Professional Documents
Culture Documents
Topik 1 Teknologi Dan Media Pengajaran PDF
Topik 1 Teknologi Dan Media Pengajaran PDF
Topik 1 Teknologi Dan Media Pengajaran PDF
Sila jawab soalan Aktiviti 2 dan Aktiviti 3 di bahan epembelajaran Topik 1 Teknologi dan
Media Pengajaran secara berpasangan dan muat naik jawapan anda secara individu di
ruangan ini.
Aktiviti 2: Secara berpasangan, dapatkan maklumat apa yang dimaksudkan dengan media,
dan apakah peranannya dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti 3: Dengan rakan bincangkan konsep TPACK dan keperluan kepada warga pendidik.
Senaraikan ciri-ciri yang perlu ada kepada guru kini berdasarkan konsep TPACK.
Jawapan Aktiviti 2:
a) Definisi media
Media ialah perantara iaitu antara guru dan pelajar. Media juga merujuk kepada
apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh
media ialah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak,
komputer dan pengajar. Selain itu, media bertujuan untuk meningkatkan kefahaman
dalam kalangan pelajar (penerima). Menurut Heinich (2002), media digunakan untuk
membantu proses komunikasi. Reiser dan Gagne (1983) pula mendefinisikan media
sebagai cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran di sampaikan.
Menurut Percival dan Elington (1984) media dibahagikan kepada dua. Media
pertama ialah Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan. Misalnya, perkataan
bercetak, filem, pita, piring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya. Media yang kedua
ialah Pelbagai Saluran Komunikasi Massa. Sebagai contohnya, surat khabar, radio
dan televisyen.
Media pengajaran ialah satu elemen yang amat penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ia merupakan penghubung antara pelajar dan guru, antara pelajar
dengan pelajar dan setiap orang yang terlibat dalam proses P&P.
Selain itu, media pengajaran dapat mengatasi batasan ruang, waktu dan
pancaindera. Sebagai contohnya, objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan
dengan model, gambar, transparensi, filem atau video. Seterusnya, penggunaan
media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif pelajar
kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang
realiti.
Peranan selanjutnya ialah pendidikan jarak jauh (PJJ). Pendidikan jarak jauh
(PJJ) bukan suatu yang asing lagi bagi pelajar di Malaysia. Ia kini berkembang luas
dan menjadi tapak bagi menyediakan peluang belajar pelbagai bidang ilmu kepada
semua orang. Media yang digunakan merangkumi media cetak dan elektronik.
Telekonferensi membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan berbincang
secara maya. Ruangan berbual dan papan buletin turut menyokong komunikasi
pembelajaran jenis ini.