Akta Assignment

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN BEKALAN ELEKTRIK 03/12/2013

Soalan 1 Bahagian A

En. Hardi ialah pemegang perakuan kekompetenan pendawaian PW4 ang bekerja
dengan syarikat kontraktor elektrik di Serdang. Dalam masa beliau menyelia kerja-kerja
talian atas, salah seorang pekerja selianya telah jatuh dan terus meninggal disebabkan
pendarahan di kepala.

a) Apakah yang perlu En. Hardi lakukan setelah melihat kejadian tersebut,
mengikut prosidur Akta & Peraturan Elektrik.
[Rujukan] BAHAGIAN VII (PEMBERITAHUAN KEMALANGAN ATAU
KEBAKARAN) SEKSYEN 32-33 PAGE 33-34
1. Bila masa apa-apa kemalangan atau kebakaran yang menyebabkan atau
mengakibatkan kehilangan nyawa atau cedera kepada mana-mana orang atau
kerosakan serius pada harta telah berlaku berkaitan dengan apa-apa
pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik, pemunya, pemegang lesen atau
pihak berkuasa bekalan dan pihak pengurusannya hendaklah melaporkan
kemalangan atau kebakaran itu kepada suruhanjaya melalui cara yang tercepat
yang ada, dan melaporkan secara bertulis kepada Suruhanjaya mengenai fakta-
fakta perkara itu setakat yang diketahui oleh mereka masing-masing.
2. Suruhanjaya hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik apabila menerima
laporan pertama mengarahkan seorang pegawai diberi kuasa supaya:-
a) Melawat tempat di mana kemalangan atau kebakaran itu berlaku.
b) Membuat penyiasatan permulaan mengenai hal keadaan itu.
c) Merekodkan secara bertulis dapatan-dapatannya yang boleh disokong
dengan fotograf-fotograf yang relevan, selepas penyiasatan itu.
d) Mengemukakan laporan kepada Pengerusi.
e) Diberikan fotograf, laporan perubatan atau dokumen relevan lain daripada
mana orang atau pihak berkuasa tanpa apa-apa pembayaran fee dan orang
atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi apa-apa permintaan
sedemikian:dan.
f) Jika telah berlaku apa-apa kehilangan nya atau terdapat sebab
mempercayai bahawa mana-mana orang telah dicederakan sehingga-
MOHD ARIF HILMI BIM MOHAMAD 1
AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN BEKALAN ELEKTRIK 03/12/2013

membawa maut, menghantarkan suatu salinan dapatannya kepada


majistret yang terdekat.
b) Dalam siasatan tersebut En. Hardi telah membuat satu kenyataan palsu
kepada pihak Suruhanjaya Tenaga. Huraikan apakah tindakan yang boleh
diambil terhadap En. Hardi.

[Rujukan] (KUASA MENYIASAT) SEKSYEN 5-7 PAGE 10

1. Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa menyiasat perlakuan apa-apa


kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang di buat di
bawahnya.
2. Suruhanjaya boleh, berhubungan dengan papa-apa penyiasatan
berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini
atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, menjalankan kuasa-
kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan polis kecuali bahawa kuasa
untuk menangkap tanpa waran yang diberikan oleh Kanun Prosedur
Jenayah bagi mana-mana kesalahan boleh tangkap tidaklah boleh
dijalankan oleh Suruhanjaya

[Rujukan] (KEBOLEHAN-TERIMAAN PERTANYAAN) SEKSYEN 5-7 PAGE 10

1. Walau apa pun peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang


bertulis yang berlawanan, jika seseorang di pertuduh atas suatu kesalahan
di bawah Akta ini apa-apa pertanyaan, sama ada pertanyaan itu menjadi
suatu pengakuan salah atau tidak atau sama ada ia berbentuk lisan atau
bertulis, dibuat pada bila-bila masa, sama ada dalam perjalanan
penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak dan sama ada atau tidak pada
keseluruhannya atau sebahagianya sebagainya sebagai jawapan kepada
soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran seseorang pegawai
diberi kuasa dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh
seseorang pegawai diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang
berkenaan atau tidak dalam kes itu, hendaklah menjadi boleh terima
dibicarakannya sebagai keterangan dan,jika orang itu mengemukakan
MOHD ARIF HILMI BIM MOHAMAD 2
AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN BEKALAN ELEKTRIK 03/12/2013

dirinya sebagai saksi, apa-apa pertanyaan sedemikian boleh digunakan


dalam pemeriksaan balas dan balas dan bagi maksud mencabar
kebolehpercayaan.

Soalan (2)

Seorang operator mesin telah dimasukkan ke dalam Hospital kerana melecur di


bahagian mukanya serta pengsan akibat terkena percikan api dan renjatan elektrik,
sewaktu cuba menghidupkan sebuah mesin di kilang tempat beliau kerja. Hasil dari
siasatan Pegawai Suruhanjaya Tenaga mendapati:

a) Operator itu tidak mengetahui dan tiada sebarang amaran menunjukkan suis
penghidup mesin itu sedang dalam pembaikan yang di jalankan oleh
Penjaga Jentera Elektrik di kilang tersebut.

[Rujukan] BAHAGIAN IX (KESALAHAN DAN PENALTI) SEKSYEN 36-37 PAGE 37

1. Mana-mana pemegang lesen yang tanpa sebab yang sah gagal mematuhi apa-
apa terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan,denda tidak melebihi sepuluh
ribu ringgit dan, denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari
atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas
sabitan.

[Rujukan Seksyen 37(11) PAGE 39

11. Mana-mana orang yang dengan sengaja atau cuai:-

A. pembaziran elektrik yang dilencongkan dari aliran perjalanannya


yang patut: atau
B. memecahkan,menyumbangkan, menyebabkan dijatuhkan atau dirosakkan apa-
apa talian bekalan, tiang, pancang atau kelengkapan, pepas angan atau mana-
mana bahagian daripadanya yang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan,
yang sambungan dengan bekalan elektrik.

MOHD ARIF HILMI BIM MOHAMAD 3


AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN BEKALAN ELEKTRIK 03/12/2013

b) Konduktor yang dibuka oleh Penjaga Jentera Elektrik itu terdedah dan
menyentuh bingkai logam suis.

[Rujukan Seksyen 37(2,4)] PAGE 39

2 Mana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan gopoh


atau cuai menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada mana-mana atau harta
berkenaan dengan mana-mana pepas angan atau kelengkapan atau suatu bahagianya
adalah melakukan suatu kesalahan adan boleh disabitkan, denda tidak melebihi lima
puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-
duanya.

4 Mana-mana orang yang , berlanggaran degan seksyen 9, menggunakan,


mengerjakan atau mengendalikan atau membenarkan digunakan, dikerjakan atau
dikendalikan apa-apa pepas angan adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh
dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan denda
tambahan tidak melebihi satu ringgit bagi tiap-tiap atau sebahagian daripada sehari
selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

MOHD ARIF HILMI BIM MOHAMAD 4


AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN BEKALAN ELEKTRIK 03/12/2013

c) Punca bekalan ke suis penghidup tidak dimatikan, menyebabkan bingkai


logam suis itu mengeluarkan percikan api dan bertenaga sewaktu
dihidupkan oleh Operator.

[Rujukan Seksyen 49(1)] PAGE 48

1. Sekiranya Suruhanjaya mendapati bahawa ada apa-apa kecacatan pada pepas


angan atau bahagiannya yang pada pendapat Suruhanjaya berkemungkinan
menyebabkan bahaya, Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis yang disampaikan
kepada pemegang lesen atau pemunya, atau jika pemegang lesen atau pemunya itu
tidak dapat dijumpai, ditampalkan di tempat di mana pepas angan itu terletak,
menghendaki kecacatan itu dibaiki atau dihapuskan dalam apa-apa tempoh
sebagaimana yang dinyatakan melainkan jika kecacatan itu telah dibaiki atau
dihapuskan sehingga memuaskan hati Suruhanjaya:

Dengan syarat bahawa, jika Suruhanjaya berpendapat bahawa kecacatan itu


mungkin menyebabkan bahaya yang hampir benar berlaku, Suruhanjaya boleh, melalui
menyebabkan bahaya yang hampir benar berlaku, Suruhanjaya boleh, melalui notis
yang ditampalkan atau disampaikan seperti yang disebut terdahulu, dengan serta-merta
mengantungkan pengendalian dan penggunaan pepas angan itu, dan jika perlu,
mengelakkan pepas angan itu atau bahagiannya tidaklah boleh dikendalikan atau
digunakan selagi notis penggantungan itu belum dibatalkan dan rak itu tidak dialihkan
oleh pegawai diberi kuasa.

MOHD ARIF HILMI BIM MOHAMAD 5


AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN BEKALAN ELEKTRIK 03/12/2013

1. Semasa kejadian berlaku, Penjaga Jentera Elektrik telah meninggalkan


kerjanya sebentar untuk keluar minum.

[Rujukan Seksyen 49(2,3,4,5) PAGE 48,49

2 Tiap-tiap pemegang lesen dan tiap-tiap pihak pengurusan dan orang yang
menjaga mana-mana pepas angan apabila menyedari akan apa-apa kecacatan
padanya yang menyebabkan bahaya hendaklah dengan serta-merta membaiki atau
menghapuskan kecacatan itu, dan tiap-tiap pengguna apabila menyedari akan apa-apa
kecacatan pada apa-apa kelengkapan yang mungkin menyebabkan bahaya hendaklah
dengan serta-merta membaiki atau menghapuskan kecacatan itu, atau membuat
laporan mengenainya kepada Suruhanjaya.

3 Jika pada pendapat Suruhanjaya bahawa apa-apa kecacatan pada pepas


angan yang berkenaan dengan sesuatu lesen berkuat kuasa adalah dari jenis yang
tidak boleh dibaiki atau dihapuskan, Suruhanjaya hendaklah mengadakan suatu
siasatan dan, jika didapati oleh Suruhanjaya perlu berbuat demikian, hendaklah
membatalkan lesen itu.

4 Pemegang lesen atau pemunya tidak berhak kepada pampasan bagi apa-apa
kerugian yang ditanggung oleh pemegang lesen atau pemunya kerana penggantungan
pengendalian dan penggunaan, dan kesilapan apa-apa pepas angan atau bahagiannya
atau kerana penggantungan atau pembatalan lesen di bawah seksyen ini.

5 Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi subseksyen (1) dan
(2) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

MOHD ARIF HILMI BIM MOHAMAD 6


AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN BEKALAN ELEKTRIK 03/12/2013

Soalan (3) Bahagian B

Encik Mat seorang Kontraktor Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dan
menjawat orang-orang kompeten seperti yang dinyatakan seperti di bawah ini:

Penjaga jentera A4 1 orang

Penjaga Jentera A1 1 orang

Penjaga Jentera A0 1 orang

Pendawai Fasa Tiga(PW4) 3 orang

Pendawai Fasa Tunggal(PW2) 1 orang

Syarikatnya akan membuat kerja-kerja pemasangan elektrik di sebuah banglo dua


tingkat dan sebuah rumah untuk orang gaji yang terletak kira-kira 20 meter dari banglo
tersebut serta melibatkan pemasangan seperti berikut:

a) Bekalan masuk 415V A.U. dari TNB untuk banglo.


[Rujukan] (PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK) PERATURAN 64-67
PAGE 128

Orang kompeten menyambung papan suis, kelengkapan, dsb.

64.(1) Tiada papan suis, gear suis atau kelengkapan, kecuali mana-mana perkakas
elektrik, pelengkapan atau radas elektrik yang direka bentuk untuk disambungkan
kepada soket aliran keluar elektrik melalui palam, boleh disambungkan pada sesuatu
pepas angan bagi maksud menerima elektrik melainkan jika sambungan itu dijalankan
oleh atau di bawah kawalan orang kompeten.

Orang kompeten mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi

MOHD ARIF HILMI BIM MOHAMAD 7


AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN BEKALAN ELEKTRIK 03/12/2013

65. Orang kompeten hendaklah, pabila diminta, menyediakan dan mengemukakan


pelan, lukisan dan spesifikasi adalah seperti yang diperuntukkan dalam Bahagian VI
Jadual Kedua.

Pengelasan Kontraktor Elektrik

2. Kontraktor Elektrik kelas A hendaklah orang yang:-


a) Berupaya menjalankan kerja elektrik yang melebihi satu juta ringgit
nilainya.
b) Telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya tiga orang
penjawat dengan Sekatan Fasa Tiga, dan tiada apa-apa jua dalam
perenggan ini melarangnya daripada tiga Pendawai itu.

B. Bekalan masuk 230V A.U.untuk rumah orang gaji.

[Rujukan] (PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK) PERATURAN 64-67


PAGE 128

Orang kompeten menyambung papan suis, kelengkapan, dsb.

64.(1) Tiada papan suis, gear suis atau kelengkapan, kecuali mana-mana perkakas
elektrik, perlengkapan atau radas elektrik yang direka bentuk untuk disambungkan
kepada soket aliran keluar elektrik melalui palam, boleh disambungkan pada sesuatu
pepas angan bagi maksud menerima elektrik melainkan jika sambungan itu dijalankan
oleh atau di bawah kawalan orang kompeten.

Orang kompeten mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi

65. Orang kompeten hendaklah, pabila diminta, menyediakan dan mengemukakan


pelan, lukisan dan spesifikasi adalah seperti yang diperuntukkan dalam Bahagian VI
Jadual Kedua.

MOHD ARIF HILMI BIM MOHAMAD 8


AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN BEKALAN ELEKTRIK 03/12/2013

Pengelasan Kontraktor Elektrik

5. Kontraktor Elektrik Kelas D hendaklah orang:-

a) Berupaya untuk menjalankan kerja elektrik yang mencapai seratus ribu ringgit
nilainya:-
b) Telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang Pendawai
dengan Sekatan Fasa Tunggal, dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini
melarangnya daripada Pendawai itu:
c) Telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang pendawai
dengan Sekatan Fasa Tunggal yang diberi kuasa untuk menguji sesuatu
pemasangan, dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini melarangnya daripada
menjadi Pendawai itu; dan
d) Hendaklah hanya menjalankan kerja pendawaian pada pemasangan fasa tunggal
yang menerima elektrik daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan,
mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui sistem dua dawai fasa tunggal.

MOHD ARIF HILMI BIM MOHAMAD 9


AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN BEKALAN ELEKTRIK 03/12/2013

C. Sebuah jana kuasa tunggu sedia berkeupayaan 20 kW dan boleh menanggung


kesemua beban yang terpasang.

[Rujukan seksyen 24(1)] PAGE 26

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang berikut dalam Bahagian ini dan


mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, pemegang lesen hendaklah apabila
dihendaki berbuat demikian oleh emunya atau penduduk mana-mana permis-

a) Memberi bekalan elektrik kepada permis-permis itu dan


b) Setakat yang perlu bagi maksud itu, mengadakan talian bekalan atau apa-apa loji
atau kelengkapan elektrik.

[Rujukan peraturan 49(1) a,b,c,d,e,f] PAGE 117-118

Seseorang, bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak menduduki


peperiksaan bagi suatu perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera, hendaklah
memuaskan hati Suruhanjaya bahawa dia mematuhi syarat-syarat yang berikut:

a) Bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia;


b) Bahawa dia berumur tidak kurang daripada 20 tahun;
c) Bahawa dia memiliki kelayakan pendidikan yang sesuai yang ditentukan oleh
Suruhanjaya;
d) Bahawa dia mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada tiga tahun
dalam persekitaran di mana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan
mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup;
e) Bahawa dia boleh mematuhi syarat-syarat lain yang Suruhanjaya fikirkan perlu;
f) Bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan.

MOHD ARIF HILMI BIM MOHAMAD 10


AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN BEKALAN ELEKTRIK 03/12/2013

[Rujukan peraturan 49(2)a,b,c] PAGE 118

Sebelum suatu Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Penjaga Jentera


dikeluarkan kepada seseorang, dia hendaklah menghadiri temu duga yang dijalankan
oleh Suruhanjaya dan hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa:-

a) Dia memahami penggunaan pelbagai jenis kelengkapan yang kemungkinan


berada di bawah penjaganya, dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi
untuk memasang dan mengendalikan tanpa bahaya;
b) Bahawa dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan
cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik; dan
c) Dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa
peraturan yang dibuat di bawahnya.

MOHD ARIF HILMI BIM MOHAMAD 11


AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN BEKALAN ELEKTRIK 03/12/2013

SEKATAN DAN KATEGORI BAGI PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

BI KATEGORI SEKATAN
L

Sistem Voltan Rendah (Tanpa Talian Aerial dan Stesen


1 A0
Janakuasa)

2 A1 Sistem Voltan Rendah (Tanpa Stesen Janakuasa)

Sistem Voltan Rendah (Tanpa Talian Atas dan Penyegerakkan


3 A4-2
(synchronizing) Janakuasa)

Sistem Voltan Rendah (Tanpa Penyegerakkan (synchronizing)


4 A4-1
Janakuasa)

5 A4 Sistem Voltan Rendah

Sistem Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian Aerial Dan


Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah; Dan Tanpa
6 B0-2
Penyegerakkan (Synchronizing) Dan Talian Aerial Voltan
Rendah)

Sistem Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian Aerial Dan


7 B0-1 Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah; dan Tanpa
Penyegerakkan (Synchronizing) Voltan Rendah)

Sistem Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian Aerial Dan


8 B0
Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

Sistem Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Stesen Janakuasa


9 B1
Voltan Melebihi Voltan Rendah)

10 B4 Sistem Melebihi Voltan Rendah

11 TERHAD Sijil Terhad

MOHD ARIF HILMI BIM MOHAMAD 12


AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN BEKALAN ELEKTRIK 03/12/2013

SEKATAN DAN KATEGORI BAGI PENDAWAI ELEKTRIK

BIL. KATEGORI SEKATAN

1 PW 1 Satu Fasa

2 PW 2 Satu Fasa & Endorsan Pengujian

3 PW 3 Tiga Fasa

4 PW 4 Tiga Fasa & Endrosan Pengujian

5 PW 5 Tiga Fasa & Papan Tanda

6 PW 6 Tiga Fasa & Papan Tanda & Endrosan Pengujian

MOHD ARIF HILMI BIM MOHAMAD 13

You might also like