Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Seterusnya, bagi masyarakat cina pula terdapat banyak juga makanan tradisional yang terdapat

di Malaysia ini seperti kuih bulan, Char Koay Teow dan juga dumpling atau Jiaozi. Makanan
tradisional cini ini juga ada yang sudah menjadi satu makanan kebiasaaan bagi kaum lain
seperti Char Koaw Teow. Jika ditanyakan kepada kaum melayu, nama makanan ini sudah tidak
lagi asing jika disebutkan. Makanan ini diperbuat daripada kuey teow yang berbentuk leper dan
mempunyai kelebaran kira-kira 1cm. kemudian, ianya akan digoreng di atas api panas
dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej
Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya
ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering
dimasak menggunakan minyak biasa dan ini membolehkan orang islam boleh memakannya.
Selain itu, makanan tradisional cina yang edua ialah kuih bulan. Kuih bulan adalah salah
sebuah kuih tradisional cina. Ia dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih
bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam
diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu
kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur itik masin. Kuih
bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri.
Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.
Bioteknologi

Makanan bioteknologi pertama yang mampu untuk merapatkan perpaduan antara kaum di
negara kita ialah rumpai laut. Bidang ini telahpun menjadi sasaran peniaga pada masa dahulu
namun banyak yang gagal kerana masih terikat kepada kaedah konvensional. Namun, kini
kerajaan telahpun menmukan satu kaedah penanaman rumpai laut yang baharu iaitu
menggunakan teknologi kultur tisu dan teknologi ini berupaya untuk menghasilkan lima kali
ganda atau 400000 benih rumpai laut berbanding kaedah konvensional dalam masa 11 bulan.
Aspek pertama yang mampu membantu dalam perpaduan di negara kita adalah kerana
makanan ini adalah dijamin halal maka semua kaum boleh memakannya. Kedua, rumpai laut ini
sesuai dimakan oleh mereka yang vegetarian kerana tidak mempunyai sebarang daging
haiwan. Kaum cina dan india merupakan kaum yang mempunyai golongan vegetarian yang
ramai berbanding kaum lain. Apabila semua kaum dapat menikmati makanan ini maka
perpaduan dapatlah terjalin kerana antara agen perpaduan adalah melalu imakanan. Serbuk
rumpai laut dapat diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti bidang farmeseutikal. Individu
yang terlibat dalam bidang ini memerlukan usahawan lain dalam perniagaan ini dan rakan niaga
itu mungkin akan terdiri daripada pelbagai kaum. Justeru, perpaduan dapat terbina disini kerana
saling kebergantungan antara satu sama lain

Seterusnya, makanan bioteknologi kedua yang mampu untuk mengeratkan perpaduan adalah
Cocogurt. Perkataan cocogurt ini merupakan campuran daripada perkataan dua perkataan iaitu
coconut dan juga yoghurt. Cocgurt ialah yogurt bukan tenusu yang mempuyai kandungan asid
folik yang tinggi dan bebas asid folik. Cocogurt ini merupakan produk yang tidak bercanggah
dengan mana-mana adat kaum di Malaysia. Tambahan pula, cocogurt ini juga merupakan
produk yang halal dan selamat untuk dimakan. Justeru, cocogurt ini boleh dikonsumsi oleh
semua kaum dan apabila rumah terbuka diadakan cocogurt boleh dihidangkan tanpa risau akan
menyinggung mana-mana pihak. Contohnya, apabila kita menghidakngkan makanan yang tidak
boleh dimakan oleh kaum india maka mereka mungkin akan rasa tersinggung. Selain itu,
cocogurt ini ditemui oleh seorang penyeliik yang bernama Dr. Kamriah Long dan banyak
penyelidik lain yang terdiri daripada berbilang kaum yang akan mencub auntuk menuntut ilmu
daripada beliau. Lantas, secara tidak langsung proses perkongsian idea yang dilakukan mampu
untuk mengeratkan perpaduan.

You might also like