Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

JENIS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS:

(1)   SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (SPK)

 Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK)


 Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk murid bermasalah pendengaran dan penglihatan
(rendah dan menengah).

 
(a) Prasekolah
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:

 berumur tidak kurang dari lima (5) tahun


 disahkan oleh pengamal perubatan
 boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

 
 (b) Pendidikan Rendah
Syarat kemasukan murid ke Program PendidikanKhas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah:

 berumur 6+ hingga 14+ tahun


 Tempoh minimum belajar: 6 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum)
 disahkan oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
 Semua sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan & pendengaran) mengikuti aliran
akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Mereka akan menduduki UPSR semasa Tahun
Enam.
 Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan
minum percuma, dan bantuan kewangan RM50 sebulan (bagi mereka yang berdaftar sebagai OKU).
 Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau
kurikulum alternatif

 
(c) Pendidikan Menengah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah:

 berumur 13+ hingga 19+ tahun


 Tempoh minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum)
 disahkan oleh pengamal perubatan
 boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
 Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu dan vokasional.
 Murid bermasalah penglihatan dan pendengaran  boleh mengikuti pendidikan menengah aliran
akademik di sekolah menengah yang mempunyai program Pendididkan Khas Integrasi atau  di Sekolah
Pendidikan Khas (contoh: SMPK Persekutuan Pulau Pinang  atau SMPK Setapak)
 Mereka menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) spt murid di arus perdana.
Manakala murid bermasalah pembelajaran akan mengikuti Program Khas Integrasi menengah dan
penilaian dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.
 Selepas Tingkat 3, mereka diberi peluang untuk membuat pilihan untuk meneruskan pelajaran dalam
bidang akademik atau vokasional. Murid bermasalah penglihatan akan menduduki SPM dan seterusnya
mengambil STPM bagi yang layak.
 Mereka yang memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke sekolah menengah pendidikan
khas atau sekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas Integrasi.

 
 (d) Pendidikan Pasca Menengah
Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada murid-murid bemasalah pendengaran untuk
melanjutkan pelajaran di politeknik dengan menawarkan kursus-kursus teknikal, elektrik, perhotelan dan rekaan
fesyen.
 
 

(2) PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


 Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
 Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan.
 Untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran terhadap yang minimum
(LRE).
 Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat bergaul dengan murid
biasa dan tidak rasa terpinggir.
 Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan sekolah teknik/vokasional) yang
menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

  PROGRAM PENDIDIKAN KHAS TEKNIK DAN VOKASIONAL

 Ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, manakala JPK bertanggungjawab terhadap perkara-perkara
berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.
 Murid bermasalah pendengaran yang memilih aliran vokasional atau elektif mata pelajaran vokasional
(MPV) boleh meneruskan pelajaran di sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah menengah
teknik.

 PENTAKSIRAN MURID PENDIDIKAN KHAS

 Semua murid pendidikan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan menduduki peperiksaan awam
spt UPSR, PMR, SPM, dan STPM (pasca menengah)
 Bagi murid yang mengikuti kurikulum alternatif:
 Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLKV): menduduki penilaian Standard Kemahiran Kebangsaan
(SKK) dan boleh ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia.
 Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas: akan mengikuti penilaian berasaskan
sekolah dan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.

 (3)   PROGRAM INKLUSIF (PI)

 Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk
diinklusifkan dalam kelas biasa.
o Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: “…satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid
dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan
murid-murid biasa.
 Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada tahun 2000 iaitu:
“6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa.”
 Ditadbir oleh JPN
 Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh guru biasa serta
dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas.
 Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan seterusnya mencetuskan
semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan hidup bermasyarakat tanpa berperasaan
menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996)
 Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di samping memperakui
hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan individu.
 Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan murid khas belajar dalam
iklim persekolahan senormal yang boleh.
 Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk
diinklusifkan dalam kelas biasa.
 Terdapat 2 jenis PI:
o Inklusif Penuh
o Inklusif Separa/Separuh Inklusif
 Program PI dimulakan pada 1993 (3 orang pelajar ditempatkan di Ting. 6 Rendah di SM. Methodist (L),
KL.
 1994- Pembukaan kelas PI secara projek perintis di 14 buah sekolah di seluruh negara (pemilihan
pelajar adalah melalui program percantuman/sekolah khas, 2 atau 3 orang dalam 1 sekolah).
 1998- 53 buah sekolah rendah; 10 buah sekolah menengah
 1999- Jab. Teknikal melaksanakan Inklusif penuh untuk pelajar Masalah Pendengaran (24 orang di 11
S.M. Teknik/ Vokasional).
 2000- diubahsuai kepada separa inklusif, program diluaskan kepada murid Masalah Pembelajaran di
S.M. Teknik/vokasional

You might also like