Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Contoh karangan sambutan hari guru

Pada 16 mei yang lalu, sekolah saya iaitu Sekolah kebangsaan Ulu Yong, Kapit telah
mengadakan majlis sambutan Hari guru peringkat sekolah dengan meriah sekali. Majlis telah diadakan
di dewan sekolah.

Saya sangat gembira apabila bangun pada awal pagi itu untuk meraikan bersama-sama
rakan-rakan yang lain. Majlis pada pagi itu bermula pada pukul 8.00 pagi. Majlis dimulakan
dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Adam. Selepas itu, guru besar memberikan ucapan
serta membacakan perutusan hari guru pada tahun ini yang bertajuk “guru
Transformasi Pendidikan Negara”.Sebaik sahaja guru besar selesai berucap, semua guru di
minta tampil ke atas
pentas untuk menyanyikan lagu “Kami Guru Malaysia”. Kemudian 
a c a r a memotong kek beramai-ramai telah berlangsung dengan lucu sekali.

Selepas acara tersebut, acara sukaneka diadakan di padang sekolah.Acara ini
disertai oleh murid-murid dan guru-guru. Antara acara yang diadakan seperti berlari di dalam
guni, meniup belon sehingga pecah, mengisi air di d a l a m   b o t o l
d a n   m e r e b u t   k e r u s i .   K a m i   m u r i d - m u r i d   t a h u n   6   t e l a h   d i b a h a g i - bahagikan 
kumpulan beserta guru-guru dan saya dan Amin bersama-samadengan cikgu Fazli di dalam
satu kumpulan.

Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam acara sukaneka. Beliau
melahirkan rasa gembira kerana sambutan Hari Guru pada kali ini disambut dengan meriah.

Majlis ini tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Sebelum bersurai, murid
murid mengambil kesempatan untuk bersalam-salaman dengan guru-guru
sambil memberikan hadiah dan berpelukan.Hadiah yang saya berikan sebagai tanda terima kasih
dan mengenang jasa guru saya.

You might also like