Bab 6 - 6.1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

6.

0 AMALAN PEMAKANAN PELBAGAI PERINGKAT KUMPULAN


6.1 AMALAN PEMAKANAN IBU HAMIL

6.1.1 Kepentingan nutrisi semasa hamil

Ibu yang sedang hamil perlu mengambil makanan yang mengandungi zat besi, vitamin D,
protein dan asid folik.

6.1.1.1 Zat besi

Ibu hamil perlu mengambil zat besi yang mencukupi. Hal ini kerana ia dapat membantu
untuk mencegah anemia dan juga membantu membina sel- sel darah. Ibu mengandung
boleh mendapatkan zat besi daripada sumber seperti telur dan sayuran hijau

6.1.1.2 Vitamin D

Vitamin D juga penting juga penting untuk ibu mengandung. Vitamin D berfungsi untuk
membantu menyerap kalsium dan fosfurus yang diperlukan oleh badan untuk
menguatkan tulang dan gigi. Sumber vitamin ini boleh didapati dalam makanan seperti
hati dan minyak ikan
6.1.1.3 Asid folik

Asid folik merupakan makanan yang amat diperlukan oleh ibu ketika hamil. Asid folik ini
amat membantu bagi ibu mengandung untuk menentang penyakit. Sumber asid folik ini
boleh didapati daripada susu

6.1.1.4 Protein

Protein membantu ibu mengandung dalam membina sel- sel baru untuk pertumbuhan.
Sumber protein boleh didapati daripada ikan, daging dan ayam

Sumber : https://prezi.com/ap94deg9i1aa/kepentingan-pengambilan-makanan-yang-berkhasiat-
kepada-kesih/

2
6.1.2 Makanan yang perlu dielakkan semasa hamil

6.1.2.1 Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak dibasuh

Dalam menjaga kesihatan dalam pemakanan, pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan yang
diambil sentiasa bersih dan dibasuh dengan baik. Jika ia tidak dibersihkan dengan sempurna, ia
akan menghasilkan bakteria yang dikenali sebagai toxoplasma yang akan mengakibatkan
dijangkiti penyakit Toxoplasmosis. Bakteria tersebut terhasil daripada tanah atau pasir
tercemar yang melekat pada sayuran tersebut.

Bakteria lain yang boleh hidup pada sayur atau buah yang tidak bersih ialah E. Coli, Salmonella
dan Listeria. Bakteria ini boleh muncul pada sayuran dan buahan ketika proses penghasilan,
pembungkusan, penyimpanan, penghantaran dan penjualan sayuran tersebut. Ia akan memberi
kesan buruk kepada kesihatan dengan cara menyebabkan kerosakan mata dan
ketidakmampuan intelektual kepada bayi yang dikandungan apabila membesar. Ia akan
mengalami gejala normal seperti selsema dalam tempoh masa singkat. Namun, ada beberapa
kes ia akan menunjukkan kesan pada bayi seawal kelahiran apabila bayi mengalami kerosakan
pada mata dan otak.

6.1.2.2 Makanan mentah

Makanan ini termasuk dalam makanan pantang ibu mengandung kerana kajian mendapati
makanan mentah mendedahkan ibu hamil kepada bakteria, virus dan parasit hidup yang
berpotensi mengganggu perkembangan kandungan sewaktu tempoh kehamilan terutama pada
peringkat awal kehamilan. Daging mentah mudah terdedah dengan bakteria Listeria dan ia
sangat berbahaya untuk kandungan. Pastikan makanan yang diambil telah dimasak dengan
sempurna dan bersih cara penyediaannya.

3
Elak makan daging mentah, sushi, susu mentah, telur mentah atau apa sahaja makanan
mentah yang boleh mendatangkan pelbagai komplikasi buruk. Ia juga boleh merebak dalam
tubuh dan kandungan menyebabkan jangkitan dikenali jangkitan intra-uterine serius kepada
bayi dalam kandungan.

6.1.2.3 Makanan dan minuman berkafein

Pengambilan makanan atau minuman berkafein dalam kuaantiti yang sedikit sebenarnya tidak
mendatangkan sebarang mudarat kepada ibu hamil mahupun bayi dalam kandungan. Cuma ia
menjadi berbahaya dan mendatangkan mudarat apabila diambil dalam kuantiti yang berlebihan
dalam tempoh masa berterusan. Bayi yang akan dilahirkan berisiko untuk kurang berat,
kelahiran pra-matang atau lebih parah ibu akan berdepan dengan risiko keguguran.
(Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh NHS Choices) Kafein bukan sahaja didapati dalam kopi
tetapi dalam minuman soda, minuman tenaga atau teh dan minuman bercoklat.

Ia juga akan menjurus kepada perkembangan bayi dalam kandungan yang tidak normal,
menganggu kepada tumbesaran bayi dan menyebabkan berat badan tidak normal atau
kurang berat sewaktu lahir. Kafein juga akan menyebabkan komplikasi lain kepada ibu seperti
ia akan merosakkan kandungan kalsium dalam tulang.Kuantiti bagi kafein yang harus dihadkan
oleh wanita hamil hanya boleh mengambil sebanyak 200mg setiap hari atau bersama 2-3
cawan. Kafein menjadi berbahaya kerana ia bertindak dan pantas merebak masuk ke dalam
plasenta. Bayi yang lahir dengan berat badan tidak normal akan berisiko kepada kematian
sewaktu proses kelahiran. Selain itu, penyakit kronik boleh dihidapi oleh bayi seperti penyakit
diabetes dan penyakit jantung apabila sudah dewasa. Khasiat zat besi tidak dapat dibekalkan
dengan sempurna kepada ibu dan berpotensi tinggi untuk kelahiran pra-matang jika mengambil
kafein secara berlebihan dalam menu pemakanan.

4
6.1.2.4 Organ dalaman

Sebahagian daripada kita sememangnya penggemar tegar organ dalaman ayam ataupun
lembu. Walaupun organ dalaman membekalkan vitamin A dan mempunyai sumber nutrien
Verschillende, namun ia bukanlah sajian yang baik dan tidak harus diambil secara kerap oleh
wanita hamil.

Antara risiko kesihatan yang tidak baik dalam pengambilan organ dalaman seperti hati ayam
ialah kepada bayi untuk mengalami kecacatan pada wajah, kepala dan jantung ataupun
kecacatan semasa kelahiran dan juga masalah toksik hati yang teruk. Ia berpunca daripada
kandungan toksik dan sisa buangan yang tinggi terkumpul pada organ dalaman tersebut.

6.1.2.5 Makanan manis, berkalori tinggi dan tinggi MSG

Makanan yang mengandungi kadar gula, Monosodium glutamate (MSG), dan kalori yang tinggi
tidak baik bagi wanita hamil. Ia bagi memastikan perkembangan bayi normal dan kesihatan
ibunya juga akan terjaga daripada sebarang risiko penyakit berbahaya dan mengancam nyawa
kedua-duanya.

Semua jenis makanan ini harus dihindari kerana akan meningkatkan risiko untuk mendapat
penyakit berbahaya seperti penyakit diabetes ketika hamil (diabetes gestasional).
Sebaiknya lebihkan makanan berkhasiat dan sihat, membekalkan sumber nutrient dan vitamin
yang baik untuk kesihatan tubuh badan anda dan bayi dalam kandungan.

5
6.1.2.6 Kekacang

Pengambilan kekacang adalah dilarang bagi wanita hamil yang mempunyai sejarah penyakit
alahan pada diri sendiri ataupun ahli keluarga yang lain. Ia adalah cara bagi mengelakkan bayi
dalam kandungan mempunyai alahan yang sama. Apa pun kuantiti yang diambil juga haruslah
dipantau dan dikawal. Antara penyakit yang boleh dihidapi oleh bayi adalah penyakit alahan,
asthma, dan penyakit lain. Kekacang kaya dengan sumber protein, namun bagi wanita hamil
yang mempunyai sejarah alahan dan sejarah penyakit G6PD, hindarkan daripada mengambil
kekacang.

6.1.2.7 Makanan ringan

Makanan ringan rendah dengan vitamin dan nutrisi yang tidak lengkap serta tidak sesuai
dijadikan makanan rutin untuk ibu hamil. Kandungan kalori, gula dan lemak tambahan yang
sangat tinggi akan membahayakan diri anda dan bayi anda. Ia membawa risiko diserang
pelbagai penyakit seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi dan macam-macam penyakit
kronik yang lain. Malah akan menghadapi pelbagai komplikasi ketika proses melahirkan anak
seperti diserang diabetes gestasional atau dikenali sebagai diabetes ketika hamil. Jauhkan diri
daripada sebarang makanan ringan sama ada keropok, kentang goreng segera, kerepek
segera dan makanan yang diproses.

Sumber : https://www.huggies.com.my/ms-my/tips-and-advice/pregnancy/foods-to-avoid-when-
pregnant

6.1.3 Kesan pengambilan makanan yang tidak sihat

I. Kematian
Ibu hamil yang kurang zat atau kurang makan boleh membawa kepada kematian
bayi di dalam kandungan atau ibu mengandung tersebut akan melahirkan anak
yang tidak cukup zat lalu meninggal. Contohnya ibu mengandung yang
mengalami masalah pemakanan seperti aneroksia atau bulimia mempunyai
risiko kematian bayi yang sangat tinggi.

6
II. Tumbesaran Bayi Terbantut
Ibu hamil yang cukup makan namun tidak memenuhi keperluan zat, bayi di
dalam kandungan ibu hamil mempunyai risiko terbantut pertumbuhannya.
Terbantut pertumbuhan boleh dilihat sama ada saiz bayi terbabit akan menjadi
kecil atau menghadapi komplikasi kesihatan yang lain.
III. Kecacatan Sewaktu Lahir
Nutrisi untuk ibu hamil sangat mempengaruhi pertumbuhan bayi. Ibu hamil yang
tidak mempunyai nutrisi yang mencukupi boleh menyebabkan kecacatan
neurologikal iaitu kecacatan otak dan sistem saraf. Sebagai contoh, bayi yang
mempunyai tulang dan gigi yang lemah adalah disebabkan oleh kekurangan
kalsium semasa dalam rahim.
IV. Bersalin Ketika Bayi Pra-matang
Ibu hamil yang tidak makan yang berpunca dari puasa dalam tempoh yang lama
atau kebuluran mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk keguguran atau
lahir tidak cukup bulan. Meskipun berjaya bersalin dalam keadaan tidak cukup
bulan namun bayi itu berisiko terhadap masalah hati dan jantung yang serius.
V. Susu Ibu Akan Menjadi Sedikit
Menurut Mayoclinic, berat payudara ibu hamil akan bertambah sebanyak 1
kilogram sebagai penyediaan untuk menyusu bayi baru lahir namun, bagi ibu
hamil yang tidak makan dengan betul sewaktu mengandung akan kekurangan
lemak yang diperlukan untuk menghasilkan susu. Ibu hamil yang tidak cukup
makan akan menghasilkan susu yang sedikit, berkualiti rendah dengan
kandungan nutrient yang sangat sedikit.

6.1.4 Penyajian makanan sihat ibu mengandung

1. Kalori (tenaga) dan nutrien tambahan adalah penting untuk memenuhi keperluan
perkembangan fetus dan tisu baru, terutama semasa trimester kedua dan ketiga.

Tenaga tambahan yang diperlukan semasa hamil

Trimester
+ 360 kcal/hari
Kedua
Trimester + 470 kcal/hari

7
Ketiga

Cadangan pengambilan nutrien semasa hamil :

  Trimester Kedua Trimester Ketiga


Lemak  (g/day) 54-82 57-85
Protein  (g) + 7.5 +7.5
Kalsium  (mg) 1000 1000
Zink  (mg) 7.0 10.0
Selenium  (µg) 27 29
Thiamine  (mg) 1.4 1.4
Riboflavin  (mg/day) 54-82 57-85
Niasin  (mg NE) + 7.5 +7.5
Asid Folic  (µg) 1000 1000
Vitamin C  (mg) 7.0 10.0
Vitamin A  (µg) 27 29
Vitamin D  (µg) 1.4 1.4
Vitamin E  (mg) 7.5 7.5

Source : Recommended Nutrient Intakes for Malaysia 2005

2. Pilih makanan yang tinggi kandungan nutrien seperti :

 Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran berdaun hijau dan produk kacang soya)
 Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan
kekacang jenis kering (seperti kacang peas)
 Vitamin A (hati, susu, telur)
 Vitamin B kompleks (hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
 Vitamin C (jambu, betik dan limau)
 Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
 7 hidangan nasi/bijirin atau roti
 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya
dengan Vitamin C dan satu dalam Vitamin A)
 2 hidangan susu atau produk tenusu

8
 1 hidangan ikan, 1 hidangan daging/ayam dan 1 hidangan kekacang
 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan atau satu
cawan kopi atau teh sehari

3. Ambil makanan tambahan mengikut saranan Doktor atau Pakar Pemakanan.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-semasa-mengandung/

You might also like