Perkataan Yahudi

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

MAKNA KALIMAH YAHUDI, IBRANI DAN ISRAEL

1. YAHUDI

Kalimah Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bagi Nabi Yaacob a.s yang
bernama Yahouza dan ia juga merupakan salah satu daripada puak-puak Bani
Israel. Gelaran ini mula terkenal selepas daripada keutuhan kerajaan Yahouza pada
tahun 586 sebelum masehi. Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka
yang menganut agama Yahudi atau agama Musa. Menurut pengarang dalam kitab
yang menjelaskan makna Yahudi ialah "Yahudi adalah agama yang dianuti oleh
kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ini diambil dari kata-kata
Nabi Musa "Sesungguhya kami kembali kepada-Mu wahai Tuhan". Mereka adalah
umat Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama Taurat.

2. IBRAN

Adapun makna kalimah Ibrani ialah nama bagi kabilah yang sampai nasabnya
kepada Saam Bin Nuh. Daripadanyalah terbentuk sebuah ummah yang besar
dinamakan keturunan Saam. Terdapat lapan jenis bangsa yang lahir daripada
keturunan Saam iaitu Ashour, Babil, Finique, Aram, Kan'an, Kaldan, Ibrani dan
Masri.

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah mengenai asal usul nama
kabilah ini. Ada yang mengatakan ianya diambil sempena dengan nama moyang
Nabi Ibrahim iaitu Aabir. Pendapat kedua pula mengatakan ianya adalah satu
gelaran yang diberikan kepada Nabi Ibrahim kerana dia adalah orang pertama
menyeberangi Sungai Furat. Manakala pendapat yang ketiga sepertimana yang
disebut oleh Dr Ahmad Syalabi bahawa gelaran Ibrani yang diberikan kepada Nabi
Ibrahim serta pengikutnya kerana mereka hidup berpindah-randah dan sentiasa
merentasi padang pasir dan gurun untuk mencari rumput bagi ternakan laut.

3. ISRAEL

Israel ialah kalimah Ibrani yang membawa maksud "kamu mengalahkan Tuhan". Ia
adalah gelaran yang diberikan oleh Tuhan-tuhan orang-orang Yahudi yang bernama
Yahwu kepada Nabi Yaacub selepas Nabi Yaacub dapat mengalahkan Tuhan di
dalam pergaduhan di antara mereka berdua. Yahwu berkata : "selepas ini, jangan
lagi kamu dipanggil dengan nama Yaacub malah panggillah Israel kerana kamu
bersungguh-sungguh dan telah mengalahkan aku". Safar pembentukan alam
32/28.

You might also like