Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

BAB 3: MAKLUMAT & ANALISIS KEWANGAN

1. Berikan definisi bagi item di bawah :


(a) Aset
(b) Liabiliti
(c) Ekuiti Pemilik ( 3 markah )

2. Apakah yang dimaksudkan dengan penyata kewangan dan kenalpasti butiran-


butiran yang terdapat dalam tiga jenis penyata kewangan utama serta terangkan
secara ringkas butiran-butiran tersebut. (10 markah )

3 (a) Mengapakah pemiutang lebih suka memberi pinjaman kepada syarikat yang
mempunyai ekuiti yang besar? Jelaskan secara ringkas. ( 8 markah )

(b) Butir berikut telah dipetik dari Penyata Kedudukan Kewangan Sinergi Sdn
Bhd pada 31 Disember 2016.

Butiran RM
Kenderaan 250,000
Perabut 57,000
Tunai dan Bank 100,000
Stok 45,000
Belanja Terdahulu 10,000
Penghutang 210,00
Pinjaman Bank 50,000
Gadai Janji 150,000
Pemiutang 43,000
Overdraf bank 50,000

Anda dikehendaki menghitung Modal Buku Bersih dan Modal Kerja Bersih.
( 4 markah)

4. (a) Huraikan jenis-jenis nisbah kewangan yang utama. Pada pandangan anda
apakah rasionalnya sesebuah syarikat menggunakan nisbah-nisbah ini dalam
operasi perniagaannya. ( 10 markah )

(b) Nyatakan empat pihak utama yang menggunakan penyata kewangan dan
berikan satu kepentingan analisis kewangan kepada kumpulan tersebut.
( 8 markah )

1
5. Butiran berikut telah dipetik dari Penyata Kedudukan Kewangan Syarikat Taj
Mahal pada 31 Disember 2016.

Butiran RM
Tunai 21,000
Inventori 41,000
Belanja-belanja pra bayar 2,000
Pemiutang 45,000
Belanja-belanja terakru 9,000

(a) Anda dikehendaki menentukan modal kerja, nisbah semasa dan nisbah
cepat. ( 6 markah )

(b) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat mengenai kemampuan syarikat


menjelaskan hutang-hutang jangka pendek. ( 3 markah )

6. Berikut adalah Penyata Pendapatan Komprehensif dan Penyata Kedudukan


Kewangan bagi Syarikat Intan Baiduri Sdn Bhd untuk tahun berakhir 31
Disember 2016.

Penyata Pendapatan Komprehensif Syarikat Intan Baiduri Sdn Bhd


bagi tahun berakhir 31 Disember 2016

Butiran 2016 ( RM )
Jualan 575,300
Kos Barang dijual 340,600
Untung Kasar 234,700
Kos Operasi (tanpa susut nilai) 115,500
Susut Nilai 30,400
Untung sebelum faedah & cukai 88,800
Belanja faedah 36,400
Untung sebelum cukai 52,400
Cukai 21,000
Untung bersih 31,400

Penyata Kedudukan Kewangan Syarikat Intan Baiduri Sdn Bhd

2
Pada 31 Disember 2016
ASET LIABILITI
Butiran 2016 ( RM ) Butiran 2016 ( RM )
Tunai 1,000 Akaun Belum Bayar 40,600
Sekuriti Boleh 5,400 Nota Belum Bayar 35,000
Pasar
Akaun Belum 37,600 Akaun Terakru 15,100
Terima
Inventori 31,300 Hutang Jangka 240,800
panjang
Akaun 14,500 Saham biasa 17,100
Prabayar
Aset Tetap 586,400 Akaun premium 20,100
Kasar modal
Susutnilai ( 211,500) Perolehan tertahan 175,500
Terkumpul
Aset Tetap 374,900
Bersih
Aset-aset lain 79,500

Maklumat tambahan :
 Harga pasaran saham bagi syarikat ini adalah RM 5.50 sesaham
 Bilangan saham biasa adalah 100,000 unit.
 Diandaikan dalam setahun 365 hari

Berdasarkan maklumat diatas kira nisbah-nisbah berikut dan berikan interpretasi


tersebut : ( 12 markah )

(a) Nisbah Semasa


(b) Nisbah Cepat
(c) Tempoh Kutipan Purata
(d) Pusing Ganti Inventori
(e) Pusing Ganti Aset Tetap
(f) Pusing Ganti Jumlah Aset
(g) Nisbah Hutang
(h) Nisbah Hutang Ekuiti
(i) Margin Untung Kasar
(j) Margin Untung Bersih
(k) Pulangan Atas Aset
(l) Nisbah Harga Perolehan

3
7. Berdasarkan kepada maklumat di bawah, tunjukkan pengiraan bagi
melengkapkan penyata kedudukan kewangan Syarikat Sehati Sejiwa Sdn Bhd
pada 31 Dis 2016

Syarikat Sehati Sejiwa Sdn Bhd


Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Dis 2016

Tunai _________________
Akaun Tunai Belum Terima _________________
Inventori _________________
Aset Semasa _________________
Aset Tetap Bersih RM 292,500
Jumlah Aset _________________
Akaun Belum Bayar RM129,000
Nota Belum Bayar RM84,000
Akruan RM117,000
Liabiliti Semasa RM330,000
Liabiliti Jangka Panjang _________________
Saham Biasa RM361,000
Jumlah Liabiliti & Ekuiti _________________
Pulangan Atas Ekuiti _________________

Bagi tahun yang sama, syarikat, syarikat mencatatkan ini mencatatkan jumlah jualan
kredit sebanyak RM1,607,500 dan pendapatan bersih sebanyak RM27,300.
Maklumat tambahan bagi syarikat ini ialah:

 Nisbah semasa = 1.99 kali


 Nisbah purata masa kutipan (360 Hari) = 75 hari
 Pusingganti inventori = 6.67 hari
 Nisbah hutang = 61.90%

( 14 markah )

8. Penyata kewangan bagi Syabas Berhad bagi tahun 2016 adalah seperti
berikut:

Syabas Berhad
Penyata Pendapatan Komprehensif bagi tahun berakhir 31 Disember 2016
ITEM RM
Jualan 160,000
Tolak: Kos barang dijual (106000)
Untung Kasar 54,000
Belanja operasi :
 Belanja jualan 16,000
 Belanja am & pentadbiran 11,000
 Belanja susutnilai 10,000

4
Tolak: Jumlah Belanja Operasi (37,000)
Untung Operasi 17,000
Tolak: Belanja Faedah (6,100)
Untung Sebelum Cukai 10,900
Tolak: Cukai (4360)
Pendapatan Bersih 6,540

Syabas Berhad
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016
Aset RM Liabiliti dan Ekuiti RM
Tunai 1,000 Akaun Belum Bayar 22,000
Sekuriti Boleh 500 Nota Belum Bayar 27,000
Pasar
Akaun Belum 25,000 Cukai Terakru 20,000
Terima
Inventori 45,500 Jumlah Liabiliti Semasa 69,000
Jumlah Aset 72,000 Hutang Jangka Panjang 22,950
Semasa
Jumlah Liabititi 91,950
Aset Tetap 116,000 Saham Biasa 31,500
Susut Nilai -38000 Pendapatan Tertahan 26,550
Terkumpul
Jumlah Aset 78,000 Jumlah Ekuiti 58,050
Tetap Bersih
Jumlah Aset 150,000 Jumlah Liabiliti dan 150,000
Ekuiti

(a) Berdasarkan maklumat kewangan di atas, hitung nisbah-nisbah berikut :


(Berdasarkan 365 hari setahun)

Nisbah 2015 2016 Industri


Nisbah Semasa 1.64 1.5
Nisbah Cepat 0.68 0.55
Pusing Ganti Inventori 2.5 2.8
Tempoh Kutipan Purata 32 27
Nisbah Hutang 66% 50%
Margin Untung Kasar 38% 30%
Margin Untung Bersih 3.6% 2.8%
Pulangan Atas Aset 4% 6%
Pulangan Atas Ekuiti 8% 10%

(b) Jelaskan prestasi syarikat ini berdasarkan nisbah kecairan dan keberuntungan
berbanding prestasi tahun 2015. ( 4 markah )

5
(c) Jelaskan prestasi syarikat ini berdasarkan nisbah kecairan berbanding
dengan industri. ( 4 markah )

9. (a) Daripada RM 11,400 aset semasa Syarikat Buluh Perindu Sdn Bhd, RM 4,000
adalah inventori. Jika nisbah semasa Syarikat ini ialah 2.6, apakah nisbah
cepatnya. ( 4 markah )

(b) Tempoh kutipan purata Zaid Enterprise untuk tahun 2008 adalah 72 hari. Jika
baki akaun belum terima yang dicatatkan dalam lembaran imbangan ialah RM
100,000. Berapakah jualan Zaid Enterprise bagi tahun 2008.
(Andaian dalam setahun 360 hari) ( 3 markah )

(c) Nisbah hutang Palli Palli Berhad ialah 42%. Jika jumlah asetnya RM 70,000 dan
jumlah hutang jangka panjang ialah RM 20,000. Berapakah jumlah liablibiti
semasa Palli Palli Berhad? ( 3 markah )

(d) Syarikat 1001 Malam Sdn Bhd mempunyai nisbah cepat 1.4, nisbah semasa 3.0,
pusing ganti inventori 6 kali, jumlah aset semasa RM 810,000 dan tunai serta
sekuriti boleh pasar RM 120,000 pada tahun 2008. Berapakah jualan tahunan
syarikat ini. ( 6 markah )

10. Berikut adalah Belanjawan Tunai bagi Syarikat Dinamik IT Sdn Bhd

Pengurus kewangan Syarikat Dinamik IT Sdn Bhd sedang menyediakan


belanjawan tunai bagi 6 bulan pertama mulai Januari hingga Jun. Maklumat
berkaitan adalah berdasarkan andaian berikut: Anda diminta untuk membantu
pengurus kewangan tersebut dalam penyediaan belanjawan tunai Syarikat Mumtaz
IT Sdn Bhd.

(a) Jualan sebenar dan ramalan jualan (mulai Januari) adalah seperti di bawah:
(dalam ribu ringgit)

Nov Dis Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul.


200 250 300 350 400 400 350 300 250

(b) 20% jualan dikutip dalam jualan dibuat, 50% dikutip sebulan kemudian dan 30%
dikutip 2 bulan kemudian.

(c) Belian bagi barangan merupakan 60% daripada jualan. Bayaran bagi belian
dibuat sebulan sebelum jualan berlaku.

(d) Gaji dan upah adalah 12% daripada jualan dan dibuat dalam bulan yang sama

6
(e) Sewa RM 5,000 dibayar setiap bulan. Tambahan belanja operasi sebanyak RM
15 000 sebulan akan berlaku mulai Januari hingga April dan berkurangan
kepada RM 12, 500 untuk Mei dan Jun.

(f) Bayaran cukai RM 10,000 dan RM 15, 000 dijangka akan dibuat masing-masing
pada bulan Januari dan April. Satu perbelanjaan modal sebanyak RM 75,000
akan dibuat dalam bulan Mac. Bayaran prinsipal berjumlah RM 30, 000 akan
dibayar pada bulan Februari.

(g) Baki tunai pada akhir bulan Disember ialah RM 75, 000. Pengurus hendak
mengekalkan baki minimum tunai sebanyak RM 50, 000. Syarikat akan membuat
pinjaman dengan kadar faedah 12% untuk memastikan bahawa keperluan
minimum ini dicapai. Sebarang tunai yang melebihi paras minimum akan
digunakan untuk membayar sebarang baki pinjaman sehingga selesai.
( 14 markah )

You might also like