Kertas Kerja Mural Nilai Nilai Murni

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA

MALONG,
95400, SARATOK, SARAWAK

KERTAS KERJA
‘PROJEK MURAL NILAI-NILAI MURNI’
DI BAWAH KEGIATAN
PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

PADA :
5 - 16 OKTOBER 2015
1.0 PENGENALAN

Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam membantu membangunkan


minda komuniti warga sekolah melalui persekitaranyang kondusif. Hal ini kerana,
persekitaran kawasan sekolah yang kondusif dan ceria adalah merupakan wahana
untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.

Sehubungan dengan itu, ‘Projek Mural Nilai-nilai Murni’ ini telah dirancang
khusus di bawah kegiatan Pendidikan Islam dan Moral bagi mewujudkan suasana
sekolah yang lebih kondusif dan ceria di samping dapat menerapkan elemen nilai-nilai
murni dalam kalangan murid SK Nanga Malong.

2.0 RASIONAL

Projek mural ini adalah merupakan satu daripada aktiviti yang telah dirancang di
bawah kegiatan Pendidikan Islam dan Moral. Oleh sebab itu, projek ini lebih memberi
fokus kepada elemen nilai-nilai murni.

Selain itu, projek mural ini juga bertujuan untuk menghiasi bahagian dinding-
dinding sekolah yang masih kosong agar kelihatan lebih ceria di samping dapat
meningkatkan penghayatan murid terhadap nilai-nilai murni.

Projek ini juga adalah merupakan salah satu perancangan selepas peperiksaan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dijalankan di mana murid-murid tahun
enam akan turut serta dalam membantu guru-guru yang terlibat bagi menjayakan projek
ini.

1
3.0 OBJEKTIF

Melalui projek mural ini, kami berharap dapat :

i. Merancang dan melaksanakan aktiviti atau projek yang dipersetujui oleh pihak
sekolah.
ii. Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang kondusif,
cantik dan indah.
iii. Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap sekolah.
iv. Meningkatkan penghayatan murid terhadap nilai-nilai murni.

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 5-16 Oktober 2015 (2 minggu)

Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : SK Nanga Malong (sepanjang kaki lima bangunan kelas Tahun 5 dan 6)

5.0 SASARAN

Semua guru khususnya yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral serta semua
murid tahun enam.

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Encik Masduki bin Sulaibi (Guru Besar)

Pengerusi Projek : Puan Rita anak Aba

Setiausaha Projek : Hasliza binti Che Ismail

Jawatankuasa : Semua guru dan murid tahun enam

2
7.0 PELAKSANAAN

‘Projek Mural Nilai-nilai Murni’ ini akan bermula pada 5 Oktober 2015. Seperti
yang sedia maklum, cadangan kawasan mural yang telah ditetapkan adalah di
sepanjang kaki lima bangunan kelas Tahun 5 dan 6.

Lakaran awal akan dibuat terlebih dahulu bagi melihat kesesuaian mural dengan
saiz dinding pada kawasan yang telah ditetapkan. Cadangan tempoh bagi menyiapkan
projek mural ini adalah selama dua minggu.

Antara nilai-nilai murni yang akan dijadikan mural adalah seperti berikut :

1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


2) AMANAH
3) BERTANGGUNGJAWAB
4) HEMAH TINGGI
5) TOLERANSI
6) BERDIKARI
7) KERAJINAN
8) KASIH SAYANG
9) KEADILAN
10) RASIONAL

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan bagi projek ini adalah seperti berikut :

3
Bil
Perkara Kuantiti Jumlah
.
1. Cat Pelaka (Pelbagai warna)
 Merah 1 unit
 Hitam 2 unit RM24.00 x 5
 Kuning 1 unit
 Hijau 1 unit
2. Cat Air
 Putih 2 unit RM38.00 x 2
9.0  Kuning 2 unit
3. Permanent Marker Yosogo-A70
3 unit RM1.80 x 3
(Hitam)
4. Kad Manila 1 unit RM0.50 x 1
JUMLAH BESAR RM277.90

SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan bagi projek ini adalah seperti berikut :

Bil
Sumber Kewangan Jumlah Peruntukan
.
1. Bantuan bayaran tambahan RM278.00
persekolahan bagi ‘Kegiatan Pendidikan
Islam dan Moral’

10.0 PENUTUP

Perancangan pelaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah bertujuan untuk
memudahkan pengurusan yang dikendalikan oleh jawatankuasa-jawatankuasa yang
telah dilantik. Justeru, kami berharap agar ‘Projek Mural Nilai-nilai Murni’ ini dapat
dilaksanakan dengan baik dan lancar sepertimana yang telah dirancang sekaligus

4
dapat menceriakan lagi persekitaran Sekolah Kebangsaan Nanga Malong. Kami juga
memohon kerjasama dan tindakan daripada pihak pentadbir sekolah supaya dapat
mempertimbangkan permohonan projek ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan
kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………. ……………………………………….
(CIK HASLIZA BINTI CHE ISMAIL) (PUAN RITA ANAK ABA)
Setiausaha, Pengerusi,
‘Projek Mural Nilai-nilai Murni’ ‘Projek Mural Nilai-nilai Murni’

Bahawasanya saya dengan sukacitanya meluluskan / tidak meluluskan projek dalam


kertas kerja ini.

Disahkan oleh,

…………..……………………………………………

(ENCIK MASDUKI BIN SULAIBI)

GURU BESAR,
Sekolah Kebangsaan Nanga Malong

5
6

You might also like