Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Laman Redaksi Siapa Hubungi Arkib Lain-

Ahad, 01 April 2007 Utama Kami? Kami Seminggu lain


Media

• Nasional • Dunia • Ekonomi • Sukan • Citra • Hip • Agama • Komputer • Dimensi • Rencana • Surat •
Diagnosis • Skuad • Pendidikan • Sastera • Destinasi • Lanskap • Dekor • Edisi Utara • Edisi Timur • Edisi
Sentral • Edisi Johor • Edisi Sabah&Sarawak • Bintang Popular • Ikon • EpG • Gawang • Joran • Web
Sekolah • RSS Feed •

 
Waktu solat bagi kawasan
Kuala Lumpur...
SUBUH 5:56
ZUHUR 13:19
ASAR 16:21 Abdul Majid ikat perut didik 16 anak Hantar pada
MAGHRIB 19:22 Oleh Norfatimah Ahmad dan Abdul Razak Raaff kawan!
ISYAK 20:31 Format
Pencetak
Waktu solat kawasan lain...
Artikel di
Mukadepan
Berita Harian dan Harian
:
Metro - Versi PDA  ‘Saya
Berita Harian - Versi Digital buat
terbaik’
NSTP Classifieds - tempah  Rexy
iklan di akhbar ambil
Arkib Berita semenjak 1991 dua
tahun
asah
mental
Maklumat Penuh... pemain
kita

Bajet2006

Sumber Terbuka

Galeri Video

Galeri Seminggu

Perhimpunan Agung UMNO

Senarai Kabinet 2006 KUALA LUMPUR: “Bila bapa marahkan


Terima Kasih Dr Mahathir anak, ibu jangan sesekali menyebelahi
mereka,” begitulah tegasnya penerima
Anugerah Maulidur Rasul peringkat
?? Anda tanya doktor jawab: kebangsaan, Abdul Majid Yusof, 73,
Kaedah epidural beri kesan
minimum mendidik 16 anaknya.
?? Anda Tanya Doktor Jawab:
Penghidap bicornuate uterus
boleh mengandung
?? Anda tanya doktor jawab:
Obesiti punca tidur terganggu,
cepat letih
Tegas
selain mengutamakan pelajaran walaupun
terpaksa mengikat perut antara ramuan kejayaan
bekas pemandu Jabatan Kerja Raya (JKR) di
Emel Doktor:
Terengganu itu memastikan semua anaknya
tanyadoktor@bharian.com.my
berjaya hingga 12 daripadanya ke menara gading.
Abdul Majid berkata, beliau dan isteri, Maimunah
Taib, 70, tidak berlembut dengan anak iaitu lima
lelaki dan 11 perempuan yang kini berusia 54
hingga 29 tahun kerana yakin hanya pendidikan
dan ilmu pengetahuan punca kejayaan.

Beliau adalah antara lima penerima anugerah itu


yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Mizan Zainal Abidin, pada sambutan Maulidur
Rasul peringkat kebangsaan di Stadium Putra,
Bukit Jalil dekat sini, semalam.

Empat lagi ialah penyelidik gamat Dr Hassan


Yaakob; bekas Pengetua Super Sekolah
Menengah Teknik (SMT) Tawau, Mary Yap Kain
Ching; pelajar terbaik Penilaian Menengah
Rendah (PMR) 2006 bagi Orang Asli, Nurul Atikah
Kamaruddin yang berjaya mendapat 8A dan
penulis buku Meniti Puncak, Najmil Faiz Mohamed
Aris yang menjadikan kegagalannya dalam
peperiksaan SPM untuk berjaya hingga ke
peringkat ijazah doktor falsafah

Turut hadir Raja Permaisuri Agong, Sultanah Nur


Zahirah, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak.

Abdul Majid berkata, beliau sentiasa memastikan


anaknya mengikuti kelas tambahan supaya
mereka mencatatkan kejayaan dalam peperiksaan
seterusnya berjaya memasuki institusi pengajian
tinggi (IPT).

“Mendidik anak kena tegas dan kuat semangat


dan jika mereka buat silap marah betul-betul
jangan ada simpati tetapi tidak perlu berkeras dan
saya memang tidak pernah memukul anak saya
sejak kecil,” katanya.

Abdul Majid yang berasal dari Kampung Lerek,


Bukit Gutung, Tepoh, Kuala Terengganu pernah
memegang jawatan Pengerusi Persatuan Ibu bapa
dan Guru (PIBG) selama 20 tahun.

“Ibu bapa juga kena rajin membaca dan tunjukkan


contoh baik supaya jadi ikutan kepada anak-anak,”
kata datuk 87 cucu dan 13 cicit ini.

Mary Yap yang baru tiga minggu bersara, adalah


penerima tunggal bukan beragama Islam.

“Saya terharu dengan pengiktirafan ini yang


membuktikan rakyat Malaysia berbilang kaum dan
berbeza agama mempunyai semangat perpaduan
dan keharmonian antara kaum yang tinggi dan
sukar digugat,” katanya.

Beliau juga bakal menerima Anugerah Ly Chanh


Duc iaitu anugerah cemerlang dalam pendidikan
pembangunan dan inovasi Asia Tenggara yang
diberi Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia
Tenggara bagi Pusat Wilayah Pendidikan, Inovasi
dan Teknologi (Seameo Innotech) pada satu
majlis khas di Manila Filipina, Julai depan.

Nurul Atikah pula berkata, kepayahan hidup


mendorongnya berusaha gigih bagi mengubah
masa depan keluarga dan berazam untuk terus
mencipta kecemerlangan.

“Menjadi harapan saya untuk melihat masyarakat


Orang Asli memberi keutamaan pada ilmu kerana
tanpa ilmu sukar untuk sesiapa saja membentuk
masa depan lebih cerah,” katanya yang menetap
di Kampung Kuala Chenin, Lasah dekat Sungai
Siput.

Pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan


Shah, Taiping itu berkata ketika di sekolah rendah,
beliau terpaksa berjalan kaki selama 30 minit
setiap hari dan hanya menaiki bas ke sekolah di
tingkatan satu.

Najmil Faiz yang menjadi pelajar Malaysia


pertama membentangkan hasil kajian mengenai
Proses Mikro dan Kejuruteraan Nano di Parlimen
Britain, pada 2005, mahu pelajar yang gagal
memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) baru-baru ini tidak berputus asa
sebaliknya gigih berusaha mencapai kejayaan.

Beliau yang sedang menyiapkan kajian


penyelidikan Kejuruteraan Precision di peringkat
Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Brunell,
London, sentiasa berpegang kepada prinsip sekali
gagal bukan bermakna gagal terus dalam hidup.

You might also like