Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA TAMAN HERBA

KERTAS KERJA CADANGAN TAMAN HERBA


 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN(TAMIL) TAMAN SENTOSA

1.0   PENDAHULUAN .
Taman Herba SJK(T) Taman Sentosa adalah di bawah pengawasan Panitia Reka
Bentuk & Teknologi dan Panitia Sains. Projek ini diharap mendapat kerjasama dari
PIBG SJK(T) Taman Sentosa. Taman Herba ini diharapkan untuk mewujudkan sikap
cintakan alam sekitar di samping memberi pendedahan kepada murid untuk mengenali
spesis herba dan juga manfaatnya. Taman Herba ini bertujuan untuk menceriakan
kawasan sekolah dan memberi pendedahan kepada murid. Kertas kerja ini
dibentangkan untuk mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilakukan di Taman
Herba SJK(T) Taman Sentosa.

2.0   MISI .
Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan
yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan
taman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan  tentang tanaman-tanaman
herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini.

3.0   VISI
Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar  dan warga
SJK(T) Taman Sentosa. Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan
tanaman yang mempunyai nilai perubatan .

4.0   OBJEKTIF.
Objektif  Kertas Kerja ini ialah :
1. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang
cadangan mewujudkan Taman Herba Sekolah.
2. Mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk menampung kos
penyelenggaraan.

3. Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas, cantik dan teratur dari segi
landskap dan susun atur tanaman herba yang dipamerkan.

4. Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah, PIBG 


dan pihak jawatan kuasa pelaksana Taman Herba .

5. Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan


tugas dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

            5.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA

PENASIHAT                 :        CIK. M. PUSHPARANI


                                               GURU BESAR

PENGERUSI                :         PN. K. THANACUMY


                                               PK KURIKULUM

PENYELARAS I            :        EN. M. YUTHISDEERAN


                                               KETUA PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI

PENYELARAS II           : PN. P. PREMALATHA


KETUA PANITIA SAINS

SETIAUSAHA             :       PN. S. THAIVA MALAR


GURU PANITIA BAHASA MELAYU

BENDAHARI :       EN. S. SELVARAJ


GURU PANITIA MATEMATIK

AJK GURU DAN KAKI TANGAN :          


                                                         1. GURU-GURU RBT 
2. GURU-GURU SAINS
                                                         3. PEKERJA SEKOLAH
                            
 AJK PELAJAR :

 SEMUA MURID TAHUN EMPAT, LIMA & ENAM


7.0 CADANGAN PELAKSANAAN .

Berikut merupakan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan


untuk diambil tindakan segera , antaranya ialah :

1. Membina kolam ikan mini untuk mewujudkan unsur air di dalam Taman Herba
Sekolah.
2. Membina landskap yang menarik dengan menambak kawasan Taman Herba di
tempat baru dengan  batu-batu krikil   dan tempat pejalan kaki yang selesa dan
menarik.

3. Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama.

4. Membeli pokok-pokok herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar didapati .

5. Mewejudkan perkarangan taman yang luas dan tidak jauh dari kawasan sekolah
dan menyenangkan untuk pemantauan berterusan.

8.0 SUMBER HERBA DAN KEWANGAN

1. Memohon Sumbangan dari Ahli Parlimen


           9.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN  DAN SUMBER KEWANGAN
                                     
Bil Perkara Jumlah Kos Sumber
1 Kolam Ikan Mini ( 1 set, sistem pam dan 5000.00
kolam )
2 Menambak Kawasan Taman / 1 lori batu 3000.00
krikil
3 Bumbung dan pagar kayu yang bercat 10000.00
4 Lapik batu Pejalan Kaki / Laluan dalam 3000.00
Taman
5 Memasang Papan Tanda dan Label Pokok 1000.00
herba
6 Membeli anak pokok dan benih herba 3000.00
7 Kos penyelenggaraan  ( Tanah semaian, 2000.00
racun rumpai, kawalan serangga dan
penyakit tanaman , baja , makan minum,
peralatan )
8 Air Pancutan Elektrik 3000.00
9 Pendawaian Elektrik 1000.00
10 Upah Pekerja 10000.00
JUMLAH 41000.00

10.0 PENUTUP :
            Program Taman Herba Sekolah SJK(T) Taman Sentosa lebih kepada memberi
pengetahuan kepada warga sekolah selain daripada menambah keceriaan persekitaran
sekolah. Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat
tersebut. Diharapkan segala cadangan  dan masalah yang dikemukan dalam kertas
kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah
supaya projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang oleh
pihak jawatan kuasa Taman Herba SJK(T) Taman Sentosa. Akhirnya, dengan
kerjasama pelbagai pihak diharapkan Taman Herba SJK(T) Taman Sentosa akan
mendapat mencapai kejayaan yang lebih membanggakan pada tahun ini dan tahun-
tahun yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

‘PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN’

DISEDIAKAN OLEH :

...............................................
(EN.YUTHISDEERAN MANIAM)
Penyelaras I
Taman Herba,
Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil) Taman Sentosa.
KERTAS KERJA
TAMAN HERBA
SJK(T) TAMAN SENTOSA

PANITIA REKA BENTUK TEKNOLOGI


&
PANITIA SAINS

You might also like