunakan bidang
psikologi.  
Seterusnya pengarang mendatangkan cadangan Pedersen ( 1984 ) iaitu pelajar
– pelajar perlu  menggunakan ujian penyelidikan, pengesahan ujian – ujian psikologi
dan kaedah penyelidikan  kerana ia amat penting untuk membantu memeribumikan
kerelevanan psikologi secara amalan. Banyak kajian memberi perhatian kepada
bimbingan dan kaunseling dan psikologi umum dalam memenuhi syarat ijazah dan
diploma Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ), ( Abdul Halim Othman, 1986 ).
Persoalan mengenai berapa ramaikah kaunselor yang mahir dalam pentadbiran ujian –
ujian dan menjalankan kajian dan juga adakah institusi yang melatih kaunselor
menawarkan program yang cukup dalam bidang penyelidikan dan pengujian dan
pengukuran alat – alat ujian turut menjadi fokus perbincangan buku ini.
Penulis ( Abdul Halim Othman, 1984 ) menyatakan masalah akan timbul
apabila terdapat teori yang bercanggah dengan sistem nilai masyarakat dan budaya
negara ini dan menyebabkan kaunselor dalam dilema untuk melaksanakan kaunseling.
Penulis mendatangkan pendapat Pedersen ( 1983 ), Kim et. Al ( 1993 ), yang mana
telah melakukan kajian dan ia menunjukkan perbezaan antara perkembangan dan
pengekalan personaliti Barat dan Asia. Jadi, dalam mengkaji teori – teori, kaunselor di
Malaysia harus terbuka agar dapat membuat pertimbangan wajar sebelum mengamal
kaunseling ( Abdul Halim Othman, 1986 ). Maka, untuk mengembangkan lagi kerjaya
kaunseling, institusi  program persediaan kaunseling perlu bersifat terbuka dalam
konteks ini seperti mengambil budaya tempatan sebagai latar belakangnya.
Adakah kaunselor akan lebih memberi tumpuan kepada pendekatan yang
melibatkan komuniti atau sistem klien yang lebih luas untuk melaksanakan
perkhidmatan kaunseling yang berkesan juga turut menjadi persoalan dalam buku ini.
Beberapa strategi boleh digunakan untuk melaksanakannya  antaranya isu ini tidak
perlu dibincangkan oleh ahli – ahli dalam profesion kaunseling tetapi ini akan
mengakibatkan orang – orang yang di luar profesion ini tidak akan menghormati
profesion kaunseling lagi. Seterusnya, PERKAMA hendaklah mmperketatkan
peraturan yang ada dengan menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi sebarang
pembuat keputusan membuat penyesuaian selari dengan perkembangan semasa yang
berlaku. Akan tetapi lambat laun profesion ini akan kehilangan identiti. Bagi penulis,
ketiga – tiga langkah ini merupakan kaedah yang terbaik dalam jangka masa yang
pendek tetapi hasilnya tidak akan
berpanjangan. Jadi,  penulis buku ini berpendapat strategi yang paling bersesuaian
ialah berusaha ke aarh profesionalisme kerana segala isu yang berkaitan dengan
bidang kaunseling akan cuba di tangani dengan lebih profesional.
 
 
CADANGAN
Penulis memberi beberapa cadangan untk melahirkan latihan kaunseling yang
mantap. Antaranya ialah untuk memenuhi objektif yang telah ditetapkan, pendidikan
kaunselor sepatutnya dirangka dengan lebih baik. Tenaga pengajar perlu sentiasa
mencari kaedah yang lebih bersesuaian dengan tahap persediaan kaunselor agar lebih
fleksible dan bersifat dinamik. Untuk meningkatkan lagi kemahiran kaunselor,
peluang – peluang untuk pendidikan haruslah sentiasa berterusan. Pra syarat bagi
kemasukan ke program persediaan kaunselor perlu dinilai secara sistematik dan
kemasukan bakal pelatih mestilah mencukupi syarat – syarat yang telah ditetapkan.
Selain itu, kemajuan calon perlu sentiasa di pantau dan latihan praktikum mereka
perlu dilakukan di tempat penyelia lapangan yang terlatih. Peranan kaunseling harus
diperhebatkan lagi di sekolah – sekolah dan tanggungjawab khusus perlu diberi
kepada kaunselor untuk menangi masalah murid – murid.
 
 
KESIMPULAN
Di bahagian kesimpulan, penulis buku mengatakan jenis latihan yang di terima
oleh kaunselor akan menentukan kejayaan seseorang kaunselor tersebut. Institusi –
institusi yang terlibat perlulah membuat perancangan yang rapi untuk melahirkan
kaunselor yang terlatih. Semua pihak yang terlibat perlu berbincang untuk
menyelesaikan isu – isu yang boleh menjejaskan kaunseling dan juga bentuk latihan
kaunseling yang paling baik bagi bakal kaunselor. Kaunseling dilihat sebagai
perkhidmatan yang menolong dan wajarlah ia dapat menolong dirinya dan orang
luar       ( Abdul Halim Othman, 1986 ). Para ibu bapa juga mestilah diyakinkan
sehingga mereka mengetahui peranan kaunselor. Maka, inilah tugas seorang
kaunselor untuk membimbing dan membentuk generasi muda yang sihat mindanya
dan juga tubuh badannya. Maka, barulah negara memiliki warganegara yang
bertanggungjawab ( Muhd. Mansur Abdullah  dan S. Nordinar Mohd Tamin, 1987 ).
Muhd. Mansur Abdullah dan S. Nordinar Mohd Tamin ( 1987 ) pula membuat
kesimpulan kemahiran setiap kaunselor perlulah digunakan sebaik mungkin untuk
kesejahteraan manusia dan bukan untuk merosakkan manusia pula. Sepatutnya sektor
swasta haruslah mempunyai sikap dan rasa tanggungjawab dengan menyediakan
perkhidmatan kaunseling. Di hospital juga kekurangan psikiatri yang berorientasikan
psikologi. Jadi masyarakat akan dapat melihat ilmu psikologi dalam kaunseling
mempunyai taraf profesionnya yang tersendiri  ( Muhd. Mansur Abdullah dan S.
Nordinar Mohd Tamin, 1987 ).
 

You might also like